Langkau ke kandungan utama

Cuti Musim Tengkujuh - Part 1

Lima hari bercuti, meredah Titiwangsa menuju negeri-negeri di timur. Pahang sekadar melintas datang dan pergi. Terengganu menjadi teratak penghilang lelah, penyambung silaturrahim. Kelantan menjadi syurga warna warni kertas-kertas petak bertukar tangan.

Aku patut menulis novel. Ya, aku tahu.

Lima hari bercuti, mengikut saudara mara (sebelah Zura) menziarahi abang mereka di Setiu, Terengganu. Perjalanan lebih 10 jam dengan Proton Exora yang mampat dengan 10 orang penumpang, sedangkan muatan selesa cuma tujuh, dan lapan sudah terasa sesaknya. Aku menjadi pemandu kedua, ternyata lebih tahu jalan di pantai timur dari semua mereka yang di dalam kereta.

Jam tiga pagi bertolak dari Bandar Sunway. Aku menenami biras yang memandu. Kereta dia. Penumpang lain di belakang sama ada tidur-tidur ayam atau sudah lena diulit mimpi. Sekali sekala mereka terjaga melihat suasana sekitar yang kelam. Kami sempat berhenti di Gambang, meregang kaki, merehatkan badan. Aku dan beberapa orang lain menjamah nasi goreng pedas yang disediakan oleh mertua. Memang pedas. Akibatnya aku sakit perut. Beberapa kali terpaksa ke tandas.

Sampai di Kemaman, suasana sudah siang. Kami melefon saudara di Setiu.

Mendung menyambut kami sepanjang masa kami di Pantai Timur

"Siapkan sarapan pagi! Kami akan tiba tidak lama lagi!" Lebih kurang begitu yang kami beritahu kepada mereka di Setiu. Tidak kami sedari dari Kemaman ke Setiu masih ada empat jam perjalanan! Sampai di Marang, biras sudah kepenatan. Mungkin kerana dia masih belum rehat sejak habis bertugas sebagai polis malam sebelumnya.

Menghilang lelah dan mengisi perut di Rantau Abang

Aku menyambung pemanduan dengan lebih berhati-hati (sedia maklum biras adalah pelumba Formula 1).  Tiba di Kuala Terengganu jam sudah menunjukkan 11 pagi. Kami berhenti seketika untuk meregang badan dan menunaikan hajat-hajat yang sudah tersimpan lama sejak dari Kemamang (pun intended).

Aku melihat peta di telefon. Aku melihat tanda arah di sepanjang jalan. Mana ada tempat bernama Setiu? Memang tidak ada. Setiu adalah sebuah daerah di Terengganu. Bandar utamanya adalah Permaisuri, di mana di situ terletaknya premis-premis penting bagi daerah Setiu. Lalu aku terus memandu menuju Setiu. Kali terakhir aku sampai di kawasan itu adalah kira-kira 28 tahun lalu. Aku langsung tidak dapat bayangkan keadaannya ketika itu.

Bandar Permaisuri, Setiu

Tiba di rumah biras, kami semua terkapar keletihan. Aku yang masih belum tidur sejak malam sebelum, lena di atas sofa di luar rumah. Sekali sekala bayu lembut mengusap tubuh badan. Sarapan pagi yang diminta awal pagi oleh kami menjadi makan tengahari. Nasi dagang. Tetapi di Setiu, nasi dagangnya adalah versi Kelantan. Tidak menepati selera aku tetapi tidak mengapa.

Rumah biras tempat kami menginap sepanjang di Pantai Timur

Lewat petang, biras mengajak kami menikmati suasana pantai di Penarik sambil dijamu dengan udang, sotong dan ikan goreng tepung yang katanya begitu popular di kawasan tersebut. Tidak menghairankan. Ketika di kedai, begitu ramai orang yang sedang menikmatinya.

Kedai udang, sotong dan ikan goreng tepung Hasnik, Penarik, Terengganu. Cubalah jika anda tiba di sini. Sedap!
Udang goreng tepung Penarik. Memang sedap.

Ombak musim tengkujuh di Penarik sungguh menggerunkan. Badai yang menghempas pantai dengan bunyi 'amarah'nya memberi amaran agar kami tidak pergi jauh dari daratan. Kami hanya bermain di gigi air, membiarkan sisa ombak membasahi kaki di mana kami berdiri.

Ombak laut musim tengkujuh di Pantai Penarik, Terengganu.

Malam pula sempat kami berkaraoke di sebuah pusat karaoke kampung. Suasana yang panas dan sistem bunyi yang memekak telinga membuat aku lebih senang berada di luar bilik karaoke. Lewat jam 11 malam baru kami pulang. Makan malam sudah sejuk tetapi tetap kami jamah dengan penuh nikmat. Esok perjalanan masih jauh. Kami mahu ke sempadan negara.

Itu hari pertama di Pantai Timur.

Ulasan

  1. ada hutan-hutan lipur yang menarik tak idan di sana..bole aku bwk budak aku buat dendro dengan forestry...

    BalasPadam
  2. Aku tak tau la pulak Terengganu ada hutan lipur ke tak area setiu tu. Tapi hutan aku nampak masih dense kalau tak pun jenis secondary. Area tempat aku duduk tu dekat dengan sungai tapi aku tak nampak hutan paya situ. Lebih kepada tebing sungai biasa tapi tak develop. Lain, tak pasti. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon