Langkau ke kandungan utama

Cameron Highlands

Sedang aku asyik membuat kerja pejabat, aku tiba-tiba terkenangkan Cameron Highlands. Entah kenapa, aku sendiri tidak tahu.

Sudah lama aku tidak ke sana. Mungkin sudah hampir dua tahun. Suatu ketika dulu, hampir setiap bulan aku ke sana kerana bertugas. Menginap di Century Pines Resort di Tanah Rata yang hanya beberapa meter dari pekan Tanah Rata. Setelah penat bertugas di waktu siang, lewat petang dan malam kami bersantai dalam sejuk sama ada di menikmati roti canai di sebuah gerai atau bersiar-siar menikmati udara yang sangat nyaman.


Waktu-waktu itu. Sebuah pengalaman yang mungkin tidak lagi akan dilalui. Masih aku terkenangkan kumpulan tenaga pengajar 'Team Building' pejabat yang akrab dan mesra antara satu sama lain. Ada antara mereka ini yang telah bersara. Ada yang sudah berpindah jauh. Tetapi kenangannya tetap segar dalam ingatan.



Aku yang bertugas sebagai jurufoto ketika itu, merakam suasana sewaktu bertugas dan juga di luar waktu kerja, hati ini lebih tersentuh melihat foto-foto lama itu kembali. Orang kata, kalau boleh diputarkan masa... Aku mahu kalau boleh diputarkan masa. Kembali di saat-saat kerja menjadi suatu yang menyeronokkan dan pengalaman yang penuh bermakna.


Cameron Highlands itu sendiri tidak begitu hebat. Tetapi suasananya menyebabkan aku merindukan tempat itu. Zura pernah beberapa kali mengajar aku ke Cameron Highlands. InshaAllah. Aku mahu membawa dia ke tempat aku datang bertugas dan bersiar-siar. Mahu dia tahu bahawa suatu ketika dahulu, empat hari dalam sebulan aku akan berada di Cameron Highlands, menikmati alam yang mendamaikan.

I miss those wonderful days. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon