Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Cerita Tujuh Hari

Tempohari Qaseh dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Puncanya kerana batuk berterusan dan penafasannya terganggu (wheezing) seperti sedang mengalami lelah. Aku dan Zura sudah sedia maklum, sekiranya Qaseh mengalami selsema dan batuk, potensi untuk Qaseh diberi nebulizer adalah besar. Namun begitu kali ini lebih membimbangkan. Ketika dibawa ke PPUM, suhu badan Qaseh mencecah 39 darjah selsius. Sangat tinggi dan berpotensi untuk terkena sawan. Setelah diberi nebulizer, doktor menasihati kami agar Qaseh diberi rawatan susulan di wad pedriatik. Maka selama tiga hari Qaseh dipantau dengan rapi oleh beberapa orang doktor dan jururawat. Aku terasa kagum melihat kegigihan para doktor dan jururawat di PPUM. Walaupun ada di antara mereka adalah doktor pelatih, namun dedikasi mereka tetap tinggi. Tidak seperti yang selalu digambarkan, tingkah perbuatan mereka terhadap Qaseh adalah lembut dan mesra. Sentiasa mengambil berat keadaan Qaseh dan kerana itu, aku ucapkan terima kasih

Hello Oktober

Hampir dua bulan sibuk dengan tugas di pejabat, akhirnya ada masa santai untuk seketika. Ada kerja yang sibuk bakal tiba tidak lama lagi tetapi sehingga waktu, aku kembali ada masa untuk menulis di sini. InshaAllah.