Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Tiga PC, Satu Kerja Penting, iTunes dan Otak Beku

Jam dua petang di pejabat pada hujung minggu.

C'est la vie.

My life exactly.

Aku fikir semua ini sudah berakhir dua tiga tahun lalu apabila aku berkahwin dan mempunyai anak. Hujung minggu kononnya hanya bersama keluarga; melayan Qaseh mandi kolam plastiknya di balkoni rumah atau keluar berjalan-jalan.

Namun kerja ini tiada kesudahannya. Hujung minggu ini sementara Zura dan Qaseh ke rumah saudara di Seremban, aku 'terperangkap' di pejabat. Minggu depan mungkin ke Kuching untuk kerja. Penghujung tahun sebegini sepatutnya waktu untuk berehat. Pergi melancong atau sekurang-kurangnya balik kampung.

Apakan daya.

Aku di sini sudah beberapa jam tetapi kerja masih tersangkut-sangkut untuk disiapkan. Tiada 'sense of urgency' walaupun hakikatnya esok pagi aku perlu persembahkan hasil kerja kepada pengurusan tertinggi.

Aku fikir begini; aku seorang yang tahu apa yang sedang aku lakukan dan aku tidak nampak ianya sangat merumitkan yang perlu aku buat sesegera mungkin. Aku selesa kerja…

Sungai Limau - Suatu Pandangan 2

Sungai Limau adalah platform yang menonjolkan kerakusan manusia. Rakus terhadap kuasa. Pemilih di situ adalah semut-semut pekerja. Mereka ini bekerja untuk memegahkan pemimpin yang mereka pilih.

Itu wajah politik Malaysia di kalangan orang melayu. Selama ini, kita masih tidak boleh lari dari politik dok demang, iaitu politik yang mengangkat dan menyanjung seseorng manusia yang lebih banyak menghabiskan masa untuk kepentingan peribadi berbanding kepentingan ramai. Sebab itulah ada gula-gula walaupun setakat 10 ekor anak ayam. Pada fikiran pemimpin ini, rakyat di bawah sudah cukup sekadar dihadiahkan sebanyak itu untuk setiap tangan yang menyokong mereka.


Masalah utama di kalangan orang Melayu adalah kita ini bangsa yang sangat mudah berpuas hati dan sangat senang dibeli jiwa raganya. Melayu oportunis di kalangan kita akan melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk menguasai kita melalui 'kelemahan' kita ini. Maka dalam keadaan biasa, kita dimomokkan dengan dogma menghormati p…

Sungai Limau - Suatu Pandangan 1

Awal bulan lalu, aku berpeluang menjalankan tugas di kawasan Sungai Limau, Yan, Kedah yang sedang demam menghadapi pilihanraya. Itulah kali pertama aku bekerja di dalam suasana orang sedang hendak menghadapi pilihanraya. Tugas ini tugas rasmi. Tidak ada kena mengena dengan pilihanraya tersebut walaupun secara rasionalnya anda sendiri faham bagaimana. 'Rasmi' hanya pada tiket.

Sehari dua aku di situ, aku banyak belajar perkara baru. Aku faham keluhan satu pihak mengenai ketidakadilan pilihanraya dan aku juga faham satu pihak lagi kenapa mereka bersungguh-sungguh hendak menang pilihanraya.

Aku fikir secara umumnya, demokrasi di Malaysia ini masih dalam keadaan yang baik. Pilihanraya masih tetap diadakan dan kalah menang itu sentiasa berlaku. Aku juga fikir sistem dua parti sangat sesuai dengan lanskap Malaysia. Cuma aku rasa wajar semua pihak biarkan kedua-dua parti ini kukuh dan berguna.

Satu kesilapan besar rakyat terutama orang Melayu adalah kerana kesetiaan yang terlampau. Kese…

Dahulu Lain, Sekarang Lain

Dalam perjalanan balik setelah bertemu sahabat lama di Shah Alam, aku terdengar iklan kicap di radio. Dua iklan berbeza dari jenama kicap berbeza tetapi konsepnya sama,

"Kalau takde kicap, tak lalu makan"

Aku terkenang waktu lalu. Betul, kalau tak ada kicap, memang tak lalu makan. Kadang-kadang balik dari sekolah, lauk di rumah sudah hampir kehabisan. Adik beradik ramai dan maklumlah keadaan waktu itu. Aku goreng telur dan makan nasi berkuahkan kicap. Kalau ada ikan bilis, aku goreng ikan bilis bersama telur. Kicap tetap ada. Makanan itu dirasakan begitu 'heaven'. Duduk di tepi tingkap, aku bayangkan aku sedang makan di sebuah restoran atau hotel mewah. Hinggalah beberapa tahun lalu, kicap adalah pelengkap kepada makanan aku.

Keluarga aku menggemari kicap jenama Tamin. Mungkin kerana kami tinggal di Kuala Kangsar dan kilang kicap tersebut tidak jauh dari Kuala Kangsar.

Aku tidak tahu bila aku berhenti menggunakan kicap sebagai penambah selera makanan. Ianya sudah lama. M…