Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Selamat Berpuasa

p/s: Ini post yang 1500. :-)

Qaseh ke Genting Highlands

Kelmarin kami sekeluarga bercuti di Genting Highlands. Sewa bilik yang berpatutan aku perolehi melalui internet. Ada bagusnya guna kad kredit. Itu kelebihan yang patut kita guna. Selepas ini aku perlu lebih baik mengawal perbelanjaan kad kredit. RM160 untuk dua bilik di Hotel First World adalah sangat berpatutan.maklumlah, kami bercuti bukan untuk menikmati bilik hotel, tetapi suasana di taman tema permainan sana.


Aku sama sekali tidak terduga bagaimana Qaseh begitu sukakan permainan di sana, terutamanya Carousel. Beliau mendesak aku bermain berkali-kali dan enggan turun dari permainan tersebut. Anehnya dia tidak duduk di atas kuda tetapi duduk di atas kerusi dan bermain-main sepanjang Carousel berpusing. Nasib juga aku boleh mengawal pening.


Namun begitu ada beberapa permainan kanak-kanak yang Qaseh tidak boleh main kerana dia masih kecil dan tingginya hanya 70cm, jauh dari tinggi minimum iaitu 76cm. Sesekali ternampak riak wajahnya kecewa tidak dapat bermain permainan yang menarik min…