Langkau ke kandungan utama

Fotografi Diri (Shot Sekarang Tidak Menarik!)

Empat Tiga Mikro

Penat jari klik button beratus kali. Tapi bisnes punya pasal, sanggup. Cerita lain. Agak kurang aku menulis sekarang kerana tidak ada apa yang hendak diceritakan. Kalau kamu ulang cerita yang sama setiap masa, sesiapa pun akan jadi bosan.

Kamera pun aku tinggalkan saja di rumah. Kalau biasa aku usungnya ke sana ke mari. Aku fikir dalam suasana sekeliling yang selalu berjerebu, gambar yang dirakam tidak akan jadi secantik mana. Tapi kadang-kadang bila mendongak ke langit dan melihat cahaya cerah, langit biru dan awan memutih, boleh buat aku tepuk dahi. Rugi tidak bawa kamera.

Lalu aku teringatkan sebuah kamera digital jenis baru yang diperkenalkan oleh seorang jurufoto semasa di Agrotek tempohari.

Olympus EP-1 PEN adalah sebuah kamera digital yang menggunakan teknologi sistem Micro Four Third. Sensor kamera lebih kecil menyebabkan keseluruhan kamera boleh dibina dalam saiz yang lebih kecil tetapi kualiti gambar yang lebih bagus daripada kamera digital biasa. Harga pasaran kalau tidak salah aku sekarang lebih kurang RM2999. Mahal tapi amat-amat berbaloi dengan saiz dan fungsinya.

Menarik minat aku untuk berusaha mendapatkannya. Tidak perlu lagi aku bawa kamera DSLR yang besar sana sini. Tapi aku masih perlukan DSLR kerana kualiti gambarnya jauh lebih bagus dan fungsinya lebih menarik.

Online Business Community (OBC)

Kamu perlu tanya aku apa dia dan aku akan jawab. Lebih baik jumpa aku dan aku terangkan apa dia. Sekurang-kurangnya di penghujung tahun nanti, beban hidup kamu bolehlah terasa ringan sedikit, insyaAllah. Tapi semua itu bergantung kepada kamu.

Kamu mahu mengubah hidup kamu?

Itu persoalannya. Kalau kamu jawab YA, SMS/Contact nombor ini

012-2244656

Kalau kamu kata,

"Eleh... takpelah. Takat MLM, malaslah aku nak join. Buat perabis duit saja"

So, duduk diam-diam dan tak perlu cakap apa-apa. Mudah.

Mengubah Hidup Ini

Kamu tahu, aku sudah menggunakan internet sejak 1996. Aku sudah mula aktif menghasilkan website peribadi sejak tahun 1999. aku sudah mula menulis blog sejak 2001 (beberapa hari sebelum WTC New York diserang pengganas). Aku sudah mula meletakkan iklan di blog sejak beberapa tahun lepas.

Kamu tahu berapa pendapatan aku sepanjang waktu aku di internet?

Tidak sampai RM100. Iklan Nuffnang di sisi kanan blog ini setakat ini menyumbang kira-kira RM65. Selebihnya adalah hasil iklan AdSense dan Advertlets yang aku tidak boleh cash-out sebab belum sampai had lagi.

Kemudian aku baca mengenai orang berjaya menjadi jutawan melalui internet. Malah lebih perit hendak aku terima bila aku tahu hampir semua mereka ini sebenarnya buta IT dan cuma baru-baru ini saja menggunakan internet secara aktif.

Lama aku fikir. Sampai bila lagi aku perlu meneruskan ego aku untuk tidak terlibat dengan usaha yang mereka lakukan? Mereka semakin mewah, aku semakin dibebani hutang. Mereka tidak bekerja (cuma menghadap internet sekali sekala dan berehat di rumah) sementara aku celik mata di subuh hari, siapkan diri pergi kerja dan hanya pulang selepas matahari tenggelam. Gaji masih belum cukup. Tidak pernah cukup. Loan sudah berapa kali aku overlap, aku lupa.

Jadi aku tekadkan hati dan aku telefon mereka. Aku mahu mereka kongsi kejayaan mereka dengan aku. Sekarang bila berada di dalam, baru aku faham. Lalu aku tepuk dahi; kalaulah aku mula dari awal dulu. Mungkin aku sudah jadi jutawan seperti mereka.

Bebal kerana ego. Tidak mengapa. Aku sudah campakkan ego aku yang itu di dalam tong sampah. Ianya langsung tidak berguna. Aku mahu mulakan hidup baru.

Hidup yang lebih bermakna. :D

Ulasan

  1. Salam.

    Ada juga terbaca tentang bisnes internet ni.. khabarnya dah ada yang jadi jutawan pun. Bukan tak percaya, iyalah.. kalau berusaha dan kena caranya memang akan dapat hasilnya.

    Cumanya, yang dikatakan jutawan tu bukan dikalangan orang yang saya kenal, maksudnya macam kawan2 atau sedara mara.. jadi saya agak ragu dengan hal-hal sebegini. Banyak sangat dah iklan yang menipu dan misleading. Bukan ego... Siapa tak nak duit oii! :D

    Apapun tahniah atas usaha awak dan selamat maju jaya.

    BalasPadam
  2. Sekarang ni pun, semua yang join saya dan orang yang saya kenal join benda ni, semua saya tak kenal tapi mereka berjaya.

    Itu masalahnya... Masalahnya bila dah join, kita kenal dan jadi kamceng. Kita bertambah untung dan berjaya.

    BalasPadam
  3. Teringin juga nak tahu lebih lanjut. Curious pula,apa kaitannya duk guna internet dengan menjana pendapatan..

    ada juga tahu budak sekolah jadi kaya sebab buh banyak-banyak iklan kat page dia.. pastu buat tag macam2, bila orang click, duit pun masuk..lebih kurang camtu la ceritanya.

    is it the same thing?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon