Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Potret Diri

Sekali sekala rasa agak seronok kalau orang sudi merakam gambar aku. Tambah lagi kalau dalam keadaan seperti dalam gambar di bawah; kandid. Aku tidak ada banyak gambar sendiri. Jadi bila orang lain rakam gambar aku, aku amat suka dan menghargainya.




Hati ini lebih damai sekarang.

Sekejap Mengeluh

"Idan, boleh tak tolong buat ini?""Aku agak sibuk ni" "Boleh tak?" "Okaylah"
"Idan, boleh tak tolong buat itu?" "Aku banyak kerja sekarang" "Boleh ke?" "Okaylah"
Memang aku rasa mereka tak faham bila aku cakap aku sibuk atau banyak kerja. Atau mereka tak dengar.
Aku pula malas nak tolak bila orang sudah desak. Kamu boleh lihat muka mereka kalau aku tetap juga menolak. Aku paling tidak suka kalau orang tidak berusaha terlebih dulu sebelum minta tolong dari orang lain. Itu pemalas namanya. Melainkan kamu betul-betul tidak tahu cara untuk melakukannya.
"Idan, boleh tak tolong?" "Tak boleh..."
"Bodoh punya Idan. Kedekut ilmu nak mampus!"
Ingat aku tidak tahu?

Menunggumu

Dua puluh minit setelah selesai berbual, aku masih belum tidur. Aku memang sebenarnya mengantuk. Amat mengantuk.
Masalah aku; bila aku kenal baik dan dengan seseorang, aku akan cuba layan dia sebaik mungkin dan menghargai masa-masa yang ada bersamanya. Ada kala seperti menyiksa diri. Namun hakikatnya tidak. Aku merasa ianya dalam keadaan terpaksa.
Bukan juga untuk membeli jiwa.
Aku lakukan kerana antara masa ini hingga aku temuinya lagi (mungkin), aku tidak tahu apa yang akan berlaku. Hidup ini sebegitu rapuh. Jadi kalau ada sedikit ruang masa, aku akan lakukan yang terbaik untuk membuat mereka gembira dan bahagia.
Dan mungkin untuk sesetengah orang, ianya sedikit istimewa. Aku rasa ianya adil kerana mereka lakukan perkara yang sama terhadap aku. Aku sekadar membalas kebaikan dengan kebaikan juga. 
Aku pasti, kamu juga mengetahuinya.

Tindakan Dalam Sedar

Aku katakan kepadanya; kalau diberi pilihan pada saat dan ketika ini, kalau aku tahu rumahnya, aku akan datang dan cabut kabel internetnya dan lalu aku suruh dia tidur. Sambil aku ucapkan selamat malam dan semoga damai hendaknya.
Cuma yang aku tidak cakap kepadanya; lalu aku akan pejamkan matanya dan dodoikan sehingga dia lena dalam mimpi paling indah.
Sebab itu sudah menjadi maksud yang lain.

Senja Nan Merah (Aku Rasalah)

Aku rasanya ianya merah. Mungkin jingga bagi kamu. Entah. Cukup cantik dan menyenangkan hati di kala meniti hari-hari penuh sibuk dan tekanan.





Aku sanggup beli segala masa yang ada untuk merasai sedikit damai, kalau ianya mempunyai harga.

Menilai Diri Ini

10 minit terlelap dan aku terjaga dari tidur. 10 minit. Itu sudah tentu rekod peribadi untuk tidur paling sekejap paling pendek. Biasanya tidur sekejap aku akan berlarutan sampai pagi.
Lalu aku bangun dan menulis ini. Aku penat bicara pasal kerja. Ianya takkan selesai sehingga aku pencen nanti. Melainkan aku pergi kerja, punch card dan balik rumah, tidur. Jadi aku takkan ceritakan pasal kerja. Aku juga tidak akan ceritakan pasal fotografi kerana sudah beberapa hari aku tidak melakukannya.
Sudah lama aku tidak berbual-bual di YM dengan seseorang. Kalau dulu, sewaktu Asyikin masih suka berjaga malam, kami akan berbual hingga menjelang subuh. Kini dengan keadaan dia yang sudah berkahwin dan sarat mengandung, tidur adalah perkara yang lebih baik dilakukannya. 
Sekarang, sudah beberapa hari aku sering berbual lama dengan seorang yang baru aku kenali. Memang aku tidak reti berbual. Kaku dan sering berulang-ulang. Aku tidak tahu apa yang hendak diperkatakan atau apa yang hendak dicerita. Aku le…

Menghurai

Ada beberapa perkara yang mengelirukan orang. Terutamanya di tempat lain (maksud aku bukan di dalam blog ini). Jangan keliru. Kadang-kadang ianya cuma permainan kata. Ada waktunya nampak "terlebih mesra" menyebabkan ada antara kita yang pantas cuba menafsirkan sesuatu.
Jangan keliru. Ianya sekadar bual mesra. Sekali sekala diselit gurau. Kalau itu menimbulkan syak, aku cuma ketawa.
Juga, jangan terlalu terpengaruh dengan kata-kata aku di sini. Tidak semuanya beku dan tersurat mati. Ada yang boleh berubah dengan keadaan atau masa.
Senyum untuk kamu. :-) Selamat menggodek blog.

Meredah Kerja

Sekejap lagi aku akan bergegas untuk kerja luar, sehingga Ahad. Aktiviti yang memenatkan badan dan otak. Minggu depan, Isnin sudah ada kerja berat; lawatan timbalan menteri pula. Selasa, satu kerja berat lagi; penilaian amalan 5S oleh MPC. Minggu lagi satu, paling berat; penilaian Star Rating oleh MAMPU selama lebih kurang seminggu. Sepanjang waktu itu, darah bakal naik setinggi mungkin.
Aku kerja apa sebenarnya?
Janganlah tanya. Cukup sekadar kamu tahu, kadang-kadang seperti jadi tali untuk ditarik ke sana sini. Aku tidak kisah. Cuma agak memenatkan. Lebih baik saja begini dari terbungkam di kubikel sepanjang waktu kerja tanpa ada apa hendak dilakukan. Makan gaji buta. Sekurang-kurangnya cukai yang kamu bayar itu kamu tahu digunakan dengan sebaiknya oleh aku. :-)
Dan aku masih di rumah mengemas baju dan seluar ke dalam beg. Jam sudah 2.22 petang dan aku masih menaip post ini untuk kamu dan kamu dan kamu juga.
Semoga kamu sentiasa sejahtera dan damai.

Menarik

Aku temui sesuatu yang menarik. Aku mengisi ruang lebih tiga jam menulis baris-baris kata. Lalu aku mahu berkata,
"Kamu adalah menarik."

Memaksa Sempurna

Semasa berbual dengan seorang kenalan, aku tanyakan kepadanya jenis kamera yang dia guna. Dia jawab kamera cap ayam. Jawapan yang sinis, ya. Tetapi juga menarik.



Setelah aku beli kamera digital SLR, setiap fotografi yang aku rakam, aku mahu rakamkan dengan penuh sempurna. Aku mahu ada komposisi, cahaya dan kesan yang terbaik. Segala hasil kerja dikaji dan dicari ketidaksempurnaan.
Aku lupa saat bila suatu ketika dulu, kamera hanya sekadar "point and shoot". Arah mana dan dari sudut mana, aku cuma klik dan terus klik. Aku tidak perlu risaukan komposisinya. Aku juga tidak perlu risaukan cahaya.
Cukup sekadar hala dan klik. 
Mana pergi hidup kita yang mudah dan ceria, dimana kini kita lebih judgemental dan terlalu mencari kesempurnaan. Kita fikir kita tahu, sebenarnya kita tidak. 
Ketika di kampung tidak lama dulu, aku melihat koleksi gambar yang dirakam atau ada dalam simpanan ayah. Mudah dan jelas. Tidak sempurna tetai cukup jelas. Atau ketika kamu memegang kamera digital automati…

Melupakannya

1.40 pagi. Sebentar tadi aku sudah hampir tidur. Kemudian aku terdengar sebuah lagu di iTunes. Lagu baru yang dimuat turun secara haram dari internet. Aku pasti akan beli CD asli. Atau kalaulah iTunes Store boleh menjual lagu di sini. Lebih mudah.
Lagu nyanyian Zee Avi bertajuk Is This The End.
Aku terkenangkan seseorang. Tadi aku kirim SMS ucapan selamat malam kepadanya. Sudah lama aku tidak melakukannya. Aku fikir aku sudah lama melupakannya. Aku fikir aku sudah berlalu pergi dan meninggalkan sisa-sisa harapan dulu.
Tadi dan sekarang, rasanya masih ada sedikit yang tertinggal. Mungkin aroma indah sebuah perasaan. Tetapi aku tidak menulis panjang. Sekadar ucapan selamat malam. Dua patah kata, sudah cukup. Untuk dia tahu aku masih ingat padanya dan untuk aku sedar aku masih terkenangkannya.
Aku rasa aku perlu benar-benar berlalu pergi. Kalau selepas ini aku temuinya lagi, biar sekadar untuk menghadiahkan sebuah senyuman dari sudut yang jauh. Bukan, bukan berputus asa atau kecewa. Aku fiki…

Warna Hidup

Walaupun aku rabun warna, namun warna-warna alam sentiasa menjadi damai aku. Bila hati tidak keruan atau hanya sekadar duduk diam melihat suasana alam, warna-warnanya yang hampir semuanya aku tidak kenali itulah menjadi ceria dalam hidup ini.




Seperti yang aku sering katakan, hidup ini sememangnya indah.

Dari Simpang Ke Simpang Lain (Ceritanya)

Kamu tahu, semakin aku sibuk dengan kerja, semakin sibuk juga orang luar dari kerja yang telefon, emel, jumpa dan minta sesuatu dari aku.
Masa aku rileks dan santai, tiada langsung orang luar dari kerja yang telefon, emel, jumpa dan minta sesuatu dari aku.
Bukanlah aku tidak suka orang telefon, emel, jumpa dan minta sesuatu dari aku. Aku cuma berasa sedikit aneh; semasa aku amat sibuk, mereka datang. Ketika aku santai, entah kemana mereka. Macam esok contoh; pagi aku ada mesyuarat. Petang aku santai. Dua orang telefon aku ingin berjumpa waktu pagi. Aku tanya kenapa tidak jumpa waktu petang saja. Mereka jawab pagi memudahkan kerja mereka. Yeah, right. Aku suruh datang petang.
Atau sewaktu aku tengah sarapan pagi di meja. Ya, aku sarapan pagi di meja sambil meneruskan kerja. Aku tidak bazirkan sejam masa di pantri untuk sarapan dan berbual. Ketika itulah selalu orang akan datang bertanya itu ini atau mahu berbual. Apalah masalah mereka ni. Aku yang sedang hendak menyuap makanan pun jadi te…

Tisu Kertas - Pokok - Hutan - Alam

Tisu sudah banyak di sekeliling aku. Bukan menangis, cuma selsema. Bukan juga influenza A, cuma hidung agak sensitif dengan habuk. Ada pil Clarinase di dalam kereta tetapi amat malas hendak turun ke kereta tengah malam buta semata-mata kerana sebiji pil. Jadi biarlah aku guna kertas tisu saja.
Fikir-fikir balik, aku tidak pernah guna sapu tangan kain. Mungkin ada, sewaktu kecil dulu kerana emak dan ayah yang menyuruh dan aku ingat ayah memang guna sapu tangan kain. Cuma, aku tidak pernah minat hendak menggunakannya.
Agaknya, kalau diberitahu budak-budak sekarang mengenai sapu tangan kain, ada yang terpinga-pinga tidak faham. Itu antara aksesori lelaki yang makin pupus dalam poket seluar orang lelaki. Sekarang orang lelaki lebih selesa pakai tisu kertas; kalau tidak dibeli sendiri, mungkin diambil saja dari orang yang terdekat. Aku sentiasa ada tisu kertas di rumah, dalam kereta dan di pejabat. Maklumlah sebab aku memang selalu selsema. Jadi budak lelaki yang perasan macho tidak mahu bel…

Cahaya Malam

Pertama kali (secara serius) bermain dengan cahaya malam. Lebih jelas lagi, cahaya lampu kenderaan di atas jalan raya. Aku sering teruja dengan gambar garisan cahaya yang terhasil daripada lampu kenderaan yang sedang bergerak.
Jadi selesai makan lewat malam (manalah tak gemuk!), aku berdiri di tepi jalan dari atas tebing. Kebetulan kamera ada di dalam kereta. Aku lantas keluarkan kamera dan cuba bermain-main; belajar sebenarnya. 
Inilah hasilnya.

Percubaan pertama. Gegar habis. Peringatan untuk diri sendiri; bumbung kereta bukan tripod yang sesuai.

Aku jumpa lantai simen tepi tebing. Letak kamera di atasnya dan terus snap tanpa fokus. Cuma setting aperture agak rendah. Terlebih pula cahaya yang masuk.


Salah timing. Hehehe. Satu kereta saja.


Peringatan untuk diri sendiri lagi. Sekali tekan, terus lepas. Jangan menggatal hendak perbetulkan kamera.


Sudah semakin hampir menjadi. Tetapi cahaya masih agak lebih dari yang sepatutnya (ikut mata aku yang rabun warna ni la).


Inilah mood yang aku mahu. …

Hampir Serius

Semakin tidak selesa menulis di sini. Aku tahu dan sedar bahawa begitu ramai orang di pejabat yang membaca. Sepatutnya aku tidak pedulikan mereka. Namun kerana mereka itu di tempat kerja dan aku sentiasa ada di situ, sukar benar hendak berterus terang.
Risau nanti, ruang di sini menjadi tidak lebih hanya untuk rakaman fotografi dan tulisan berbentuk umum.
Ah, pedulikan sajalah.

Senja Tadi

Mula-mula aku juga terfikir begitu. Apa pula sudip besar buat tercacak di Putrajaya? Namun mungkin kerana kreativiti penciptanya, ianya cuma tiang lampu. Bezanya, besi(?) leper di atasnya digunakan untuk membalikkan cahaya.


Bila lihat tiang-tiang ini menghiasi taman kecil di tepi tasik Putrajaya, ianya nampak lebih cantik dan elegan. Ya, tiang lampu di Putrajaya sememangnya unik. Sudah banyak yang aku rakam. Ada masa nanti aku akan siarkan di sini.


Sebenarnya, aku menunggu suasana di bawah. Apabila cahaya matahari semakin malap dan suram, tanda siang mula berlabuh dan senja mula menjelang tiba.



Sudah lama aku tidak rakamkan cahaya senja. Ini sekadar "memanas badan".
Esok, apa pula ya?

Kita Minum Dulu!

Cuaca nampak redup di luar, seperti hujan bakal turun. Tapi masih belum turun. Kalau tidak, sekurang-kurangnya sejuk sedikit suasana. Lagipun cahaya petang selepas hujan amat menarik kalau hendak di rakam dengan lensa kamera.
Hal di Perak juga masih belum selesai. Ahli politik semuanya terlalu pentingkan diri sendiri. Itu masalahnya. Kamu ingat dulu pernah ada mini parlimen di mana budak-budak sekolah "dilantik" jadi ahli parlimen kemudian bersidang serta berdebat? Sekurang-kurangnya mereka tidak buat perkara bodoh seperti di Perak dan kalau nampak macam sudah terdesak, ada yang akan cakap,
"Kita minum dulu!"
Hahaha. Ya, sinikal. Tapi kalau sekarang kamu suruh budak-budak berlakon di mini parlimen, aku pasti ada yang akan bertumbuk dan menjeri kerana terpengaruh oleh ibu bapa atau datuk nenek mereka.
Hmm... Aku cadangkan kita beri setiap ahli dewan undangan negeri di Perak minum susu Nespray. Mungkin mereka selepas itu boleh lebih bijak berfikir.

Singgah Sebentar

Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang.
Kamu semua datang dari mana?
Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu.
Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba
Maraliner
Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak. 
Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai.
Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah siap d…

Masjid Besi Hampir Siap

Masjid Besi di Putrajaya sudah hampir siap. Masjid yang sekarang sudah diberi nama Masjid Sultan Mizan, dahulunya pernah juga dikenali sebagai Masjid Putrajaya. Ia digelar masjid besi kerana struktuk binaan utamanya menggunakan besi, termasuk kerawang dinding yang melengkung kamu nampak dalam gambar. 


Gambar di atas adalah gambar yang terbaru aku rakamkan tadi. Aku baru tersedar bahawa kren di atas masjid sudah tiada, diganti dengan kren dari sebelah tepi pula. 
Gambar di bawah aku rakam dua bulan lalu. Aku jangkakan, menjelang penghujung tahun ini, masjid besi akan siap dibina sepenuhnya. Lewat setahun dari perancangan. 



Selepas ini, solat jumaat hanya perlu berjalan kaki pergi. Dekat. InsyaAllah, cecah 40 langkah. Heh.

Apa Kes Sekarang?

Rupa-rupanya masih belum selesai lagi. Kenapalah masih mahu berebut?
Tak reti bahasa ke?
Bubar sajalah dewan dan adakan semula piliharaya. Manusia ini memang degil tapi anehnya makin tua makin degil. Makin tua juga makin tidak pandai hendak berkompromi dan berdiplomasi. Ajak anak bukan main pandai lagi.
Nanti kalau tiba masa bila sudah cukup ramai manusia ini menahan amarah, kamu takkan mahu menghadapi mereka di waktu itu.

Dilarang Melompat Lagi!

Okay, keputusan mahkamah sudah tahu.

Jadi lebih baik dibubarkan saja dewan dan adakan pilihanraya baru. Biar rakyat tentukan wakil mereka. Itu lebih adil dan telus (kalau tidak ada yang menipu lagi).

Selepas ini kalau ada wakil rakyat yang melompat parti lagi, biar ke arah mana pun mereka lompat, mereka ini patut dibaling batu atau dibaling najis binatang saja. Tidak menjaga amanah rakyat dan pentingkan diri sendiri.
Ya, seruan Bro Anwar supaya ahli politik lawannya melompat parti pun aku tidak boleh terima. Bro Anwar pun aku akan baling batu dan baling najis kalau dia suruh lagi!

Bahang Panas

Panas sekarang. Siang tadi aku terperasan bahawa daun semakin banyak berguguran dari pokok. Kipas 16 inci di dalam bilik ini pun tidak membantu meredakan bahang panas.

Sebab itulah juga mungkin di Malaysia ini orang malas berjalan sana sini atau malas berbasikal ke tempat kerja. Ini jawapannya, panas. Jangan kita bandingkan keadaan kita dengan kotaraya mesra basikal seperti Amsterdam dan Beijing. Cuaca mereka lebih banyak sejuk dari panas.

Juga seperti wujudnya siar kaki lebar di Putrajaya. Itu sebenarnya adalah perkara yang merugikan. Tiada sesiapa yang mahu berjalan di situ kecuali terpaksa atau cuaca agak selesa.

Solusi sebenar adalah agak lurus. Perkenalkan kenderaan elektrik solar untuk kegunaan dalam bandar. Atau sediakan kereta (buggy) elektrik ini supaya ianya boleh di sewa dan digunakan di atas siar kaki untuk orang mudah bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain yang berdekatan.

Kalau susah juga, pasang saja bumbung. Tetapi bukan jenis lutsinar yang akhirnya akan membahang …

frossonice 2009-2010

Ya, aku tahu. Tukar template lagi. Aku rasa mungkin ini yang final untuk versi terbaru. Cuma aku tidak pasti dengan banner di atas. Aku sudah cuba di Internet Explorer dan Firefox, kedua-dua berfungsi dengan baik. Aku menggunakan Google Chrome di rumah dan amat selesa dengannya. Esok aku akan cuba di browser Apple Safari pula. Kalau itu juga boleh, aku akan puas hati.
Kalau browser internet kamu gagal memaparkan antaramuka frossonice.com seperti begini, 
Itu bermakna browser kamu yang bermasalah. 
Kalau berminat hendak melihat bagaimana rupa blog ini beberapa tahun lalu, pergi SINI dan SINI.

Belum Siap

Abaikan.
Aku masih tercari-cari design yang sesuai untuk template blog ini.
Pergi cari tempat lain untuk singgah sementara waktu.

Gerik

Koleksi gambar ini adalah koleksi lama yang aku rakam sewaktu musim Aidilfitri tahun lepas. Baru sekarang terasa hendak dipaparkan di sini.

Bunga di belakang rumah arwah Tok. Aku tidak tahu bunga apa.

Jalan masuk ke rumah Tok. Kawasan rumah Tok ini ada dua rumah. Rumah adik beradik. Dulu, aku pernah lihat gambar lama kedua-dua rumah ini. Rapat antara satu sama lain. Kemudian salah sebuah rumah diangkat dan dipindahkan sedikit jauh. Semasa kecil, aku masih dapat melihat tapak asal rumah yang telah dipindahkan. Sekarang sudah tiada.

Ini kedai yang berhampiran dengan rumah Tok. Dulu semasa kecil. kedai ini cuma sebuah kedai papan kecil. Segala-gala di dalamnya adalah usang. Aku kenal tuan kedai ini sejak kecil lagi sehingga sekarang.

Inilah sungai Kenderong yang menjadi tempat permainan aku ketika kecil dulu. Sekarang ianya tidak banyak berbeza keadaan. Cuma kalau ada yang ingat, aliran sungai ini sebenarnya sudah berubah kedudukan.

Dulu, ini adalah sebuah jambatan gantung kecil yang menghubu…

Ulu Kenderong

Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak.



Kampung yang sebenar-benar kampung untuk aku.

Menjerit Ke Langit

Ubahsuai blog ini masih belum selesai. Walaupun antaramuka sudah aku tukar, tapi aku rasa ianya agak tidak menarik dan "detached" dengan pembaca. Jadi aku akan tukar kemudian.
Sebenarnya aku masih sibuk. Mungkin sehingga pertengahan Jun nanti. Kemudian ada ruang untuk bernafas sekejap sebelum kembali sibuk dengan program tahunan yang lain. Tadi, hampir jam 10 malam baru keluar dari pejabat. Itu pun kerana aku keseorangan dalam ruang pejabat yang besar dan ianya membosankan. Takut? Tidak. Bunyi bising projek pembinaan di sebelah bangunan tidak menyebabkan suasana menjadi sunyi. Melainkan kalau tiba-tiba udara bertukar menjadi sejuk dan bunyi di luar tingkap tidak kedengaran. Heh.
Orang Putrajaya tahu cerita-cerita di sini.
Serius, motivasi aku untuk bekerja amat kurang sekarang. Begitu juga untuk berfotografi. Balik di kampung tempohari, hanya beberapa ketika saja aku rakam dengan lensa kamera. Jam Besar yang aku janjikan kepada IRA pun tidak aku rakam. Jangan marah, ya.
Sudah be…

Hasrat Aku, Orang Perak

The PM is faced with a tough choice – a Hobson's choice where neither is really a choice. Hang on to Perak at all cost and suffer the continuing wrath of Perakians.Win the battle and lose the war. Or let them choose who they want as their lawmakers. In the process, the PM will undoutedly earn the respect even of his most severe critics even though the Barisan may end up losing in the new polls. There's always another day to pick a fight. And win.Bob Teoh, Mysinchew.com
Oh, kalaulah mereka ada otak.

Seterusnya

Bengkel selesai.
Sekarang di rumah dan terbaring keletihan (kerana bengkel).
Masuk fasa seterusnya pengubahsuaian blog ini.
Jangan harap banyak post sehingga selesai nanti.

Kerja Luar Lagi

Salak Tinggi.

Sedang menghadiri bengkel kerja dari Isnin hingga Rabu. Namun sejak semalam, siang hari aku dihabiskan di pejabat kerana menyiapkan slaid persembahan untuk lawatan Menteri baru KDN ke JPN. Masalah yang timbul adalah kerana orang yang hendak memberi taklimat adalah orang baru (Bos Besar baru) yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai JPN. Baguslah tu. Agaknya memang JPA suka menyusahkan orang lain.

Aku di sebuah cyber cafe di tepi hotel. Semua komputer di dalam kedai ini adalah dinasaur termasuk yang sedang aku guna ini. Skrin hanya mampu memaparkan resolusi 800x600 sahaja. Kali terakhir aku menggunakan resolusi sebegini adalah beberapa tahun lalu.

Cyber cafe ini memang boleh diandaikan seperti hidup segan, mati tidak mahu. Aku teringat pertama kali bekerja di sebuah Cyber Cafe kecil di Padang Jawa, Shah Alam di penghujung 90an. Lima buah PC Pentium 1 dengan Windows 98. Segala setting network seperti hanya dewa saja yang tahu melakukannya. Kelajuan internet? 56Kbps. Kalau bo…

Terbeban

Kerana bebalnya orang di atas, aku menjadi bosan dengan kerja hari ini.
Badan jadi lemah dan letih. Otak jadi tepu dan benak. Hati jadi kosong dan tenggelam.
Serius, aku perlu motivasi. Saban hari melihat orang atasan yang kerja mereka saling membodek menyebabkan aku jadi begitu meluat dan kecewa. Kamu tahu apa yang merosakkan perkhidmatan awam? Orang begitu. Orang pentingkan pangkat dan diri sendiri.
Kita di bawah, akan seterusnya jadi bahan dan alat mereka serta seterusnya bahan cemuhan orang ramai yang kita temui. Mungkin sudah tiba masa untuk melakukan kerja lain.

Lapar Tengah Malam Buta

Itulah, tadi semasa di RnR Tapah, member tanya nak makan pau ke tak, aku jawab tidak. Aku makan aiskrim Baskin Robbins berharga RM18.50.
Sekarang sudah kebulur lapar.
Padan muka diri sendiri.

Selamat Hari Lahir, Sahabat.

Hari ini adalah hari lahir ex-gf aku, Renny. 
Kami sebaya. Break off sudah amat lama. Lebih 15 tahun mungkin. Tapi sehingga sekarang masih menjadi sahabat baik dan sentiasa berhubungan. Err... Sekurang-kurangnya melalui komen di blog masing-masing.
Dulu masa bersama, kami berjanji bila umur 30 tahun, kami akan berkahwin. Sekarang sudah terlebih empat tahun dan masing-masing belum berkahwin. Dia sudah bersama dengan orang lain dan aku masih berseorangan.
Aku yang break off dengan dia kerana aku tidak boleh terima keadaan ketika itu. Dia terus menjadi seorang peguam, dan aku cuma err... apa jenis kerja aku ye? Rojak.
Hidup ini sebenarnya begitu indah begini. Walau terpisah, kami tidak pernah bermusuhan dan sentiasa menjadi sahabat yang baik. Kami boleh berbicara apa saja mengenai apa saja. Then again, kerana sibuk dengan kerja (mungkin itu lebih betul untuk aku), kami amat jarang ada masa untuk berbual-bual seperti dulu.
Dalam dunia yang nyata, hidup kami amat berbeza sifatnya. Kalau difikir…

Buat Kerjalah!

