Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Penjara Bangsa

Kita masih dalam bulan kemerdekaan, ya?

Tahun ini paling kurang aku terasa untuk menyambut atau menghayatinya. Punca paling jelas adalah apabila kemerdekaan dipolitikkan dan ditukar menjadi agenda untuk meraih sokongan secara politik. Tiada lagi nasionalisme atau patriotisme. Tinggal cuma politisme yang cenderung menjadi fasis dan sempit.

Perpaduan kaum juga semakin luntur. Kita boleh hitung detik dalam sehari berapa lama kita berinteraksi dengan kaum selain dari kaum kita sendiri secara mesra, layaknya seperti sahabat karib. Kalau ada yang melakukannya, mungkin ianya terlalu sedikit. Aku tercari-cari bagaimana hendak disuburkan semangat perpaduan kaum jika saban hari di media dan perbualan rakyat berbaur perkauman.

Aku tidak faham obsesi manusia dengan kaum. Aku tidak faham obsesi manusia dengan ras dan etnik. Ini kerana apa yang aku nampak cuma manusia, sama saja antara satu lain. Tidak ada kaum yang lebih tinggi nilainya dari kaum yang lain. Nilai manusia terletak pada individu itu se…