Langkau ke kandungan utama

Mac OSX vs Windows 7

Jadi, Windows 7 Beta Build agak menyeronokkan, kecuali ianya begitu canggih hingga bakal mengelirukan pengguna biasa dan sistem bunyi laptop aku tidak boleh berfungsi. Aku pasti akan kembali ke Windows Vista.

Kenapa aku tidak kembali saja ke Windows XP? Pertama, aku sudah lama menggunakan XP, sejak 2001 bila awal ianya dikeluarkan. Maka aku anggap ia perisian tua yang tidak perlu aku fikirkan. Aku lebih selesa dengan sistem yang terdapat dalam Vista walaupun OS ini terlalu berat dan mengjengkelkan.

Kenapalah Microsoft masih gagal menghasilkan OS yang benar-benar selesa digunakan oleh sesiapa saja? Percayalah, kalau kamu berpeluang menggunakan Apple Mac OSX, walau hanya untuk beberapa ketika, kamu akan rasakan betapa lecehnya OS keluaran Microsoft. Kebanyakkan orang hanya mahu buka komputer, jalankan aplikasi dan gunakannya. Itu saja. Mereka tidak perlu pengetahuan teknikal untuk menjalankan operasi dalam komputer.

Mungkin ini pandangan yang agak tidak adil, namun bagi aku, Windows 7 masih jauh dari Mac OSX dalam banyak perkara. Paling penting, kemudahgunaan. Dengan Mac OSX, ianya cuma

"Bong!..."

...dan guna. Oh, "Bong" adalah terma bunyi pengenalan apabila OSX dilancarkan. Semuanya sudah tersedia. Cuma ralatnya, kalau kamu tidak pernah menyentuh langsung Apple Mac, kamu akan kehilangan arah. Namun, tidak sampai kamu langsung tidak tahu menggunakannya. Bar aplikasi yang biasanya berada di bawah penghujung skrin menempatkan jalan pintas aplikasi dalam Mac tersebut. Klik dan kamu sudah boleh menggunakannya.

Aku masih tidak faham kenapa pilihan seperti ikon My Computer tidak secara automatik terletak di atas desktop apabila Windows dibuka. Ianya perlu dibuat setting yang kalau orang tidak biasa, mereka akan sukar menemui caranya.

Namun, bukanlah semua mengenai Windows itu tidak bagus. Aku sukakan penyelesaian secara online dalam Windows 7 yang agak intuitif dan berkesan. Aku juga suka (kerana aku rajin geledah) kebebasan untuk aku mengubah apa jua setting di dalam Windows. Bukan semua setting.

Tetapi, kalau hendak dibandingkan, Apple OSX adalah jauh lebih menarik dan baik berbanding Windows 7. Konsep antaramuka Windows 7 sebenarnya tidak jauh berbanding dengan Windows 95 yang keluar kira-kira 14 tahun dulu. Sepatutnya perlu ada perbezaan yang jelas bagi antaramnuka Windows. 14 tahun adalah jangkamasa yang agak lama.

Sebagai pengguna Apple OSX di pejabat melalui komputer iMac serta sebuah laptop yang sekarang sedang berfungsi Windows 7 sebagai sistem operasi, aku akan tetap memilih Mac, bila-bila masa pun.

Sekali sekala review hal komputer.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon