Langkau ke kandungan utama

Ke Mana Menghilang?

Kembali menulis di sini setelah begitu lama ditinggalkan. Puncanya kerana Star Rating. Aku ditugas untuk menyiapkan buku laporan yang setebal 230++ muka surat dan juga menyediakan slaid persembahan yang menggunakan tiga buah skrin sekaligus. Slaid sebanyak 120++ muka perlu aku siapkan dalam tempoh beberapa hari.

Banner ini aku yang design, sesuai dengan tema buku dan slaid.
Syukur kerana semua itu telah aku selesaikan dengan baik. Bos berpuas hati. Itu yang penting. Beberapa hari juga aku tidur lewat dan balik kerja lewat malam, meninggalkan Zura berseorangan di rumah. Tetapi tanggungjawab kerja pun aku perlu laksanakan.

Suasana dalam dewan ketika sesi taklimat oleh Bos Besar sedang berlangsung.

Tiga skrin sekaligus! Seorang penyedia dan pengawal slaid; Aku.
Selesai kerja minggu lepas, aku berehat akal fikiran. Otak ini sudah terbeban dengan kerja sejak beberapa ketika perlu di'longgar'kan seketika.

Aku lebih senang terperap di rumah sekarang. Rumah semakin selesa dan senang membuat aku terlena. Kalau tidak aku menonton televisyen, aku akan bermain games di komputer. Semuanya di rumah, bersama Zura. Aku beritahu Zura itu adalah lebih baik daripada aku keluar bertemu kawan-kawan sambil melepak di kedai mamak menonton bola sepak. Ini kerana aku sentiasa ada di rumah. :-)

Semalam kami terima set sofa baru yang dibeli kira-kira dua minggu lepas. Penghantaran agak lewat kerana ketiadaan stok. Baik juga penjual yang tidak menghantar set pameran saja. Jadi kami tunggu dan kami terima set sofa baru yang masih dibalut tebal.

Set sofa berbentuk L menjadi pilihan kami.
Bagi aku, set sofa yang dibeli ini cukup untuk kami berdua. Sofa berbentuk L bersaiz sederhana dipilih kerana rumah kami bukanlah terlalu besar. Itu pun setelah diletakkan sofa di ruang tamu ini, ruang ini kelihatan semakin sempit. Sewaktu kami beli set meja makan dahulu, aku cadangkan agar meja makan itu di letakkan di tengah-tengah ruang makan, agar nampak menarik. Zura tidak bersetuju. Dia sarankan (bertegas!) supaya meja makan itu dirapatkan ke dinding saja.


Setelah set sofa ini diterima, aku nampak logiknya meja makan dirapatkan ke dinding. Hasilnya, ada ruang yang lebih luas antara sofa dan meja makan.

Jangan terpedaya dengan reka bentuk sofa, dan fikir ianya mahal. Harga sofa ini sangat berpatutan dan boleh dianggap sangat berbaloi. Anda boleh lihat sendiri di sini,

99 Home Design Furniture

Seperti yang aku katakan, harganya sangat berpatutan. Tetapi janganlah harap kamu bayar murah tetap mahu dapat barang paling bermutu atau paling hebat. Harga sesuai dengan kualiti. Lagi pun, seperti yang aku beritahu, ianya sesuai untuk kami berdua, sama seperti set meja makan yang dibeli tempohari.

Apa maksud aku? Mudah. Orang biasa beli sesuatu terutamanya perabot sambil memikirkan berapa jumlah orang boleh muat di meja makan atau apa pandangan orang mengenai sofa yang dibeli nanti. Aku dan Zura membeli set meja makan memikirkan bahawa kami menyukainya dan kami yang akan menggunakannya setiap hari, setiap masa.

Sama juga dengan sofa. Tiga perlu beli sofa yang terlebih besar sehingga muat untuk lebih 10 orang duduk jika setiap hari, hanya dua orang yang akan duduk di atasnya. Beli yang sesuai untuk digunakan sehari-hari. Jadi, melalui gambar di atas, sebelah kiri adalah tempat aku duduk memandangkan betul-betul di atasnya ada kipas angin. Sejuk dan nyaman. Zura duduk di kanan kerana di depannya ada televisyen dan dia lebih banyak menonton televisyen daripada aku.

Bercakap mengenai televisyen, kami perlu tukar televisyen baru. TV sedia ada semakin nazak. TV CRT di rumah sudah berusia 8 tahun (jika tidak silap aku). Sewaktu bujang dahulu, TV tersebut menjadi TV "welfare" untuk di rumah bujang lama. Akibatnya TV tersebut rosak kerana sering dibiarkan terpasang sepanjang masa. Sekarang aku perlu mengetuk TV berpuluh-puluh kali sebelum gambar terpancar di skrin TV.

Kami sudah merancang untuk membeli sebuah TV LCD/LED. Aku cadangkan cukup sekadar 32 inci memandangkan jarak antara TV dan sofa sangat dekat (ini memang fakta betul). Zura mahukan saiz 40 inci. Tunggu dan lihat bagaimana. 40 inci pun okay. Boleh terus menonton dari atas katil di dalam bilik. Hehehe...

Banyak duit? Tidak juga. Kami akan bayar ansuran bulanan, inshaAllah - Interest free...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon