Langkau ke kandungan utama

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR.

Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang.

Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai.

Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon 1000D, Nikon D3000 atau Sony A330 semuanya berharga di bawah RM2000. Model-model asas ini juga dilengkapi dengan teknologi LiveView, sama seperti menggunakan kamera digital biasa semasa merakam gambar. Ianya memudahkan orang untuk berfotografi tanpa meneropong ke corong bidikan secara manual, seperti tradisinya.

Matlamat aku bukan untuk menghuraikan mengenai DSLR atau perkembangannya. Aku mahu membantu kamu membuat keputusan sekiranya kamu berminat mahu membeli sebuah kamera DSLR. Ini pandangan peribadi. Ada ramai orang yang lebih mahir dan tahu. Sila rujuk mereka juga. Laman web seperti dpreview.com juga boleh membantu kamu membuat keputusan. Jom mula.

Pertama, Bajet. Berapa kos yang kamu mahu labur untuk sebuah kamera DSLR? Kamera DSLR basic atau low-end kebanyakkan berharga di bawah RM2300. Kamu akan perolehi camera body (badan kamera), lensa asas (biasanya 18-55mm), bateri, kad memori dan tali penggantung. Biasanya juga penjual akan memberi barangan lain seperti beg, filter, screen protector dan stand. Cari tawaran terbaik dengan membuat survery.

Tiada kamera khusus yang aku cadangkan. Tetapi paling murah kalau tidak silap aku adalah Sony A330. Kamu boleh perolehinya dengan harga lebih kurang RM1600. Ada juga kamera Nikon D40 dan D60 atau Canon 400D atau 450D yang ditawarkan dengan harga di bawah RM2300. Bukan aku tidak galakkan kamu beli, kebanyakkan kamera ini menggunakan teknologi lama dan agak 'perlahan'. Tetapi masih cukup baik untuk fotografi. Aku sampai sekarang masih menggunakan Canon EOS 400D.

Untuk kamera separa profesional, harga bermula dari RM2500 hingga mencecah RM5000. Tidak ada istilah jelas mengenai separa profesional dalam kamera DSLR. Beza dengan kamera asas adalah mungkin dari sudut megapiksel, enjin memproses dan titik fokus automatik. Kalau Nikon, orang akan dapatkan Nikon D90. Ianya terbukti sebuah kamera yang baik dan hasilnya memuaskan. Kalau Canon, dapatkan Canon EOS 50D. Harganya sudah murah berbanding suatu ketika dulu. Jenama lain seperti Olympus, Ricoh dan Fuji tidak berapa popular di sini jadi tidak perlu aku sebut.

Kalau kamu mahu beli kamera yang berharga lebih RM5000, kamu tidak perlu baca artikel ini. Membazir waktu. Kebanyakkan kamera berharga lebih RM5000 adalah kamera untuk profesional yang mahukan lebih kontrol terhadap hasil fotografi mereka. Harga kamera DSLR profesional boleh mencecah ratusan ribu ringgit dengan puluhan megapiksel untuk mendapatkan hasil fotografi terbaik.

Megapiksel, penting? Melainkan kamu mahu mencetak hasil fotografi kamu menjadi sebesar bas atau papan iklan tepi lebuhraya, kamu tidak perlu risau mengenai megapiksel. Kebanyakkan daripada kita cuma mahu merakam gambar peribadi yang akan disimpan di dalam PC, diupload ke Facebook, Flickr atau Fotopages dan sekali-sekala, dicetak dengan saiz 4R, kadang-kadang 8R. Kamu tidak perlukan megapiksel yang terlalu tinggi untuk semua itu. Kalau kamera yang kamu beli dengan harga yang kamu mahu itu mempunyai megapiksel yang tinggi, sudah kira bagus. Namun, kamera DSLR dengan 10 megapiksel sudah cukup baik untuk merakam apa jua gambar.

Lensa. Sejauh mana? Lensa memainkan peranan penting dalam fotografi DSLR. Kalau kita beli kamera dengan kit asas, biasanya ia dibekalkan dengan lensa asas 18-55mm. Lensa ini sudah cukup untuk mengambil gambar landskap dan potret dengan baik. Namun begitu, keupayaan lensa asas ini agak terhad. Kalau kamu ingin merakam aksi orang sedang bersukan atau burung di atas dahan pokok, kamu perlukan lensa yang lebih baik dengan keupayaan zoom yang lebih jauh. Peruntukkan sedikit duit untuk dapatkan lensa tambahan atau gantian yang baik. Kamu boleh dapatkan lensa pihak ketiga keluaran Tamron atau Sigma yang sedikit lebih murah daripada lensa keluaran jenama popular. Lensa 18 - 200mm kamu boleh perolehi dengan harga kurang RM1000 dan ini akan memudahkan kamu sendiri. kamu tidak perlu membawa lensa tambahan untuk membuat fotografi yang memerlukan julat zoom yang jauh berbeza.

Cadangan aku, biar apa jua badan kamera yang kamu beli, pastikan kamu beli (kalau berkeupayaan) lensa yang lebih baik daripada lensa asas.

Flash? Kalau tidak silap aku, semua kamera basic dan semi-pro mempunyai sistem flash terbina dalam. Flash ini sudah cukup baik dalam banyak keadaan. Cuma, jangan paksa keupayaan flash melebihi kemampuannya. Kalau kamu mahu juga flash tambahan, harganya tidak murah. Tetapi buat permulaan, guna saja flash terbina dalam badan kamera dulu.





Lain-lain?

  1. Periksa jenis kad memori apa yang digunakan. Untuk memudahkan proses menyimpan gambar di dalam komputer, cari kamera yang menggunakan kad memori standard seperti SD, MemoryStick atau CF. Tetapi ini jarang menimbulkan masalah.
  2. Filter/Lense Protector - Lensa kamera sentiasa perlukan penjagaan. Kaca lensa sebaiknya tidak disentuh dengan jari atau dikotorkan. Beli lense protector yang bertindak sebagai filter UV. Ianya agak murah.
  3. LiveView - Merakam gambar menggunakan skrin LCD di belakang kamera. Ini sangat baik utuk mereka yang ada kamera DSLR tanpa tahu cara gunanya. Kalau ada LiveView, plus point. Kalau tiada, agak rugi, tetapi kamu masih boleh rakam gambar dengan corong membidik.
  4. Lain-lain - Kamera DSLR memerlukan penjagaan yang agak cermat. Pastikan kamu simpan di tempat yang kering. 
Bila sudah beli, guna! Guna! Guna! Jangan sekadar untuk digantung di leher. Berat. Jangan membazir duit beli kamera DSLR kemudian simpan. Baik berikan kepada aku!

Ulasan

  1. wah.
    penerangan yg teliti.
    membuatkan sy nak satu!

    BalasPadam
  2. Anonymous7:08 PTG

    uiks~..18-200 bawah seribu!??..nak mintak tolong belikan...ade bukak kedai sendiri ke?..

    BalasPadam
  3. Anonymous9:45 PG

    penerangan yg bagus. Bg la tips2 lg kalau ada...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak