Langkau ke kandungan utama

Tukar Rancangan

Ubah jadual. Sebentar lagi aku akan terbang ke Kota Bharu untuk memantau dan membantu proses pengumpulan data Star Rating. Isnin dan Selasa nanti panel penilai akan datang menyemak (atau "menyemak" - baca seperti semak samun).

Kemudian, adik bongsu aku pula ditawarkan mengikuti program matrikulasi sains. Hebat. Aku sudah janjikan untuk memberinya sebuah laptop sebelum SPM lalu. Maka, minggu depan laptop ini akan jadi miliknya. Tidak mengapa. Ini untuk dia senang belajar. Lagipun laptop ini masih dalam keadaan okay dan terpelihara dengan baik. Pandai guna, boleh tahan lebih lama.

Jadi aku perlu beli laptop baru? sudah pasti. Aku mahu cari yang lebih kecil dan ringan. Atau, mungkin aku akan beli Apple MacBook saja. Heh. Amat mahal. Lebih dari bajet yang aku ada. Tapi bagus kalau dapat beli. Sekurang-kurangnya kerja pejabat yang tertangguh boleh aku siapkan secara santai di rumah. Tapi itulah risikonya. Bila ada kemudahan di rumah, aku akan penuhi masa dengan kerja pejabat. Kemudian aku komplen aku tidak ada masa untuk diri sendiri dan orang lain (alasan tambahan agar kamu tidak fikir aku seperti tunggul kayu).

Kalau ada masa di Kota Bharu nanti, aku akan rakamkan suasana di sana. Dulu sewaktu pergi tahun lepas, aku seperti tepu untuk berfotografi. Kali ini mungkin ada ruang. Cuma, agak kecewa kerana tidak dapat membeli lensa kamera baru untuk memudahkan kerja aku. 

Ada apa yang kamu mahu kirim daripada aku?

Ulasan

  1. Teddy bear? orang datang kelantan beli teddy bear je ke? :P

    BalasPadam
  2. nak kirim salam rindu kat pasar siti khadijah. hehehe.

    BalasPadam
  3. aah..kat rantau panjang kan murah2,,hikhik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon