Langkau ke kandungan utama

1Malaysia F1 a.k.a Lotus F1 Team (Yay!)



Tahun hadapan, Formula 1 akan disertai oleh sebuah pasukan daripada Malaysia. Kalau mengikut FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa), pasukan ini akan dipanggil Lotus F1 Team. Tapi bila sampai di media Malaysia, mereka kata 1Malaysia F1 Team. Apa yang pasti, 1Malaysia F1 Sdn Bhd adalah pemilik manakala nama pasukan adalah Lotus F1.

Mengikut berita lagi, pasukan ini akan dibiayai oleh konsortium usahawan Malaysia yang diketuai oleh Tony Fernandes (AirAsia) dan juga kerajaan Malaysia. Bagaimana penglibatan kerajaan Malaysia nanti, aku tidak tahu (tidak dijelaskan dengan terperinci). Cuma kalau menurut berita, ianya mungkin melalui Proton. Proton memiliki Lotus, jadi sudah tentu penglibatan Proton ada dalam pasukan ini. Aku harap Petronas juga turut terlibat.

Bagi aku, aku sokong usaha ini. Cuma jangan guna wang rakyat untuk membiayainya. Nanti orang aka marah (orang sudah marah pun). Kalau betul caranya, ia boleh menjadi pemangkin kepada industri automotif negara. Perlu diingat, banyak teknologi perlumbaan kereta yang akhirnya sampai ke tangan pengguna. Sebab itu masih banyak syarikat automotif antarabangsa yang terlibat dalam sukan permotoran. Kalau bukan di Formula 1, mungkin di arena lain seperti rali kereta dan perlumbaan berbentuk endurance dan stock car.

Sebenarnya industri permotoran tidak boleh lari daripada perlumbaan. Kerana melalui arena tersebut sesebuah syarikat automotif boleh membina reputasi mereka. Kalau Proton mahu menggunakan Lotus sebagai batu loncatan untuk membina reputasi mereka di peringkat antarabangsa, aku rasa ianya tidak salah. Perlu diingatkan juga, nama Lotus dalam Formula 1 adalah lagenda. Malah pasukan Ferrari sendiri perlu menunggu hingga ke dekad ini untuk mengatasi kejuaraan yang Lotus rangkul sewaktu mereka menyertai Formula 1 sebelum menarik diri pada awal 90an.

Ada juga orang yang mempersoalkan kenapa pasukan ini akan menggunakan enjin Cosworth untuk perlumbaan musim hadapan. Kenapa tidak Lotus atau Proton saja yang membina enjin sendiri. Ini sebenarnya adalah pra-syarat FIA (kamu kalau malas baca berita, jangan pandai komplen saja). Ia bersangkut paut dengan langkah-langkah penjimatan dalam perlumbaan F1 di mana pihak Cosworth dilantik membina enjin untuk pasukan-pasukan F1 yang berminat. Itulah, baca dulu berita atau cari berita lama sebelum buat andaian macam-macam.

Kita juga perlu tahu kehebatan Lotus. Mereka amat dihormati dalam bidang kejuruteraan pemanduan, malah Nissan GT-R pun menggunakan kepakaran Lotus dalam membina pemanduan yang hebat mereka. Aku percaya, pasukan Lotus F1 dengan seorang pemandu yang baik boleh memberi cabaran yang hebat kepada pasukan yang sudah lama bertanding.

Orang kata, ada baik Malaysia atau Proton menaja saja pasukan bolasepak; lebih efektif dan lebih banyak pengikut (pasukan EPL contohnya). Tetapi kalau kita menaja pasukan bolasepak untuk menambah populariti, kita cuma akan dapat populariti. Itu saja. Kalau kita terlibat dalam perlumbaan yang disaksikan oleh 500 juta penonton setiap perlumbaan, kita pertontonkan kehebatan kejututeraan dan teknologi kita (kalau ada). Mana yang lebih lasting?

Sebenarnya orang cuma bising kalau kerajaan guna duit rakyat (duit cukai, dll.) untuk membiayai pasukan 1Malaysia F1. Mungkin ada cara lain yang lebih bagus. Penglibatan Petronas atau syarikat Malaysia lain contohnya. Jadi, tunggu dan libat bagaimana keadaannya nanti.

Cuma ada satu komen bila aku lihat model kereta F1 1Malaysia di atas. Jangan letak corak begitu! Buruk. tidak perlu patriotik sangat dari segi design. Aku rasa cukup dengan dua tona warna, Lebih bersih dan menarik. Atau kekalkan saja warna Lotus F1 (British Racing Green biasanya). Tetapi lebih menarik kalau digunakan warna hitam dan kuning emas seperti jersi bolasepak Malaysia atau belang harimau. Cool.

Tapi aku tetap sokong Scuderia Ferrari. Hehehe.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon