Langkau ke kandungan utama

Cuti Musim Tengkujuh - Part 2

Sambungan post Cuti Musim Tengkujuh Part 1

Setelah beberapa hari, baru dapat aku sambung cerita bercuti di Pantai Timur tempohari.

Hari seterusnya kami bergerak awal dari Setiu menuju ke Kelantan. Dari Setiu ke Kelantan tidak jauh perjalanannya tetapi kerana jalan yang dilalui adalah jalan pesisir pantai yang sempit dan penuh dengan kenderaan, perjalanan menjadi agak perlahan. Lebih parah apabila tiba di Kuala Besut. Hari Jumaat pagi ada pasar di tepi jalan yang dipenuhi dengan orang ramai. Cadang awal hendak berhenti dan menjenguk keadaan di pasar dibatalkan kerana orang lain dalam kenderaan yang sama mahu meneruskan perjalanan ke Kelantan.
Kota Bharu

Tiba di Kota Bharu, jam sudah menunjukkan waktu tengahari. Hari Jumaat di Kelantan sama seperti hari minggu di tempat-tempat lain. Lebih dari itu, banyak kedai yang ditutup. Hasrat sekeluarga mahu mencuba makanan di Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan terpaksa dilupakan kerana ianya ditutup. Akhirnya segerombolan kami cuma ke Pasar Siti Khadijah. Ada antara mereka yang tidak pernah sampai di pasar ini. Tetapi sampai pada hari Jumaat juga tidak membantu. Suasana hingar bingar di pasar langsung tiada. Hanya sunyi. Aku dan Zura berjalan sendirian melihat keadaan pasar. Kami naik ke lantai atas untuk mencari keropok. Mereka yang lain mungkin tidak tahu apa yang menarik di sini.

Setelah puas, kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang, destinasi sebenar kami di Kelantan. Kerana hanya aku yang benar-benar 'tahu' jalan ke Rantau Panjang, maka aku menjadi ketua rombongan dua kereta. Sebenarnya aku cuma memandu berdasarkan papan penunjuk arah. Ianya sangat mudah difahami dan langsung jelas menunjuk arah destinasi yang hendak ditujui.
Pasar Besar Rantau Panjang penuh dengan orang

Tiba di Rantau Panjang, jelas orang sangat ramai di situ walaupun awan mendung sedang berarak tiba. Manusia dan nafsunya, apa yang hendak dikira. Puas saudara mara membeli belah beberapa jam di pasar besar Rantau Panjang hingga terlupa waktu sudah menjelang senja. Hujan sudah mula turun kembali dan suasana sekitar sudah semakin gelap.
Zura memilih pakaian

Aku belikan Zura sehelai pakaian pilihannya. Aku pula membeli sehelai jersi bolasepak pasukan kegemaran, Liverpool. RM28. Cukup murah. Mungkin lebih murah jika aku 'kecek Kelate'. Tetapi agak aneh jika orang sekeliling sedang berbicara dengan loghat utara. Rantau Panjang bagi aku tidak ada bezanya dengan tempat membeli belah pakaian yang lain, malah hampir sama saja dengan pasar malam yang biasa kita temui. Cuma harganya sedikit murah dan pilihannya sangat banyak.
Wakaf Che Yeh

Dari Rantau Panjang kami kembali ke Kota Bharu. Aku bawa mereka ke Wakaf Che Yeh. Tidak ada seorang pun dari mereka yang tahu kewujudan Wakaf Che Yeh. Mereka fikir selama ini syurga beli belah di Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah semata-mata. Bila tiba di Wakaf Che Yeh, badan sudah semakin lesu. Aku dan Zura cuma bersiar-siar tanpa membeli apa-apa.

Makan malam kami adalah di sebuah restoran New Horizon, berhampiran Wakaf Che Yeh. Aku sudah dua kali makan di restoran tersebut ketika bertugas rasmi di Kota Bharu. Ianya bukanlah restoran yang paling sedap makanannya tetapi cukup sesuai dengan harga dan lokasi. Kami tiba kembali di Setiu lewat malam dan semuanya dalam keletihan.
Ombak Badai Pantai Penarik

Hari esoknya kami hanya berehat di rumah. Lewat petang baru ke Penarik, mencari sotong dan udang goreng tepung untuk di makan di tepi pantai. Angin lebih kencang dan ombak lebih kuat. Aku sukakan suasana ini. Ianya damai dalam gelora. Seperti kebanyakkan jiwa manusia, di luar nampak tenang, tetapi dalam hati gelodak yang tidak kunjung reda. Aku faham keadaannya ketika di tepi pantai. Suasana sekitar nampak indah, cantik tidak terperi. Tetapi isinya sedang marah dan berdendam seperti cuba memberitahu, hidup ini pancarobanya tidak pernah surut.
Berani sangatlah kononnya...

Esoknya aku dan Zura pulang ke Ibu Kota dengan bas ekspres. Empat hari di Pantai Timur, walaupun singkat tetapi cukup meredakan keletihan bekerja sepanjang tahun 2011. Udara Pantai Timur kami jamah dan biarkannya mengurut-urut tubuh badan ini menjadi lebih tenang dan santai.
Damai...

Tahun 2012 sudah tiba. Tahun ini tahun paling bermakna dalam hidup kami berdua. Bulan April kelak, inshaAllah zuriat kami akan tiba. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon