Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

NYC 2012 Olympic Bid

Ini video yang dihasilkan sempena permohonan bandaraya New York untuk menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2012. Walaupun mereka gagal (Olimpik 2012 akan diadakan di London), namun video ini begitu menarik dan menyentuh perasaan.


Benar, karya seni mereka sudah jauh ke hadapan. Perkara sebegini pun boleh menyebabkan kita rasa kagum.

Damai

Akhirnya, aku berdamai dengan dia.
Akur dengan kehendak dan keadaan masing-masing. Faham dengan suasananya.
Begitu kehendakNya, agar masing-masing bahagia.

Babak Baru

Ada waktunya aku mahu kamu tahu, kalau secebis saja ruang kamu beri aku suatu ketika dulu, itu pun sudah mencukupi. Tidak perlu semua. Tidak perlu segalanya.
Tetapi kalau sekarang kamu mahu lakukan perkara yang sama, mungkin kerana kamu sudah menyedari apa yang telah berlaku, aku mohon maaf. Tidak, aku tidak perlu mohon maaf. Malah aku tidak perlu berkata apa-apa. Aku tidak akan peduli. Dulu, aku tidak ada ketegasan di dalam hati. Aku biarkan ia dibadai dalam apa jua keadaan. Itu dulu.
Susah nak rasa apa-apa sebenarnya. Mungkin seperti yang aku pernah huraikan dulu. Bila kita sampai di satu tahap, kita jadi 'biasa'. Itu yang aku rasa sekarang. Baik aku terhadap orang lain bukan dibuat-buat. Bukan lakonan penyeri suasana. Baik aku adalah baik yang aku mahu orang lain rasa. Tetapi lebih daripada itu, aku tidak boleh berikan kepada mereka. Tidak kepada sesiapa pun. Tidak kepada kamu pun, lagi.
Maka wujud aku sekarang hanya kerana aku mahu aku gembira. Aku akan gembira apabila meli…

Makan Spageti Di The Spaghetti Farm

Aku belek-belek gambar aku rakam melalui Nokia E66. Aku sedar ada dua keping gambar yang sepatutnya aku ceritakan halnya kepada kamu dua minggu lepas lagi. Tidak mengapa, biar lambat dari tiada langsung.
Semasa aku berkeliaran di MidValley, aku terjumpa dengan sebuah restoran makanan segera berkonsep baru. Mereka menyediakan set spageti sebagai menu utama. Ada beberapa pilihan spageti dengan harga yang amat berpatutan. Semangkuk (memang ianya dihidang di dalam mangkuk) spageti berharga sekitar RM7. Cukup murah. Nama restoran tersebut adalah The Spaghetti Farm terletak di aras LG kompleks MidValley. Tidak susah mencarinya kerana ia berhampiran dengan Pizza Hut.


Aku mencuba set spageti bebola daging, semangkuk sup cendawan dan segelas air minuman. Aku sudah lupa berapa harganya (akibat sudah lama diperam simpan). Tetapi tidak lebih RM10, kalau tidak silap.



Rasa? Bolehlah. Tidak terlalu sedap dan tidak juga terlalu tidak sedap. Sekadar biasa. Kalau difikirkan balik, ianya lebih kurang sama …

Jelas!

Eh, hello makcik, pakcik, datuk, nenek.
Post sebelum ini adalah post yang bersifat "membuat satu penyataan".
Tidak menimbulkan sedih, kecewa, derita, rasa nak bunuh diri, merajuk dan lain-lain yang berkaitan.
Harap maklum. Lagipun, tengok ini; :D

Hati Ini Berbatas

"Maaf. Bukan santunku terbungkam. Hanya hatiku berbatas..."
Lebih kurang maksud aku kepadanya sekarang. Walau tidak dijelas secara nyata, harap dia faham. Aku perlu lakukan untuk memudar apa jua rasa di hati. Jadi kalau dia terasa seperti tidak dipedulikan, ianya kerana sengaja aku lakukan.
Agar reda segala resah menanti jawapan darinya. Agar luluh segala harapan yang pernah ada terhadap dirinya.
Bukan berputus asa. Cuma rasa perlu. Perlu dilakukan sekarang agar masa mendatang hidup ini lebih tenang daripada sentiasa mendesak diri untuk menyukai seseorang yang tidak pernah kembali menghargai. Anggapan aku begitu. Dia tidak pernah mahu menghargai. Jadi perlu apa lagi aku bebalkan diri untuk tunggu mengharap?
Lagipun, aku bahagia sekarang. Tenang. Hidup lebih damai dengan orang sekeliling yang sangat memahami dan mengambil berat (kamu tahu siapa kamu). Sekurang-kurangnya itu. Aku tidak perlukan dia meluahkan jiwanya. Sekadar sedikit menghargai, sudah cukup. Tetapi aku tidak pernah …

Bintang Di Surga

Bintang Di Surga - Peterpan
Masih ku merasa angkuh Terbang kenanganku jauh Langit kan menangkapku Walau kan terjatuh
Dan bila semua tercipta Hanya untukku merasakan Semua yang tercipta Hampa hidup terasa
Lelah tatapku mencari Arti untukku membagi Menemani langkahku Namun tak berarti
Dan bila semua tercipta Tanpa harus ku merasakan Cinta yang tersisa Hampa hidup terasa
Bagai bintang di surga Dan seluruh warna Dan kasih yang setia Dan cahaya nyata
Oh bintang di surga Berikan cerita Dan kasih yang setia Dan cahaya nyata
====
Semua senjata dalam video muzik ini adalah Airsoft. Menarik. Sebuah lagu yang menarik. Mungkin kerana aku boleh nyanyikannya. Hehe.

1,103,760,000 Detik

Selama itu sudah aku hidup hingga saat potret ini dirakam.




Hidup sebenarnya sungguh indah.
P/S: Terima kasih kamu atas rakaman potret yang cukup cantik ini.

Kita Buka Ruang Sembunyi

Ada waktu kamu mahu menduga, seperti kamu tahu hidup ini bagaimana untuk semua orang. Kamu yakin telahan kamu itu betul kerana segala ilmu yang kamu pelajari itu menjerumuskan keputusannya di situ. Hidup, bagi kamu adalah tafsiran dan gambaran yang di dalam buku psikologi dan perbandingan sifat manusia.

Seperti juga kamu cuba nilai atau tafsir tunggul kayu di tepian laut ini. Kamu andaikan segalanya; dari mana asal, kenapa di situ dan mengapa akhir hidupnya begitu. Sedang tunggul kalau tidak dilihat kita, ianya mungkin terus reput menjadi khazanah bumi.
Kita sebagai manusia, seringnya hanya menafsir apa yang ada di permukaan watak dan sifat orang lain. Hati dan budinya, kita tidak mungkin tahu sepenuhnya. Jiwa dan perasaannya, kita hanya boleh andaikan, sama seperti kita luahkan cinta, luahkan marah dan luahkan kecewa. Kita andaikan cinta, marah dan kecewa itu sebegitu rupa. Kalau kita tabirkan keadaan itu dengan sedikit senyuman, pasti tiada siapa yang sedar bezanya. Melainkan ianya d…

Taman Laut Mu

Ke mana aku siang tadi?
Sini.
Tapi aku bukan berseorangan.























Ya, Fort Supai atau Kota Kuala Linggi. Bukan destinasi sebenar. Kebetulan merayau-rayau tanpa arah, menemukan kami tempat yang begitu menarik ini.
Oh, tidak perlu kamu fikir siapa dia.

Hadiah & Ucapan

Hadiah paling menarik aku terima hari ini adalah set pen jenama Parker IM Laque Black GT.

Aku bertanyakan dia, kenapa hadiahkan pen mahal ini. Jawabnya kerana aku bekerja di pejabat dan pen adalah hadiah paling molek untuk diberikan.
Aku tersenyum. Di dalam KFC nun di ceruk bandar (kamu tidak perlu tahu), aku membuka dan melihat. Aku terkesima. Belum pernah ada orang yang menghadiahkan pen sebegini cantik. Aku amat menghargainya.
Aku beritahu bahawa pen ini akan disimpan sebaiknya. Mungkin dia tidak tahu, 99% kerja yang aku lakukan memerlukan aku menggunakan komputer. Jadi pen adalah perkara yang amat tidak signifikan dengan kerja aku sekarang. Aku beritahunya bahawa, kalau aku pegawai atasan, mungkin aku akan lebih menggunakan pen ini.
"Jadi, saya doakan supaya awak suatu hari nanti akan menjadi pegawai atasan..."
Amin...

Aku sudah duga dia akan berikan hadiah sebegini. Aku berkeras sebelum ini untuk tidak mahu menerima apa-apa hadiah. Malah dari sesiapa pun, aku tidak mahu. Aku …

Menghias Alam

Alam ini perhiasan diri. Memberi corak dan makna kehidupan kepada manusia. Kita umpama pelukis, mengisi ruang mengikut acuan kehendak kita. Tuhan penentu segalanya.
Kalau kamu duduk di tempat aku, melihat alam melalui anak mata aku dua biji (yang rabun warna), kamu lihat alam lebih luas dan lebih bermakna. Kamu jadi begitu sensitif mengenainya. Kamu cuba rakam suasananya sebelum kamu terlupa, atau ianya lenyap ditelan perubahan.
Mari, temankan aku mencari damai.

35

Aku sudah 35, yay!
Sejak dari tadi, sebelum 22hb pun lagi, aku terima ucapan dari ramai orang. Terima kasih aku ucapkan. Mungkin mereka berlumba-lumba untuk jadi yang pertama ucapkan.
Kalau aku, lain pula sifatnya. Aku mahu jadi orang paling akhir di hari lahir seseorang untuk aku ucapkan selamat hari lahir kepadanya. Bukan belated, kerana ianya sudah lewat sehari. Tetapi pada hari lahirnya sendiri, cuma di saat-saat akhir sebelum berlaku belated.
Kenapa ya?
Aku tiada alasan kenapa. Tetapi mungkin aku fikir begini (masih memberi alasan walaupun bodoh),
"Aku mahu jadi yang terakhir ucapkan selamat hari lahir kepada kamu supaya kamu ingat, di kala orang lain sudah mula melupakannya, aku masih ingat walaupun di saat-saat akhir sebelum ianya berlalu"
Hahaha. Poyo, aku tahu. Tapi betul juga kan?

34 Tahun, 363 Hari

Menjelang 35, raut wajah semakin tua, rambut semakin banyak yang putih, jiwa semakin lesu, ingatan semakin pudar, mata semakin rabun, badan semakin sengal dan segala yang muda dulu, semakin dimamah usia.






Bukanlah terlalu tua semuanya. Jiwa aku 100% masih dirasakan begitu muda.
Moga hari-hari yang mendatang lebih mendamaikan hidup ini. Terima kasih kamu yang sentiasa berada di sisi. Aku amat menghargainya.

Port Dickson

Siang Sabtu semalam aku ke Port Dickson, ada urusan. Petang sebelum balik, aku sempat singgah dan bersantai di tepian pantai sambil merakamkan suasana sekitarnya. Port Dickson siang tadi amat panas. Tapi di tepian pantainya, bayu yang bertiup berselang-seli membawa udara panas dan sejuk membadai tubuh.














Sungguh damai sebenarnya suasana. Kadang-kadang, jauh dari rutin harian, tempat sebegini adalah penyegar jiwa yang lesu.

Siapa Sangka Datang Ceria Dari Entah Sudut Mana

Kalau kamu rasa gembira, tepuk tangan!
Heh.
Tidak sampai begitu sekali. Tetapi ada kalanya gembira itu datang tanpa kamu sedari. Tadi aku gembira. Kalau hendak dirungkaikan, gembira aku cukup menghilangkan lesu hidup aku setakat ini, di tahun ini.
Aku teringat seorang pekerja restoran A&W di Kinrara. Dia menerima tempahan makanan di kaunter dengan suara yang amat ceria. Cara dia bercakap juga ceria dan pasti membuat diri kamu juga turut ceria.
Aku juga teringatkan seorang imam di Masjid Besi. Kalau dia membacakan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat, suara merdu mengalunkan ayat suci al-Quran begitu menyentuh jiwa. Kamu berbaur rasa tenang, syahdu dan gembira dalam masa yang sama.
Tadi, apabila berbual-bual melalui webcam dengan seseorang (kenalan baru), hati berasa sangat ceria walau hanya aku dapat mendengar suaranya dan dia cuma dapat membaca tulisan aku. Tapi memek muka dan keceriaan wajahnya membuatkan aku sendiri dijangkiti penyakit ceria yang sama.
Kamu tidak boleh beli saat-saat…

