Langkau ke kandungan utama

Hujung Minggu

3.15 pagi. Sepatutnya aku sudah tidur. Esok perlu ke pejabat. Tetapi sepanjang hujung minggu, tidur aku tidak pernah awal dari jam lima pagi.

Malam tadi aku habiskan masa dengan menonton Avatar. DVD yang aku beli (kamu boleh teka sumbernya) cukup berkualiti dan memuaskan. Dua kali aku menonton Avatar di pawagam; satu versi biasa dan satu lagi versi 3D. Namun apabila menonton di skrin LCD dengan keupayaan untuk berhenti di pertengahan jalan, kita akan nampak 'detail' cerita tersebut dengan lebih jelas lagi. Contohnya, Na'vi original adalah kidal sementara Na'vi avatar menggunakan tangan kanan. Kisah mengenai empat dan lima jari, semua orang sudah tahu. Banyak lagi perkara yang kamu pandang sepintas lalu di pawagam, dalam DVD nampak lebih jelas. Mungkin selepas ini aku perlukan TV LCD bersaiz 32 inci. Hehehe.

Aku juga menonton Wall.e, hanya kerana aku sudah lupa adegan di dalam kapal angkasa Axiom. Ianya masih menghiburkan.

Aku siapkan satu page Facebook untuk pejabat (secara tidak rasmi). Ini kerana aku tidak berminat untuk letak koleksi gambar aktiviti pejabat di ruang Facebook peribadi. Jadi, selepas ini, semua aktiviti pejabat yang dirakam oleh lensa kamera aku, akan dimuat naik ke page Facebook pejabat (tidak rasmi).

Aku juga sempat bersiar-siar di kompleks membeli belah. Tidak ada apa yang aku beli. Aku terlihat promosi kamera DSLR Canon 400D dengan harga RM1,399. Dulu aku beli set yang sama dengan harga RM2,300! Lebih mengujakan aku apabila aku dapati di kotaknya tertera, "18 - 135 IS USM lense"! Oh, dengan RM1,400, ianya sudah jauh menjimatkan! Bila aku bertanya kepada jurujual, hasrat aku terbantut. Lensa begitu tidak disertakan bersama. Sebaliknya lensa 50mm 1.8f ditawarkan sebagai ganti. That is lame. Aku tidak berminat dengan fotografi potrait. Aku lebih berminat fotografi landskap. Jadi lensa 50mm 1.8f, walaupun agak cool, bukanlah selera aku.

Aku beli DVD permainan video, Civilization IV. Ianya termasuk dengan CIV IV: Colonization. Kepada sesiapa pemain video games lama, era awal 90an, Colonization adalah antara game paling menghiburkan. Tetapi entah bila aku akan bermainan dengan permainan video tersebut. Banyak games di dalam laptop ini terbiar tanpa dimainkan.

Aku makan spageti bebola daging - panggang di restoran Vivo, di The Curve. Sedap tetapi aku tidak suka. Ada yang jauh lebih sedap.

Esok, ahad, aku perlu ke pejabat lagi. Mari temani aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon