Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Cerita Hal Sampah

Secara jujurnya, aku seorang designer amatur. Tidak ada pendidikan secara rasmi. Aku belajar sendiri. Selongkar maklumat di mana saja untuk memahirkan diri aku. Hendak dikata mahir, jauh sekali. Tambahan pula aku rabun warna jadi mungkin tidak akan mahir seperti orang lain.

Tapi bila aku design sesuatu, poster contohnya, aku sangat menitik berat mengenai apa yang aku design. Aku ambil berat dengan warna yang aku guna kerana aku mahu memastikan sesiapa saja boleh melihatnya tanpa sebarang masalah. Aku ambil berat dengan penggunaan typeface (font) kerana aku mahu orang mudah membacanya dari sudut mana pun ianya dilihat. Aku ambil berat penampilan keseluruhan termasuk dari segi bahasa.

Bila sebuah poster promo produk pejabat aku dipapar di laman media sosial rasmi pejabat, aku jadi terkilan. Pertamanya, design sangat buruk. Ianya caca marba tanpa peduli kesan dan impak kepada pembaca. Maksudnya ikut sedap orang yang buat saja. Lebih menyakitkan hati bila tatabahasa yang digunakan salah …

Dua Bulan Dari Sekarang

Sudah Jun, 2015.

Pantasnya masa berlalu.

Tinggal lagi dua bulan, inshaAllah cahaya mata kedua kami akan hadir di dunia ini. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kalau ditanya Qaseh, dia tidak kisah. Malah dia sebenarnya sukakan bayi. Dia akan cuba belai dan cium jika ada kesempatan. Aku pasti Qaseh akan jadi seorang kakak yang baik.

Tidak banyak persediaan yang kami buat untuk menyambut cahaya mata baru nanti. Hampir barang keperluan sudah ada dan masih dalam keadaan baik. Mungkin cuma perlu dibeli beberapa helai baju baru sahaja.

Ramadan pun bakal tiba tidak lama lagi. Tahun ini kami berdua membeli keperluan hari raya lebih awal. Zura sudah semakin sarat dan tidak mungkin mampu menempuh sesak orang ramai nanti. Jadi biarlah bersedia dari awal.

Aku sendiri tidak akan beli baju melayu baru. Aku akan pakai baju melayu yang sudah berusia lebih 5 tahun. Aku tidak mahu membazir. Baju melayu raya tahun lepas pun tidak pernah disentuh sejak raya tahun lepas. Jadi tahun ini pakai saja apa yan…