Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Berani Berubah

Kalau siang nanti ianya menjadi kenyataan, syukur. Tidak ada yang diharapkan lebih daripada itu. Kalau tidak, aku masih bersyukur. Kerana sekurang-kurangnya aku sudah bergerak.
Sering dulu aku berkata, aku seperti orang yang tetap berada di tempat yang sama, tidak berubah. Aku sajalah yang melihat orang lain datang dan pergi. Nah, esok kalau diizinkanNya, aku yang akan bergerak, datang dan pergi. Kalau ada rezeki yang ditentukan, aku pergi bersama apa yang dihajati. Kalau tidak, maka redhalah dengan apa yang ada.
Tidak mahu lagi aku mengeluh dengan keadaan dan punca-punca yang aku sendiri cipta. Selama berdiri, hidup dan menyedut nafas, aku hanya tahu mencari punca salah dan mengeluh mengenainya. Sekarang, aku diberi ruang untuk berubah dan mengubah diri. Kalau masih aku tidak mahu bergerak, itu salah aku. Tuhan, manusia dan diri sendiri sudah menunjukkan jalannya. Aku cuma perlu laluinya dengan jujur.
Kamu juga begitu, pembaca. Lalui hidup kamu dengan jujur. Kemudian, tiada sebab untuk …

Begitulah Kehidupan

Seperti yang aku katakan sebelum ini, tidak sepatutnya aku cuma mendengar kata-kata dari orang lain, sedang di pihak yang sebenarnya, realitinya berbeza. Aku temui jawapannya dari sudut yang aku tidak sangka. Kalau aku tidak berganjak atau terus berlalu saja, mungkin terlepas segala peluang untuk aku ketahui realiti sebenar.
Begitulah kehidupan.
Saat ini, seperti yang aku bisikkan kepada diri sendiri, aku amat bahagia. Walaupun detik masa yang mendatang masih belum menjanjikan untuk terus tersenyum, sekurang-kurangnya sudah tahu hakikat sebenar. Itu sudah cukup bagi membuka mata dan hati ini dengan lebih luas.
Sang pembawa khabar tadi dalam sejenak waktu, telah berjaya merungkaikan kekusutan jiwa selama ini. Malah, lebih daripada itu, mahu saja aku bersujud di kakinya tanda terima kasih tidak terhingga kerana telah membuka mata aku ini dengan lebih luas.
Begitulah kehidupan.
Hari dan detik seterusnya akan aku isi dengan segala harapan dan usaha. InsyaAllah.
Begitulah kehidupan.

Apple iPad

Apple iPad
Tablet PC terbaru daripada Apple, iPad begitu mengujakan. Kalau harganya kurang daripada RM2000, aku akan berfikir secara serius untuk memilikinya. Betapa cool bila pergi membuat persembahan slaid dengan cuma membawa sebuah iPad dengan skrin 9.7 inci dan seberat 1.5 paun.
Moutain bike tolak ke tepi dulu. Aku perlukan Apple iPad!

Mula

Aku timbang semua beban di dalam genggaman ini. Aku memberi nilai dan meletakkan harga untuk setiap daripadanya. Lalu aku yakin, jawapannya sudah lama ada di depan mata. Tidak perlu lagi ada orang lain yang mahu memesongkan pendirian, mengaburkan keyakinan.
Tekad di hati hanyalah satu, semoga terluah jua apa yang dipendam. Itu saja. Seperti kata seorang sahabat tadi, ketika menunggu tibanya masa. Kata beliau, kamu luahkan semua, kemudian kamu letakkan keputusan itu di tangan mereka. Letakkan keseluruhannya. Kerana tugas dan daya kamu hanya setakat meluahkannya. Jawapan dan keputusan, itu milik mereka untuk menentukannya.
Apa jua hasilnya nanti, terimalah dengan hati yang terbuka. Sahabat sekurang-kurangnya mahu melihat ianya terhasil nanti. Lalu aku berjanji kepada beliau; aku pasti akan lakukan. Bermula selepas itu, sehingga tadi dan ketika sekarang, seterusnya masa yang mendatang, aku perlu kumpulkan segala keberanian yang ada.
Miliki hari ini!

Design Ke-2

Ini design laporan tahunan berkonsep retro yang ke-2. Lebih ekstrem. Aku kurang minat sebenarnya, tetapi mungkin kerana suasana keseluruhan nampak lebih retro, aku fikir ianya lebih berkesan daripada design sebelum ini.
Ada lagi beberapa design yang akan dihasilkan. Perlu aku ingatkan, ini semua bukan hasil akhir. Akan ada pindaan demi pindaan hingga betul-betul puas hati.

Kotak Pandora

Tidak mengapa kalau kamu tidak mahu peduli. Ianya tidak pernah diharapkan. Kadang-kadang, lebih baik kamu biarkan saja tanpa berkata apa-apa. Kerana sekurang-kurangnya keadaan tidak menjadi keliru dan tersalah sangka.
Tidak mengapa juga kalau kamu tidak mahu tahu. Ianya tidak pernah diluahkan. Kadang-kadang, lebih baik kamu tinggalkan saja ruang ini tanpa melihat apa-apa. Kerana sekurang-kurangnya keadaan tidak menjadi kaku dan terasa buntu.
Lihat, hidup kadang-kadang lebih baik menelah sesuatu, daripada hanya kamu biarkan keadaan berlalu. Ianya akan lebih menduga dan kamu menjadi lebih dewasa kerananya. Kamu sendiri pernah laluinya suatu ketika dahulu. Ketika waktu naif hidupmu. Kamu tidak pedulikan apa-apa. Ketika itu, apa yang penting, kamu perolehi apa yang kamu mahu.
Maka kegagalan demi kegagalan kamu tempuhi kerananya. Ada antara kamu yang berjaya akhirnya. Ada yang terus gagal. Kamu yang tidak berjaya ini kemudian tenggelam di dalam fobia. Fobia ciptaan kamu sendiri. Kamu takut un…

Ini Bukan Titik Berhenti!

Kalau benar seperti yang diperkatakan, tidak ada apa lagi yang perlu dilakukan. Biarkan saja ianya pergi. Kamu mahu tahan, namun kamu sendiri sedar kamu tidak sekuat mana. Bukan kamu lemah tetapi kerana di sudut sana, lawan kamu adalah kekalahan kamu sendiri. Mana mungkin kamu akan menang?
Kerana di awal waktu sebegini, sedang pada mulanya jiwa kamu bergelodak seperti tidak boleh ditahan-tahan lagi, kamu mahu laungkan kepada dunia betapa kamu bakal miliki segalanya. Tetapi apabila baru hendak berjalan dan datang khabar berita tentang segala yang duka mengenai perjalanan itu nanti, kamu berputus asa dan kecewa. Lalu jiwa kamu bergelodak pula dalam sedih.
Langkah belum kamu mula.
Kamu sudah kecewa.
Benar kata orang di sekeliling kamu. Kamu takut hendak menghadapi realiti...
Bangun semula dari jatuh kamu itu. Mulakan langkah tanpa peduli berita itu. Itu sekadar berita dari orang lain.
Pergi. Pergi lakukan apa yang kamu mahu lakukan. Kecewa kamu simpan duhulu sehingga selepas itu, mungkin. Perg…

Aku Mahu

Aku mahu secawan aiskrim sundae coklat, sebungkus kentang goreng dan sebungkus air Coke di McDonalds. Aku mahu duduk di suatu sudut di restoran itu dan membaca. Aku mahu diamkan diri dan lenyapkan suasana sekeliling.
Aku mahu redakan rasa hati yang sedang bergolak.

Projek Pertama Tahun 2010

Ini tugasan besar aku untuk tahun 2010, menyiapkan laporan tahunan jabatan untuk tahun 2009. Ini design mock-up pertama yang dihasilkan setelah hampir seminggu memerah idea. Masih ada yang 'longgar', dan akan diperbaiki lagi.
Aku mahu tekankan konsep retro. Garisan dan warna yang digunakan juga bersifat retro. Itu tema yang aku mahu cadangkan kepada pengurusan. Harap mereka bersetuju. Tetapi kenapa retro? Sebenarnya ia adalah kritikal sinikal. Aku pernah ditunjukkan dengan laporan tahunan yang berkonsep lama dan itu yang mereka cadang aku hasilkan. Gaya lama (yang sebenarnya cuma sekadar teks dan sekeping dua gambar) dengan corak lama.
Jadi aku melangkah kebelakang lebih jauh. Aku perkenalkan retro supaya mereka sedar, lama tidak semestinya bosan. Aku mahu ianya kelihatan cool dengan warna-warna kontras yang menarik. Ada lagi design retro yang akan aku hasilkan, InshaAllah.
Apa komen kamu?

Sabtu Bersama Sahabat

Sabtu aku bertemankan sahabat-sahabat lama. Aku dan Nash berkunjung ke rumah Renny dan Faiz atas persetujuan kami untuk datang dan berbual-bual. Sekadar itu. Renny janjikan juga untuk menyediakan makanan.
Kamu perlu tahu, Renny adalah bekan teman wanita aku lebih kurang 18 tahun lalu. Sekarang dia amat bahagia dengan Faiz dan dua ekor kucingnya. Nash dan Renny juga adalah sahabat sepersekolahan di Pulau Pinang dan kami juga ditempatkan dalam keluarga pelajar yang sama sewaktu di sekolah. Begitu akrabnya kami suatu ketika dahulu.
Setiba di rumah Renny, kami dihidangkan dengan juadah yang amat menyelerakan. Aku beritahu kepada mereka betapa sudah lama aku tidak menjamah nasi, maksud aku nasi dan lauk pauk yang 'sempurna'. Hari itu aku makan dua kali, siang dan malam serta aku menambah nasi di setiap waktu sebanyak dua kali juga. Persetankan diet (kalau benar aku sudah tidak berdiet).
Kemudian kami berbual atau lebih santai sebutannya, berborak dari petang hingga jam 1 pagi. Pasti a…

Menjadi Biasa

Sejak kebelakangan ini aku lihat durian kembali ada di mana-mana. Musim durian sudah tiba kembali? Setahun ada berapa kali musim durian?
Dulu, seingat aku cuma ada sekali musim durian dalam setahun. Ketika itu arwah nenek akan menyewa sepohon pokok durian dan semua buah durian yang jatuh dari pokok tersebut menjadi milik kami. Kebetulan pula pohon tersebut berada di belakang rumah aku di Kuala Kangsar. Kalau terdengar saja bunyi buah jatuh, bergegas aku berlari mencari buah durian yang baru jatuh. Aku tidak peduli buah lain di atas pokok.
Isi durian kampung ketika itu cuma ada satu jenis rasa. Tidak seperti sekarang. Ketika di Agrotek Hulu Langat tidak lama dulu, aku dihidangkan dengan pelbagai jenis durian dengan pelbagai jenis rasa. Tetapi aku masih tetap ingat bagaimana rasa durian kampung di Kuala Kangsar. Kata orang dulu, durian Kuala Kangsar paling sedap. Durian tembaga, kata mereka lagi. Orang dari jauh sanggup datang ke Kuala Kangsar setiap kali musim durian tiba untuk mendapatk…

Kerja Baru Asyikin

Asyikin sekarang sudah bekerja di pejabat aku.


Sejak kelmarin, beliau sudah menjadi seorang kakitangan kerajaan dan kebetulan pula, bekerja di jabatan aku. Aku kenal dia pada tahun 2002 di mana aku mula bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kini lapan tahun kemudian, dia mengikut jejak langkah aku, di tempat yang sama.
Aku pasti posting dia nanti adalah di Putrajaya. Kerana itu sudah diberitahu awal oleh rakan yang bekerja di bahagian perjawatan. Bukan aku yang mahu dia di Putrajaya. Apa-apa pun, harap dia serasi bekerja dengan kerajaan. Amat berbeza suasana ketika dia bekerja di syarikat swasta dulu.

Ini pula Qayyim, anak Asyikin. Sudah besar dan semakin comel. Aku pernah jumpa Qayyim sekali, semasa dia sedang nyenyak tidur. Tunggu ibunya bawa Qayyim ke Putrajaya.

COLA

Ni email aku petik dari sebuah thread di Carigold.comhttp://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=123582__________________________________________
From: POSTMASTER JPA [postmasterjpa@jpa.gov.my]
Sent: Thursday, January 21, 2010 3:38 PM
To: Warga JPA
Subject: Berita pemotongan/pengurangan COLA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Y. Bhg. Tan Sri /Datuk/ Dato’/ Datin / Dr. / Tuan/ Puan,
Untuk makluman bersama.
Kepada semua Warga JPA, berita mengenai pemotongan/pengurangan COLA adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.
KUKK
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia

Gitar Digital!

Aku mahu ini!


Oh, sebelum kamu kata aku bebal, tunggu dulu. Aku masih suka gitar tradisional (akustik/elektrik). Tetapi gitar digital Masa ini amat cool dan futuristik.
Sungguh menarik!

Pilihan

Seorang sahabat baik mahu menemuramah aku untuk sebuah tabloid. Aku perlu menjawab soalan beliau dari sudut pro atau kontra, dan aku cuma boleh pilih satu sudut.
Agak sukar untuk aku melakukannya. Aku mahu persifat non-partisan. Sekurang-kurangnya aku percaya, tindakan aku bersifat non-partisan. Maka apabila dikemukakan soalan dalam keadaan 'terkawal', sukar untuk aku memberi jawapan bersifat menyebelahi mana-mana pihak. Kalau dalam keadaan spontan, mungkin. Malah selalu berlaku.
Untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, bukan suatu perkara mudah. Kita sentiasa akan terpengaruh dengan keadaan. Apabila keadaan itu menyebelahi kita atau menguntungkan kita, maka ianya akan kita sokong dan kita puji. Begitu juga untuk menentang sesuatu perkara. Kita perlu ada sebab kenapa kita menentangnya. Bukan disebabkan pengaruh orang lain. Tetapi ianya mestilah berdasarkan analisis dan kefahaman kita tentang perkara tersebut.
Cuma, kita juga perlu sedar, banyak tingkah laku kita sebenarnya bersif…

Kerja Pembinaan Sudah Bermula

Kerja-kerja pembinaan bangunan baru di sebelah pejabat sudah bermula sepenuhnya. Minggu lepas mereka sudah mula menanam 'piling' ke dalam tanah. Kerja bising ini akan berterusan untuk beberapa ketika, itu pasti.

Aku guna lensa zoom 200mm untuk merakam pemandu yang sedang mengendalikan kren di tapak pembinaan tersebut. Aku tertarik dengan tong dan botol yang diletakkan di atas kren tersebut. Macam sampah. Tetapi pasti ada gunakan semua itu.


Kalau kamu perhatikan betul-betul, kerja pembinaan adalah suatu kerja yang leceh dan ianya perlu dilakukan satu per satu. Contohnya mengangkat barang berat dari satu lokasi ke lokasi lain. Ianya dilakukan dengan penuh berhati-hati dan 'perlahan'.


Aku teringat filem Star Wars dan juga siri animasi Animatrix mengenai robot yang bekerja di tapak pembinaan. Mungkin, tidak lama dari sekarang, ianya akan berlaku begitu. Kerja-kerja 'berbahaya' dan 'precision' ini akhirnya akan diambil alih oleh robot. Itu andaian aku.



Aku masih…

Facebook Dan Twitter Sebagai Pemangkin Mutu Kerja Perkhidmatan Awam

Tempohari, menteri penerangan, Dato Seri Rais Yatim (DSRY), menasihati rakyat terutamanya yang beragama Islam agar tidak terlalu asyik dengan aktiviti internet seperti Twitter dan Facebook. Kata beliau, laman jaringan sosial sebegitu tidak lebih bersifat komersial yang mempunyai pengaruh barat, tanpa memperdulikan norma hidup masyarakat timur.
Sementara aku bersetuju 1% dengan saranan beliau, aku lihat Facebook dan Twitter adalah medium terbaik untuk agensi kerajaan berinteraksi dengan kakitangan dan rakyat yang berurusan dengan mereka. Betul, kita boleh bangunkan sendiri jaringan sosial mengikut acuan kita dan dikawal oleh kerajaan, tetapi adakah ianya akan popular seperti Facebook dan Twitter? Tidak mungkin.
Aku membuat carian ringkas di Facebook mengenai Jabatan aku. Aku dapati ada beberapa kumpulan yang berkait dengan Jabatan aku dan salah satu kumpulan tersebut mempunyai lebih 350 orang ahli. Agak ramai. Aku juga teringat semasa di dalam sebuah mesyuarat Jabatan, Bos cuba mencari c…

Thinking Threads

Seorang rakan di pejabat sedang kemaruk dengan lagu Turn And Turn Again oleh All Thieves. Sebenarnya, aku juga begitu. Lagu yang amat merdu untuk permulaan tahun 2010 ini. Kerana itu, aku salahkan Ain dan blognya, Thinking Threads. :-)
Aku cuba mencari lagu lain karya All Thieves namun belum aku temui.
Blog Thinking Threads karya Ain adalah antara blog yang sentiasa aku ikuti sejak lama dulu. Blog ini sentiasa berubah reka letak dan tajuk, namun hasil karya tetap sama, menarik. Kisah kehidupan yang biasa kamu baca di mana-mana. Tetapi kamu tahu kualitinya bagaimana. Kamu boleh bezakan gaya orang yang sudah lama menulis, seperti Ain.
Sebab itu juga link ke blog Thinking Threads sentiasa berada dalam blog aku. kamu baca dan hayati sendiri cerita-cerita menarik beliau, sambil dengar Turn And Turn Again dimainkan di blog tersebut.
Oh, terima kasih Ain kerana lagu tersebut. Amat menarik untuk memulakan tahun 2010 ini.

Mengenai Bahasa

Tempohari, sewaktu berbual-bual dengan seorang rakan di YM, aku ditegur supaya berbual dengan lebih kasual. Aku beritahu, begitulah cara kasual aku. Namun kata beliau, cara aku terlalu 'rasmi'.
Aku sedar, apabila berbicara atau menulis di internet, selalu aku gunakan Bahasa Melayu standard. Seboleh-bolehnya aku mahu menulis sebegitu. Aku tidak mahu rosakkan bahasa. Malah aku sebenarnya jelik melihat orang menulis dalam bahasa campur aduk dan 'rosak'.
Maksud aku, apahal dengan perkataan "jew" yang sebenarnya sama saja kalau kita tulis "saja" atau lebih malas, "jer" atau "je"? "Jew" setahu aku adalah perkataan Bahasa Inggeris untuk Yahudi. Itu saja. Adakah kamu bermaksud begini apabila menulis;
"Kamu boleh bermain biola?" "Sikit-sikit 'Yahudi', bang."

Ya, ketawa. Aku tambah jelik kalau lelaki yang guna perkataan "jew" sebagai ganti "jer" atau "je". Kamu pondan atau lemb…

Mengenai Kereta

Aku rasa kereta aku makan minyak lebih banyak daripada biasa. Mungkin enjin perlu diservis. Atau mungkin RON95 tidak bagus. Entah. Kalau sebelum ini RM30 boleh menggerakkan kereta aku hampir lima hari, sekarang, hari ketiga, meter minyak sudah hampir mencecah "E".
Seorang kawan tadi bertanya, bila aku mahu tukar kereta. Ketika itu aku sedang menjeling Mercedes-Benz E200 BlueEFFICIENCY yang dipamerkan di tengah-tengah ruang legar Alamanda Putrajay. Aku fikir E-Class terbaru agak kurang menarik jika dilihat dari dekat. Garis-garis di badannya nampak terlalu 'semak'. Masih kereta yang hebat tetapi apabila melihat Will Smith dan Tommy Lee Jones dalam Man In Black II memandu E-Class terbaru ketika itu, ianya nampak sungguh hebat dan cool. E-Class 2010 ini aku rasa terlalu 'bekerja keras' untuk menjadi sebuah kereta yang cool.
Oh, berbalik kepada tukar kereta. Aku beritahu, kena tangguh dulu. Kena dengar apa yang kerajaan akan umum mengenai penjualan harga minyak me…

Resepi Sabar

Semasa di Giant The Mines tadi, aku beratur di kaunter untuk membayar barang yang aku beli. Ada makanan, minuman dan sebiji gelas. Juruwang mengambil setiap barang aku dan 'ditembak' barcode yang terdapat di bungkusan. Kecuali gelas. Aku sendiri tidak sedar. Rupanya tiada tanda atau pelekat barcode di gelas. Lalu juruwang bertanya kepada aku,
"Gelas ini tiada harga. Berapa harga gelas?" "Tak tahu."
Terus beliau letakkan ke tepi gelas tersebut. Aku pula bertanya,
"Habis gelas itu macamana?" "Saya tidak tahu harganya." Jawab beliau. Aku tanya lagi,
"Jadi, saya perlu pergi tengok berapa harga gelas di tempatnya?" "Saya tidak boleh pergi, jauh sangat." Jawab beliau.
Agaknya mungkin kerana aku bukan jenis manusia yang suka berkonfrontasi. Aku biarkan saja. Tapi aku fikir juga. Giant adalah pasaraya besar bertaraf antarabangsa. Ada 102 cawangan di seluruh Malaysia. Kalau begini mutu perkhidmatan mereka, kenapa aku tidak pernah deng…

Hias Akuarium

Tadi aku pergi The Mines. Cari barang hiasan untuk akuarium di kedai haiwan belaan sana. Lama juga aku membelek-belek hiasan apa yang aku perlu beli. Akhirnya aku beli drift wood (kayu mati) palsu dan tumbuhan akuatik plastik. Aku tidak jumpa yang hidup.


Tapi aku agak optimistik dengan saiz akuarium. Nampak tu, tunggul kayu agak besar. Aku cuba juga sumbat masuk dalam akuarium. Bila tengok balik, nampak okay. Sebenarnya tunggul kayu tersebut ada lubang yang aku sangka ikan akan suka tempat begitu. Setakat ini, mereka langsung tidak berminat.

Oh ya, ikan aku sebanyak empat ekor sudah tinggal tiga. Seekor mati akibat tersedut oleh mesin penapis. Aku kena letak jaring rasanya. Tengok hujung minggu nanti macamana. Aku juga perlu dapatkan lampu.
Eh, banyak juga duit habis!

Akuarium

Setelah lama tertangguh, akhirnya aku membeli sebuah akuarium kecil untuk diletakkan di atas meja pejabat. Aku cuma sempat beli akuarium dan penapis serta empat ekor ikan Guppy. Perhiasan akuarium tiada dijual di kedai tersebut (ada tetapi langsung tidak menarik).

Harga akuarium kaca, penapis dan ikan, tidak sampai RM50. Berpatutan. Malah jauh lebih murah daripada apa yang aku jangkakan. Tempohari semasa di Tropicana Mall, aku terjumpa gerai kecil menjual set akuarium lengkap, termasuk sudah dihias akuarium beserta beberapa ekor ikan. Saiz yang lebih kecil daripada akuarium aku, harganya lebih RM100.

Esok kalau sempat aku akan ke The Mines. Sana ada banyak pilihan hiasan akuarium.
Membela ikan dalam akuarium bukanlah perkara asing bagi aku. Sewaktu kecil, arwah nenek di Kuala Kangsar ada membela ikan dalam akuarium kaca yang besar. Setiap hujung minggu, kami dibawa ke sebuah kedai cina menjual ikan hiasan berhadapan dengan kedai roti Double Lion, sederet dengan panggung Kapitol di Kuala …

Love Sonnet XVII

I do not love you as if you were a salt rose, or topaz or the arrow of carnations the fire shoots off. I love you as certain dark things are to be loved, in secret, between the shadow and the soul.
I love you as the plant that never blooms but carries in itself the light of hidden flowers; thanks to your love a certain solid fragrance, risen from the earth, lives darkly in my body.
I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightforwardly, without complexities or pride; So I love you because I know no other way
than this: where I does not exist, nor you, so close that your hand on my chest is my hand, so close that your eyes close as I fall asleep.
By Pablo Neruda
====
One of my favorite poem. Read this to someone you love and it will melt their heart away. If they understand English. It was originally written in Spanish because the late Pablo Neruda was Chilean.
Well, here's is the same poem in Spanish.
No te amo como si fueras rosa de sal, topacio o flecha de chaveles qu…

Bolehkah Perkhidmatan Awam Bersifat 'Impartial'?

Ini petikan berita daripada Bernama yang sempat aku baca secara online sebentar tadi.
PUTRAJAYA, Jan 11 — Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak wants the public sector in the country to become a fully professional service without political inclination.He said this will enable civil servants to support and translate the aspirations of the government chosen by the people.“This is a noble principle if we were to be successful all the time.“Regardless of our personal opinion, we must strongly uphold a totally professional public service,” he said in his speech at the Public Services Commission (PSC) dinner, here tonight.Also present are the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan and PSC Chairman Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.Najib said civil servants must be bold in coming forward to bring transformation to the government in order to turn Malaysia into a modern nation.He said transformation did not mean an increase in the Gross Domestic product (GDP) but in t…

Langkah Lebih Jauh (Dalam Jusco)

Aku ke Jusco senja tadi. Kononnya mahu membeli makanan yang sesuai untuk orang yang sedang dalam proses mengurangkan berat badan. Aku terfikir untuk cari salad. Tinggal sebungkus yang bakal tamat tempoh lima hari dari sekarang. Jadi aku cuma beli pisang dan tomato.
Kemudian aku berjalan-jalan di setiap baris rak makanan di dalam Jusco. Selama ini kalau aku di dalam Jusco, arah tujuan aku adalah ke rak biskut, coklat, snek dan air minuman. Tadi aku terkejut bila terjumpa sejumlah makanan organik yang menarik untuk dicuba. Harganya agak mahal daripada biasa tetapi apabila membaca kebaikan yang diperolehi daripadanya, aku tidak boleh biarkan saja. Cuma, aku tidak tahu dengan jelas apa sebenarnya bahan makanan tersebut.
Aku tangguh untuk membelinya sementara aku selidik di dalam internet. Maksud aku, ada makanan yang menarik yang boleh membersihkan usus contohnya, tanpa perlu kamu pergi farmasi untuk membeli ubat dan lain-lain.
Ya, aku tahu. Aku bebal mengenai semua ini. Seperti yang aku kat…

Turn And Turn Again

Turn And Turn Again - All Thieves
Worn from walking this far So worn from talking this much And what we found and what we've seen As the road curves down
And the lights come up to meet us Silent for the evening We enter this town Like new born creatures
Those I know I see anew And the space between us is reduced For I am human And you are human too
So turn and turn again We are calling in all the ships Every traveler, please come home And tell us all that you have seen Break every lock to every door Return every gun to every draw So we can turn And turn again
Only priests and clowns can save us now Only a sign from God or a hurricane Can bring about The change we all want
And we've done it again This trick we have Of turning love to pain And peace to war
We're just ash in a jar
So turn and turn again We are calling in all the ships Every traveler, please come home And tell us all that you have seen Break every lock to every door Return every gun to every draw So we can turn And turn again (x2)
p/s : Terima kas…

Buang Diet

Sasaran mencapai berat ideal (sekitar 70kg) masih belum tercapai. Malah masih jauh untuk dicapai. Lebih perit, aku terasa seluar semakin ketat. Kenapa begitu? Sedang aku pasti aku kurang makan, aku tidak makan nasi (seperti yang dilagendakan oleh kamu bahawa ianya boleh membantu mengurangkan berat), malah aku beli minuman khas yang khabarnya membantu membakar lemak. Okay, aku cuma baru minum setakat 5 hari, mustahil ada kesan sekelip mata.
Cuma bila aku duduk diam dan fikirkan balik, aku tidak mengubah satu perkara. Mental aku. Mental aku tidak berkata aku sedang berada dalam zon yang tidak sihat. Mental aku tidak berkata aku sedang dalam keadaan gemuk yang membuat orang lain memandang sinis dengan aku. Mental aku berkata, aku sedang berada di zon selesa dan tidak ada apa yang perlu dilakukan untuk mengubahnya. Itu silap aku mungkin. Akibatnya badan aku tidak berusaha untuk mengubah keadaan. Aku kurang bersedia untuk kurus, dari sudut psikologi.
Juga, sementara aku tidak makan itu ini, …

Aku Tidak Akan Sertai Mana-Mana Kumpulan Yang Memanipulasi Keadaan Untuk Kepentingan Mereka Sendiri!

