Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

30 Hari Mendatang

Lama tidak menulis bukan kerana kontang idea. Ianya lebih kerana kesibukan tugas di pejabat dan menyediakan kelengkapan sementara sabar menanti kehadiran cahaya mata, inshaAllah. Bermula esok, maka hanya sebulan saja lagi waktunya sebelum si anak kecil dalam perut isteri bakal melihat dunia, begitu menurut perancangan pakar perubatan. Tuhan yang menentukan segalanya.

Si kecil dalam kandungan ibunya semakin lasak. Hampir setiap waktu perut ibu menjadi mangsa pergerakan si kecil yang makin kuat dan bermaya. Hingga terasa ada kalanya si kecil seperti bermain-main dengan kami; datang menjenguk, kemudian menghilang diri. Perut Zura bergelombang, tenggelam timbul membuat kami meneka susuk tubuh yang mana satu si kecil sedang pertontonkan kepada kami.

Barang keperluan si kecil hampir semuanya sudah dibeli. Aku mula sedar harga semua ini. Fizikalnya, tidak murah. Kelengkapan bayi adalah mahal. Jika bermula dari kosong, ianya semakin mahal. Sebagai pasangan bakal ibu bapa buat pertama kalinya, k…