Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Kursus Dan Hobi Baru

Hari ini bermula kembali kursus Team Building yang terbantut beberapa bulan. Aku terlibat juga. Tidak mengapalah. Ikut saja cara baru yang hendak diperkenalkan. Ianya agak tergesa-gesa tanpa perancangan yang teratur namun begitu harapnya tidak ada masalah semasa program nanti.
Jadi aku akan kerja luar sehingga Khamis nanti. Maka tiada update internet hingga sekurang-kurangnya 1 Julai nanti. Bulan ini pun aku agak kurang update kerana satu, tiada cerita menarik dan dua, tiada cerita menarik. Oh ya, tiga, aku agak malas.
Aku sudah mulakan satu hobi baru. Gambarnya ada di SINI. Hobi ini aku sudah idamkan sejak lebih 15 tahun lalu. Mungkin lebih. Sejak aku lihat rakan-rakan di maktab menggunakan sebatang kayu dan digariskan di atas kayu seperti tali gitar dan fretnya. Kemudian mereka berlatih kod-kod gitar melaluinya. Aku juga menaruh minat ketika itu.
Aku beli gitar elektrik kerana aku mahu mencabar diri agar betul-betul boleh bermain gitar (ingat, aku langsung tidak tahu bermain gitar) sua…

FotoBlog di frossonfire.blogspot.com

Aku ada cadangan.
Aku mahu jadikan blog frossonfire sebagai blog berfoto atau photoblog. Namun penyumbang artikel/foto/cerita adalah kamu sendiri. Aku sudah menjemput beberapa orang pembaca di frossonice.com untuk menulis di sana. Kalau ada pembaca lain atau mereka yang tersinggah di sini/sana berminat untuk menyertainya, emelkan alamat emel kamu kepada aku.
Apa yang hendak diceritakan? Ini cadangan aku;
Kamu rakam gambar suasana di sekeliling kamu. Apa saja. Alam, kucing, tikus, baju, air, batu, kereta, bulu kening kamu sendiri... Apa saja. Kamu boleh rakamkan dengan apa jua kamera tetapi pastikan gambar yang kamu rakam itu jelas dan difahami orang lain.Kemudian kamu upload di sana dan terangkan secara ringkas (tidak kira walau hanya sepatah kata) mengenainya.Aku galakkan orang lain yang membaca memberi komen. Kamu berikan padangan kamu sendiri mengenai gambar-gambar yang disiarkan di sana.Aku harap semua gambar itu tidak perlu dibuat hak cipta. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Kamu…

A Day In The Life

Kotak Tisu
Sedang aku berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah baru di Damansara, aku teruja memerhatikan seorang lelaki memegang sekotak tisu. Lebih menarik, kotak tisu itu sudah terbuka dan dia sedang menggunakannya.
Biasa aku lihat orang guna tisu dari dalam plastik kecil. Nampaknya lelaki itu lebih berpuas hati dengan sekotak besar tisu. Mungkin selsemanya agak teruk. 
Anak Kucing
Dalam perjalanan ke pejabat, aku terpaksa berhenti secara tiba-tiba bila sebuah lori membawa ais segera berhenti mengejut di hadapan. Kelindan lori turun dari lori dan menjenguk-jenguk ke bawah lori. Aku perhatikan dari jauh dan barulah aku sedar dia sedang mencari anak kucing kecil yang mungkin baru beberapa hari lahir.
Masih hidup. 
Aku kagum dengan keprihatinan dan belas ehsan pemandu dan kelindan lori tersebut. Kucing sekecil itu mereka sedari dan cuba untuk menyelamatkannya. Kalau di jalanraya biasa, aku pasti anak kucing itu akan hancur digelek tayar kenderaan.
Transformers : Revenge Of The Fallen
A…

Selingan

Masjid besi di belakang JPN sudah semakin siap. Scaffolding terakhir di tepi kanan bangunan (kalau dilihat melalui sudut gambar) sudah ditanggalkan. Jika diperhatikan daripada tingkap pejabat, aku lihat mereka sedang sibuk membuat kerja-kerja dalaman. Mungkin menjelang penghujung tahun, masjid besi akan siap sepenuhnya dan boleh digunakan.


Sebenarnya ini gambar lama, kira-kira seminggu lepas. Aku tidak ada gambar menarik selain daripada gambar ini untuk diselitkan dalam post ini. Rasa agak pelik sekarang kalau menulis tanpa diselit gambar-gambar menarik. Lagipun ramai yang berkunjung ke sini untuk melihat gambar. Betul?
Sudah beberapa hari aku tinggalkan kamera. Malas untuk berfotografi. Aku fikir destinasi seterusnya untuk sesi fotografi aku mestilah bukan di Putrajaya. Sudah cukup banyak gambar di sini yang aku rakam. Mungkin di penghujung minggu nanti aku mahu berjalan sedikit jauh. Ke Melaka, mungkin. Aku belum fikirkan lagi.

Kerana Minat Dan Menghargai Apa Yang Ada Di Hadapan Mata

Ada beberapa orang yang bertanya kepada aku, kenapa gambar-gambar yang aku post di sini dan di album web aku tidak bertanda (copyrights) hak milik. Susah hendak aku jawab soalan sebegitu bagi memuaskan hati semua orang. Kerana masing-masing ada pendapatnya sendiri.
Ini alasan aku.


Aku berfotografi bukan untuk tujuan komersial. Sekadar hobi (kerana sejak dulu aku tidak pernah ada hobi yang jelas). Jadi aku fikir setiap gambar yang aku rakam bukanlah dengan niat komersial; untuk dijual atau diperolehi keuntungan melaluinya.
Aku dapat rasakan, semakin aku selalu merakamkan suasana alam melalui lensa kamera, semakin aku dekat dengan alam dan penciptanya. Kamu sendiri sedar bahawa kebanyakkan gambar yang aku rakam adalah gambar suasana alam. Kalau aku letak harga kepada setiap rakaman itu, berapa pula harga yang aku perlu bayar kepada penciptanya?



Alasan standard, ya? Tapi realitinya aku sendiri masih amatur dan kurang mahir dengan fotografi. Mana mungkin apa yang aku rakam boleh mencapai stan…

Hujung Minggu Damai

Sekali sekala bila kita kembali ke tempat yang pernah kita tiba suatu ketika dulu, kita boleh lihat suasana yang berbeza. Tambah lagi kalau kita ditemani rakan. Siang tadi aku menemani seorang sahabat berjalan-jalan sekitar Putrajaya. Tujuan asal hanya untuk melihat Taman Wetland Putrajaya. Akhirnya kami mengelilingi Putrajaya sehingga lewat senja.












Hujung minggu yang mendamaikan.

YeLLoWSunBLazE

Pernah aku cerita kepada kamu mengenai YeLLoWSunBLazE?
Suatu ketika dulu aku punya seorang sahabat (lebih mesra dengan terma buddy) yang cuma aku kenali di internet. Pernah sekali aku bertemu dengannya di pusat bowling The Mines dan itulah kali pertama dan terakhir aku melihat wajahnya.
Dulu sewaktu zaman gila berchatting, dia antara sahabat yang sering menemani atau ditemani aku sehingga menjelang subuh. Yellowsunblaze adalah nickname yang digunakannya dan aku sentiasa fikir itulah antara nickname paling cool dan menarik aku pernah jumpa; sehingga kini. Frossonice ini juga berasal dari nickname semasa zaman berchatting dulu.
Aku sentiasa ingat Yellowsunblaze seorang yang amat periang dan happy-go-lucky. Cuma pernah dia menangis hanya kerana keyboardnya rosak! Aku masih ingat kerana waktu itu dia meminta pertolongan dari aku. Namun aku lupa apa kesudahannya. Aku juga masih ingat waktu itu, kami sering berutus online greeting (amat popular dulu).
Selepas dia menyambung belajar di UPM dan …

Ironi

Langit dan awan di luar sana tidak seindah semalam dan kelmarin. Aku bawa kamera.
Ironinya. Tidak semestinya kita perolehi apa yang kita mahu, bukan?


Ada masanya juga kita boleh dapat benda lain, yang selalunya kita tidak sangka dengan tiba-tiba ia hadir di depan mata kita.
Erm... Dua-dua aku masih belum temui.

Fotografi Mental

Sudah dua hari langit membiru dan awan memutih di luar sana. Sejak dua hari ini jugalah aku tinggalkan kamera di rumah. Nasib.
Seperti sewaktu di Kedah tempohari. Aku bawa kamera tetapi tertinggal baterinya.
Betul seperti selalu yang aku hasratkan; apabila aku berada di sesuatu tempat baru, amat jarang aku merakamkannya dengan lensa kamera. Bila ditanya kenapa, jawapan aku mudah. Pengalaman pertama ini aku hendak nikmati sendirian tanpa berkongsi dengan orang lain. Kalau aku datang lagi kemudian nanti, barulah aku rakamkan dengan lensa kamera.
Itu yang berlaku ketika pertama kali menjejakkan kaki di Langkawi sekitar 2003. Aku pergi seorang diri dan nikmatinya seorang diri. Tidak banyak gambar yang aku rakam. Aku lebih banyak memerhati. Kali kedua datang bersama rakan-rakan, barulah aku merakamkan suasana di Langkawi.
Ada sahabat berkata, apa yang aku lihat pertama kali mungkin sudah tidak sama apabila kita melihatnya kali kedua nanti. Betul juga. Apabila aku ke Langkawi bersama kawan-kawa…

Mana Setangginya - Rebiu Tahap Pasar

Aku sebenarnya tidak pernah tahu mengenai Mana Setangginya karya Datuk Noordin Hassan yang dipentaskan di Istana Budaya sekarang. Malam kelmarin aku dijemput oleh seorang sahabat untuk menontonnya secara percuma. Itu untungnya ada ramai kawan, ya? Aku perlu contohi dia.


Ini kesimpulan aku mengenai teater Mana Setangginya (kerana aku malas hendak membuat karangan):
Menarik - Set yang besar dengan penggunaan prop yang hampir menutupi seluruh pentas. Reka bentuk set mengingatkan aku dengan filem-filem klasik barat sekitar tahun 60an mengenai empayar Roman dan Greek. Ianya juga tidak ubah seperti menonton Indiana Jones apabila set Provinsi Gemilang dipaparkan.Runut bunyi yang menarik. Menurut kata Pengurus Produksi, runut bunyi ini diilhamkan dari filem Lord of The Rings. Memang ada namun tidak semuanya. Aku kurang selesa apabila set dram biasa digunakan. Ia secara tiba-tiba menjadi agak moden.Pari-pari berterbangan. Ya, berterbangan walau hanya ada tiga pari-pari. Kata mereka, itulah pertam…

Dari Kuala Kangsar Ke Istana Budaya

Tiba dari Kuala Kangsar sebentar tadi. Namun aku perlu keluar lagi selepas ini. Ada kawan mempelawa aku menonton persembahan teater "Mana Setangginya" karya Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan di Istana Budaya jam 8.30 malam ini.
Sudah lama tidak menonton teater. Amat lama. Kali terakhir rasanya pada tahun lalu di Aswara, melihat pelajar melakon teater yang entah apa tajuk. Aku menonton di pertengahan jalan setelah selesai berhibur dengan irama etnik di panggung sebelah.
Cemburu aku sebenarnya dengan mereka. Mereka boleh buat apa yang mereka mahu buat. Sedang aku sebenarnya mahu juga buat apa yang mereka sedang buat. Tapi aku sedar aku bukan orang seni seperti mereka. Aku boleh sekadar menulis di sini. Tidak lebih dari itu. Bermain gitar yang sejak belasan tahun aku mahu lakukan, masih aku belum lakukan.

Begitu juga bermain piano dan biola. Malah aku begitu minat dengan seni tari melayu, tetapi tidak pernah cuba untuk menyertai kumpulan seni tari di pejabat walaupun hampir …

Sehari Di Utara

Ceritanya aku ke Kedah, menghantar adik sambung belajar. Aku bawalah kamera dengan lensa baru, kononnya mahu merakamkan gambar di sana. Tiba di sana, aku keluarkan badan kamera dan pasangkan lensa yang baru. Aku keluar dari kereta dan berjalan sambil memetik picu ON pada kamera. Gelap. Skrin tidak memaparkan apa-apa gambar. Mulanya aku fikir aku sudah tukar setting. Aku tekan beberapa butang. Masih tidak ada apa yang berlaku.
Aku buka selak ruang bateri. Kosong!
Aku tertinggal bateri kamera di Kuala Kangsar. Kurang asam! Akhirnya aku cuma dapat rakamkan suasana sekitar dengan lensa kamera telefon bimbit pada kadar 3.2MP sahaja. Kes naya betul.
Sedang cuaca di Kedah amat cantik dengan langit yang biru dan awan memutih seperti kapas. Sawah padi pula sedang mula ditanam kembali. Maka hijaunya amat memukau. Apa nak buat, lain kali sajalah.


Inilah lensa Tamron yang baru aku beli. Aku tidak mampu beli lensa original Canon. Sekali ganda lebih mahal. Lensa ini sudah cukup bagus bagi aku. Cuma vig…

Mengumpul Kembali Tenaga

Lewat petang tadi, aku tiba di Kuala Kangsar. Cadangnya awal pagi hendak bertolak pulang, tapi kalau kamu kenal aku, kamu akan tersenyum dengan perancangan aku. Kerana aku amat jarang patuh dengan perancangan sendiri. Kalau ada ruang masa yang luas, perancangan aku biasanya tidak akan menjadi.
Esok pula akan bertolak bersama keluarga ke Kedah, menghantar adik yang menyambung belajar di Maktrikulasi Changlun. Tidur di sebuah homestay di Jitra pada esok hari sebelum hari pendaftaran, Isnin nanti.
Kemudian hari Selasa, aku akan kembali ke Putrajaya. Rabu kembali bekerja. Hujung bulan mungkin ke Sabah untuk tugasan yang seterusnya. Sedang tugasan di pejabat sudah sedia menanti.
Mungkin nampak kerja agak menarik berjalan ke sana sini. Namun kalau berjalan kemudian dapat berehat, memanglah menarik. Ini kadang-kadang terpaksa berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan tugas. Bukan kerja mudah.
Jadi ada peluang untuk aku berehat hari ini hingga ke Selasa nanti, aku akan berehat sepenuhnya. Tid…

Jerebu Kembali

Udara sudah kembali berjerebu. Lihat sendiri apa sedang berlaku di Putrajaya. Namun begitu, ada waktunya, suasana begini boleh menghasilkan mood gambar yang menarik. Tapi pada waktu-waktu tertentu sahaja.


Cahaya petang dalam keadaan berjerebu masih cantik. Air tasik nampak berkilauan (keemasan?).


Namun begitu, suasana sebenar adalah begini. Jerebu yang agak teruk.


Jambatan dan masjid kelihatan kabur dari padangan mata.





Semakin petang, semakin cantik pula warna yang membias di tasik Putrajaya.


Dan akhirnya, masjid besi semakin hampir siap. Sekarang sudah diberi nama Masjid Sultan Mizan.

Langit-Laut-Pasir

Sungguh indah.

Awan Mengajar Sesuatu

Sepatutnya gambar ini cantik, kalau tidak kerana cermin tingkap kapal terbang yang calar sana sini. Aku pelik, bagaimana cermin tingkap kapal terbang boleh calar? Tidak mengapalah.


Selesai aku rakam gambar ini, aku bukan leraikan lensa dari badan kamera dan simpan di dalam beg. Sudah cukup bagi aku untuk merakam awan yang memutih. Tidak sampai seminit kemudian, gumpalan awan paling cantik pernah aku lihat terhidang di depan mata.
Kamera sudah tersimpan di dalam beg. Awan indah sedang di depan mata, di luar tingkap. 
Kamera sudah tersimpan di dalam beg.
Perumpamaan hidup ini. Aku sering kehilangan atau terlepas peluang. Aku sering gagal menemui "dia". Bila aku temuinya pun, ia sudah berlalu pergi dan kadang-kadang di hadapan dua biji mata ini sendiri.
Kemudian aku berkata sendirian; masih ada lagi ruang di hadapan. Masih ada peluang. Masa aku akan sampai. Motivasi diri. Perlu untuk aku terus begini; hidup.
Lalu aku lupakan kenangan lalu dan cuba bina kenangan baru. Sedang sifat aku…

Kelantan Seketika Waktu

Koleksi gambar di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya tidak banyak. Aku tidak berkesempatan melakukannya. Aku juga malas untuk menerangkan gambar ini. Lain kali saja.













Sekejap

Masih di Kota Bharu dan sedang amat-amat mengantuk. Sejak Dua Sabtu hingga sekarang, aku cuma tidur untuk beberapa jam. Nyatanya, selepas ini aku perlukan tidur yang lebih lama. Mata kepedihan kerana menahan mengantuk.

Esok hari terakhir di sini. Kalau habis awal, boleh jalan-jalan sekitar bandar sebelum penerbangan balik. Kalau boleh aku mahu balik lebih awal. Tengoklah nanti macamana keadaannya.

Akhirnya aku beli lensa 18-200mm di sini. Harganya agak murah dan ianya menepati kehendak aku. Esok aku akan cuba rakam beberapa gambar kira ada kesempatan. Aku mahu bandingkan dengan lensa lama. Harga? Jangan tanya. Kamu takkan jumpa lensa kamera yang murah.

Bantal sudah memanggil aku untuk melabuhkan kepala.

Tukar Rancangan

Ubah jadual. Sebentar lagi aku akan terbang ke Kota Bharu untuk memantau dan membantu proses pengumpulan data Star Rating. Isnin dan Selasa nanti panel penilai akan datang menyemak (atau "menyemak" - baca seperti semak samun).
Kemudian, adik bongsu aku pula ditawarkan mengikuti program matrikulasi sains. Hebat. Aku sudah janjikan untuk memberinya sebuah laptop sebelum SPM lalu. Maka, minggu depan laptop ini akan jadi miliknya. Tidak mengapa. Ini untuk dia senang belajar. Lagipun laptop ini masih dalam keadaan okay dan terpelihara dengan baik. Pandai guna, boleh tahan lebih lama.
Jadi aku perlu beli laptop baru? sudah pasti. Aku mahu cari yang lebih kecil dan ringan. Atau, mungkin aku akan beli Apple MacBook saja. Heh. Amat mahal. Lebih dari bajet yang aku ada. Tapi bagus kalau dapat beli. Sekurang-kurangnya kerja pejabat yang tertangguh boleh aku siapkan secara santai di rumah. Tapi itulah risikonya. Bila ada kemudahan di rumah, aku akan penuhi masa dengan kerja pejabat. Kemud…

Tenang Dalam Gelora

Pagi nanti, usaha selama hampir setahun akan terhurai.
Harapnya keputusan yang terbaik akan dicapai.
Selepas ini aku boleh pergi bercuti.
Mahu ikut?
Tidur dulu. Nanti kita bincang.

Esok, Perancangan Tadi

Esok pagi, nak kena book tiket kapal terbang ke Kota Bharu. Nak kena book hotel untuk dua malam di sana. Asalnya nak pergi Sabtu. Tapi tangguh hingga Ahad kerana memikirkan bilik hotel di Kota Bharu pasti masih lagi penuh.

Ada program besar juga di sana. Sambungan dari program di sini. Program di sini akan bermula Khamis nanti. Isnin depan di Kota Bharu dan seterusnya Rabu di Petaling Jaya. Jumaat kembali di Putrajaya untuk penggulungan.
Jadi Ahad nanti aku akan berada di negeri Serambi Mekah. Negeri PAS. Hehehe. Kami kakitangan awam tak kira semua itu. Kami berkhidmat untuk negara, bukan untuk mana-mana parti politik. Ingat tu. Kami akan sokongan kerajaan yang memerintah, bukan bermakna buat kerja untuk parti politik yang memerintah. Kami juga tidak akan berpihak kepada mana-mana pihak sebaliknya pilihan kami adalah rahsia.
Sheeehh... macamlah orang nak percaya.

Mencari Stesen Cas Semula

Aku sengaja berhenti sekitar post ke 50. Aku tidak mahu menulis terlalu banyak. Hilang "value" blog ni nanti. 50 pun kiranya sudah amat banyak. Lebih daripada sebuah cerita sehari. Memang tahun ini aku agak produktif menulis. Selesai hampir separuh tahun, aku sudah hampir mengatasi jumlah post aku tahun lepas. 
Ada orang yang jauh lebih kerap menulis. Bulan ini aku tidak pasti. Mungkin sedikit kurang atau mungkin juga akan lebih banyak. Separuh daripada bulan ini bermula sekarang, aku akan amat sibuk. Pertengahan bulan hingga ke penghujung bulan, insyaAllah beban kerja akan sedikit kurang (kalau aku tidak fikir Laporan Tahunan masih belum siap).
Kemudian aku mahu pergi bercuti. Cas balik tenaga yang hilang. Sekarang pun sudah tinggal reserve. Amat sedikit. Destinasi percutian? Mana saja asal boleh aku menanti senja untuk aku rakam dengan lensa kamera. Atau mungkin aku boleh cuba merakam matahari terbit. Aku perlu ke pantai timur atau Malaysia Timur. Tunggulah aku fikirkan. Bak…