Menghurai Kata

Ada waktunya, kalau kamu tiada apa yang menarik hendak diperkatakan, diam saja. Seperti kelmarin dan semalam, aku tiada cerita untuk kamu. Lalu aku diam.
Dalam masa yang sama, aku mendengar cerita-cerita menarik dari orang lain. Aku bayangkan hidup yang dilaluinya. Aku selami setiap baris kata yang dituturnya. Ada orang yang cuma mahu mengadu. Cuma mahu bercerita kepada orang yang sudi mendengar. Aku orang yang sudi mendengar itu.
Kelebihan orang lain, tutur kata mereka menjadi perhatian. Apa yang disuarakan, penuh emosi dan penjelasan. Aku tidak mampu begitu. Aku lebih selesa berada di ruang ini, menyuarakan kata pada setiap baris yang ditulis. Kamu yang menjadi 'pendengar'.
Jadi baris-baris tulisan ini adalah ganti suara aku yang tidak pandai mengungkap kata. Aku menulis lebih baik daripada aku bercakap, mungkin. Aku menulis blog ini sejak 2004 (secara aktif) lalu, aku sedari aku begitu selesa dengannya. Hakikatnya, aku hadapi masalah untuk menyiapkan satu muka surat novel yan…

Jauh Perjalanan Pulang

Sudah aku katakan dalam Twitter (lihat sebelah kiri tepi blog ini), balik ke Putrajaya siang tadi, aku mahu lalui jalan paling jauh dan paling lengang.

Separuh daripada perjalanan tadi memang selesa. Jalan lengang, sekali sekala baru ada kereta lain. Jalan dari Kuala Kangsar ke Manong seperti gambar di atas siang tadi memang amat mengasyikkan. Aku tahu, kereta aku juga sukakan jalan sebegini. Aku tidak akan memandu laju, dan alunan jalannya lebih membuai.


Tiba di pekan Bruas, keadaan jalan masih selesa. Namun belok saja ke kiri dari arah ini, jalannya amat teruk (sejak dari dulu begitu) dan keadaan sudah semakin sesak.


Aku singgah di Lumut, bertemu Asyikin. Agak ralat, aku tidak sempat bertemu suaminya, Alvin yang masih di atas kapal (perang). Jadi kami berbual sambil menjamah spageti yang sedap. Bertanyakan keadaan hidup dan kerja. Mengeluhkan keadaan kerja (hidup sentiasa damai). Sejam kemudian, aku meneruskan perjalanan pulang.


Singgah di sebuah masjid di Lekir (nama tempat), aku terta…

Kuala Kangsar, Waktu Malam

Dulu, aku pernah janjikan dengan seorang sahabat yang aku akan rakamkan suasana malam di bulatan Jam Besar, Kuala Kangsar. Ira, janji sudah ditunaikan. Maaf, agak terlewat. Juga, gambar tidak banyak sebab aku lupa bawa tripod. Terpaksa letak atas simen saja.

Jam Besar Kuala Kangsar yang amat popular. Seingat aku, dulu tidak ada kubah di atas jam tersebut. Mungkin mereka letak untuk menunjukkan betapa 'Islam'nya Bandar Kuala Kangsar. Aku harap, suatu hari nanti ada orang yang berani turunkan kubah tersebut. Bukan aku tidak suka, tetapi agak janggal. Tetapi waktu malam di sini memang sangat cantik. Aku lihat orang duduk berehat di tepian taman yang dibina berhampiran Jam Besar. Usaha yang baik, kecuali...


Apa motif letak A4-Skyhawk di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar, berhampiran Jam Besar? Tolong beritahu aku, mana lapangan terbang di Kuala Kangsar? Paling jelas, Kuala Kangsar ada kem askar yang besar seperti Taiping atau Port Dickson atau Butterworth? Bukan saja di sini, tepia…

Raziq & Motor Barunya

Anak saudara aku seorang ini sudah berusia 3 tahun 4 bulan. Tok Wan hadiahkan dia sebuah motosikal berkuasa elektrik. Sungguh gembira Raziq. Kemana saja di dalam rumah, dia akan menunggang motosikal tersebut.

Memeriksa lampu.


Minta Opah ikat baju di leher. Mahu jadi superhero gayanya.


Apa-apa pun, makan gula-gula dulu. Masam!


Aku tanya, bagaiamana Ultraman Tiga beraksi. Raziq tunjukkan gayanya. Begini!


Bagaimana Ultraman Dyna pula? Begini!
Okay. Sambung meronda di dalam rumah dengan motosikal.

