Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Ya, Aku Anti Rokok!

Tak payah cari, tiada fotografi terbaru. Siang tadi Isnin. Orang sibuk hari Isnin. Tunggu hujung minggu. Aku terfikir hendak merakam gambar flamingo di tasik Putrajaya. Kalau dapat dan kalau ada masa.

Malam, balik dari pejabat aku terus ke McDonald's. Itu saja yang boleh aku pergi dengan mudah. Beli makanan, baki duit dalam poket cuma RM2. Itu kerana sebelum ke McD, aku isi minyak kereta. Kalau tidak bolehlah aku beritahu aku ada berpuluh ringgit dalam poket. Jadi, biar sajalah baki RM2. Itu pun dalam hati masih menghasut suruh habiskan dengan membeli pie apple. Aku tidak mahu.

Lalu aku duduk makan sambil membaca majalah TopGear keluaran bulan Mac (yang keluar lewat Februari). Baru nak baca. Minggu lepas aku sudah beli keluaran bulan April, masih belum baca. Sambil melakukan dua perkara itu, aku juga membalas mesej seorang sahabat, yang kemudiannya sudi datang untuk turut sama makan. Lalu kami duduk makan dan berbual hingga jam 10 malam. Mungkin lebih sikit.

Sahabat baru aku ini bert…

Basikal Cabuk

Aku dok tengok Facebook. Mengintai-intai gambar kawan-kawan lama dan aktiviti yang mereka lakukan sekarang. Seperkara yang aku perasan, ada beberapa orang dari mereka yang menjadikan basikal sebagai aktiviti sukan mereka.
Ada yang guna race bike dan ada yang guna mountain bike. Tak kisah mana pun. Ceritanya, hampir semua dari mereka ini semasa di maktab dulu memang tidak terlibat dalam aktiviti berbasikal. Maktab memang ada "kelab" lumba basikal. Tidak rasmi pun. Ada beberapa orang saja yang terlibat; aku, Amron Roni (bekas produser TV9), Shah Jihan, Suffian (Panjang) dan seorang dua lagi yang join sekali sekala. Ikut asalnya, cuma aku dan Amron saja yang memulakan "kelab" ini. Malah pertama kali berbasikal mengelilingi Pulau adalah aku dan dia saja.
Kami jumpa beberapa basikal lumba lama di sebuah stor tepi kelas. Kami keluarkan dan ada lebih kurang 5 buah basikal yang masih elok walaupun uzur. Kami baikinya dan selebihnya hantar ke kedai untuk dibaik pulih. Aku mas…

Sekali Sekala

Dalam sibuk kerja, lepas juga 50 post dalam blog untuk bulan ini. Tiga bulan yang amat aktif, agaknya. Tahun ini juga lebih banyak fotografi dalam blog ini. Mungkin kerana aku jumpa cara yang lebih senang untuk linkkan foto-foto di akaun picasaweb ke blog ini. Banyak lagi yang aku boleh sumbat di picasaweb tu. Sekarang baru setakat 28% kapasiti digunakan. Jadi aku tidak fikir aku akan berhijrah ke Flickr atau Fotopages dalam masa terdekat (sebenarnya aku ada akaun dua foto site tu).
Cuma aku teringin hendak berubah server untuk blog. Namun setakat ini, tiada yang memberikan perkhidmatan yang mudah dan sebaik Blogspot. Wordpress walaupun menarik tetapi banyak sangat limitasi terutama kalau hendak guna domain name sendiri seperti yang aku guna ini. Jadi, buat masa sekarang juga, aku takkan berhijrah ke mana-mana blog provider lain. Cukup dengan Blogspot.
Tengok betul-betul akaun Blogspot aku. Sejak dari 2002. Awal dulu untuk update di Blogspot ini macam pengalaman membedah pesakit (aku se…

Manusia Terprogram?

Seorang housemate agak pelik. Aku tidak tahu sama ada perbuatannya itu adalah kerana ignorant atau semata-mata refleks semulajadi dia sendiri.
Malam seperti begini biasanya lampu dan kipas di ruang tamu akan ditutup kerana masing-masing berada di dalam bilik, sama ada surfing internet, menonton movie atau tidur.
Dia, setiap kali keluar dari bilik, mungkin untuk ke tandas atau sengaja keluar tanpa sebab, pasti akan pasang lampu dan kipas di ruang tamu kemudian masuk kembali ke bilik meninggalkan lampu dan kipas terpasang tanpa sesiapa di ruang tamu. Setiap kali begitu, biasanya aku akan keluar menutup balik suis sambil menyumpah seranah perbuatan dia.
Pernah aku tegur beberapa kali perbuatan dia dan soalan paling selalu keluar,
"Engkau ni apa motif pasang kipas dan lampu depan, lepas tu tinggalkan terpasang?"
Kalau kamu lihat riak muka dia ketika itu, kamu akan andaikan dua perkara. Pertama, dia blur habis seperti dia tidak pasti apa yang sudah berlaku. Atau dia buat tak kisah sep…

Aku Anti PTK (kerana...)

Exam PTK untuk kakitangan kerajaan ini sebenarnya mengelirukan aku. Apa yang hendak dicapai? Untuk menilai prestasi kakitangan melalui ujian bertulis (kalau kerani tu, setakat tanda jawapan yang betul) sebagai tiket asas untuk kenaikan gaji dan permohonan kenaikan pangkat?
Apa pun jua niatnya, aku fikir menggunakan peperiksaan untuk menilai individu adalah cara paling leceh dan tidak adil. Ada sesetengah manusia (aku contohnya) yang betul-betul bengap untuk menjawab periksa, apatah lagi untuk study bagi menjawab peperiksaan. Ada golongan manusia yang 'thrive' dalam bidang menjawab peperiksaan. Study, baca nota, hafal nota dan lain-lain lagi ada perkara biasa dan 'fun' bagi mereka.
Agaknya kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang, bukan?
Cuma, aku fikir ada banyak lagi cara yang lebih adil untuk menilai individu. Juga aku rasa sebab utama peperiksaan PTK diadakan adalah kerana pembuat dasar itu adalah seorang yang kaki study dan suka menjawab peperiksaan atau mungk…

Detik-Detik Tanpa Suara - 2

Aku sedang bosan di dalam majlis rasmi ketika mengambil gambar-gambar ini.









Aku perlu lebih banyak belajar.

Ukelele dan Gitar

Entah kenapa, aku sekarang sering mendengar lagu Somewhere Over The Rainbow nyanyian mendiang Israel Kamakawiwo'ole, penyanyi kelahiran Hawaii. Mungkin versi yang dibawa beliau begitu mendamaikan. Petikan ukelele itu mungkin menambah rasa senang apabila diadun dengan suara beliau.
Aku pernah sediakan link ke youtube video clip beliau namun video tersebut telah ditarik balik. Jadi kamu pandai-pandailah cari sendiri lagu tersebut. Kalau susah nak jumpa, tunggu di penghujung cerita 50 First Date lakonan Adam Sandler dan Drew Berrymore.
Kamu tahu, sejak dulu aku mahu belajar bermain gitar. Aku mahu membeli sebuah kitar akustik dan belajar bermain. Namun sehingga kini, impian masih lagi hanya impian. Berkali-kali aku masuk ke kedai menjual alat muzik dan membelek gitar-gitar yang dipamerkan.
Masalah sikit bagi aku yang kidal, aku perlu beli gitar untuk orang kidal atau paling mundah, beli saja gitar klasikal. Aku tidak boleh sesedap rasa beli gitar.
Jadi mungkin itu azam aku tahun ini (sud…

Talentime

Tidak pernah seumur hidup aku hampir-hampir mengalir air mata (mungkin ada sikit) kerana melihat dialog bisu seorang remaja india yang jatuh cinta dengan remaja melayu namun tidak mendapat restu dari ibunya. Bisu kerana remaja india itu memang bisu dan pekak dan hanya mampu berbicara dalam bahasa isyarat.
Namun, sungguh menyayat hati adegan dari filem Talentime, arahan Yasmin Ahmad.
Kamu bayangkan, sambil melutut depan ibunya, dia mohon ibunya tunjukkan jalan bagaimana hendak dia lupakan si gadis itu kerana hatinya tidak mampu untuk melakukannya. Dia minta ibu beri jalan dan ajar dia bagaimana hendak meninggalkan si gadis melayu itu kerana dia tidak mampu hendak melakukannya sendiri. Ibunya berlalu pergi begitu saja. Si gadis juga langsung tidak mampu untuk melakukan apa-apa dan hanya melihat dalam kesedihan di dalam kereta bersama ibunya sendiri.
Oh, aku sepatutnya suruh kamu pergi menontonnya sendiri.
Bukanlah filem terbaik dari Yasmin Ahmad. Tetapi seperti filem-filem beliau sebelum in…

Tiga Hari

Kelmarin dia berikan aku senyuman dan sinar matanya.
Semalam, walau dia di depan, bual bicara hanya seketika waktu.
Esok pagi, pasti aku tidak akan ketemui dia.

Itu Semua Okay

Kenapa, surat khabar "arus perdana" tidak dijual untuk ahli parti politik saja? Bukankah syarikat surat khabar ini milik parti politik dan begitu banyak penulisan mereka begitu pro parti politik yang memiliki mereka dan sentiasa menghentam habis-habisan parti lawan mereka?
Oh ya, ini Malaysia. Itu semua adalah okay.

Sinar Mata Dan Senyumannya

Dalam puluhan manusia di hadapan aku ketika itu, aku terlihat wajahnya. Hanya kerana kilauan matanya, aku tahu dia melihat aku, lalu aku tersenyum padanya dan hanya dia yang tahu itu maksud aku.
Dalam puluhan manusia di hadapan aku ketika itu, seperti jasad lain kabur dari pandangan dan hanya dia di hadapan tidak sejengkal di depan mata walau dia nun jauh di atas tangga sana, disebalik puluhan orang lain.
Dan matanya bersinar seperti ianya bersinar setiap kali memandang wajahnya dan juga setiap kali terbayang wajahnya.
Serta senyumannya paling indah seperti ianya sentiasa tersenyum di hadapan diri ini dan setiap kali terbayang senyumannya.
Kalaulah...
Kalaulah boleh aku beritahu (bisikkan ke telinganya) disebalik puluhan manusia di situ bahawa sepanjang waktu ini, aku masih menghargai dirinya dan memendam seribu hadapan dan satu impian terhadapnya. Kalaulah begitu mudah.
Kerana,
Aku tahu sejauh mana aku melangkah menghampiri dirinya, aku takkan dapat menghampirinya. Setiap waktu aku memberi …

Ucapan

Teringat mengenai talian telefon bimbit yang tidak boleh diguna, aku fikir ada bagusnya.
Suatu masa dulu aku selalu rajin mengirimkan ucapan selamat malam dan selamat tidur kepada beberapa orang (lebih daripada 10 orang).
Kadang-kadang aku terima dua ucapan balas. Kadang-kadang aku terima satu. Selalunya langsung tiada balasan.
Terima kasih. Aku tetap menghargainya.
Selamat malam dan selamat tidur. Semoga damai hatimu sepanjang masa.

Diam Terbisu

Malam ini cuaca panas. Tiada langsung angin yang membuai langsir di jendela. Malam ini juga aku terasa begitu lama waktunya untuk mencecah lewat malam. Sekarang masih 11.25 malam. Ada 35 minit lagi sebelum tiba penghujung hari dan hari esok bermula. Aku menguap dan mengantuk. Selesai aku menulis ini, aku akan tidur, insyaAllah.
Tiada apa yang hendak diceritakan. Hidup ini biasa saja. Sibuk kerja di pejabat juga adalah perkara biasa. Bosan di rumah pun adalah biasa. Aku mahu pulang ke Kuala Kangsar di penghujung minggu ini. Sudah lama tidak melakukannya. Itu dalam perancangan. Jadi atau tidak, masih belum tahu. Aku malas memandu beratus kilometer dan aku juga rimas menaiki bas ekspres yang tidak keruan. Aku masih tunggukan kereta api elektrik yang sudah begitu lama dijanjikan. Kalau ada itu, pasti selalu akan aku balik ke Kuala Kangsar.
Siang tadi, tiga mesej aku terima di telefon bimbit. Pertama, bertanyakan mengenai anugerah yang pernah JPN terima pada tahun 2007, dia mahukan kepastian…

Kamera Di Sana Sini

Sampai di pejabat, aku terus berjalan ke tapak pesta belon udara panas. Belon-belon besar sedang dinaikkan. Aku tidak berminat untuk mengambil gambar belon, aku sudah ada banyak gambar tersebut yang aku ambil sejak hari Khamis lalu. Aku cuma ingin melihat suasana sekeliling.
Aku sedari sesuatu. Hampir semua orang yang ada di situ (kecuali sebilangan besar budak kecil) ada kamera di tangan mereka, baik dari jenis apa pun. Dari kamera bodoh di telefon bimbit hinggalah DSLR (aku rasa aku ada nampak SLR biasa juga) paling canggih, semua ada di situ. Dari lensa mati telefon bimbit hinggalah lensa telefoto panjang milik jurufoto profesional (atau orang perasan bagus?). Ramai sungguh!
Aku juga pasti, ramai antara pengguna DSLR yang aku nampak hanya menggunakan mod AUTO sepenuhnya untuk mengambil gambar. Ini lebih-lebih lagi kalau mereka sekadar guna lensa kit asal yang dibeli bersama body kamera. Semakin popular DSLR di Malaysia hatta orang yang tidak pernah langsung guna DSLR pun sekarang mah…

Sekejap Sebelum Ke Pejabat

Agaknya aku benar-benar keletihan. Selepas isyak, terus aku lena hingga aku tersedar kembali dan melihat jam sudah hampir 6 pagi. Lama sungguh. Biasanya hujung minggu aku akan tidur lama. Kononnya menggantikan waktu tidur aku yang kurang sepanjang minggu. Mentaliti aku sudah begitu rasanya menyebabkan hujung minggu pasti aku terasa keletihan.
Awal pagi Ahad ini aku akan ke pejabat lagi. Menyiapkan beberapa kerja yang perlu aku siapkan. Tidak mengapa. Hujung bulan, nak ke shopping complex tak berbaloi. Baik di pejabat saja menyiapkan kerja dan mengumpul duit.
Aku baru teringat, sejak dari aku makan Mcdonald's dengan baki duit RM18, tolak RM9.65 dan tolak lagi RM5 semalam, aku masih belum keluarkan duit dari mesin ATM. Berjimat sungguh. Tapi realitinya aku sendiri malas ke mesin ATM. Nasib juga sejak kebelakangan ini selera makan kurang. Kalau tidak, aku tak fikir RM3 yang ada dalam poket ini akan cukup.
Aku tak rasa aku selalu membazir seperti dulu. Sekarang, di penghujung bulan aku b…

Petang Sabtu Di Putrajaya (Ada Belon Udara Panas!)

Sabtu petang di Putrajaya. Jalan jem teruk akibat pesta belon udara panas. Ramai orang berpusu-pusu ke Putrajaya untuk menyaksikan belon-belon besar terbang ke udara.
Namun angin hari ini agak kuat menyebabkan belon tidak boleh dinaikkan. Lewat petang barulah belon-belon ini naik. Untung juga cuaca hari ini amat cantik dan nyaman.
Pemandu kereta mencari ruang meletak kereta. Akhirnya ruang tepi jalan itu juga yang jadi tempatnya. Padang yang kosong dan luas itu? Terbiar saja. Tiada jalan untuk masuk.

Belon-belon udara panas mula naik satu persatu setelah lewat petang. Namun cuaca amat cantik dan cerah.

Shot ini aku sengaja ambil kerana bangunan di kanan itu adalah bangunan JPN. Aku suka awan di jauh sana.

Dari arah yang sama dalam bentuk potret pula. Lebih bertambah cantik awan sana. Belon masih ada dalam gambar ini. Seperti belon itu terbang begitu tinggi walau hakikatnya cuma beberapa ratus meter saja dari darat.

Belon menuju ke awan...


Dan semakin jauh dari mata yang memandang.
Petang ini …

Therru's Song

Therru's Song - Music Video nyanyian Aoi Teshima


Therru's Song - Original Movie Soundtrack dari anime Tales From Earthsea keluaran Studio Ghibli.


Kalau ada yang melagukan irama nyanyian merdu ini ke telinga aku, pasti aku lena sepanjang malam.
Cari sendiri terjemahan liriknya. Mana satu versi pun yang kamu dapat, kamu pasti akan terkedu.
Kerana aku sentiasa rasa begitu, setiap masa.

Cari Makan

Seluk poket seluar, ada RM18. Fikir, apa yang hendak dijamah dengan RM18? Ada duit lain tetapi sekarang di dalam poket, cuma RM18.
Hampir tiba di rumah, aku belok ke kiri.
Singgah di McDonald's dan pesan set double-cheese burger saiz sederhana. RM9.65.
Susah betul hendak fikir pasal makan sekarang.
Makan dan sambil menulis ini.

Mencari Damai

Entah kenapa, terasa seperti ada sedikit kelainan kebelakangan ini. Atau aku yang agak sensitif. Itu masalah kalau aku selalu suka sangat menilai perwatakan setiap orang yang aku kenal. Apa saja lenggok badan mereka, aku tafsir. Itu masalah.
Kerana aku tidak suka dengan jawapan yang aku perolehi. Melemaskan aku dengan segala konflik dan ketidakserasian aku dengan hidup sekeliling. Agak lebih bagus kalau aku tinggal di rumah, dalam bilik berkunci sepanjang masa. Mudah sikit untuk akal fikiran ini berehat dan tidak menilai sesiapa atau apa pun.
Kemudian aku terasa begitu lama aku tidak berjalan-jalan di penghujung petang sambil menanti matahari berlabuh. Aku buat. Aku turun dari pejabat dan menuju ke tapak pesta belon udara panas. Sedikit hujan rintik sedang turun tetapi aku tidak peduli. Aku mahu berjalan. Mahu pergi ke destinasi yang tidak aku rancang. Aku memerhatikan belon terbang semakin tinggi dan jauh. Aku berjalan kembali ke pejabat.
Dan aku lihat ini...


Sesungguhnya manusia seperti…

Ibu Dan Anak

Aliah dengan anaknya, Nafizah Zahirah singgah di pejabat petang semalam.


Ibu dan anak.


Nafisah Zahirah.

Belon Udara Panas

Bila hampir tiba di pejabat, aku dapati belon-belon besar sedang dipanaskan. Rupanya Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya sudah bermula hari ini. Segera aku naik ke pejabat yang kebetulan mempunyai pemandangan yang menarik ke arah tempat pesta belon ini diadakan.
Belon-belon mula membesar dan menanti untuk dinaikkan.

Belon pertama naik sekitar 8.00 pagi. Ramai staf di pejabat sudah teruja.

Aku fikir inilah belon paling menarik yang berbentuk peacock. Eh, kenapa aku lupa namanya dalam Bahasa Melayu? Ahh.. Burung Merak.


Belon gajah comel sedang melintasi masjid Putrajaya yang sedang dibina. Aku rasa semua belon ini akan mendarat di PLF (Perdana Leadership Foundation). Agaknya lah.
Datanglah tengok fiesta ini kalau kamu berminat. Ianya akan berakhirnya 22hb nanti. Ada banyak aktiviti lain. Motorised Para-Sailing pun ada. Tapi aku tak sempat mengambil gambarnya. Petang nanti aku akan sambung sesi fotografi belon-belon ini.

Dia Ini Adalah Orang Yang Lain

Aku tetap menelefon dia walaupun beberapa hari lalu aku bertegas untuk tidak mahu lagi melakukannya. Lemah sungguh. 
Kemudian kami berbual di corong telefon. Lama. Lebih dari yang aku jangkakan.
Kalau antara dia dan aku berbual, dia begitu manja. Mengadu seribu cerita segala peristiwa yang meruntun jiwanya. Lalu aku dengar dan memujuk sedang bisikan hati sebelah kanan mempersoalkannya dan bisikan hati sebelah kiri pula berkata,
"Seize the day!"
Bagaimana caranya? Kamu sendiri tiada jawapan. Kerana setiap kali perbualan berlaku, aku tidak lebih dari seorang abang. Itu saja. Setiap kali juga aku menegaskan kepadanya, masih tiada siapa di hati ini. Belum milik siapa. Setiap kali itu juga dia langsung tidak mempercayainya.
Mungkin, mungkin aku boleh pergi dan berdiri dekat di hadapannya dan mata dan bibir aku tidak lebih sejengkal jari dari mata dan mulutnya lalu aku berkata,
"Masih belum ada! Aku masih mengharapkan kamu."
Bahagian mana ayat itu yang kamu tidak faham?
Oh ya, a…

Insomnia, Mungkin

Kononnya hendak tidur awal.
Sudah 12.43 malam.
Ain, insomnia ke ni?
Mungkin lagu Somewhere Over The Rainbow nyanyian Judy Garland yang sedang berkumandang di corong speaker laptop ini boleh melenakan aku.
Tidak mungkin...

Bos, Jom Kongsi Teh Tarik

Keadaan di pejabat agak sibuk. Sibuk dengan persiapan amalan 5S sebenarnya. Kalau di tempat lain, ianya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya, di pejabat, kami perlu siapkan dalam masa sebulan setengah saja.
Maka kelam kabut anak buah menyiapkan itu ini sedang bos sendiri seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak buat apa. Kemudian mereka tambah lagi dengan kerja yang bukan-bukan, kononnya amat penting dan perlu disiapkan segera. Begitu selalu keadaannya.
Bos ini kadang-kadang ada yang tidak langsung prihatin dengan apa yang berlaku disekeliling mereka. Mereka terlalu terperosok dengan tugas atau terlalu ignorance untuk memperdulikan apa yang berlaku disekeliling. Tiket jawatan mereka itu membuatkan mereka rasa berhak untuk mengarah apa saja kepada anak buat mereka.
Tidak cukup dengan itu, anak buah ini disumbat dengan falsafah multi-skilling dan diterapkan dan propaganda bahawa pekerja yang baik boleh melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Bullshit. Kamu bos ada buat ke?
Ke…

Mungkin

Jarang aku menulis banyak post dalam sehari sekarang. Mungkin aku sudah penat.
Mungkin tidak ada apa yang hendak diperkatakan.
Mungkin juga kamu terlalu banyak membuang masa di sini.
:-)

Menghukum Komen

Kamu bertindak hebat dengan mengukum mereka yang membuat komen terhadap kamu. Jadi kamu fikir orang di sekeliling akan berasa takut dan lebih berhati-hati kemudian nanti?
Orang sebenarnya akan lebih jelik, marah dan geram. Pastinya begitu. Akhirnya nanti, kamu juga yang rugi.
Fikirlah jalan yang lebih baik.

Kitaran Hidup

2.46 pagi dan masih berjaga.
3.00 pagi nanti pun masih belum tentu tidur.
6.30 pagi nanti pasti akan tersedar bila penggera di telefon bimbit berbunyi.
7.00 pagi barulah aku mandi dan bersiap untuk ke pejabat.
7.25 pagi di dalam kereta menunggu enjin panas. Amat jarang aku tunggu.
7.50 pagi tiba di pejabat, punch card (lebih berupa touch-in guna MyKad). On iMac. Turun ke kafe mencari karipap panas (memang panas) dan teh tarik (sekali sekala).
8.30 pagi masih surfing internet membaca berita semasa.
10.00 pagi melilau dan mamai akibat mengantuk yang amat sangat.
12.00 tengahari menjadi waktu sibuk menyiapkan kerja yang kebanyakkannya kerja ad-hoc.
1.00 tengahari dan aku masih di meja menyiap kerja selagi mood masih ada dalam keadaan mengantuk.
1.30 tengahari barulah aku turun ke kafe mencari makanan atau minuman. Biasanya balik dengan tangan kosong. Aku mahu sushi, mungkin.
2.00 petang dan aku sudah lama berada di meja mengadap iMac sambil membaca berita semasa.
4.30 petang, mengantuk sudah mencapa…

Berlalu Pergi Dan Semakin Jauh

Lama juga aku mencari-cari keretanya. Maklumlah, dia sudah tukar kereta. Sudah lama, katanya. Seperti biasa, perkara sebegitu aku takkan tahu, apatah lagi hendak diberitahu.
Bila akhirnya aku temui kereta dia, aku menjenguk ke dalam. Ada dua pasang cermin mata hitam tergantung di cermin pandang belakang. Satu untuk lelaki. Aku pasti tidak akan ada perempuan yang pakai cermin mata sedemikian, melainkan dia seorang fasionista. Dia bukan. Kemudian aku melihat tag universiti di cermin kereta. Ada dua universiti yang berlainan. Betullah apa yang aku fikirkan selama ini.
Hati menjadi sayu selepas itu. Aku masuk ke kereta sendiri lalu pergi. Lagu di corong speaker kereta adalah irama instrumental yang mendayu. Cukup sempurna untuk sebuah hati yang lara, rasanya. Cukup sempurna untuk aku dengar sambil memandu dalam hujan lebat di penghujung senja. Atau tengahari jumaat menuju ke masjid.
Hakikatnya dia tidak ada apa-apa dalam diri ini. Kalau ada pun, itu cerita dulu yang sudah puas aku buang dan …

Hujan Tiba Dan Jambatan

Menjelang petang di Putrajaya, hujan pula tiba. Aku masih belum keluar dari pejabat. Angin di luar begitu kuat menderu dan mengeluarkan bunyi yang sureal.

Bagaimana keadaan pun, jambatan ini (Jambatan Seri Wawasan) tetap akan berkilauan. Antara jambatan paling cantik pernah aku temui dan lalui. Alangkah bagusnya kalau jambatan-jambatan di Malaysia dibina dengan seni dan teknologi sebegini. Mungkin tidak sepenuhnya begini. Maksud aku, aku mahu jambatan di Malaysia punyai nilai estatika yang tinggi dan sedap mata memandang.
Jambatan sebenarnya adalah simbol dan benar, begitu banyak maksud di sebalik jambatan. Sebab itu di negara barat dan juga mungkin, China dan Jepun begitu menitik berat nilai estatika apabila membina jambatan. Kalau hendak difikirkan, kenapa perlu membazir membina jambatan yang cantik?
Jawapan aku mudah, orang tidak semata-mata memandu ke Millau di Perancis untuk melalui Millau Viaduct. Orang mahu melihat kehebatan senibinanya. Begitu juga apabila orang mengatakan mengen…

Dari Berat Hati Hingga Melalut

Hati dan badan amat berat untuk bangun dari tilam, untuk mandi, pakai baju, pandu kereta ke pejabat. Berat. Aku mahu rehat.
"Jadi, rehat sajalah!"
Tak boleh. Perlu juga ke pejabat kerana masih ada kerja yang hendak diselesaikan; sekurang-kurangnya sehingga penghujung petang ini. Kemudian esok mungkin, aku mahu ke tepi pantai, atau kemana-mana saja untuk sesi fotografi. Belajar bermain dengan mode Manual sepenuhnya dan mendapatkan shot yang terbaik.
Aku perlu kumpul duit sedikit untuk mendapatkan lensa 50mm (murah saja sebenarnya, kalau dibandingkan dengan harga lensa lainlah) seperti yang selalu orang sarankan kepada aku. Cuma aku lebih suka wide angle. Lensanya agak mahal. Lebih mahal dari gaji sebulan aku, mungkin.
Dan sementara aku masih ingat, aku juga perlu ke gimnasium di pejabat seperti yang sudah aku rancang. Senaman. Itu saja tujuan ke gim, bukan? Lagipun gimnasium pejabat mengamalkan jadual berasingan untuk lelaki dan wanita. Jadi tiada motif untuk aku mencari mereka d…

Dari Senja Hingga Lewat Malam

Sepatutnya awal senja aku sudah pulang kerumah untuk berehat setelah tiga hari berbengkel dan memerah otak menyiapkan projek di pejabat. Namun kerana ada jemputan menghadiri majlis sosial di bumbung pejabat, aku sertai dan hanya pulang selepas lewat malam dan mata semakin mengantuk, badan semakin lesu.
Namun sepanjang menunggu masa majlis tiba dan semasa majlis itu sendiri, aku sempat mengambil beberapa shot fotografi untuk memahirkan lagi aku dengan mode manual pada kamera yang selama ini amat aku abaikan. Hasilnya agak memuaskan hati aku sendiri. Ada beberapa perkara aku masih perlu belajar. Tetapi semakin hari, aku semakin suka mengambil shot senja dan lewat senja. Cuma agak rugi, setakat ini aku masih belum berpeluang mengambil shot subuh dan awal pagi.

Cuaca agak suram di Putrajaya. Langit penuh dengan awan menyebabkan cahaya natural tidak boleh menembusinya. Aku perlu tunggu hingga lewat senja untuk mendapatkan shot sebegini. Aku tidak menggunakan tripod, jadi gambar agak kabur ka…

Protes Jiwa

Jauh lagi ke hendak berlari? Aku sendiri tidak tahu.
Seorang itu sudah pergi. Seorang lagi bakal menuruti tidak lama lagi. Walaupun tidak jauh, tetapi sudah cukup jauh dalam ukuran pembaris aku.
Penatlah. Aku malas lagi hendak terkejar-kejar bayang-bayang. Aku mahu duduk, tunggu sini sampai bila-bila. Kalau boleh. Tapi mana mungkin boleh sedang aku sudah tidak tahu apa makna putus asa dan apa makna kecewa. Aku keliru dengan kedua-dua perkataan tersebut.
Kamu pernah lihat budak-budak pungut gula-gula dan genggam sebanyak mungkin di tangan? Begitulah yang dirasakan. Pasti ada yang berciciran bila semakin banyak yang hendak dikutip. Sedar atau tidak, yang tercicir itulah yang terbaik dan yang paling enak.
Jadi, biar aku duduk saja dan menikmati apa yang ada di hadapan mata tanpa perlu aku berkejar-kejar kesana kemari mencari sesuatu yang tidak pasti. Biarpun yang ada di depan mata hanyalah diri sendiri, tidak mengapa. Bukankah aku sudah beritahu, aku tidak faham lagi apa maksud putus asa dan…

Senja

Biasanya kalau hendak mengambil shot senja atau malam atau mana-mana shot dalam gelap, perlu ada tripod untuk menstabilkan kamera agar tiada gegaran yang boleh menyebabkan gambar menjadi kabur.
Senja tadi aku tidak sempat mengambil tripod sedang suasana nampak begitu damai dan aku tahu, ianya tidak akan lama begitu. Jadi dengan tangan aku yang sentiasa tidak stabil, aku berpangkukan dinding tingkap pejabat untuk mengambil shot dibawah. Sebenarnya semua gambar ini agar kabur akibat gegaran tangan. 
Mulalah dalam kepala berfikir untuk membeli lensa yang ada fungsi image stabilizer. Mahal. Aku masih belum mampu.

Dua shot di bawah pula adalah dalam ruang masa yang sama tetapi dengan bukaan (exposure) yang berbeza. Tidaklah menarik. Cukup untuk belajar.




Tidak seperti orang lain, aku rabun warna menyebabkan aku tidak dapat menilai secara terus hasil kerja aku di situ. Aku tidak kenal dengan warna-warna yang wujud. Tidak mengapalah. Itu bukan masalah untuk terus meminati seni fotografi.

Lagi...

Ahad lepas baru selesai program kursus.
Hari ini hingga Jumaat kembali ke ruang yang sama untuk berbengkel pula.
Sesungguhnya amat memenatkan.

Cerah

Cuaca tidak selalunya mendung. Hidup tidak selalunya suram. Ada waktunya, apabila kita berpeluang melihat suasana sebegini di tengah perit jerih kerja; aman.
Sekitar jam 12 tengahari di pejabat, aku menjenguk ke luar tingkap. Terpegun melihat langit yang begitu biru dan cahaya yang begitu cerah menerangi pelusuk Putrajaya. Kerana sebelum ini aku siarkan gambar mendung yang menyelubungi Putrajaya, gambar-gambar ini pula adalah penawarnya.


Apabila melihat awan-awan berarak, aku sering teringatkan suatu cerita anime Jepun karya Miyazaki Hayao dari studio Ghibli bertajuk Laputa : Castle In The Sky. Sering secara diam aku seperti cuba melihat-lihat kalau benar ada istana di atas awan seperti yang tergambar dalam filem tersebut dan juga dalam buku Gulliver's Travels karya Jonathan Swift.

Dan setakat jam 1.20 tengahari ini, suasana masih tetap sama; langit masih biru dan awan masih memutih indah. Kalau setiap hari begini, aku bakal tersenyum setiap masanya.



Terima kasih, Tuhan.

Lihat Damai Sebalik Sana

Aku ke hospital siang tadi, menemui Aliah yang masih belum keluar dari hospital setelah lebih dua bulan melahirkan anaknya. Tadi dia beritahu, beberapa hari ini dia akan keluar. Syukurlah. Gambar anaknya yang comel tadi memberitahu aku bahawa si kecil sudah membesar dan begitu sihat.
Kemudian aku berbual mengenai hal pejabat. Aku fikir itulah Aliah mahu tahu daripada aku bertanyakan perkara yang sama mengenai hospital dan anaknya di situ. Tiga bulan meninggalkan pejabat, pasti banyak yang hendak diketahui. Entahlah, aku fikir di hospital, orang yang sakit tidak selalu mahu tahu atau beritahu orang yang sihat mengenai sakitnya dan masalahnya. Mereka lebih sedia untuk mendengar perkara yang baik dan ceria. Itulah yang akan memberi mereka kekuatan untuk mereka kembali sihat.
Lebih 10 tahun dulu, begitulah juga aku lakukan terhadap arwah Kak Nor. Semasa sakitnya, aku kata aku rindukan masa-masa kami habiskan dengan berbual-bual tentang kehidupan. Rindu mendengar suaranya yang sudah begitu l…

Tanam Pokok Belacan Untuk Dapat Belacan?

Ya, aku sedar. Sekarang sedang sibuk dengan gerakan mansuhkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Seperti biasa, di Malaysia, apa saja akan dipolitikkan. Segala-galanya adalah politik di Malaysia.
Lubang tandas tersumbat pun akibat sengketa politik!
Ini pandangan aku. Pertama, aku perlu bertanya dulu kepada kamu. Pernah kamu menonton filem Dead Poet Society dan Dangerous Minds? Kalau belum, pergi cari filem itu dan tontonnya dulu sebelum kamu sambung membaca ini (aku pasti kamu takkan lakukannya).
Apa tujuan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Adakah ianya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris atau untuk meningkatkan penguasaan dalam sains dan matematik? Ianya perkara yang berbeza.
Kalau kamu hendak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, ianya tindakan paling bodoh aku pernah tahu. Ianya tidak akan menyelesaikan apa-apa pun. Kerana bahasa …

Detik-Detik Tanpa Suara - 1

Ada waktunya, kamu tidak perlu menerangkan apa-apa mengenai sesuatu perkara. Kamu cuma berikan tanda dan mungkin, perlambangan. Itu saja.
Telur bungkus.

Duri.

Pondok atas air.


Belon.


Burung terbang.

Siang menjelang tiba.

Mendung

Foto-foto ini aku rakam minggu lepas sewaktu mendung tiba melitupi bumi Putrajaya. Mulanya aku mahu edit gambar-gambar ini supaya nampak lebih suram dan misteri. Sebelum ini, aku langsung tidak berkesempatan melihat kembali gambar ini selepas aku download ke komputer.
Namun begitu, apabila melihatnya kembali, aku fikir aku tidak perlu lakukan apa-apa lagi kerana suasananya sendiri sudah cukup jelas untuk memperlihatkan keadaan suram dan misteri.
Menjadi masalah ketika foto ini dirakam adalah tiupan angin yang begitu kencang menyebabkan tingkap di pejabat mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Ada tingkap yang tidak bertutup rapat menyebabkan berlakunya bunyi tersebut. Mulanya aku cuba membuka tingkap untuk merakamkan gambar ini bagi mengelakkan refleksi kaca tingkap. Namun akibat tiupan angin yang begitu kuat, aku terpaksa tutup tingkap dan merakamkan gambar ini dibalik kaca tingkap. Namun hasilnya agak memuaskan hati.

Masjid Putrajaya yang masih dalam pembinaan dengan kren yang berdiri di…

Malam Biasanya Begini

Malam tadi, aku masukkan DVD filem Lemony Snicket's A Series Of Unfortunate Events lakonan Jim Carrey ke dalam laptop, kemudian tidur. Filem terus bermain dan aku lena tidur. Begitu setiap malam. Aku biarkan filem-filem bermain di laptop dan aku melelapkan mata.
Kenapa? Kerana aku rimas bila terjaga 20 minit kemudian dalam keadaan sunyi. Itu selalu terjadi. Kalau aku terjaga sekalipun, biar ada filem yang masih bermain supaya mata aku yang tiba-tiba segar setelah hanya 20 minit tidur sedangkan sebelum ini sudah hampir seharian berjaga dapat menontonnya. Mata aku, bukan aku. Aku sebenarnya sudah keletihan.
Sekarang, aku perlu ke pejabat. Ada kerja yang hendak diselesaikan, walaupun hari ini hari cuti umum.

Sebelum Pergi

Bulan lepas, sebelum aku pergi kursus, aku tinggal beberapa post di sini supaya orang tidak tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya. Kali ini, aku tidak dapat melakukannya. Aku agak keletihan, mental.
Lewat tengah malam, baru selesai aku packing pakaian dan barangan yang perlu dibawa pergi bersama esok. Biasanya dulu, aku sumbat apa yang ada kedalam beg. Kali ini dek kerana terlalu leka menonton DVD sambil mengemas barang, satu beg pun masih ada 1/4 yang kosong. Sedangkan dulu, dengan jumlah pakaian yang sama banyak, aku terpaksa masukkan ke dalam beg laptop.
Sebenarnya aku teringatkan teknik menyusun baju ke dalam beg melalui satu siri TV yang dikendalikan oleh lima orang pengacara gay, Queer Eyes For The Straight Guy. Lama sudah menyepi siri ni kan? Dulu di 8TV, mereka siarkan lewat malam dan ianya menimbulkan sedikit kontroversi. Maklumlah, bukan semua orang boleh menerima gay, apatah lagi rancangan TV kendalian orang gay. Lagi pun, akal masyarakat kita ni cetek sangat. Lelaki gay berlim…

Dia Masih Ada

Aku sudah lama tahu, dia memang seorang yang cantik. Kalau kamu selalu berhadapan dengannya pun, kamu akan berkata begitu. Melainkan citarasa kamu bukan terhadap orang sebegitu.
Namun, tidak pernah pula aku puji kecantikkan dia di hadapannya. Bukan ruang yang sesuai, mungkin. Bukan juga cara aku, agaknya. Jadi, biar aku saja yang mengetahui cantiknya dia tanpa peduli apa orang lain fikir.
Kemudian seorang sahabat mengatakan memang dia cantik.
Begitu juga dengan seorang sahabat yang lain.
Serta seorang lagi...
Betullah agaknya.
Agaknya, kalau kamu sudah suka, lembu dipakaikan gown pun kamu akan kata cantik. Itu kata-kata Haji Bakhil dalam cerita Nasib Labu Labi. Itu Haji Bakhil. Sinikal.
Ini realiti. Dia memang cantik di mata dan di hati ini.
Aku tidak terbayangkan orang sebegitu dalam hidup, namun dia ada. Cuma, jalannya masih jauh dan aku perlu amat-amat bersabar. Akhirnya nanti belum aku tahu apa. Dia tahu. Sudah semestinya dia tahu. Kerana dia pun menyatakan perasaan yang sama. Hanya masal…

Aku Bukan Kidal, Tetapi Crossed-Dominance

Rupa-rupanya aku ini bukanlah boleh dianggap kidal 100%. Aku lebih bersifat crossed-dominance di mana aku berkeupayaan untuk melakukan kerja melalui kedua-dua belah anggota kiri dan kanan badan aku. Ianya lebih bersifat preference. Sebelah mana kita lebih selesa apabila melakukan sesuatu perbuatan.
Mulanya aku fikir aku adalah bersifat ambidexterity atau berkeupayaan mengawal sepenuhnya pergerakan kedua-dua belah badan kita. Aku tidak sampai kesitu rasanya. Aku masih tidak boleh menulis dengan baik menggunakan tangan kanan tetapi amat mahir dengan perkara lain menggunakan tangan kanan walau secara jelasnya, aku bersifat kidal. Tapi aku juga bukan kidal sepenuhnya.
Kidal sepenuhnya adalah bila mana seseorang hanya boleh bergantung kepada sebelah kiri badan saja dalam melakukan majoriti perkara seharian. Begitu juga orang yang dianggap pengguna tangan kanan. Mereka ada right-handed tegar apabila hampir semua kerja mereka adalah melalui badan sebelah kanan sahaja.
Aku pula tidak. Menulis, t…

Hoi!

Hoi ahli politik Perak! Bubarkan saja Dewan Undangan tu. Apa yang bodoh sangat hah? Menyusahkan rakyat Perak lah.
Tak tahu malu ke?
Kamu fikir orang suka sangat ke?

Aku Perlu PDA (Rasanyalah)

Aku sedari, sudah beberapa ketika aku tidak menulis mengenai diri sendiri. Kalau ada pun dalam tulisan sebelum ini, ianya lebih bersifat kaitan saja, bukan secara langsung.
Khamis nanti, seperti biasa, aku akan ke Agrotek Resort, Hulu Langat sekali lagi. Kursus Team Building kembali untuk edisi ke-2. Menjadi urus setia kursus ini sebenarnya menarik. Ganjaran memanglah menarik tetapi yang lebih menarik adalah peluang kita untuk belajar (kalau bos besar ada) sesuatu perkara baru seperti belajar membuat penilaian dan memahami situasi atau seseorang individu. Jadi sering aku datang bukan saja sebagai seorang urus setia tetapi seorang pelajar yang sedang mendalami ilmu.
Aku fikir ada gunanya di masa akan datang sekiranya aku berpeluang untuk naik pangkat dan jadi ketua. Ilmu di kursus itu insyaAllah boleh aku guna untuk membantu tugas aku. Sebab itu aku cakap aku belum bersedia untuk memimpin. Biar orang kata aku rugi (duit la ni...), tidak mengapa. Aku lebih yakin untuk melakukan sesuatu se…

Myer-Briggs Type Indicator

Berkaitan dengan MBTI - Myer-Briggs Type Indicator,

Sebenarnya kita yang lebih mengenali diri sendiri. Itulah asas MBTI. Jadi, aku lebih bersifat
IntrovertIntuitionFeelingJudgingMaknanya, mengikutkan pandangan aku sendiri, aku terletak dikalangan orang yang bersifat INFJ (tengok wikipedia link yang aku berikan tu). Atau tergolong dalam lebih kurang 1.5% orang di US yang miliki sifat yang sama. :-)
Menarik bukan? Baca dan cuba analisa diri sendiri dan di mana letaknya diri kamu.

Transformasi Pentadbiran Awam

Edisi Diperbaharui Pada 12.27 pagi/3 Mac 2009
Entah sudah okay atau masih belum internet di rumah. Harapnya sudah kerana aku perlu buat sedikit kerja di rumah. Kerja peribadi. Dalam pejabat, takkan aku mahu tulis panjang-panjang pula dan buat kerja peribadi melalui internet.
Hari ini ada dua mesyuarat yang berselang 20 minit. Awal pagi mesyuarat Star Rating dan pembentukkan pasukan pengurus projek yang berdasarkan kriteria di dalam Star Rating. Aku masih ingat Bos Besar minta supaya pasukan yang ditubuhkan ini mesti berdasarkan skop setiap kriteria yang tersedia. Walaupun kriteria tersebut terbahagi dalam topik-topik yang berlainan, ianya mesti ada perbezaan. Jadi kumpulan tidak wajar dibahagikan mengikut topik, seperti yang disarankan awal dulu.
Tapi itu jugalah yang dilakukan oleh pasukan perancang walaupun Bos Besar sudah ingatkan tidak lama dulu. Maka, hari ini mereka terima padah akibat 'degil'. Aku sendiri sudah ingatkan bahawa perlu dibahagikan mengikut apa yang dikatakan …