Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Tiga Hari Mengejar Kesabaran

Jumaat tempohari, balik dari kerja, Zura tunjukkan beberapa keputihan di dalam mulut Qaseh. Cepat-cepat aku rujuk internet dan aku dapati ianya dikenali sebagai Thrush atau dalam bahasa Melayu, Kulat Susu. Semakin lama ianya semakin merebak dan akhirnya seluruh mulut Qaseh dipenuhi dengan kulat susu. Doktor berikan kami ubat sapu untuk Qaseh dan beritahu kami ianya akan mengambil masa untuk pulih.

Sabtu dan Ahad kami hanya duduk di rumah melayan karenah Qaseh yang meragam sepanjang masa. Makan minum terpaksa diberi secara paksa kerana beliau berasa sakit setiap kali makan. Kami sapukan Teething Gel untuk mengurangkan rasa sakit. Sepanjang Qaseh sakit, inilah kali permata dia meraung sepanjang malam. Tidur 30 minit, terjaga dan meraung. Aku dan Zura bergilir-gilir menjaganya. Selalunya dulu kalau Qaseh sakit, dia hanya akan mahu kepada Zura. Dia akan memerap pada mamanya. Tetapi kali ini dia mahu memerap dengan aku. Jadi sehari dua ini aku langsung tak cukup tidur melayan Qaseh yang tak…

Tidur, Senaman dan Kerja

Dari sehari ke sehari aku alami masalah untuk lena tidur waktu malam. Tambahan pula Qaseh sekarang sangat kerap tidur lewat. Kadang-kadang kami tidur hampir jam 3 pagi. Itu pun aku masih terkial-kial untuk lena. Anxious mungkin. Perasaan tidak tenteram dalam diri ini. Jadi badan semakin lemah dan semakin memberat kerana metabolisme tidak berfungsi dengan betul.

Beberapa hari lalu aku kembali berusaha untuk diet dan bersenam. Aku download video dan informasi mengenai diet dan senaman. Mulanya aku tertarik dengan kaedah diet Atkins. Ianya sejenis diet protien di mana kita utamakan protein dan tinggalkan karbohidrat. Aku cuba sehari. Memang boleh buat tetapi ianya sungguh tidak menyenangkan. Makan tetapi masih terasa lapar, itulah realitinya.

Ada juga risiko sekiranya aku teruskan diet Atkins. Aku sedang alami tekanan darah yang agak tinggi. Kalau aku makan protein sepanjang masa, rasanya tekanan akan lebih tinggi. Jadi aku baca balik beberapa artikel lain mengenai proses penurunan berat b…

Pertama, 2014

Dua Ribu Empat Belas.

Tahun baru. Tahun ke-39 hidup aku.

Tahun ke-3 perkahwinan aku dengan Zura.

Tahun ke-2 Qaseh.

Aku tidak pernah ada azam tahun baru seperti sesetengah orang lain. Hidup ini berlalu seperti biasa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-12 aku bekerja di sini, di tempat ini. Sudah lama. Sudah hampir 1/3 hidup aku di sini. Tanpa apa-apa kejayaan yang jelas.

Mungkin aku perlu jalan yang baru. Jalan yang lebih menguntungkan secara kewangan. Itu lebih penting buat masa ini. Kalau Qaseh hendak ada adik sekalipun, kewangan perlu difikirkan. Kos hidup di bandar besar sekarang terlalu tinggi untuk berasa selesa untuk penjawat awam seperti aku. Hidup boleh tetapi seperti kais pagi makan pagi...

Syukur juga ada kerja-kerja grafik sambilan yang memberikan sumber kewangan sedikit sekali sekala. Cukup untuk melunaskan hutang dan membeli keperluan.

Itu azam ke?

Entahlah. Mungkin juga. Sebuah harapan yang memerlukan usaha. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik untuk tahun ini dan hari-hari mend…