Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Wednesday Is English Language Day For This Blog

Inspired by my old friend's blog, Forest Dweller, I will occasionally write my post in English. The truth is that I did started blogging way back in the late 1999 in English. I started using Bahasa Melayu in my blog because a few years back, there was a blog by a Malay punk and hipster which was written in perfect Bahasa Melayu. Imagine a person who can speak fluent English, living the life of western lifestyle but at the same time wrote his blog in Bahasa Melayu. What stuck me the most was that his command in Bahasa Melayu is perfect.

So I went on to write my blog in Bahasa Melayu and that was the beginning of a never ending journey of finding my roots; looking back through history trying to piece up together all the puzzle of what is the meaning of being a Malay. History has become my new hobby, but that is a another story.

Forgive me if my English is a little bit rusty. Working in a government office certainly does not help you to master English Language. Sometimes, even the boss…

Masa Santai

Penghujung tahun begini, kerja di pejabat pun sudah amat berkurang. Bahagian aku tidak terlibat dengan pelanggan secara langsung. Kerja kami sibuknya bermusim dan sekarang musim santai. Ramai yang pergi bercuti. Ada yang ke Surabaya, ada yang mahu ke Korea dan ada yang balik kampung. Ada juga yang berkahwin. Itu untungnya di bahagian aku ini. Tetapi waktu sibuk, jam empat pagi belum tentu tidur. Maka, maafkanlah kami jika waktu ini kami sedikit santai.

Apa yang aku buat dengan waktu-waktu sebegini? Salah satu aktiviti aku adalah bermain games. Bukan sepanjang waktu kerja. Waktu rehat tengahari dan semasa di rumah.

Games apa? Aku minat dengan simulation and management games dan antaranya adalah Simcity dan Transport Tycoon. Simcity ada versi terbaru iaitu Simcity Societies yang amat bangang. Ramai peminat Simcity masih bermain versi sebelum itu iaitu Simcity 4.

 Namun begitu, buat masa ini aku sedang asyik dengan Transport Tycoon. Games Transport Tycoon ini adalah games yang sangat lama. …

Rumah Yang Dirindui

Lebih enam bulan dulu, balik rumah selepas kerja adalah perkara terakhir dalam fikiran. Jika tiada malam, rasanya sepanjang hari itu aku akan merayau kemana saja mengikut gerak hati; membaca di kedai buku, makan di restoran makanan Thai atau menonton filem di pawagam.

Kerana balik rumah itu perkara yang sangat melecehkan. TV walau ada Astro terasa hambar kerana siaranya diulang-ulang selalu. Apa motif bayar puluhan ringgit untuk menonton siaran ulangan? Sewaktu bujang dulu, balik rumah dan di rumah biasanya aku terperap di dalam bilik, menanti waktunya terlelap. Rutin seharian begitu membosankan.

Itu enam bulan lalu.

Hari ini, aku tidak sabar menanti waktu untuk balik rumah. Ada TV besar yang masih menyiarkan siaran-siaran ulangan Astro saban hari. Ada sofa empuk yang menjadi pelabuhan merehatkan lelah setelah pulang dari kerja. Ada katil bertilam empuk dilapisi comforter yang gebu. Paling utama, ada Zura, isteri tersayang yang sentiasa mahu dekat di sisi saban waktu, setiap hari.

Jika du…

Teringat Lagu-Lagu Lama

Semalam (atau kelmarin ~ aku sudah lupa), aku termenonton filem Man Laksa di Astro Ria. Kebetulan ketika itu lagu Ahmad Jais dan Kartina Dahari bertajuk Budi Setahun Segunung Intan sedang dimainkan. Mula dengar dulu aku rasa lagu ini biasa-biasa saja. Tetapi beberapa kali dengar selepas itu, aku sedari permulaan lagu ini sangat menarik. Malah gaya lagu ini dinyanyikan juga begitu menarik.

Ada beberapa lagi lagu lama yang menarik perhatian aku;






Nampak sangat aku sudah tua...

Calvin and Hobbes, Dewasa

Artikel sebelum ini aku menulis mengenai Calvin and Hobbes Revisited, bagaimana aku mengharapkan jika suatu ketika nanti akan ada siri animasi Calvin and Hobbes.

Aku bukanlah peminat tegar Calvin and Hobbes. Walaupun di rumah dan di pejabat ada beberapa naskah koleksi Calvin and Hobbes, ianya tidak lebih daripada penghargaan kepada sebuah karya yang penuh imaginasi dan menghiburkan 'jiwa kanak-kanak dalam diri ini'.

Tadi, dalam bosan aku mencari-cari lakaran komik Calvin and Hobbes yang dihasilkan oleh peminat dan artis-artis yang sentiasa mahu memberi tribute kepada siri komik ini. Satu perspektif yang aku dapati diminati oleh beberapa orang pelukis adalah gambaran Calvin yang sudah dewasa. Seperti yang kita tahu, jarang ada komik yang melalui proses pendewasaan dari setahun ke setahun. Biasanya watak komik akan kekal statik walaupun hari-hari yang berlalu dalam sketsa mereka seperti tergambar hari-hari yang berlalu dalam kehidupan seharian biasa. Maka, ada sesetengah pihak men…

Calvin and Hobbes Revisited

Aku mengharapkan suatu hari nanti animasi Calvin And Hobbes menjadi kenyataan.



Calvin and Hobbes adalah siri komik karya Bill Watterson yang sangat popular. Namun begitu Bill Watterson telah berhenti melukis siri komik ini pada tahun 1995. Beliau tidak membenarkan Calvin And Hobbes dikomersialkan dalam cara lain kecuali koleksi komik yang pernah diterbitkan.

Ini yang paling mengecewakan peminat Calvin and Hobbes. Ianya kerana siri Calvin and Hobbes dilihat mempunyai potensi yang sangat besar untuk berjaya dalam bentuk animasi atau real life movie.

iLove

I love my wife so very much.

:D

Scientologi di Perpustakaan Pejabat

Lama aku tidak menjenguk ke perpustakaan di pejabat. Siang tadi aku masuk. Perkara pertama yang aku terpandang adalah deretan buku baru yang cukup menarik warnanya (sedangkan aku rabun warna).

Aku membelek. Penulisnya adalah L. Ron Hubbard. Macam aku pernah dengar atau baca. Kemudian aku lihat kulit buku. Antara tulisan yang terpapar adalah Dianetic dan Scientology.  Sah aku tahu siapa L. Ron Hubbard dan aku juga tahu apa itu Scientology. Untuk memastikan lagi telahan aku, aku lihat penerbitnya. Hubbard dan Church of Scientology.



Wah... Ada juga buku ini di Malaysia ya. Lebih memeranjatkan aku, ianya ada di perpustakaan di pejabat. Lalu aku bertanyakan kepada perpustakawan kenapa buku sebegini boleh ada di perpustakaan pejabat. Perpustakawan menjelaskan bahawa buku-buku ini diterima secara percuma pada tahun 2009. Mulanya beliau tidak berani hendak meletak buku tersebut di rak perpustakaan. Tetapi sewaktu beliau di Perpustakaan Negara, koleksi buku yang sama ada di sana. Maka beliau let…

Selamat Hari Raya Aidil Adha

TV

Beberapa perkara yang aku sedari setelah beberapa hari menonton di peti TV baru.

Resolusi adalah 'over-hyped'. Melainkan mata kita sangat tajam dan bionik, kualiti gambar SD dan HD tidak jauh berbeza. Tetapi ianya tetap berbeza. Ianya lebih 'kaya' melalui HD. Sekiranya anda menggunakan Astro, cuma beberapa siaran saja yang menggunakan HD buat masa ini. Selebihnya masih SD.  Tapi perlukah kita ada TV HD sekarang? Sekiranya ada duit, beli TV HD-sepenuhnya. Sekiranya tidak, tidak perlu. Lima tahun dari sekarang, aku rasa siaran TV HD ini baru akan benar-benar matang.Aku perlukan sistem pembesar suara untuk mendengar kesan bunyi yang lebih baik. Jika mengharap pembesar suara terbina dalam TV, jangan haraplah. Tetapi ianya bagi aku masih sekadar kehendak, bukan keperluan. Jadi pembesar suara TV buat masa ini masih cukup.Saiz skrin 42 inci di dalam rumah aku terasa sangat besar. Tambahan pula sofa aku cuma 2 meter dari TV. Tetapi apa yang menariknya, sekarang aku boleh meno…

Marissa Raisya

Ini Marissa Raisya, anak saudara aku. Comel kan? :D Maaf, gambar sangat blur kerana aku guna Blackberry saja.

Lebih Ceria di Rumah & Pejabat

TV baru sudah dapat. Syukur. Dalam hujan lewat petang semalam, aku dan Zura ke kedai berhampiran pejabat Zura untuk mengambil set TV tersebut. Zura minta ambil sendiri bagi menjimatkan kos penghantar yang dikenakan sebanyak RM50 walaupun rumah kami cuma 5km dari kedai tersebut.


Bayaran? Tidak perlu. Bayar bulan-bulan ke syarikat Zura sehingga selesai. Interest free pula. Islamik, bukan? Harganya juga lebih murah dari harga pasaran. Hampir RM400 lebih murah! Tetapi jangan pula suruh aku tolong belikan untuk kamu. Ini urusan Zura dengan pejabatnya. Kesian pula dia nak uruskan permintaan orang lain pula.

Tetapi malam tadi aku tidur awal. Belum jam 10 malam aku sudah terlena, sehingga subuh. Letih kerana tidak cukup tidur, menyiapkan kerja pejabat sehingga jam 4.00 pagi sehari sebelumnya. Syukur kerja selesai dan hasilnya sangat baik. Ini video yang aku hasilkan,


Aku hasilkan dalam masa beberapa jam. Harap maklum, ianya sebuah video, bulan slaid. Jadi aku terpaksa guna Apple Motion untuk men…