Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Mengubah Cara Berfikir

Sebenarnya, apabila orang berceritakan perkara-perkara mistik, begitu lambat aku hendak mempercayainya terus. Pertama, aku lihat orang yang menceritakannya (kalau dia sendiri yang menghadapinya). Aku lihat watak mereka dan fahami pemikiran mereka. Kemudian, berdasarkan cerita mereka, aku bayangkan keadaan yang berlaku dan apa yang sebenarnya mungkin berlaku.
Aku bukanlah tidak mempercayai perkara mistik. Aku cuma  tidak terus mempercayainya dengan hanya berdasarkan cakap dan keluhan orang. Aku cuba menjadi rasional dan berfikiran lebih logik kerana selalunya cerita mistik lebih bersifat tidak rasional dan logik.
Bukan juga aku tidak pernah hadapinya. Sejak dari kecil aku pernah hadapinya. Malah kalau kamu hendak fikir mengenai cerita-cerita aku, kamu juga akan menghadapi masalah untuk menerima rasional dan logik aku.
Ada waktu, ketika memandu dan melalui kawasan-kawasan sunyi, hati menjadi berdebar dan seram sejuk. Atau ada kalanya seperti terlihat sesuatu sekilas pandang. Itu semua pern…

Home Of The Cougars

Hariman, sahabat semasa di Maktab dulu mengirim gambar ini kepada aku tempohari. Baru hari ini aku berkesempatan untuk membuka dan melihatnya.


Aku tenung gambar ini beberapa ketika. Memerhatikan detail pada gambar ini. Mulanya aku ingin menulis mengenai ayat "Home Of The Cougars". Cougars adalah gelaran bagi pasukan ragbi maktab, pasukan senior. Pasukan junior pula dikenali sebagai Foxes (zaman aku dulu). Pernah juga pasukan kami bercadang untuk menukar nama gelaran pasukan kepada nama lain. Antara nama yang aku masih ingat untuk dicadangkan adalah "Assault". Pelik juga nama gelaran begitu tapi mungkin kerana zaman itu, Thrash Metal sedang hebat mempengaruhi minda.
Pencapaian terbaik zaman aku dulu (1989 - 1992) adalah mendapat tempat ke-3 peringkat negeri. Sayangnya, medal tersebut sudah hilang dari koleksi aku.
Kemudian aku perhatikan lebih lama gambar ini. Apa yang sebenarnya aku cari? Pertama, melalui peta yang terpapar di papan tanda ini, aku masih boleh ingat se…

Bahasa Melambangkan Bangsa

Mungkin, cuma mungkin ada yang fikir gaya penulisan aku adalah berbelit dengan susunan ayat yang agak aneh. Kalau ambil periksa Bahasa Malaysia, aku takkan lulus. Aku tidak peduli.
Kenapa?
Kerana inspirasi aku adalah buku-buku lama. Kamu bacalah sendiri dan kamu cuba lihat baris-baris ayat yang tertulis. Kenapa berbelit-belit dan ada sesetengah ayat yang begitu panjang. Aku rasa gaya penulisan lama adalah lebih bersifat ayat perbualan berbanding sekarang yang lebih bersifat ayat untuk menulis. Susun atus ayat penulisan sekarang menyebabkan penulisan itu menjadi bosan untuk dibaca. Tiada ayat yang kita perlu baca dua tiga kali semata-mata untuk memahami apa yang cuba dimaksudkan oleh penulis. 
Aku tidak menyukai penulisan yang skema. Aku suka membuat orang berfikir bagaimana aku boleh timbulkan ayat sebegitu. Aku cuba, tetapi tidak selalunya berjaya. Kalau dahulu penulis boleh menulis prosa klasik dengan susunan bahasa yang aneh dan berbelit-belit, kenapa kita tidak boleh lakukan sekarang…

Kembali Dan Tidak Pernah Pergi

Kalau kamu cuma duduk dan melihat wajahnya sambil bibirnya bercerita, kamu jadi leka dan... bahagia. Bukan kerana apa yang diceritakan itu berkaitan dengan diri ini, ianya lebih kerana sudinya hendak berkongsi sesuatu dengan aku. Itu cukup membuat aku senang hati dan amat-amat gembira.
Ketika itu, aku tutup telinga, bisukan mulut dan pejamkan mata untuk apa saja selain dia. Aku abaikan dunia, walau hanya untuk seketika waktu. Kamu pasti cemburu melihat tumpuan aku sebegitu. Namun kerana begitulah aku sebenarnya, maka aku tidak pedulikan apa orang lain fikir mengenainya.
Lagipun, bukan setiap hari dan setiap masa kamu dapat menikmati suasana begitu. Malah, mungkin kerana kebetulan, aku punyai ruang untuk menikmatinya. Sekiranya ruang itu tiada, maka yang aku dengar hanya sunyi dan rasa berseorangan.
Entah kenapa juga, biar bagaimana cara aku cuba biarkan saja dan "try to let it go", namun bila dihadapannya, aku lupa. Aku buat-buat lupa mungkin.
Dan siang tadi adalah waktu dirinya…

Seperti Biasa, Artikel Komputer

Bila membaca cerita-cerita di blog Wan08, aku terkenangkan sesuatu. Antara perkara yang diceritakan beliau adalah mengenai pengalaman memasang PC dan membeli komponen barangan PC di Low Yat dan mungkin Plaza Imbi.
Lebih 10 tahun dulu, itulah perkara yang sama aku lakukan dengan seorang sahabat, Bob. Namun dulu, yang ada cuma Plaza Imbi. Setiap hujung minggu pasti akan sesak dengan manusia mencari komputer, software (sudah tentu cetak rompak) dan lain-lain barangan elektronik. Ada juga terselit sebuah kedai menjual alat permainan kawalan radio.
Ketika itu, mereka yang pergi boleh dikatakan ramai lelaki dan bermuka geek. Jarang ada awek yang akan pergi beli barangan komputer. Itu tidak menghairankan lagi sekarang. Kalau lihat di Plaza Low Yat, ramai perempuan yang datang membeli komputer, laptop dan lain-lain barangan elektronik. Malah, mereka juga sudah pandai tawar menawar harga.
Aku yang selalu pergi sampaikan tokey kedai sudah kenal dan tahu apa yang aku mahu. Itu ketika aku sedang ser…

Nafisah Zahirah

Maaf, aku sebenarnya tidak adil dengan si kecil comel ini. Sepatutnya sudah lama aku letakkan gambar comelnya di blog ini berbanding gambar-gambar lain.
Inilah Nafisah Zahirah, anak Aliah. Masih di dalam inkubator menunggu waktu si kecil ini sihat sepenuhnya dan boleh menjalani warna-warna kehidupan seperti orang lain, InsyaAllah.
Lahirnya tidak cukup bulan. Mungkin tidak sabar untuk melihat dunia ini. Mungkin kerana ibunya juga tidak sabar melihat si comel ini. Tidak mengapa. Setiap makhluk di dunia ini tidak sabar juga untuk bertemu dengan si comel ini. 
Doalah semoga dia menjadi insan yang baik pekerti dan amalnya.

Sebaliknya

Sebelum menulis, aku buka iTunes. Tekan play kemudian skip dan terus skip sehingga aku temui lagu yang sesuai dengan mood aku untuk menulis. Adalah sepanjang aku skip aku akan temui pelbagai genre lagu yang kadang-kadang kalau dengar sesaat, boleh menghilangkan terus mood aku untuk menulis.
Seperti tadi sebelum menulis ini.
Takpelah, aku tulis juga.
Kamu tahu, kelmarin aku lalui tarikh hari lahir aku. Ramai juga memberi ucapan selamat baik yang menelefon, menghantar sms, mengirim emel, meninggalkan komen di blog ini dan juga di Friendster serta Facebook. Malah ada yang menghadiahkan aku sebiji kek walaupun aku tidak dapat sentuh dan merasanya. Tidak mengapa. Semua itu amat aku hargai. Mungkin tahun ini, hari lahir aku lebih meriah dari sebelumnya. Tidaklah sebegitu sunyi seperti tahun-tahun lalu.
Cuma...
Ada tiga orang insan yang aku tunggu kiranya sudi untuk mereka ucapkan selamat kepada aku walau apa jua cara. Hari ini sudah hari kedua berlalu. Tiada sepatah kata dari mereka. Tiada seceb…

Selama Ini Kamu Pandang Rendah, Lihat Sendiri Dan Bandingkan

Kelmarin aku install Google Earth di laptop. Entah kenapa sejak beli, aku lupa install Google Earth sedang perisian ini adalah perisian yang aku suka.
Kemudian aku menjenguk ke negara jiran, Indonesia, spesifik lagi, ke Pulau Sumatra. Tidak boleh tidak apabila kita melihat nama-nama tempat di peta Google Earth, kita akan terpanggil hendak mengesahkan bahawa teori asal usul orang melayu kita memanglah dari sana. Tidak mustahil kerana sejak ratusan tahun dulu sebelum kepulauan melayu ini dijajah oleh negara-negara barat, ianya merupakan kawasan bebas untuk orang-orang kepulauan berpindah randah.
Tetapi itu bukan cerita yang hendak aku tulis. Melalui Google Earth, aku klik link Wikipedia mengenai bandar-bandar dan daerah serta negeri yang terdapat di Indonesia. Suatu yang menarik aku perhatikan adalah setiap bandar besar terutamanya ibu negeri, ibu daerah, daerah dan negeri di Indonesia mempunyai capaian portal web masing-masing yang aku fikir lengkap dan teratur.
Ianya langsung tidak sama …

Birthday Cake!

Rupanya aku dapat juga birthday cake! Walaupun virtual, tapi ini kek real yang seorang sahabat belikan untuk aku. Cuma, aku tak dapat rasa.
Terima kasih. Aku amat menghargainya.

Dari Sini, Kesana dan Kembali

Aku mulakan perjalanan hari ini tanpa arah tujuan. Aku terus memandu kerana aku terasa ingin memandu. Mengambil seperti kata-kata Forrest Gump bila ditanya wartawan kenapa beliau berlari tanpa henti selama lebih tiga tahun, jawabnya mudah,
"I just felt like running..."
Begitu juga aku hari ini,
"I just felt like driving..."
Melepasi Putrajaya dan Cyberjaya, aku menuju ke Dengkil. Mulanya ingin belok ke Dengkil dan kemudiannya ke Banting. Mencari kalau ada restoran makanan segera di sana.
Tiba di simpang ke Dengkil, aku terus saja tanpa masuk ke simpang tersebut. Aku menuju ke arah simpang ke Salak Tinggi dan KLIA. Kemudian terfikir hendak ke KLIA dan duduk saja di sana sambil makan di restoran makanan segera. Kemudian boleh melihat pesawat berlabuh dan terbang.
Tidak. Aku belok ke kiri menuju ke arah Salak Tinggi dan Nilai. Bila hampir tiba di Salak Tinggi, aku teringat berhampiran Hotel Empress situ ada sebuah KFC. Mungkin di situ saja.

Tidak juga. Aku terus saja melewat…

Februari 2009

2008

2007

Fotografi oleh Aliah Yaacob

2005

Fotografi oleh Mazura

2004

Fotografi oleh Mazura

2003

1999

Fotografi oleh Syafiqah

1996

Fotografi oleh Arwah Kak Nor

1994

1993

1992

Fotografi oleh Renny Suzanna Zaidi

1985

1983

1981

1979

1977

1975

Khemah

Tidak lama dulu semasa pulang ke kampung, kebetulan anak saudara aku ada di rumah. Kerana dia sangat lincah dan aktif dan sentiasa bergerak kesana kemari, aku mahu dia berhenti seketika. Lalu aku binakan dia khemah ringkas daripada kusyen sofa.
Aku susuh dia duduk di dalamnya. Dia amat-amat menyukainya sehingga dengan kudrat yang dia ada (umur 2 tahun lebih), dia sendiri mahu membina khemah dari kusyen sofa tersebut.
Bila pulang ke rumah ibu bapanya di Ipoh, dia minta emaknya lakukan perkara yang sama di rumah. Dia mahu duduk dalam khemah. Akhirnya nenek dia menghadiahkan sebuah khemah untuknya.
Cerita yang aku dengar dari emak kelmarin, makan, tidur dan bermain pun dilakukan di dalam khemah itu saja.
Aku tidak pasti sama ada mahu rasa bersalah atau tersenyum gembira.
Kalau dulu kami anak-anak kecil zaman penghujung 70an hingga awal 80an, kami sentiasa ada peluang untuk bermain di luar. Khemah kami bina di atas longkang dengan berbumbungkan papan dan kanvas yang kami temui. Setiap orang ad…

Sebalik Warna Blog Ini

Kamu tahu bila saat paling puas apabila menulis posting di blog ini? Ketika kamu sedari ada orang lain mengambil isi kandungan posting di sini dan diletakkan di blog mereka sebagai contoh atau content yang menarik bagi mereka.
Setakat ini ada beberapa buah artikel aku yang disalin semua oleh penulis lain untuk diletakkan di blog mereka. Aku tidak kisah. Kalau mereka suka, mereka boleh buat apa saja dengannya. Habis malas pun, aku post komen di blog mereka dengan sebuah senyuman.
Namun apa yang menariknya adalah bila kamu membaca kembali isi kandungan tulisan tersebut di blog orang lain. Ianya menjadi lain dari yang kita sangka. Seperti terfikir balik,
"Aku yang tulis ke ni?"
Kadang-kadang, apa yang aku tulis hanyalah untuk menceritakan diri aku sendiri. Situasi aku dan suasana aku. Jarang sangat aku bercerita yang jauh dari pandangan mata aku. Jadi hampir semua cerita itu adalah mengenai aku dan aku saja.
Tidak pula aku sangka, apa yang aku alami, orang lain juga boleh atau perna…

Search Light

Berhampiran dengan kawasan rumah, ada sebuah kedai perabot yang baru di buka. Baru tidaklah baru, sudah hampir dua bulan. Apa yang menarik adalah teknik promosi kedai tersebut. Mereka menggunakan "Search Light" yang terpancar cerah setiap malam menerangi kegelapan malam.
Search Light ini dulu orang guna untuk suluh kapal terbang pengebom yang mengebom bandaraya di Eropah semasa perang dunia kedua. Atau menyuluh Spider-man dan Batman yang tertenggek di atas bangunan. Sekarang, banyak kedai perabot di Malaysia yang guna Search Light sebagai beacon kedai mereka. Memanglah menarik. Tetapi adakah ianya sah di sisi undang-undang? Tidakkah lampu sebegitu agak berbahaya untuk kapal terbang di udara? Tambah-tambah setahu aku, ruang udara berhampiran rumah aku adalah ruang kapal terbang mula mendarat untuk tiba di KLIA. Aku harap lampu suluh bapak gajah itu tidak mengganggu penerbangan kapal terbang.
Lagi satu, berapa punya membazir la tenaga elektrik yang digunakan. Banyak cara lagi un…

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 4

"Idan...""Ye?"
"Kenapa kau tak sokong kerajaan?" "Bila aku tak sokong kerajaan?" "Dalam blog ni. Selalu kau kritik kerajaan." "Ye ke? Setahu aku, aku cuma kritik parti politik yang memerintah sahaja."
"Kritik kerajaan la tu." "Siapa kata? Kerajaan lain, parti politik lain." "Mana pulak. Kalau kau kritik apa yang mereka buat, kau kritik kerajaan la tu. Sebab mereka yang memerintah." "Betul mereka memerintah tetapi bukan aku kritik kerajaan. Sejak bilalah parti politik itu adalah kerajaan?" "Sejak dulu lagi."
"Kalau macamtu, orang yang tidak sokong mereka semasa pilihanraya itu adalah penentang kerajaan la ye? Pemberontak? Pembelot?" "Bukanlah macamtu. Tapi kalau kau tidak suka apa yang mereka buat, sama juga dengan kau tak suka kerajaan. Lagipun, kau kerja kerajaan. Tak patut kau kritik kerajaan."
"Mana boleh macamtu. Aku kerja dengan kerajaan bukan bermakna aku pe…

Anis Balqis

Anak Lily. Comel kan?

Mengenali Diri

Lima hari menjelang.
Tidak mengapa. Aku tidak menghitung hari. Aku cuma terkenangkan sesuatu. Tercari-cari mana hilangnya hari-hari yang aku lalui tanpa membawa apa-apa makna. Bila tiba hari itu nanti, aku pasti akan kelu. Kemana hilangnya waktu-waktu muda sedang aku seperti masih tidak mahu berganjak dari sudut aku berdiri ini. Hati ini memberontak mendesak aku terus berada di sini. Terus mahu kekal muda, mungkin.
Kalau mengikut usia hayat, maknanya separuh daripada usia sudah aku lalui. Tanpa apa-apa makna. Tanpa apa-apa pencapaian yang boleh aku banggakan. Tanpa apa-apa kenangan indah yang boleh aku ceritakan balik di suatu masa nanti. Apa yang ada hanya sisa-sisa cerita basi kisah lalu yang separuh dari mereka yang terlibat dalam cerita itu sudah pun melupainya atau tidak lagi menghitung saat-saat itu sebagai kenangan mereka.
Benar seperti kata hati. Aku sendiri yang masih berdiri di tempat yang sama dan tidak mahu berganjak pergi. Tidak mahu berpaling dari kenangan lalu dan melihat …

Tiada Lagi Perkhidmatan Ini

Petang di pejabat tadi, aku sibuk menyiapkan reka bentuk kad undangan perkahwinan seorang sahabat. Dia cuma mahukan design yang simple kerana kertas yang dibeli sudah mempunyai corak dan reka bentuk khusus untuk kad undangan. Jadi selebihnya aku cuma reka susun atur tulisan dan pelan lokasi saja.
Waktu itu tiba-tiba aku terdetik di hati. Kenapa aku lakukan ini semua? Kenapa aku sibuk buat kad undangan perkahwinan untuk orang lain sedang untuk aku sendiri tidak pernah lagi terbayang?
Maka, niat di hati ini timbul. Selepas tugasan ini, aku takkan terima lagi permintaan sesiapa pun yang mahu aku design kad undangan perkahwinan. Kerana ianya sungguh tidak menyenangkan hati aku. Bila aku buat dalam keadaan tidak senang hati, hasilnya tidak akan menjadi bagus.
Cukup melihat bahagia orang lain buat waktu ini.
Aku perlu cari bahagia untuk diri sendiri.

Makanan Berkhasiat Adalah Amat Mahal!

Dalam proses aku mengawal pemakanan, aku beli makanan yang boleh membantu aku menguruskan badan dan juga menjaga kesihatan.
Salad sedia untuk di makan (ready-to-eat) di dalam mangkuk plastik yang aku tidak perlu buat apa-apa lagi, aku beli beberapa mangkuk dan makannya setiap hari. Satu mangkuk berharga lebih kurang RM6. Kawan di rumah melihat aku membeli dan makan salad tersebut bertanya,
"Engkau beli salad ye Dan?" "A ah. Ini je cara aku nak makan sayur." "Sedap ke Dan?" "Ada ke salad sayur yang sedap? Semuanya tak sedap tapi aku kena makan juga." "Hahaha..."
Kemudian aku beli Quaker Oats set ready mix yang di labelnya berkata boleh membantu orang yang dalam proses mengurangkan berat badan. RM13 sepaket. Label itu juga menambah,
"...dengan kadar pemakanan seimbang dan senaman yang berterusan."
Ya, makanan oat tersebut sudah betul. Cuma makanan yang seimbang dan senaman saja yang belum aku tunaikan.
Apa yang aku belajar sejak kebelaka…

Selesai Rubik Cube

Semalam beli Rubik Cube. Aku selerakkan warnanya dan cuba selesaikan. Sebentar tadi selesai.
Jelasnya aku berpandukan kepada teknik-teknik penyelesaian Rubik Cube yang boleh diperolehi dari internet dan juga yang diberikan oleh Toys'R'Us. Aku yakin kalau sesiapa menghafalnya, menyelesaikan Rubik Cube adalah perkara yang mudah.
Mungkin lepas ini aku boleh berlatih untuk Speed Cubing pula. Heh. Tapi rekod Speed Cubing untuk 3x3x3 adalah 8.07 saat! Lebih pantas dari Usain Bolt berlari 100 meter.
Okay, aku tidak mungkin mengejar rekod Speed Cubing. Aku akan cuba menyelesaikan dalam masa paling pantas. Itu saja.
Ya, aku tahu...

Benci + Hasad Dengki + Marah + Gila Politik = Melayu?

Politik di Malaysia ini tidak habis-habis dengan semangat melayu, ketuanan melayu, masa depan orang melayu, politik orang melayu, kepentingan orang melayu dan lain-lain hal yang semua orang mahu ambil kira demi kepentingan orang melayu, sahaja.
Stop trying to be a malay an be a malay!
Berhenti cuba menjadi seorang melayu dan jadilah seorang melayu!
Seingat aku belajar sejarah, semasa kegemilangan empayar Melaka, orang melayu amat dihormati dan dijadikan contoh. Tidak pula aku baca orang melayu membenci orang lain.Kkerana keterbukaan orang melayu, Melaka dijadikan pelabuhan bebas cukai dengan bangsa-bangsa lain datang untuk berdagang tanpa perlu risau mengenai diskriminasi kaum. Kalau aspek politik Melaka ketika itu juga,  adalah dipercayai ada bangsa-bangsa lain yang terlibat dan memegang jawatan dalam istana Melaka.
Hampir 100 tahun gemilangnya empayar Melaka hinggalah mereka ditumbangkan oleh Portugis yang sebenarnya datang atas sebab ekonomi. Dan agama, mungkin.
Entah sejak bila orang m…

Lego

Posting sebelum ini aku menceritakan mengenai Rubik Cube dan di akhirnya aku juga beritahu mengenai hasrat aku membeli set Lego. 
Sebenarnya sudah agak lama aku berhasrat untuk membeli set permainan Lego. Kalau mengikut kehendak hati, sejak darjah 5 lagi. Pada tahun 1986 sewaktu pertama kali berpeluang bermain set permainan Lego milik Maz Mirza (lelaki ni...) di rumah dia. Sejak itu aku tertarik dengan Lego dan brick building.
Jadi sejak kebelakangan ini (sudah setahun dua), aku tercari-cari set Lego yang sesuai untuk di beli. Susah. Pertama, harganya agak mahal. Kedua, set-set yang dijual agak mengecewakan. Entah kenapa, set Lego yang dijual di Malaysia lebih bersifat tema terutamanya merujuk kepada filem-filem terbaru yang disiarkan di pawagam. Antara yang popular adalah Lego Star Wars dan Lego Batman. 
Set lain yang biasa ada di jual adalah Lego Creator, Lego City, Lego Racer (banyak Ferrari) dan juga Bionicle. Rupa-rupanya memang tiada set lego open ended biasa yang boleh kita beli d…

Rubik Cube

Aku beli Rubik Cube di Toys'R'Us. Aku beli yang original berharga hampir RM26 kerana Rubik Cube cetak rompak selama ini yang aku beli sentiasa menimbulkan masalah. Ikut hati, mahu saja aku beli versi pertandingan (speed cubing) yang kita boleh 'adjust' kekenyalan spring dan melincirkan pergerakannya seperti gambar di bawah.

Ianya berharga hampir RM90. Namun memikirkan aku cuma ingin belajar menyelesaikan masalah tanpa mahu bertanding, aku beli yang murah saja. Itu pun cukup mahal bagi housemate yang membelinya dengan harga cuma RM5.
Entah kenapa, aku tiba-tiba tertarik hendak menyelesaikan puzzle Rubik Cube. Ianya tidaklah sukar namun mungkin kerana ramai antara kita yang kurang sabar, termasuk aku mengakibatkan kita sering gagal menyelesaikannya. Aku sehingga hari ini masih lagi gagal menyelesaikan Rubik Cube. Cuma tadi aku hampir menyelesaikannya, namun akibat cuai, habis semua berterabur kembali.
Tidak mengapa, aku akan cuba sehingga selesai. Kemudian aku akan bongkark…

Terima Kasih Kerana Sudi

Terima kasih kepada yang sudi mahu menemani aku sewaktu hari lahir aku nanti. Namun aku terpaksa menolaknya. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku cuma mahu bersendirian dan seperti biasa mengunjungi kedai makanan segera untuk makan dan membaca. Tidak perlu risaukan aku dan tidak perlu temani aku.
Kecuali dia...

Benjamin Button

Balik dari menonton The Curious Case of Benjamin Button, macam-macam bermain di fikiran. Pertamanya, filem ini saling tidak tumpah seperti "the opposite of" Forrest Gump. Watak-watak dalam cerita tersebut hampir sama tetapi dalam keadaan 'reversed'.
Tumpuan aku semasa menonton agak terganggu dek 3 orang mamat di sebelah yang asyik cuba mengandaikan apa yang akan berlaku dalam scene yang seterusnya. Kalau mereka melakukannya dalam diam, tidak mengapa. Itu mereka punya pasal. Tetapi mereka berbual dan itu masih tidak mengapa. Kenapa perlu makan dengan bunyi kunyahan yang kuat? Tidak reti tutup mulut?
Mungkin kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris dan menghabiskan masa membaca setiap sarikata yang terpapar di layar.
Aku tidak mahu komen atau kritik filem tersebut. Cukup aku bagi rating 4 1/2 daripada 5 bintang. 1/2 bintang yang hilang, aku salahkan mamat bertiga yang berada di sebelah. Mengganggu tumpuan.
Ada waktunya (selalu sebenarnya) aku terasa diri seperti Benjamin …

Koleksi Samsung SGH-L700 - Set 2

Aku sedang berkira-kira hendak membeli sebuah kamera digital baru. Bukan digital SLR kerana aku sudah ada satu seperti di bawah, Canon EOS 400D


Aku mahu dapatkan kamera digital biasa yang boleh aku ambil gambar secara spontan tanpa perlu memikirkan setting sebelum shot boleh diambil. Nanti aku akan survey. Buat masa ini, banyak gambar spontan aku cuma rakamkan melalui telefon bimbit Samsung yang berkamera 2MP. Tidak banyak gambar menarik yang terhasil melaluinya. Cuma ada beberapa yang aku fikir agak baik untuk sebuah kamera bodoh di belakang telefon.

Senja adalah paling menarik. kerana senja mempunyai warna-warna yang aku tidak kenali tetapi sangat indah. Senja juga adalah waktu santai aku mengambil gambar kerana waktu itu juga adalah waktu pulang aku dari kerja.

Ini yang aku maksudkan, aku tidak perlu bersusah payah menentukan setting sebelum mengambil gambar. Dari atas dashboard kereta pun aku boleh gambar secara automatik.

Agak kecewa juga kerana kamera telefon Samsung ini cuma amat b…

7 Tahun Lalu Dan Kini

Siang tadi berbual-bual dengan Asyikin di YMS. Dia mengingatkan mengenai emel-emel yang pernah aku kirim kepadanya sejak awal 2002 dulu. Sudah begitu lama.
Aku mengenali Asyikin pada malam Valentine's Day 2002 dan soalan yang awal dia tanya kepada aku adalah samada aku keluar dengan sesiapa pada hari Valentine. Begitulah bermula aku mengenali My Muse.
Dia baru tamat SPM dan menunggu keputusan peperiksaan. Aku masih terkial-kial dengan hidup dan bekerja di sebuah CyberCafe di Kuala Kangsar. Gambar pertama dia yang aku perolehi adalah ini,


Dan gambar terbarunya yang aku sendiri rakamkan adalah ini,


Gambar di hari perkahwinan beliau tahun lepas.
Menjelang 14 Februari ini, genap 7 tahun perkenalan kami. Aku katakan kepada Asyikin aku kenal dia dari lepas sekolah sehingga dia sudah berkahwin sedang aku masih di tempat yang sama.
Siapa yang tidak sukakan orang yang sangat-sangat menghargai diri kita. Walau aku hadiahkan dia sekeping CD kecil berisi ucapan (berbentuk Flash buatan sendiri), gem…