Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Judge Me Not

**Wednesday Is English Language Day For This Blog**

You see what happen when you meddle with other people's life and think that it is okay to do so?

Judging someone from the outside is easy. Understanding what happen on the inside, that is one hard place to be. Telling people what is right and what is wrong is easy if you don't have self-guilt to begin with. If you look into the mirror and see your own weakness, faults and stupidity, I bet you'll find it really hard to utter anything bad about other people. Unless if you're standing in front of a magic mirror a la Snow White. You will learn nothing.

I have my faults, a lot. No need to remind me. No need to keep me sane with it.

I will settle my dues with you. InshaAllah.

Sepuluh Tahun Dari Sekarang, Anak Aku Akan Membaca Ini

"Tahun ke-5 di FB. Tahun ke-3 di Twitter. Tahun ke-10 di Blogger. Live life digitally. :D"Tertulis di 'wall' Facebook aku tempohari mengenai tempoh masa aku di dalam internet selama ini. Malah, sebenarnya lebih lama dari itu. Laman web aku pertama kali wujud sekitar 1998.

Sepanjang tempoh itu, banyak yang telah aku pelajari. Banyak pengajaran yang aku ambil dan simpan. Antaranya, gambaran manusia realiti jarang sama dengan apa yang dipaparkan di internet. Manusia bila di sini, lebih suka menggunakan alter-ego mereka sebagai sifat sejati terunggul untuk paparan manusia lain yang sebenarnya mungkin melihat semua itu dari mata alter-egonya juga.

Ya, topeng. Dalam internet manusia lebih banyak yang bertopeng dari menunjuk peribadi sebenarnya mereka. Mereka hias avatar mereka di dalam internet sebaik mungkin mengikut acuan kehendak diri mereka. Sekadar 1 dan 0 dalam jalinan infiniti yang kita sangka sangat 'cool'.

Sebab itu juga aku mengambil kata-kata orang di dalam…

Teaching Differently

**Wednesday Is English Language Day For This Blog**

I have to respect my dear friend, Bob who is a lecturer at Politeknik Shah Alam. He fully embraced the new media in his teaching techniques. I feel his student should excel very well in his class.

Just take a look at his blog (HERE!) that fully loaded with pictures and information on his courses and the activities that he carried. It is a one-stop portal for his student without the hassle we usually see in any student's portal provided by the IPTs themselves. His blog allows the student to interact directly with him at any moment using message box and there is even a page to listen to music! What a way to make your student feel comfortable.

Bob teaches wood based technology. So those of you who like forestry or simply love nature, his blog is the place to be.


I've to stop here. I do have quite a lot of work to do.

Kuasa Rakyat

Sebolehnya aku mahu kurangkan berpolitik di dalam blog ini. Aku tidak mahu terlibat dengan suasana politik sampah seperti di Malaysia. Dulu aku rajin menulis di sini dan menceritakan kepincangan kaedah demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Masalahnya, bila aku berkunjung dari satu blog ke satu blog lain, surat-surat khabar online, forum dan juga kadang-kadang di Facebook, jelas aku lihat ramai antara kita tidak faham apa itu demokrasi, tidak faham apa itu kerajaan, tidak dapat bezakan kerajaan dan parti yang memerintah serta tidak dapat membeza antara kritik dan sokongan.

Masalah paling jelas terutama di kalangan orang melayu adalah mereka ini ramainya bersifat memberi kata dua; you're either with me or against me. There is no middle way. Mereka juga bersifat menghukum dan sekiranya tidak mampu lagi hendak berdebat cara sihat, mereka akan lakukan pembunuhan karakter.

Aku sanjung demokrasi dan secara asasnya demokrasi adalah bersifat keadilan untuk semua. Apabila ianya bersifat keadi…

Tiga Bulan Dari Sekarang

Lama tidak menulis. Ada beberapa kerja di pejabat yang perlu diselesaikan segera dan ianya termasuk reka letak dua buah buku. Apabila ianya melibatkan kreativiti, perkara lain perlu ditolak ke tepi dulu. Aku memang begini; tumpuan untuk perkara kreatif tidak boleh dibelah-belah.

Bila siap satu reka letak siang tadi, hati jadi lega. Siap juga akhirnya setelah beberapa ketika aku mengerah otak, mencari idea untuk reka letaknya. Aku tunggu apa respon dari 'pelanggan' nanti. Ya, ianya berbayar. RM200 untuk buku setelah 28 muka. Hampir semua bahan sudah disediakan. Tinggal aku buat reka letak dan hiasinya. RM200 pun cukuplah buat permulaan ini.

Kandungan bayi dalam badan Zura sudah masuk bulan yang ke enam. Ada lebih kurang tiga bulan lagi. Segala persediaan belum kami lakukan lagi. Nama masih belum dicari. Barang keperluan bayi belum dibeli. Namun begitu setiap hari perasaan 'seronok' itu sungguh meluap-luap, tambah lagi bila si kecil dalam perut ibunya bergerak-gerak dan te…

Cuti Musim Tengkujuh - Part 2

Sambungan post Cuti Musim Tengkujuh Part 1

Setelah beberapa hari, baru dapat aku sambung cerita bercuti di Pantai Timur tempohari.

Hari seterusnya kami bergerak awal dari Setiu menuju ke Kelantan. Dari Setiu ke Kelantan tidak jauh perjalanannya tetapi kerana jalan yang dilalui adalah jalan pesisir pantai yang sempit dan penuh dengan kenderaan, perjalanan menjadi agak perlahan. Lebih parah apabila tiba di Kuala Besut. Hari Jumaat pagi ada pasar di tepi jalan yang dipenuhi dengan orang ramai. Cadang awal hendak berhenti dan menjenguk keadaan di pasar dibatalkan kerana orang lain dalam kenderaan yang sama mahu meneruskan perjalanan ke Kelantan.

Tiba di Kota Bharu, jam sudah menunjukkan waktu tengahari. Hari Jumaat di Kelantan sama seperti hari minggu di tempat-tempat lain. Lebih dari itu, banyak kedai yang ditutup. Hasrat sekeluarga mahu mencuba makanan di Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan terpaksa dilupakan kerana ianya ditutup. Akhirnya segerombolan kami cuma ke Pasar Siti Kh…