Sudah aku katakan dalam post sebelum ini, kumpulan Facebook yang kononnya berjuang untuk menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Islam tidak lebih daripada bersifat politik. Hampir semua moderator dan orang penting dalamnya adalah penyokong, malah pemimpin sebuah parti politik. Sekali sekala, kamu sendiri boleh nampak mereka ini mengeluarkan kenyataan berkaitan parti politik lawan mereka dari sudut negatif. Ini kerja politik psikologi mereka untuk menarik sokongan golongan atas pagar.
Sebab itu aku tidak mahu sertai mereka. Itu pilihan aku. Kerana aku nampak mereka mengambil kesempatan atas isu ini untuk memperjuangkan politik, bukan memperjuangkan Islam dalam erti kata sebenar.
Pastinya nanti kamu fikir,
"Aku join kerana aku sokong usaha menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Islam, itu saja. Aku tidak sokong politik mereka."
Tapi kamu juga perlu fikir, setakat mana ianya berjaya dilakukan? Kalau aku perhatikan (ya, aku memerhatikan), apa yang sering te…

Tiga Cerita

Aku fikir untuk tahun ini, dua post sehari sudah memadai. Dua post kali 365 hari, hasilnya lebih 700 post. Amat banyak. Tolak anggaran sepertiga hari tersebut aku tidak menulis, tinggal lebih kurang 500 post. Masih banyak. Betul, dua post sehari sepatutnya sudah memadai, buat aku yang menulis dan kamu yang membaca.
Ini post yang ke tiga. Hari ini.
Mana mungkin kita menghalang jiwa kita meluahkan rasa. Amat sukar, melainkan hati kita sekeras batu dan apabila menangis, hanya air mata darah yang keluar.
Aku sepatutnya mengirim emel kepada seorang sahabat. Dia sudah berbuat demikian. Maka aku perlu membalasnya. Tetapi aku tidak tahu, apa yang perlu aku tulis. Mungkin kerana aku sudah lupa cara dan lenggok menulis surat kepada seseorang. Aku sudah terlalu lama meninggalkan perbuatan itu.
Gaya aku menulis sekarang adalah begini; bercerita kepada orang lain yang tidak aku kenali. Keintiman tulisan di sini tidak seperti menulis surat kepada seseorang. Aku tidak membuka luas ruang untuk orang lai…

Perjuangan Demi Apa?

Aku melihat dengan penuh tertarik usaha sesetengah pihak untuk berkempen "Menentang Penggunaan Nama Allah Oleh Golongan Bukan Islam" di dalam Facebook. Menariknya kerana mereka menggunakan Facebook, media yang kalau difikirkan balik, bukan milik orang Islam pun. Lebih menarik, setakat hari ini, ianya mempunyai lebih 110 ribu ahli. 110 ribu yang pastinya orang Islam dan lebih spesifik, majoritinya adalah berbangsa Melayu. Ramai.
Biar aku jelaskan di sini, aku tidak akan sertai mereka. Itu amat pasti. Kalau kamu perhatikan dengan teliti, moderator dan pemilik kumpulan ini adalah penyokong, malah orang penting dalam sebuah parti politik di Malaysia. Walaupun niat asas kumpulan ini adalah untuk memperjuangkan hak orang Islam, tetapi kalau kamu rajin baca satu per satu baris ayat yang tertulis di situ, jelas ianya ada motif politik, atau sekurang-kurangnya cuba mempengaruhi pandangan politik orang lain, terutamanya golongan atas pagar. Kalau mereka betul-betul ikhlas hendak memper…

Putrajaya Masih Membangun

Nampaknya ada projek pembangunan baru di sebelah pejabat. Setelah siap kompleks bangunan di sebelah hadapan pejabat baru-baru ini, aku dapati tapak tempat letak kereta sudah ditutup dengan dinding zink dan ada sebuah kren sedang disiapkan di situ untuk digunakan.

Aku sudah mencari-cari informasi di dalam internet tetapi belum temui apa-apa berkaitan projek baru ini. Memandangan kubikel aku bersebelahan tingkap menghadap ke kawasan tapak pembinaan, inshaAllah aku akan rakam sebanyak mungkin perkembangan projek ini, sehingga siap kalau boleh.



Sentiasa aku temui dalam internet mengenai kewajaran pembinaan Putrajaya. Aku pasti ada antara mereka yang menulis ini cuma pernah sekali datang ke sini, mungkin pada waktu petang atau malam hari kerja dan dapati ianya lengang tidak 'hidup'. Aku sarankan kamu datang pada hujung minggu dan lihat apa yang berlaku di sini.
Apa yang kita tidak nampak, kita tidak tahu.
Update: Terbaru sebentar tadi (3.00 ptg). Kren memindahkan peralatan dari lori. K…

Bermain Piksel

Seorang member di pejabat berhasrat untuk mencetak gambar digital beliau. Apabila aku periksa fail yang diberikan, aku dapati ianya agak kecil (kurang 1 Megabait). Walaupun di skrin komputer nampak cantik dan kemas, aku pasti apabila dicetak di kedai nanti, hasilnya akan sedikit kabur dan piksel akan kelihatan "pecah". Aku beri cadangan agar dia cari kembali fail asal yang bersaiz besar (lebih 1 Megabait) supaya apabila dicetak nanti, hasilnya lebih sempurna.
Dia cadang agar aku besarkan saja saiz gambar tersebut menggunakan Adobe Photoshop. Namun aku beritahu dia, proses itu masih tidak akan membantu menghasilkan gambar lebih baik. Kamu perlu ingat, format fail JPEG adalah bersifat "lossy compression" atau terma mudah dalam bahasa Melayu, kualiti gambar akan berkurangan setiap kali duplikasi dibuat. Kalau kalau gambar asal bersaiz 1 Megabait kemudian kita kecilkan kepada mungkin 400 Kilobait, kalau kita hendak besarkan kembali kepada 1 Megabait, kita tidak akan dap…

Latin

Kebelakangan ini, aku sering tinggalkan petikan kata-kata dalam bahasa Latin di dalam Facebook. Antaranya,

Carpe Noctem - Seize the night (miliki malam ini)
O diem plaeclarum! - Oh, what a beautiful day!
Semper ad meliora - Always towards better things

Ada yang pelik apabila membacanya. Ada yang bertanya. Tidak kurang juga ada yang membalas, dalam bahasa Latin juga. Sejak dulu lagi aku meminati bahasa Latin. Aku fikir ianya bahasa unik, sama seperti Sanskrit.

Cuma aku keberatan untuk belajar kerana diketahui (secara rambang) ianya bahasa kitab agama Kristian. Cetek sungguh pengetahuan aku ketika itu. Lama kemudian baru aku sedari ianya adalah bahasa Empayar Rom. Bahasa Latin lebih rapat pengaruhnya dengan Empayar Rom berbanding dengan agama Kristian. Apabila Kristian sebagai agama diterima oleh Maharaja Rom, barulah kristian disebar dengan bahasa Latin. Malah bahasa asal Kristian kalau mengikut asal usul Nabi Isa adalah Aramaic.

Lagipun ianya cuma bahasa. Kamu tidak memuja agama hanya kera…

Nostril

Semalam senja hingga ke subuh pagi tadi, hidung aku tersumbat ke dua-dua belah. Langsung membuat aku tidak boleh bernafas dengan baik dan tidur. Ya, aku langsung tidak tidur dari semalam hingga ke saat aku menulis ini dek kerana masalah nostril.

Aku fikir ianya alergik. Kebetulan ketika di rumah, aku tiada ubat untuk membantu mengurangkan masalah tersebut. Tiada.

Sekarang, jam 8.00 malam, aku dalam keadaan mamai sambil menulis ini. Sebentar lagi pasti aku akan tidur. Kamu tidak perlu tunggu aku, ya.

Azam?

Pastinya awal tahun begini, ramai antara kita yang membuat azam baru untuk ditunaikan sepanjang tahun nanti. Aku sendiri tiada azam spesifik. Umumnya aku mahu kuruskan badan agar mencapai berat ideal sekitar 70kg. Masih jauh. Lagipun aku menulis ini sambil burger suku-paun, Chili, kentang goreng dan air Coke Wendy's terhidang di depan mata.

Aku ada niat hendak membeli sebuah basikal, sama ada basikal lumba atau mountain bike. Aku mahu guna untuk senaman. Aku boleh galas kamera di belakang, sambil berbasikal, boleh juga aku berfotografi. Atau kamu hadiahkan aku sebuah. Hehe.

Ingat, hadiah hari lahir aku lebih kurang 50 hari lagi, aku mahu mountain bike!

Selebihnya tahun ini, aku mahu lakukan yang terbaik dalam kerjaya dan hidup aku. InshaAllah.

1st Day 2010 Photography Is Crap. Namun, Hidup Tetap Menakjubkan!!!

Aku tidak pergi jauh, cuma di Putrajaya. Merakamkan suasana petang hari pertama 2010. Oh ya, hasilnya seperti yang aku katakan; sampah. Tidak ada apa yang menarik. Tidak ada apa yang "majestic". Sekadar pemandangan biasa yang biasa kamu lalui di hari-hari biasa.








Namun semasa aku berfotografi siang tadi, banyak yang aku fikir dan aku cuma menyelami suasana di sekeliling aku. Mungkin permandangannya tidak seperti yang diharapkan. Tetapi perasaan dan fikiran lebih jauh terbang dan menikmati keindahan yang ada; di dalam akal fikiran. Itu mungkin cukup "majestic" buat aku hari ini.
Mungkin kerana aku memikirkan ruang internet sedang penuh dengan persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kristian di Malaysia. Membaca rasional dan komen yang diberi membuat aku rasa keliru. Keliru kenapa manusia sanggup bersusah payah hanya kerana sebuah perkataan. Bagi aku mereka sebenarnya bertelagah kerana sebuah perkataan, bukan apa yang diwakili oleh perkataan itu.
Kemudia…

Langkah Perlahan

3.35 Petang, jam di laptop.
Selepas ini ke Dengkil, mencari air dan buah jambu batu (aku masih belum puas). Kemudian mencari destinasi untuk berfotografi.
Aku masih belum makan dan minum pada hari ini, sepanjang tahun ini, walaupun sudah lebih 15 jam berlalu. Bukan diet tetapi masih belum terasa lapar atau dahaga. Tetapi kalau jumpa air dan buah jambu batu di Dengkil nanti, 'puasa' ini akan tamat.
:-) Selamat Tahun Baru.