Langkau ke kandungan utama

Nota Ringkas

Sudah lama aku tidak menulis nota-nota pendek.

Gaji Baru

Kakitangan kerajaan hampir setiap hari berbincang mengenai skim gaji baru. Jumpa sesiapa saja yang dikenali, topik 'SBPA' pasti menjadi salah satu inti perbualan. Aku sudah tahu tangga gaji baru aku nanti. Ianya kenaikan sebanyak RM168++ sebulan, berbanding gaji lama.

Banyak? Bolehlah. Dalam satu komentar di surat khabar online, aku beritahu dengan RM168++ itu mungkin cukup untuk membeli lampin pakai buang anak (yang bakal lahir, inshaAllah), susu formula bayi dan keperluan lainnya. Apa yang anda boleh dapat dengan RM168? Tidak banyak. Itu hakikatnya. Jadi jika ada yang tanya adakah banyak kadar kenaikan itu, aku jawab tidak.

Aku tidak pasti apa yang kerajaan sekarang cuba capai. Pertama, jumlah penjawat awam (PA) terlalu ramai. 1.4 juta pekerja untuk menguruskan 28.3 juta penduduk adalah nisbah yang tidak wajar. Jumlah PA perlu dikurangkan menjadi sekitar setengah juta orang. Belanja mengurus kerajaan sekarang adalah pada kadar 78% belanjawan tahunan. Selebihnya adalah untuk belanja pembangunan. Bagaimana sebuah negara mahu mencapai kemajuan jika sekadar 22% belanjawan diguna untuk pembangunan? Jalanraya baru, jalan kereta api, sekolah baru, infrastruktur baru itu semuanya memerlukan wang. Jika banyak wang untuk pembangunan, maka banyak juga projek pembangunan boleh dilaksana. Mengurangkan separuh tenaga kerja PA adalah langkah baik untuk mengurangkan belanja mengurus dan jumlah yang dijimatkan itu boleh disalurkan untuk pembangunan.

Sudahlah 78% belanjawan diperuntukkan untuk pengurusan, sejumlah daripada wang yang diperuntukkan untuk gaji PA terpaksa dikongsi dalam satu 'pool' yang sangat besar. Akibatnya pai gaji untuk setiap PA mengecil. Hanya tingkat tertentu dalam PA saja menikmati mata gaji yang selesa. Selebihnya hanya sekadar cukup makan. Jangan hairan jika PA ada hutang keliling pinggang.

Jangan suruh aku cerita mengenai 'tali merah panjang' dalam perkhidmatan awam. Aku boleh meleret sampai jadi sebuah novel, mungkin.

Rutin

Balik rumah dari kerja, perkara pertama yang dibuat adalah memegang perut Zura, cuba merasakan denyut gerak bayi dalam kandungannya.

Ada kalanya sunyi sepi. Ada waktu ketika si bayi mahu mengambil hati ayahnya, secara tiba-tiba beliau akan memberi respon.

Kami berdua sekarang sangat berhati-hati dengan perbualan kami. Seboleh mungkin kami tidak mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak esok dan cakap perkara yang kurang sesuai didengari. Kami percaya bayi dalam kandungan itu boleh dengar apa yang dibicarakan di luar dari perut si ibu.

Patutlah. Ya, patutlah menjadi ibu dan bapa itu suatu perkara yang 'magical'. Ianya sangat mengasyikkan.

Kerja Masih Ada

Aku fikir di akhir-akhir tahun ini datang ke pejabat tanpa banyak kerja yang perlu dilakukan. Tidak. Ada juga beberapa kerja yang mendesak baik di pejabat, mahu pun kerja sambilan di studio video perkahwinan.

Syukur juga bila memikirkan di hujung tahun begini aku boleh tambah pendapatan sehingga mencecah RM1,000 hasil kerja sambilan yang dilakukan. Orang kata itu rezeki anak. Apa pun jua, syukur kepadaNya.

Harapnya tahun hadapan rezeki aku dan sekeluarga lebih baik.

P/S:
Ingatkan aku supaya sekali sekala dapat aku rakam suasana alam yang indah damai. Sudah lama aku tidak melakukannya.

Sudah lama tidak merakam senja dari jendela pejabat.

Ulasan

  1. aku setuju dengan kau idan...sebenarnya antara sedar dan tidak sebenarnya kerajaan Malaysia ada menyimpan liabiliti yang tidak produktif ibaratnya kalau si polan ni tiada dalam kerajaan lagi baik menghabiskan beras je..kemudian aku tengok banyak sangat jawatan-jawatan yang sebenarnya tak perlu ada pun lagi baik...cuba kau tengok pada jam 8.00 hingga 11.00 pagi kalau berurusan di kaunter kerajaan ada orang ke yang nak layan kau? tak de kan..kemudian satu hari sampai 10 kali pi minum...golongan mcm ni lah yang tidak sepatutnya berada dlm kerajaan...kadang-kadang aku fikir ada betul nye juge cadangan mengurangkan kakitangan kerajaan...malas nak cerita lagi seminggu pun tak habis...apa-apa hal pun kita lahir drpd jiwa "woodtech" yang tak pernah diajar buat kerja-kerja bodoh kan idan?

    BalasPadam
  2. Ya, betul tu Bob. Kita belajar woodtech, diajar untuk tidak membazir kerana every bits of a tree can be use.

    Kurangkan PA bukan bermaksud pecat, VSS atau apa saja cara macam. Kurangkan dengan buat limit pengambilan dan gantian staf yang bersara supaya sampai satu tahap jumlah PA bersesuaian.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon