Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

37 Tahun, 1 Hari Kemudian

Biasanya pada hari lahir, aku akan menulis sebuah post di sini menandakan hari permulaan di usia yang baru. Namun begitu, akibat cuti dan bersantai sepanjang masa semalam, aku tidak menulis. Sebaliknya aku membalas ucapan selamat hari lahir yang dikirim oleh sahabat dan kenalan di Facebook, telefon, emel dan blog.

Sesungguhnya ada beberapa kelainan di hari lahir semalam. Pertama kali ucapan selamat mencecah hampir 100 orang. Tahun lepas aku dengan sengaja membuang informasi tarikh lahir di Facebook beberapa hari sebelum tarikh itu tiba. Hasilnya, tidak ramai yang sedar hari lahir aku telah tiba.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku sambut hari lahir di restoran makanan segera. Kalau pada tahun-tahun yang lepas, aku makan sambil membaca buku atau majalah berseorangan. Tahun ini aku makan sambil berbual-bual dengan isteri tersayang. Sesungguh tidak ada apa yang perlu diubah mengenainya. Aku mahu lakukannya tahun hadapan dengan isteri dan anak pula, inshaAllah.


Malam hari lahir, aku dihidang…

Terima Kasih Untuk 36 Tahun Yang Indah

365 hari lalu aku menulis bahawa di usia 36 tahun ini, aku tidak akan lagi bergelar bujang. Aku berkahwin pada usia 36 tahun dan ianya terlaksana pada Jun lalu.

Esok aku berusia 37 tahun, inshaAllah.

Jika diizinkanNya, pada usia 37 tahun, aku akan bergelar seorang ayah. Mempunyai anak sendiri di samping seorang isteri adalah sesuatu yang sungguh mengharukan jiwa. Selama aku menulis di blog ini lebih 10 tahun lalu, aku sangkakan hidup ini sudah cukup menawan dan berliku. Tetapi dalam masa terdekat sejak Jun lalu hingga menjelang April nanti, segala yang terisi di sini sejak 10 tahun lalu tidak akan dapat menggambarkan begitu bermaknanya hidup ini.

Fasa baru dalam hidup ini sudah bermula dan walaupun agak lewat, ianya tetap sebuah perjalanan yang menarik dan penuh dengan bunga-bunga yang harum baunya di kiri dan kanan perjalanan ini. Pada penghujung usia aku 35 tahun lalu, aku menulis bagaimana hidup ini tidak sendirian lagi kerana ada Zura sebagai penyeri hidup.

Maka, hendaknya pada usia 3…

Set Fire To The Rain

My favourite song for the past few weeks. :D

Kuch Kuch Hota Hai

Petang sabtu ini, habis semua orang melayan filem Hindustan yang sangat popular dan mungkin masih popular hingga kini, Kuch Kuch Hota Hai. Ianya sedang 'trending' di Twitter Malaysia dan sedang diperkatakan di dalam Facebook. Begitu kuasa sebuah filem.


Aku dan Zura di rumah juga asyik menontonnya di rumah. Filem terbaik untuk hujung minggu yang damai. Aku teringat juga sahabat baik, Bob yang suatu ketika tidak pernah menyukai filem-filem hindustan. Namun begitu, akibat berkenalan dengan seorang gadis idaman yang kini menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya, Bob menjadi peminat filem hindustan. Sekurang-kurangnya itu yang diberitahunya kepada aku suatu ketika dulu. Antara kata-kata Bob yang masih aku ingat antara lain bermaksud kita perlu mencari titik persamaan antara kita dan orang yang kita sayang serta tidak salah untuk sekurang-kurangnya belajar meminati apa yang dia minati. Kerana di akhirnya kita sama-sama dapat meluangkan masa dan ketika buat apa yang kita suka. It…

Video Games

Lana Del Rey - Video Games

Swinging in the backyard Pull up in your fast car Whistling my name
Open up a beer And you say get over here And play a video game
I'm in his favorite sun dress Watching me get undressed Take that body downtown
I say you the bestest Lean in for a big kiss Put his favorite perfume on
Go play a video game
It's you, it's you, it's all for you Everything I do I tell you all the time Heaven is a place on earth with you Tell me all the things you want to do I heard that you like the bad girls Honey, is that true? It's better than I ever even knew They say that the world was built for two Only worth living if somebody is loving you Baby now you do
Singing in the old bars Swinging with the old stars Living for the fame
Kissing in the blue dark Playing pool and wild darts Video games
He holds me in his big arms Drunk and I am seeing stars This is all I think of
Watching all our friends fall In and out of Old Paul's This is my idea of fun Playing video games
It's you, it's …

Dari Sebalik Tirai, Kami Lihat Keindahanmu

Tempohari hari, seperti yang dirancang, aku dan Zura ke Sunway Medical Centre. Ianya pusat perubatan paling hampir dengan rumah kami. Berbekalkan pengetahuan bahawa ada promosi istimewa, Zura mahu membuat imbasan 2D/4D anak di dalam kandungannya. Aku teruja sejak beberapa minggu lalu. Inilah kali pertama kami bakal melihat anak dalam kandungan. Selama ini aku hanya dapat merasai pergerakannya saja apabila telapak tangan aku diletak atas perut Zura. Sekali sekala terasa bayi dalam kandungan seperti menolak-nolak tangan ini. Aku tersenyum setiap kali ianya berlaku.

Petang itu kami masuk ke bilik imbasan bertemankan seorang pegawai perubatan. Ianya sekadar imbasan, tiada konsultansi. Kami fikir tidak perlu konsultansi tambahan kerana setiap bulan Zura pergi memeriksa kandungannya di klinik. Jadi, kami hanya mahu melihat pergerakan dan 'gambar' bayi dalam kandungan.
Setelah beberapa detik menanti melihat pegawai perubatan itu menyapu cecair dan meletak alat mengimbas di atas perut Z…