Berkongsi Suasana

Aku memang begini. Merancang untuk balik ke Kuala Kangsar semalam, hari ini baru aku balik. Merancang untuk bergerak awal pagi, jam 11.30 pagi baru keluar rumah. Sekarang masih di sekitar lembah Klang, duduk di McD, makan dan menulis ini.
Aku bukan jenis yang suka mendesak diri, terburu-buru. Bergerak perlahan, kadang-kadang terlalu perlahan untuk kebaikan aku sendiri. Kamu tidak dapat cari ketenangan sebegini. Melihat manusia datang dan pergi, bergerak sepantas mungkin menuju destinasi. Tidak ramai yang mahu menikmati masa begini.
Aku tidak peduli apa yang kamu fikirkan. Ada kalanya, jika kamu terlalu mengejar sesuatu, kamu terjatuh dan begitu kecewa. Ada juga ketika, keadaan berlalu pergi kerana kamu lambat bertindak, seperti aku.
Penyesalan? Aku tidak miliki satu pun. Tidak lagi sekarang. Aku sedar aku boleh untuk tidak memiliki apa-apa dan masih bahagia. Aku rakamkan suasananya dan kamu sendiri pernah melihatnya. Aku pasti ketika itu, kamu akan berkata sendiri,
"Bagusnya kalau a…

Tempoh

Saya mungkin tidak sempurna buat kamu. Tiada yang diingini sifatnya. Atau hanya sekadar seorang sahabat, keadaannya. Saya mungkin tidak dipandang sebelah mata pun, cirinya. Atau hanya bila mendesak, saya dicari.
Tetapi apa jua pun, Saya mahu kamu tahu cuma satu. Sejak 3 tahun dulu, saya letak kamu di paling atas dalam hati ini. Mahu saja saya tunggu 3 atau 10 tahun lagi. Tetapi apa guna kalau sekadar tunggu mengharap.
Maka, detik ini saya berkata, suka saya ada tempohnya. Kalau benar hati kamu masih tidak mahu terima, tidak mengapa. Mungkin Tuhan berkata ini bukan jalannya.
Cuma sekadar ini saja di hari begini. Moga hidup kamu sentiasa indah bahagia. Doa saya, agar hidup kamu lebih ceria selepas ini, walau ada atau tiada saya.

Hati Yang Gelap

Hati manusia ini seperti sesuatu yang gelap. Semakin tidak kamu peduli, semakin terpinggir ia. Maka akhirnya ia menjadi takut untuk menghadapi realiti.
Lebih kerap hati dikecewakan, maka lebih gelaplah suasananya.
Kamu tidak mahu ada hati sebegitu. Ianya seperti berada di dalam vorteks; semakin lama ianya semakin menelan kamu lebih dalam. Hingga akhirnya, apa yang menerangi hati kamu adalah semata-mata khayalan. Khalayan masa lalu di waktu ianya bahagia. Kamu sentiasa mahu pergi ke tempat itu. Sentiasa dambakan suasana bahagia dulu.
Dulu.
Sewaktu kamu tidak terasa kompleksnya hidup dengan segala kerunsingan dan racauan. Ketika itu kamu hanya tahu satu perkara; hidup adalah indah. Hingga tiba saat kamu rebah.
Ada yang bangun semula dan kembali berdiri. Ada yang bangun semula dan kembali merangkak. Ada yang bangun semula dan kembali duduk. Ada yang bangun semula dan kembali rebah.
Kemudian rebah lagi. Rebah lagi dan seterusnya hingga kamu tidak tahu bila kali terakhir kamu dapat melihat dunia di…

Informasi : Apa Piihan Kamu?

Seperti yang aku bicarakan sebelum ini mengenai peranan media sebagai agen propaganda, kamu pembaca sebenarnya berhak memilih untuk percaya apa saja. Itu pilihan kamu. Kalau kamu hanya mahu membaca Utusan Malaysia dan mempercayai segala yang ditulis di dalamnya, itu pilihan kamu. Begitu juga jika kamu hanya membaca Harakah/HarakahDaily, New Straits Times, Suara Keadilan dan lain-lain sumber berita. Pilihan kamu untuk percaya.
Cuma kadang-kadang aku kecewa dengan 'kemalasan' orang kita untuk pergi lebih jauh sikit, iaitu berfikir. Sering aku lihat, mereka baca dan terus percaya. Maka apa saja yang terhidang di hadapan mereka, mereka percaya itulah kebenaran 100%. Kalau orang hidang buah plastik, mereka masih percaya ianya buah kerana mereka sebenarnya percaya sumbernya. Itu saja. Mereka memilih untuk tidak mahu bersusah payah berfikir atau membuat kajian sama ada sumber berita itu adalah sumber yang betul dan tepat atau tidak.
Penyakit orang kita adalah kerana terlalu taksub deng…

Kereta Konsep Hibrid Proton

Wajah baru Proton! Ini adalah model konsep Proton berenjin hibrid yang direka oleh ItalDesign Giugiaro. Kalau begini arah tuju Proton, aku yakin dengan kerjasama syarikat automotif antarabangsa lain, Proton mampu melangkah lebih jauh.
Sumber : Autocar UK

Berpaling Muka Dalam Facebook

Semakin ramai pengguna dari Malaysia menyertai Facebook, semakin Facebook menjadi seperti Tagged dan Friendster; sarang budak-budak cetek akal. Dan ini membosankan aku. Maka timbul setiap hari Kumpulan (Group) yang menyatakan apa saja rasa mereka, mengikut sesedap rasa mereka sendiri.
Paling terbaru, mereka wujudkan Kumpulan "Membenci" individu atau agenda. Aku tidak tahu orang kita suka membenci sesuatu sehingga sanggup menubuh kumpulan dalam Facebook dan mengajak ramai orang menyertainya. Ramai yang turut serta. Maksudnya sekarang, boleh kita simpulkan bahawa orang kita lebih suka membenci daripada menyukai? Cuma, terma sinikal yang kita boleh guna untuk melembutkan suasana, mereka adalah orang yang menyukai untuk membenci seseorang individu atau sesuatu agenda. Nampak lebih lembut, bukan? Atau kamu sudah terlalu keliru untuk memahaminya?
Lihat, bagi aku Facebook adalah ruang yang cukup bagus jika digunakan sebagai penyambung hubungan antara manusia dengan cara yang baik. Ia…

2010 Lotus F1 Car

Spy shot kereta lumba F1 Lotus tahun 2010. Nampak cool.

Transformasi Perkhidmatan Awam; Star Rating Sebagai Justifikasi Pemberian Belanjawan

Kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN) sekarang sibuk kononnya menjalankan transformasi perkhidmatan awam; usaha-usaha untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih efisien, pro-aktif dan dinamik. Usaha yang baik. Harapnya bukan sekadar retorik memancing undi. Paling utama, kalau mahu membuat transformasi, ianya perlu menyeluruh, bukan sekadar mendesak penjawat awam berkhidmat lebih efisien, jujur dan mesra. Itu perkara lapuk yang sudah berkali-kali diperkatakan.
Aku fikir perkhidmatan awam perlu lebih berani berubah. Model kerja organisasi besar di luar negeri patut dijadikan contoh dan asas untuk menjana suasana dan mutu kerja yang lebih baik. Aku sebenarnya kurang menyokong pendapat bahawa model perkhidmatan awam yang terbaik dan patut diteladani adalah perkhidmatan awam Singapura. Walaupun diketahui umum perkhidmatan awam Singapura adalah paling efisien dan bermutu, tetapi ianya tidak lebih daripada 'robot-robot' yang bekerja untuk mencapai suatu matlamat. Lebih daripada…

Media Songsang

Antara punca besar aku sudah tidak membaca surat khabar arus perdana dan mendengar berita utama di televisyen adalah kerana kebebalan laporan yang diberikan. Sikap berat sebelah (terhadap parti politik tertentu) sudah nyata. Jadi tidak perlu disebut lagi. Namakan aku media arus perdana di Malaysia ini yang bersifat non-partisan. Semuanya ada kepentingan politik tersendiri.
Ini sebenarnya mencacatkan suasana demokrasi dan kehidupan sosial di Malaysia. Apabila pengaruh media sebegini dibenarkan untuk terus wujud dan menyampaikan mesej berat sebelah kepada orang ramai atas nama sumber maklumat. Kita tidak diberi peluang untuk berfikir, sebaliknya disumbat terus menerus dengan maklumat yang mahu disampaikan walaupun ianya jelas nyata memihak. Kalau kamu perkataan yang lebih spesifik maksudnya, cuba PROPAGANDA.
Sama ada kamu baca Utusan Malaysia atau Harakah, The Star atau Rocket, apa yang kamu baca adalah propaganda politik pihak berkepentingan. Kamu tidak akan jumpa sumber informasi berita…

Ilusi

Ngarai (Canyon)?


Tidak. Sekadar lekukan kecil di permukaan bumi.
Jangan selalu percaya apa yang ada di depan mata kamu.

Alam

Demi Tuhan yang menjadikan seluruh alam.


Menciptakan alam ini untuk menjadi saksi kekuasaanNya.


Dan menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.


Tidakkah kamu sedar wahai manusia, apa yang ada disekeliling kamu adalah anugerah yang tidak terhingga nilainya?