Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Menanti Hujung Minggu

Sekelip mata penghujung minggu tiba.

Waktu terasa berlalu begitu pantas. Esok november menjelang tiba. Setahun lagi waktu bakal dilalui dan ditinggal pergi. Aku seperti tidak sempat mengejar apa-apa buat masa ini. Tahun hadapan aku menjejak usia 40 tahun.

Empat puluh tahun.

Sungguh lama walaupun terasa begitu sekejap tibanya. Mana perginya dekad-dekad yang aku tempuhi sebelum ini? Qaseh hanya baru berusia dua setengah tahun.

Empat puluh tahun.

Lama.

Sungguh lama.

Aku doakan agar 20 tahun dari sekarang aku masih ada untuk melihat Qaseh membesar gembira dan bahagia. Aku pasti akan merindui saat-saat jari tangan ini ditariknya, mendesak aku mengikut kemana saja dia pergi untuk bermain; di rumah dan di mana saja.

Dia sudah menjadi begitu bijak sekarang. Kelmarin dia buat tipu daya terhadap aku. Aku pasang suis mesin pembersih udara. Dia tutup. Aku pasang kembali dan aku cuba halang dari dia menutupnya. Dia berlari ke kanan dan ke kiri cuba mencari ruang untuk jarinya menekan suis penutup…

Hujung Minggu

Selamat berhujung minggu. Moga damai hendaknya hidup kita sepanjang masa.

Bila Damai Di Hadapan Mata

Aku asyik membaca catatan lama di blog ini. Nampak lebih bersantai dan lebih banyak idea ketika itu. Sudah ada lebih 1,500 posting di sini. Sudah banyak yang aku lupa. Bila dibaca kembali, aku tersenyum sendirian. Aku sedari banyak perkara yang sudah berubah.

Aku tidak lagi berbicara hal politik. Aku sendiri tidak mahu menulis mengenainya lagi. Aku tidak mahu tempat ini jadi medan tempur perbalahan pendapat. Tidak ada lagi cerita mengenai Asyikin yang kerap ditulis di sini suatu ketika dulu. Tidak ada lagi lakaran alam melalui potret-potret yang aku rakam melalui lensa kamera. Kamera itu pun telah aku jual. Hanya ada kamera telefon yang lebih kerap merakam karenah dan keceriaan si kecil kesayangan, Qaseh Nurzahra.

Sesungguhnya aku rindu saat apabila ada kamera DSLR di genggaman tangan setiap masa. Ruang alam ini terlalu indah untuk dibiarkan begitu saja. InshaAllah jika ada rezeki, aku mahu membeli kembali sebuah kamera DSLR. Cukup dengan sebuah lensa asas agar dapat aku cerap momen-mom…

Irama Penghias Jiwa

Memandu kereta pergi pulang dari kerja setiap hari boleh menimbulkan rasa bosan. Tambahan jika jarak perjalanan itu mencecah 50 kilometer sehari dan sering menempuh kesesakan.

Ubat atau penawarnya adalah siaran-siaran radio yang berkumandang. Namun begitu ada satu tahap di mana siaran radio ini juga sudah tidak lagi mampu membendung rasa bosan. Tambahan pula jika hampir setiap masa disumbat dengan lagu-lagu rap melayu yang aku ragui kenapa ianya begitu kerap dimainkan di corong radio sedangkan peminatnya tidaklah begitu ramai. Kualitinya juga, meh...

Nasib juga sistem hiburan dalam kereta (ICE - In Car Entertainment) kereta aku menyokong penggunaan USB dan boleh memainkan lagu-lagu dalam bentuk MP3. Maka aku download lagu-lagu seperti ini;


atau;


dan beberapa genre lagu lain, kebanyakkannya instrumental.

Aku mainkan lagu-lagu ini mengikut mood aku sewaktu memandu. Sekiranya matahari senja sedang berlabuh dan melimpahkan cahaya jingga yang indah, lagu instrumental paling sesuai, seperti pele…

Membina Kreativiti & Imaginasi Qaseh

Tempohari aku berhasrat nak belikan Qaseh sebuah set permainan Playdoh. Aku fikir dengan usianya semakin meningkat, dia perlu diberi permainan yang memerlukan kreativiti dan imaginasi. Playdoh iaitu permainan tanah liat (plasticine) aku fikir adalah permainan yang baik untuk membina imaginasi dan kreativiti Qaseh.

Semalam aku akhirnya belikan dia sebuah set Playdoh.


Aku beli set asas yang mempunyai beberapa acuan tekan dan beberapa playdoh berwarna warni.

Menariknya dari pemerhatian aku, Qaseh seperti sudah tahu apa yang hendak dilakukan dengan permainan ini. Zura tunjukkan beberapa contoh dengan menggunakan acuan. Qaseh seterusnya meniru perbuatan tersebut dan cuba hasilkan karya menggunakan acuan yang diberikan.

Lama kelamaan Qaseh jadi semakin kreatif dan berimaginasi. Dia gunakan Playdoh itu sebagai bahan untuk dia bermain 'masak-masak'. Lalu bongkah tanah liat dipotong-potong menggunakan pisau plastik membentuk seperti 'makanan' yang kemudiannya cuba disuap kepad…

Blog Note ~ Tukar Font

Tempohari aku tukar font blog ini dari Josefin Sans kepada font lain. Rupa-rupanya bila dilihat menggunakan komputer lain, Josefin Sans gagal dipaparkan dengan baik. Takpelah. Ingat suatu waktu dulu lagilah terhad jenis font yang boleh digunakan di internet. Masa buat website dulu, aku siap sertakan fail font yang aku guna di website supaya orang boleh download dan install dalam PC mereka.

Bercakap hal website, aku pernah ceritakan yang aku ada website sendiri. Ya, ada. Sudah lama. Kalau tak salah aku sejak tahun 1999. Lama kan? Dulu lainlah ceritanya. Mana ada blog dan Facebook untuk papar informasi mengenai kita. Malah Friendster, Tagged atau MySpace pun belum ada. Cuma ada website dan kena buat sendiri atau guna template tahap tadika yang disediakan oleh website hosting (terutama yang percuma) seperti Geocities atau Xoom. Sekarang dua-dua website tu pun dah berkubur.

Jadi kalau nak intai-intai website aku yang terakhir aku update, tengok sini,

fross.8m.com/index.html

Anyway, semuanya a…

Who Do You Think You Are?

Pernah menonton siri TV bertajuk 'Who Do You Think You Are?'? Siri TV yang bermula di United Kingdom ini membawa penonton bersama-sama perjalanan seorang selebriti/tokoh terkenal dalam setiap episod di UK untuk mencari asal usul hidupnya; dari mana dia berasal dan lebih utama, siapakah nenek moyang mereka.

Ianya sebuah siri TV yang cukup menarik kerana hampir semua tokoh yang dipaparkan pada setiap episod sering berasa teruja dan terkejut dengan kenyataan kehidupan keluarganya di masa lalu. Contohnya, Billy Connolly (Sila Google siapa dia) yang asalnya begitu berbangga dengan darah kelahiran Irishnya turut berbangga dengan dirinya sebagai seorang Scottish yang berasal dari Glasgow, tidak menyangka bahawa nenek moyang ada yang berdasar keturunan India. Melalui siri ini, dia mengembara dari Glasgow hingga ke daerah terpencil di India untuk melihat sendiri rekod-rekod pendaftaran nenek moyangnya yang masih tersimpan elok.



Aku juga sempat menonton siri yang sama, versi USA mengenai …

Kerja Sebagai Suatu Ibadah ~ Sebuah Penilaian.

Tempohari aku menulis sebuah komentar di Facebook Group staf pejabat. Aku mengenangkan kembali saat waktu kakitangan bawahan yang bekerja di pejabat dihargai dan diberi peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk menjadi sebuah agensi yang cemerlang. Aku membandingkan suasana masa kini di mana hanya kakitangan di peringkat atasan yang memperoleh kredit secara langsung, sementara pekerja bawahan cuma dihadiahkan sekeping sijil sebagai kenangan.

Itulah realitinya sekarang di pejabat ini.

Komentar tersebut mendapat banyak respon. Ada yang bersetuju (majoriti) dan ada yang kurang bersetuju. Namun aku tertarik dengan satu dua respon yang diperolehi. Mereka ini memberi respon yang aku anggap adalah 'kill switch' untuk pemikiran manusia.

"Anggaplah kerja sebagai ibadah dan setiap perbuatan itu ada balasannya di sisi Allah".

Dalam erti kata lain, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Tidak perlu meminta-minta lebih dari itu lagi. Ikhlasnya aku bersetuju dengan niat dan t…

Qaseh Pengubat Rasa

Sudah terlalu lama aku tinggalkan ruang ini. Suatu masa dulu sinilah jadi tempat aku mengadu rasa hati yang dalam terpendam. Mungkin kerana hidup aku lebih gembira dengan isteri dan anak tersayang sekarang. Atau mungkin juga kerana Facebook.

Sembilan bulan berlalu tanpa bicara;

Qaseh Nurzahra sudah menjejak usia dua setengah tahun. Sudah pandai berkata-kata, sudah pandai merajuk, sudah pandai meminta-minta, sudah pandai serba serbi.


Masa sungguh pantas berlalu. Tak terkejar aku dengan pantasnya Qaseh membesar. Hari demi hari ianya seperti lakaran yang semakin luas ruangnya untuk aku gapai setiap inci keindahannya. Tuhan anugerahkan aku suatu yang sangat istimewa dan aku lihat ianya semakin mekar dan harum setiap ketika. Life is trully beautiful.

Isteriku tersayang, Maszura berkata, tunggulah biar Qaseh sudah bijak sedikit lagi sebelum merancang untuk mendapatkan adik. InshaAllah. Kami tidak pernah puas dengan Qaseh. Belum lagi. Mungkin untuk selamanya belum. Setiap detik pasti ada su…