Malam baru tiba dari kampung. Jalan agak sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu kembali ke Ibu Kota. Kalau awal dulu kerajaan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam; bina perkhidmatan kereta api laju contohnya, tidaklah teruk sangat sesak jalanraya.
Mungkin untungnya tidak nampak segera atau untungnya bila ada kereta api laju ini tidak menyeluruh. Tol boleh untung banyak pihak, mungkin. Penjual kereta, peniaga stesen minyak, pemilik lebuhraya, pemotong rumput, penjual makanan dan minuman di kawasan rehat dan rawat, pemandu bas, pengusaha bas (haram atau halal), JPJ, Polis dan banyak lagi. 
Kalau ada perkhidmatan kereta api laju, mungkin banyak kerja-kerja tersebut tidak dapat dilakukan menyebabkan ramai orang tiada kerja, mungkin. 
Juga, kalau diberi pilihan kepada ramai orang, mereka akan lebih rela naik kereta api laju ala TGV atau Shinkasen berbanding memandu dalam keadaan sesak di jalanraya. Walaupun landasan kereta api elektrik sudah siap dari KL ke Ipoh, namun dengarn…

Orang Kampung Semua Sudah Tahu!

Aku balik sebentar ke Gerik kerana menghadiri kenduri.

Setiba di majlis tersebut, aku jumpa beberapa orang yang ingatan aku masih kenal walaupun hampir 20 tahun tidak ditemui. Berjabat salam dan tersenyum. Bertanya khabar. Kemudian, perkara pertama disoal mereka,

"Dan, hang punya website tu on lagi ka?"

What the heck? Orang kampung di hulu Perak bertanyakan blog ini. Orang kampung. Okay, internet sudah ada di kampung ini sejak beberapa tahun dulu. Tapi masih, aku agak hairan.

Kamu ingat iklan Celcom berkaitan budak lelaki balik kampung kemudian tariannya yang dicuri rakam masuk ke dalam YouTube? Aku rasa begitu. Pelik kenapa hampir semua orang kampung tahu. At least, orang kampung yang aku kenal dan jumpa.

Rupa-rupanya blog aku ini memang agak popular terutama kalau mereka yang rajin Google mengenai Gerik, Kampung Hulu Kenderong dan yang berkaitan. Jadi tidak mustahil orang yang mengenali aku turut sama akan jumpa blog ini.

Bila tiba di rumah arwah Tok, pakcik bertanyakan hal yang…

Santai

Sepanjang hari, entah kenapa, aku tidur dan tidur begitu lena. Mungkin kerana terlalu letih. Aku bangun di lewat petang dan terasa dunia seperti baru. Segar dan nyaman. Ada istimewanya tidur di atas tilum empuk di kampung ini. Aku tidak diganggu dengan hiruk pikuk dunia.
Dan sekarang aku berada di hadapan komputer. Komputer baru sebenarnya yang beberapa jam lalu dibebel oleh aku kerana barangan di dalam komputer tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Ayah diam saja. Aku faham. Benda sudah berlaku tidak guna disalak lagi.
Aku habiskan sepanjang malam ini mengubah segala setting yang ada, termasuk menukar sistem operasi (OS) kepada Windows Vista. Aku tahu, ianya lebih berat. Namun aku fikir ianya lebih sesuai untuk suasana di rumah ini. Sistem keselamatannya lebih bagus. Updates boleh dilaksanakan secara online dengan mudah. Aku pasangkan beberapa aplikasi lain yang percuma dan boleh diperolehi secara legal di internet.
Esok, awal pagi aku akan bergerak ke Gerik. Ada majlis kenduri kahw…