Langkau ke kandungan utama

Hujung Minggu Ini

Kalau hendak menyelesaikan tatabahasa sebaris ayat pun mengambil masa sejam, memanglah banyak perkara yang dilakukan di jabatan kerajaan membazir. Membazir masa untuk menunjukkan susunan perkataan dalam ayat itu bagus dan 6 bilion orang di dunia boleh memahaminya. Well, lebih kurang 10 juta... errr.. 100 orang rakyat Malaysia yang rajin membaca boleh faham. Isk.. beberapa orang rakyat Malaysia yang mahu membaca buku kerajaan boleh faham.

Saya suka kamu.

Ayat mudah bukan? Semua orang faham kerana ianya jelas. Tapi dalam bengkel ini, ayat sebegitu tidak jelas langsung maksudnya. Maka, jadilah seperti begini;

Saya bernama Ahmad Sharidan dan bekerja di JPN memberitahu bahawa saya  sukakan kamu yang bernama...

Ya, poyo.

As if semua orang di Malaysia ini bodoh sangat. Tapi itulah realitinya dengan banyak pejabat kerajaan. Mentaliti bos mereka ini terlebih hebat kerana mereka fikir, hanya tulisan semacam tesis saja akan difahami.

Itulah yang membuat aku diam terpaku di hadapan iMac selama sejam sambil mendengar mereka berdebat perkataan yang lebih sesuai digunakan. Ini kerja bosan yang aku perlu lakukan di hujung minggu, selama hampir setiap minggu.

Kamu tentu sedang berehat santai di hujung minggu ini, bukan?

Ulasan

  1. Kadang-kadang ayat yang ringkas itu lebih mudah difahami daripada yang panjang dan berjela-jela disulami bunga-bunga bahasa yang membuatkan sesetengah orang boleh hilang maksud dan makna sebenar dalam timbunan kata-kata yang kebanyakkannya sia-sia dan tidak membawa maksud yang sebenar, apatah lagi kata-kata yang sebegini bukanlah mudah untuk difahami oleh makcik dan pakcik yang masih menggunakan perkataan 'waima','hatta', dan 'sementelah itu'...

    Bukan kah?

    (Komen ini boleh dikembangkan kepada penulisan tesis.Mungkin)

    hehehe...

    BalasPadam
  2. Saya suka ayat panjang berbelit, tapi cuma bila ianya ayat tahun 50an atau prosa klasik. Selain daripada itu, ianya adalah merepek.

    BalasPadam
  3. Keep it short and simple. (KISS)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon