Langkau ke kandungan utama

Aku Hilang Kemahiran Menulis

Sejak bekerja di JPN, jarang sekali aku menggunakan pen atau alat tulis lain sebagai alat utama untuk menulis. 99% kerja yang aku lakukan melibatkan aku menaip atau menggunakan mouse.


Akibat daripada itu, aku sedari semakin hari semakin teruk tulisan aku. malah aku rasa semakin tidak pandai hendak menulis. Aku masih boleh melukis (sketching saja), tetapi menulis bagi aku difikirkan agak sukar.

Mungkin bila tiba masanya nanti, aku akan hilang skil untuk menulis dan tulisan aku akan jadi seteruk (secomel) tulisan budak sekolah tadika. Semasa mengisi borang kad Mesra di Petronas tadi, aku sedari bahawa aku tidak boleh menulis dengan baik setiap huruf yang aku perlu tulis. Tapi kamu berilah aku keyboard atau mouse pada bila-bila masa, aku boleh pejam mata sambil menaip ini (walaupun dengan sedikit kesilapan ejaan).

Adakah kita sebagai manusia suatu hari nanti akan hilang kemahiran untuk menulis? Maksud aku, kamu boleh lihat sendiri apa yang berlaku sekarang. Keyboard dan mouse sudah mengambil alih sebahagian besar tugas alat tulis di pejabat.

Aku juga ada mengumpul pen dan pensil di rumah dan di pejabat. Kalau di rumah, aku dapati kebanyakkan pen yang aku miliki sudah kering dakwatnya akibat tidak diguna sejak beberapa tahun. Malah, ada pen dalam simpanan aku yang berusia lebih 10 tahun. Kalau pen itu pen mahal, tidak mengapa. Ini pen yang suatu ketika dahulu cuma berharga RM1.

Suatu masa dulu di sekolah, aku cukup minat dengan kaligrafi dan seni khat. Aku pernah menyertai kelab seni khat yang kalau tidak silap aku, kelolaan Cikgu Zul. Kami membuat khat di atas kain baldu dan di taburkan star dust di kawasan yang sudah kami lukis dengan tulisan khat dan disapu gam. Ianya kerja teliti yang mengasyikkan.

Kalau suruh buat perkara yang sama sekarang, aku rasa apa yang terhasil nanti cuma sampah...

Ulasan

  1. erm... sejak dari kecik lagi memang tak suka menulis. leceh!

    BalasPadam
  2. sekarang teknologi dah menguasai manusia.. kalau nk tulus surat ke apa, org pakai komputer je.. melukis pun sekarang boleh pakai komputer.. ana pun nk mengaku tulisan ana pun buruk.. hehe.. selamat hari raya ye dan salam kenal dari ana..

    BalasPadam
  3. hurmm..saya pun sme..kadg2 malu nak menulis sebab tulisan memg burok!!..
    tapi kalo nak menaip kat keyboard tu x de la smpai pejm mata pun bleh..
    huhuhu

    BalasPadam
  4. adiknya2:22 PTG

    kalo byk simpan pen dirumah tak digunakan bawak balik kg saja huhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon