Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Makan

Hidup kami sekeluarga di rumah sentiasa santai. Zura bila balik dari kerja tidak terburu-buru untuk sediakan bermacam lauk untuk dimakan. Sebaliknya aku lebih senang biarkan Zura masak makanan yang paling mudah dimasak. Sama ada bihun goreng, nasi goreng atau sekadar roti dengan salad, itu sudah mencukupi untuk kami sekeluarga mengalas perut.

Namun sekali sekala Zura hidangkan kami dengan masakan yang istimewa. Semalam kami makan Salmon goreng yang diserikan dengan kentang lenyek, sayur kobis dan asparagus. Semuanya homemade. Itu yang terbaik.

Jika ada kesempatan waktu terutama di hujung minggu, Zura akan sediakan laksa, makanan kegemaran kami berdua. Jika terlebih rajin, mungkin ada nasi lemak atau laksam Kedah. Semuanya sangat menyelerakan.

Ada waktunya bila balik dari kerja, Zura mengadu kepenatan setelah seharian bekerja di pejabat, aku sering beritahu dia tidak perlu masak apa-apa. Cukuplah sekadar ada roti dengan kaya atau peanut butter. Ianya sudah memadai.

Lain pula dengan se…

Permainan Komputer - OpenTTD

Walaupun aku sudah berusia 40 tahun, aku masih berminat dengan permainan komputer (PC Games). Anehnya, sejak dulu aku tidak pernah minat dengan games bercorak ganas dan seram yang popular. Paling ekstrem adalah Unreal Tournament dan aku bermain tersebut kerana waktu aku bekerja di sebuah Cyber Cafe. Sebaliknya aku lebih berminat kepada games berbentuk strategi dan simulation.

Games yang aku masih main dari dulu hingga kini adalah Transport Tycoon Deluxe, Civilization, SimCity dan Football Manager. Aku sedang sibuk bermain OpenTTD iaitu Transport Tycoon Deluxe versi open platform yang dibangunkan oleh peminat games asal tersebut. Jadi untuk kali ini aku akan ceritakan mengenai OpenTTD.

OpenTTD


OpenTTD adalah games pengurusan pengangkutan di mana kita bertanggungjawab untuk mengendali sebuah syarikat pengangkutan yang boleh beroperasi menggunakan apa saja bentuk pengangkutan di darat, laut dan udara. Tugas utama kita adalah untuk menyediakan pengangkutan dari poin A ke poin B dengan men…

Kampung Halaman

Hujung minggu lalu kami sekeluarga pulang ke Kuala Kangsar. Sudah lama tidak menghabiskan masa beberapa hari di Kuala Kangsar di hujung minggu. Lima hari di Kuala Kangsar seperti tidak terasa langsung. Sedar-sedar sudah di penghujung cuti.

Namun begitu, perkara yang paling menyenangkan aku adalah bila Qaseh mudah mersa dengan nenek, pakcik dan makciknya. Kalau dulu, jangan hendak didukung, hendak bercakap pun tidak mahu. Sekarang sudah pandai bermain dan bergurau dengan pakcik dan makciknya.

Kami tidak ke mana-mana pun. Sekadar di rumah berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Petang aku bawa Qaseh ke kolam renang kerana sejak beberapa ketika dia sering meminta untuk berenang. Kuala Kangsar ada kolam renang awam dengan bayaran masuk sebanyak RM2. Cukup murah dan selesa. Walaupun kolam renang kanak-kanak rosak dan sedang dibaiki, ianya tidak mengapa. Qaseh lebih selesa berenang di kolam renang biasa. Dia sudah semakin cekap berenang dan menggerakkan kakinya.


Makciknya berkata Q…