Langkau ke kandungan utama

Penghujung 35 Tahun

Ya, hari ini hari terakhir aku berusia 35 tahun. Esok, inshaAllah aku mula langkah hari pertama di usia 36 tahun. Usia yang sudah terlebih matang, harapnya. Usia yang bakal merubah hidup ini.

Lebih kurang tiga bulan dari sekarang, hidup ini bukan 'single' lagi. Hidup ini sudah akan berteman sepanjang masa, setiap ketika.

Kelmarin sewaktu berbual-bual dengan Zura, aku katakan kepadanya betapa beruntung dia. Bukan memuji diri sendiri.

Aku sedari, selama hidup ini berlangsung, aku seorang yang selalu bersendirian. Ke mana saja di hujung minggu atau bila waktu sekali pun, aku lebih banyak bersendirian berbanding bersama orang lain. Aku juga kurang kawan baik lelaki, ianya suatu 'plus point', mungkin. Tidak akan ada alasan untuk keluar rumah di waktu malam semata-mata menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di kedai mamak. Tidak ada juga keluar rumah di hujung minggu meninggalkan Zura berseorangan di rumah kerana mahu bersama kawan memanjat gunung atau memancing ikan.

Kalau aku keluar malam nanti pun, aku akan ke studio menyiapkan kerja atau menonton wayang bersama dengan Zura. Rugi juga tiada ramai kawan lelaki, agaknya kata orang begitu? Rugi atau tidak, aku duga hidup aku memang begini, selesa untuk tidak buat kerja dengan ramai orang.

Berapa jangka hayat purata lelaki Malaysia? 70 tahun? Maknanya separuh daripada usia sudah berlalu. Tanpa apa-apa yang menarik. Harapnya separuh lagi usia ini akan diwarnai dengan warna yang lebih indah. Itu harapannya. Good luck to me, I guess.

Aku tidak mahu bermonolog panjang mengenai hidup aku. Suatu yang menarik untuk aku sendiri kenang. Bukan hebat, tetapi cukup menarik. Mulai esok, inshaAllah ianya akan jadi lebih menarik. Harapnya begitu.

Terima kasih kamu. Aku sentiasa menghargainya.

Ulasan

  1. Salam.

    Selamat ulangtahun kelahiran, Idan.

    "Usia umpama harta..bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya.

    Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.

    Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian."

    -Majalah Solusi, Isu No. 24

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon