Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Always With Me

Always With Me - Itsumo Nando (Spirited Away Ending Credit)
Filem anime pertama yang memenangi anugerah Academy bagi kategori filem animasi terbaik. Karya Miyazaki Hayao dari Studio Ghibli.

Post Ke 51, Bulan Ini

Ikutkan aku malas hendak menulis lagi bagi bulan ini. Kerana post aku sudah mencapai 50. Sudah banyak. Post terbanyak dalam sebulan. Kalau tengok balik beberapa tahun lepas, sebulan post aku lebih kurang 10 je. Ada yang satu post saja sebulan. Tapi bulan ini, 50 post dan kalau masuk yang ini dan mungkin beberapa lagi dalam sehari dua ni, ianya sungguh hebat, bagi akulah. Pastinya bulan Februari nanti aku tiada kesempatan untuk menulis sebanyak ini.
Novel pun belum sepenuhnya bergerak.
Bisnes pun belum bergerak juga.
Kerja pun banyak yang masih sangkut.
Apa nak jadi? Entah.
Sejak beberapa hari ini, aku ada masalah dengan makan. Makanan banyak. Macam-macam pilihan ada. Tapi sejak aku 'sedar' itu ini aku tak boleh nak makan, susah juga nak lalui hari-hari dan berfikir apa yang patut aku makan hari ini. Kalau dulu, jalan ringkas aku akan terus ke restoran makanan segera saja. Sekarang, dengan aku membuat larangan (kurangkan sebenarnya) terhadap makanan yang berisi daging ayam dan lembu…

Puncanya Kerana Top Gear

Selagi dasar monopoli talian internet kabel (DSL) masih terlaksana di Malaysia, selagi itulah kita sebagai pengguna akan terus menikmati perkhimatan internet paling buruk di dunia (untuk sebuah negara yang berhasrat untuk jadi negara maju). Sudahlah dengan dasar monopoli ini. Pengguna sudah muak dan perkara kecil sebegini pun boleh menyebabkan orang benci dengan kerajaan yang memerintah. Kenapa itu pun tak boleh nak fikir?
Kalau kita wujudkan persaingan dengan pelbagai pilihan untuk pengguna, insyaAllah mutu perkhidmatan akan meningkat dan harga akan jatuh turun, sesuai untuk diguna semua golongan. Itu kan prinsip pasaran bebas? Kenapa kita tidak boleh liberalkan perkhidmatan internet kabel (aku tidak bincangkan wireless broadband) supaya lebih ramai orang dapat menggunakannya? Sakit hati juga kadang-kadang kerana nama saja DSL dengan kelajuan 1MB (download), tetapi terasa seperi menggunakan talian dial-up 10 tahun lalu. Sekadang sudah 2009, lagi 11 tahun menjelang 2020. Masihkah pengg…

Laptop Aku Guna ReadyBoost

Lagi... Aku terasa hendak menulis (mentang-mentang jari sudah pulih).
Dari siang tadi aku hendak bercerita mengenai laptop yang sedang aku guna. Aku beli pada September lalu. Sudah aku ceritakan sebelum ini; jenama Compaq siri paling rendah. Aku cuma upgrade RAM dari 1GB kepada 2GB. Tidak boleh pergi lebih jauh daripada itu kerana spesifikasi tersedia sudah meletakkan limit kepada 2GB saja. Pernah aku cuba di kedai tetapi tidak mendatangkan apa-apa hasil.
Aku juga sudah tukarkan OS kepada Windows Vista Ultimate. Aeroglass berfungsi dengan baik. Aeroglass? Kalau kamu juga menggunakan Windows Vista Ultimate, lihat pada taskbar. Kalau ianya lut sinar, itu adalah ciri-ciri Aeroglass. Satu lagi cara, klik butang WINDOWS, hold dan klik pula butang TAB. Apa jadi? Kalau ada sesuatu yang menarik berlaku, maknanya PC/laptop kamu memang boleh menggunakan Aeroglass. Estetika saja, jadi kamu tidak perlu risau kalau kamu tidak boleh melakukannya.
Sehingga saat ini, aku masih tidak ada masalah dengan l…

eBook, eBay, Misai Kucing dan Wolverine

Sejak beberapa bulan lalu, aku agak keliru dengan jumlah pengunjung ke blog ini. Ianya mencapai lebih 50 hits setiap hari. Banyak untuk sebuah blog sendiri yang tidak "hip" dan trendy. Aku fikir mungkin orang tersampai di sini akibat daripada carian mereka di enjin pencari mengenai sesuatu perkara yang mungkin perkataan tersebut pernah aku tulis di dalam post aku sebelum ini.
Sebenarnya kalau aku betul-betul mahu untung dari blog ini, aku akan kaji setiap perkataan (keywords) yang menyebabkan orang tersesat ke sini dan gunakannya untuk mempromosi produk. Boleh juga dapat duit. Cuma, aku tidak fikir aku mahu menggunakan frossonice.com sebagai blog mendatangkan keuntungan walaupun aku letak iklan Nuffnang pada blog ini. Biarkan. Kalau ada orang terdetik mahu klik, silalah. Adalah aku dapat untung beberapa sen.
Aku ada beberapa blog lain yang aku cuba wujudkan khusus untuk mendatangkan keuntungan atau mendapat hasil daripada iklan yang terpapar. Aku tidak menggunakan teknik dari …

Pemimpin, Memimpin, Dipimpin

Kalaulah...
Ahli politik tidak mengambil kesempatan dari pangkat yang mereka pegang untuk mengutip lebih banyak harta, lebih aman makmur Malaysia ini. Apabila aku membaca mengenai peribadi Obama di sebuah akhbar barat, beliau amat risau untuk memakai jam tangan yang mahal. Kalau lihat gambarnya sebelum menjadi presiden, jam tangan yang dipakai adalah dari jenis yang murah (buatan China) sama seperti jam digital Casio yang boleh dibeli dengan harga RM10. Akibat daripadanya, para Secret Service terpanggil untuk mengumpul duit sesama mereka dan menghadiahkan jam Secret Service (rasanya jenama Tag Hauer) kepada Obama untuk dipakai semasa hari mengangkat sumpah beliau tempohari.
Boleh aku kata perkara yang sama untuk ahli politik Malaysia? Botol air mineral tidak dibuka oleh pelayan pun sudah mencuka muka mereka (kisah benar). Setiap kali diadakan jamuan makan dengan kehadiran menteri, makanan yang terhidang adalah dari yang terbaik dengan harga yang mahal. Untuk mereka sahaja. Orang lain ya…

4 Pagi

Masih belum tidur? Engkau terkenangkan sesuatu yang lama dulu. Pasti ianya kenangan yang paling indah. Kerana engkau diam tersenyum mengenangkannya.
Begitu juga aku. Masih belum tidur. Kerana aku sedang menikmati irama dan lagu daripada Zee Avi dan Yuna. Sambil  terkenangkan dirimu. Kerana suatu masa dahulu kita pernah damai bersama. Walau itu hanya untuk sementara waktu, cukup buat aku kenang sepanjang masa.
Seperti sewaktu memandu pulang dari kotaraya yang pernah kita selami suatu waktu dahulu. Pandangan aku hanya terkenangkan dirimu saja. Seperti di hati ini bersuara,
"Datanglah kembali. Aku sedang menunggu."
Pasti engkau takkan kembali. Itu kepastian yang mati. Tidak boleh lagi hendak aku kejar walau hanya bayang-bayang dirimu. Jadi, aku hanya boleh kenangkan dirimu. Itu saja. Cuma sedikit berharap. Sedikit saja walau aku tahu aku tidak harus melakukannya. Tidak mengapa. Mereka tidak tahu. Engkau juga takkan mengetahuinya.
Masih belum mahu tidur? Mahu aku dodoi dan nyanyikan …

Sway

Bic Runga - Sway
Ya, aku tahu, ini lagu lama. Menariknya, ibu penyanyi adalah seorang warga Malaysia yang sekarang menetap di New Zealand. Lagu ini pernah aku dengar dalam filem American Pie.
Oh, kalau ada penyanyi Malaysia yang bakal menang anugerah Grammy, aku rasa sudah tentu beliau adalah Zee Avi a.k.a Kokokaina. Cari sendiri (kalau kamu masih belum tahu siapa dia).

Diet Aku Selama Ini Adalah Merepek

Aku syak, jari manis tangan sebelah kanan pun juga semakin diserang dengan situasi yang sama. Bangun pagi tadi, aku sudah dapat rasakan tanda-tanda awal ianya berlaku. Manakala jari sebelah kiri yang sebelum ini telah diserang sekarang sepenuhnya mengalami sedikit kesakitan setiap kali aku menggenggam.
Namun, kerana aku biarkan saja rasa sakit tersebut, ianya tidak mengganggu sangat aku. Dan sekarang, ianya agak selesa. Pelik.
Aku sudah mencari punca dan simptom di internet. Aku ramalkan apa yang berlaku di jari kiri aku sekarang adalah apa yang digelar Osteoartritis, (maaf, link ke Wikipedia Indonesia. Wikipedia Malaysia masih kekurangan bahan) iaitu degeneratif sendi (pengurangan rawan dalam sendi). Kalau merujuk kepada aku, ianya kemungkinan berpunca dari pemakanan seperti makan-makanan laut (udang, kerang dan sotong) serta makanan suplementari berasaskan susu (pelik juga ni).
Jadi aku kena berhati-hati dengan makan serta makanan sekarang. Seperti yang aku telah beritahu sebelum ini, …

Jari Jemari

Jari manis tangan kiri aku bermasalah. Sejak beberapa hari lalu ianya seperti semakin mengeras dan sangat susah hendak dibengkok. Kalau dapat dibengkok sekalipun, ianya seperti terkunci dan tidak kembali ke keadaan asal bila jari direnggangkan.
Hari ini, ianya semakin menyakitkan apabila aku cuba untuk membengkokkan jari tersebut. Akibatnya, tangan sebelah kiri aku tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya bila aku mahu menggenggam. Memang terasa agak sakit apabila aku memaksanya juga.
Mungkin ini masalah pada ligamen di jari. Rasa aku ligamen di jari manis tangan kiri aku sudah rosak. Agak pelik juga kerana aku tidak terlalu memaksa penggunaannya. Sedang jari-jari lain masih elok. Apa yang berlaku sekarang, aku terpaksa menahan kesakitan sedikit sekiranya mahu menggenggam dan menaip ayat-ayat ini.
Aku perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian. Gout ke? Pelik juga di jari tangan. Tidak mustahil tetapi agak pelik. Aku syak ligamen yang bermasalah. Nampaknya aku perlu ja…

Inkheart

Mahu ke Alamanda malam ini. Hendak menonton Inkheart jam 9.45 malam. Kalau masih ada tiketlah.
Ikutkan mahu ke The Mines, tetapi tiada pula filem tersebut di TGV sana. TGV Cheras Selatan ada namun waktu tayangan agak lewat.
Jadi, ke Alamanda saja. Boleh makan Alien di Big Apple Donut juga!

Sudah Sampai Masa Untuk Lupakan Gaza?

Tidak beberapa lama kemudian, maka orang lupalah dengan apa yang berlaku di Gaza. Sebaliknya mereka lebih sibuk berpolitik, bergossip dan berhibur seperti hari-hari biasa sebelum Israel menghukum Hamas di Gaza baru-baru ini.
Kamu fikir aku tidak peduli? Sedang jiran mereka sendiri tidak peduli, malah sanggup tutup pintu sempadan dan berusaha membeli Kaka daripada A.C. Milan dengan bayaran ratusan juta ringgit, siapakah aku untuk terlalu memperduli? Apa yang aku boleh buat sekadar bersimpati dan berdoa agar segera di tamatkan peperangan dan orang-orang yang teraniaya dilindungi Tuhan.
Tidak sekali aku akan doakan agar rejim Zionist dihukum, dilaknat dan diseksa. Aku tak fikir Nabi pernah ajar umatnya untuk berdendam. Lebih baik aku doakan agar mereka di tunjukkan jalan yang benar dan diberi kesedaran tentang perbuatan tidak berperi kemanusiaan mereka itu. Bukankah itu lebih baik?
Kemudian sudah semestinya kamu petik ayat-ayat al-Quran berkaitan kedegilan dan kebiadaban Yahudi dan Nasrani …

Anjing

Teringin juga aku hendak bela anjing.
....
Ya aku dengar,
"Idan dah gila la tu agaknya. Tak tahu haram halal dah!"
Ye lah.
Tunggu aku ada rumah sendiri dan di situ selalu ada kejadian pecah rumah. Baru ada logik untuk bela anjing. 
p/s: Tengok SINI. Jangan jadi terlampau melayu, sentiasa hendak menghukum orang lain, okay.

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 3

"Idan..""Oit.." "Kau fikir orang yang apply naik pangkat tu semua layak ke?" "Mana aku nak tau." "Andaian kau la." "Aku fikir? Aku fikir ramai antara mereka yang mahu naik pangkat kerana mereka fikir itu jalan terbaik untuk kerjaya mereka." "Maksudnya? "Ramai antara mereka yang clueless dengan jawatan yang mereka pohon. Maksud aku kalau dari segi buat kerja tu, memanglah lebih kurang sama saja. Tapi tanggungjawab lain." "Ada tanggungjawab lain ke selain jadi mandur?" "Mandur? Hahaha..."
"Lebih kurang la tu." "Human interaction, diplomasi, problem solving, stress management, authority, kaunseling, motivasi dan banyak lagi mereka perlu tahu dan faham dan boleh menggunakannya. Kalau setakat mahu naik pangkat kerana mahu naik pangkat, ramai mereka nanti akan tertekan kemudian hari." "Oo... Mereka boleh belajar kan?" "Memanglah boleh. Tapi ingat Matrix ke? 10 saat belajar s…

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri - 2

"Apasal tak mintak naik pangkat, Idan?""Tak nak." "Rugi la kau. Orang lain yang sama masuk dengan kau dulu dah naik pun." "Biarlah diorang. Aku belum ready." "Bila nak ready?" "Bila aku rasa aku boleh nak mengarah orang bawah. Kau fikir aku suka arah orang?" "Ya, aku tahu."
"Banyak masa lagi." "Tapi sekarang la peluang kau, Idan. Sementara Bos Besar baik dengan kau." "Lagi aku tak nak. Nanti orang cakap aku guna Bos Besar untuk kepentingan aku." "Apa masalahnya?" "Takde masalah bagi aku. Orang je yang bermasalah nanti."
"Biarkan diorang. Pentingkan diri sendiri dulu." "Boleh. Tapi sampai bila? Kau ingat Bos Besar tu jadi bos selama-lamanya ke? Orang di pejabat tu tunggu masa je Bos Besar keluar." "Jadi?" "Aku nak orang tahu, aku bukan orang Bos Besar. Tapi tak payah la aku bagitau." "Biar je lah diorang." "Aku biarkanlah ni.&quo…

Menulis Bukan Kerana Nama

Sekarang ini aku agak keberatan hendak menulis blog mengenai hal pejabat. Sudah terlalu ramai orang pejabat yang membacanya. Dari rakan satu bahagian hinggalah pegawai atasan. Tidak, aku tidak halang mereka membaca. Cuma aku tidak mahu mereka memikirkan apa-apa yang negatif. Baca saja, cukup. Mereka tidak perlu pertahankan apa-apa. Kerana di sini, ianya sekadar tulisan. Ianya takkan boleh membunuh sesiapa.
Sekiranya suka, terus membaca. Sekiranya tidak, berhenti dan cari laman web atau blog lain yang lebih sesuai dengan jiwa kamu.
Aku ada juga membaca beberapa blog milik orang di sini. Ramai. Ada yang sudah lama menulis, sejak beberapa tahun lalu. Ada yang masih baru menulis, beberapa hari atau cuma posting yang pertama. Aku harap mereka yang baru menulis, teruskan menulis karya kamu. Walau pendek cuma sebaris atau satu perkataan, ianya sudah cukup dan kamu patut bangga dengannya. Jangan risau kalau tidak ada orang yang membacanya. Jangan risau kalau cuma ada seorang saja yang membacany…

Malam Hari

Semalam aku menonton kembali Anime Howl's Moving Castle karya Hayao Miyazaki. Anime ini berasaskan novel dengan tajuk yang sama karya Diana Wynne Jones. Namun terdapat banyak perbezaan jalan cerita antara filem dan novel. Kepada yang belum pernah menonton, sila cari. Bagaimana dalam setiap karya Hayao Miyazaki, orang jahat mana sekalipun tetap ada perasaan dan boleh berubah.
Setiap kali aku menonton filem karya Hayao Mizayaki (Studio Ghibli) atau dari Pixar Animation, sering aku fikir pembikin filem di dua studio ini adalah genius. Melalui animasi, mereka berjaya membawa cerita yang mudah tetapi penuh dengan makna dan pengajaran. Mereka tidak cuba menjadi Disney yang membezakan dengan jelas antara baik dan jahat. Sebaliknya setiap filem animasi daripada Studio Ghibli dan Pixar membawa nilai-nilai kemanusiaan yang jarang ada dalam filem biasa. Maka tidak hairan kedua-dua orang utama dalam Studio Ghibli dan Pixar (Hayao Miyazaki dan John Lasseter) saling mengakumi antara satu sama la…

Sesudah Dua Tahun

Pernah kamu sedang terfikirkan sesuatu, akibat daripadanya kamu terkenangkan perkara lama yang telah kamu lalui suatu masa dulu?
Siang tadi semasa ke pejabat (ya, aku ke pejabat di hujung minggu...), aku memerhatikan penunggang motosikal di hadapan. Aku perhatikan halmet dan jaket yang dipakai. Aku fikirkan bahawa semasa sebelum dia menunggang, pasti ada ritual yang dia lakukan.
Seperti juga sewaktu aku menggunakan motosikal sekitar tahun 2003 - 2004 dulu. Halmet jenama Index dengan visor yang aku akan pastikan sentiasa bersih dan tidak calar. Aku memang kurang senang kalau visor kotor dan ada kesan calar. Pasti aku akan tukar baru. Kemudian jaket. Aku tidak guna wind-breaker atau jaket kulit. Aku beli sehelai jaket cotton jenama Chargers berwarna biru. Aku ingat kalau aku pakai sekarang, aku takkan boleh zipkan sampai ke dada. Badan aku sudah besar.
Kemudian aku terkenangkan jaket tersebut. Mana perginya jaket yang seingat aku, begitu aku suka. Kemana saja aku pergi akan aku bawa jaket …

Kak Fizah

Patutlah post aku sebelum ini agak emosi. Aku masih kurang senang dengan tingkah laku seorang staf bahagian Teknologi Maklumat yang datang membaiki komputer di sini. Bukanlah apa, tidak perlu sombong sangat. Bila orang tanya tu, kurang-kurang jawablah. Kalau sibuk pun, cakap je
"Maaf, saya agak sibuk dengan kerja. Nanti kita sembang."
Ini buat bodoh je. Staf mereka yang datang minta tolong, boleh saja kami layan dengan baik. Minta 10 gambar, kami bagi 20 gambar. Minta satu informasi, kami bagi lebih. Sama-sama kerja di pejabat yang sama. Apa masalah hendak berkongsi, bukan?
Jadi, biarkanlah. Mungkin hari semalam hari emosi dia.
Aku hendak ceritakan perkara lain.
Tiga hari lepas aku kirim SMS kepada Kak Fizah, kakak angkat aku semasa di Maktab. Itu pertama kali aku berhubung dengannya setelah 16 tahun. Sehari kemudian barulah dia membalas. Walaupun cuma di SMS. Cukuplah buat masa ini dulu.
Kak Fizah sudah berkahwin dengan orang Kelantan dan mempunyai tiga orang anak. Sekarang dia b…

Pelik Juga

Pendek saja.
Beberapa hari lepas. Atau mungkin minggu lepas. Aku sudah lupa. Dalam lif menuju ke pejabat ada seorang rakan sepejabat. Lelaki.
Mulanya aku tidak sedar. Lama kemudian baru aku terasa ada sesuatu yang pelik.
Apa dia?
Dia pakai kasut kulit berwarna putih. Putih.
Okay aku ulang.
Dia pakai kasut kulit berwarna putih. Putih!
Aku ingatkan pegawai Tentera Laut saja yang memakai kasut kulit putih semasa bertugas.
Tidak ada apa-apa masalah sebenarnya. Itu dia punya sense of fashion. Lepas ini aku mahu tengok, ada tak orang pergi kerja pakai kasut kulit warna merah atau kuning atau oren!
Aku? Jangan harap. Aku tidak seberani rakan aku.

Selamat Datang Sang Puteri

Mungkin engkau sudah tidak sabar melihat dunia Atau bondamu tidak sabar melihat dirimu Kerana itu engkau tiba awal di perhentian ini
Jangan engkau risau wahai puteri Kami datang menyambutmu dengan penuh kasih sayang Tidak pernah sekali pun kami akan meninggalkanmu sendirian Dalam dunia yang bila engkau dewasa nanti Tidaklah seindah mata kecilmu yang cuba melihatnya
Namun itu juga tidak kami ceritakan kepadamu Kerana sejauh mana wajahmu berpaling Akan kami hias hamparan pemandangan damai dan suci Ceria dan bahagia ayahnda dan bondamu Akan membelai hari-harimu yang mendatang
Kami menunggu senyum dari bibirmu wahai puteri Kami menunggu tawa suaramu wahai puteri Kami menanti saat dirimu perlu untuk dimanja Dan dirimu dimanja sepenuh jiwa
Lalu kami berdoa Agar dirimu nanti kelak akan menjadi insan tersanjung Dibanggai ayahnda dan bondamu Dikasihi oleh segenap manusia yang menyayangimu
Mungkin engkau sudah tidak sabar melihat dunia Kami sebenarnya sudah lama menunggu dirimu Selamat datang, sang puteri

- Puisi Untu…

Baris-Baris Kata - 2

Aku sorokkan sejambak bunga ros di belakang sambil menghampiri kereta dia. Dia sudah menunggu di dalam kereta. Buka saja pintu kereta, aku terus letakkan jambangan bunga ros tersebut di atas ribanya.
Agak anti-klimaks kerana waktu itu dia sedang sibuk berbual di telefon bimbit. Namun muka dia masih kelihatan terkejut. Segera dia tamatkan perbualan di telefon.
"Awak, cantiknya!" "Ye, seperti yang saya janjikan dulu." "Buat susah-susah saja. Awak beli bila ni?" "Tengahari tadi." "Besar bunga ros ni. Jarang nampak ros besar macam ni." "Kata cina kedai tu, ini bunga import. Mungkin juga. Kalau di Cameron, bunga ros macam ni kecil saja." "Terima kasih, awak." "Takpelah. Saya kan dah lama berjanji hendak berikan bunga ros kepada awak."
Kemudian kami terus menuju ke Taman Warisan, Putrajaya. Minum petang sambil berbual mengenai hidup dan kerja. Cuaca mendung membataskan waktu.
Cukuplah walau hanya seketika itu.
"Awak ba…

Menulis Diri Ini

Banyak aku menulis kali ini. Biarkan. 
Aku teringat suatu perkara semasa aku mengunjungi sebuah blog tidak berapa lama dulu. Penulis blog tersebut ceritakan bagaimana dia tidak minat untuk berkasih dengan penulis blog lain (dia seorang perempuan) kerana ramai penulis blog yang ada sebenarnya emo dan syok sendiri. 
Ada juga betulnya. Selalunya penulis blog akan mempertahankan diri sendiri dan memperlihatkan mereka yang lebih baik, lebih bagus dan lebih hebat. Jarang ada penulis blog yang mahu mengaku kesilapan, kelemahan dan kekurangan mereka. Blog adalah alter-ego mereka. 
Aku fikir dulu aku juga begitu. Dulu dalam setiap penulisan, pada fikiran aku, hanya aku yang betul dan orang lain salah. Pada aku, blog ini adalah tempat bagi aku membuktikan kehebatan dan coolnya aku. Maka aku akan kritik apa saja orang buat, baik orang buat di dunia nyata atau tulisan orang lain dalam blog. Ada saja benda yang nampak salah di mata aku ini.
Rasanya sekarang aku agak kurang begitu. Walaupun masih ada, …

Emak

Mak ajak aku pergi tengok ladang sayur-sayuran adik lelaki aku. Aku cakap aku malas. Dua kali dia ajak dan dua kali juga aku cakap tidak mahu. Tambah lagi aku cakap, setakat dengan anak pokok je, belum masa hendak tengok. Kesian mak, agaknya dia mahu keluar dengan aku.
Emak orang kampung. Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak. Awal 80an, orang kampung masih menggunakan pelita di waktu malam. Tapi emak bukanlah langsung tidak tahu apa-apa. Dia belajar hingga tamat SPM. Kalau tidak dia kawin awal, mungkin sehingga hari ini emak masih bekerja di mana-mana.
Uniknya emak, dia amat meminati bola sepak, terutamanya pasukan bola sepak negeri Perak. Siang Ahad dia membebel marahkan kerajaan negeri Perak kerana masih tidak bayar gaji pemain bola sepak Perak yang masih tertangguh. Aku cuma dengar saja. Aku selalu fikir, ada baiknya kami terus menetap di kawasan perumahan lama di Gerik sana. Sekurang-kurangnya ada ramai kawan emak di situ. Rumah kami sekarang agak tersorok dan kurang jiran. Selalunya…

Sudah Lama Tidak Berfotografi

Kebelakangan ini aku kurang berfotografi (ada ke perkataan ni?). Entah kenapa. Penat agaknya. Aku malas. Mungkin dua-dua. Kadang-kadang bila petang dan terdapat pemandangan indah di horizon, aku biarkan saja. Aku cuma melihat tanpa ada usaha hendak merakamnya dengan lensa kamera. Dalam fikiran berkata, biar cuma aku kenang saja. 
Cuma bila di pejabat, ada masanya aku langsung tidak boleh mengelak untuk mengambil gambar walaupun aku cuba. Bos Besar itu biasanya hanya mahu aku sebagai jurufoto walau ada ramai lagi orang yang boleh melakukannya. Aku tahu ramai staff di RMC (Record Management Centre) yang jauh lebih hebat skill mereka dalam bidang fotografi. Apa tidaknya, ramai antara mereka yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang fotografi, sesuai dengan nama jawatan mereka dulu, Jurufoto.
Tapi Bos Besar tetap akan cari aku. Takkan kamu mahu cakap pada dia,
"Suruh orang lain sajalah, Dato'. Saya sudah malas". Gila.
Ada beberapa perkara yang orang tidak tahu dengan situasi …

Bukan Tidak Boleh, Cuma...

Balik kampung sebenarnya. Tapi bukan dalam erti bercuti. Hari sabtu lepas aku ke Ipoh kerana ada bengkel kerja. Dari pagi sampai ke petang di pejabat negeri bersama bos Perak dan Pulau Pinang dan seorang konsultan. Menyiapkan sebuah buku.
Aku agak kepenatan untuk menghasilkan buku. Apatah lagi mereka bentuk buku atau apa-apa kerja grafik. Idea rasanya makin berkurangan. Ada juga bagusnya Bos minta seorang lagi staff membuat kerja-kerja menghasilkan dokumen/buku. Masalahnya staff seorang ni langsung tidak pernah tahu mengenai Adobe InDesign. Jadi terpaksa ajar. Nasib baik ada seorang member boleh mengajar juga. Nak harap aku seorang, rasanya susah sikit. Aku tidak pandai mengajar sangat walau banyak ilmu yang ada. Aku kurang bijak hendak luahkan balik ilmu tersebut kepada orang lain. Cuma kalau mereka tanya, aku boleh tunjuk, itu pun dengan cara aku sendiri yang aku sedar kadang-kadang agak laju.
Bos ada cadangan untuk membuat kelas mengajar beberapa orang lagi menggunakan Adobe InDesign…

Memasang Komputer - Versi Lebih Panjang

Bila aku cerita mengenai pemasangan komputer tempohari, aku terkenangkan balik zaman aku begitu aktif memasang komputer pelanggan. Banyak dan menyeronokkan. Aku berhenti melakukannya kira-kira dua tahun lalu setelah aku menggunakan iMac. Sampai sekarang aku sudah tidak memasang komputer dan aku takkan pasang walaupun disuruh dan dibayar lumayan. Aku sudah tidak berminat.
Tapi kalau hendak berbicara mengenai komputer ini, aku kena balik pada tahun 1985, waktu pertama kali aku memegang dan menggunakan komputer. Sebuah komputer (dinosaur) jenama tidak dikenali dengan prosesor Intel 386, kad grafik 16 warna, tiada hard disk, floppy disk 5.25 inci, monitor 14 inci yang amat tidak menarik dan sebuah printer dot-matrik cetakan warna. Itu spesifikasi paling hebat ketika itu dan aku ingat lagi, Maz Mirza (lelaki) menunjukkan kehebatan Print Shop Deluxe.
PC pertama milik keluarga aku adalah ALR (Advanced Logic Research) ProVesa (kalau tak salah aku) dengan spesifikasi Intel DX4 25MHz, 4MB RAM, 20…

Baris-Baris Kata - 1

Aku yang menunggu, seperti seribu tahun lamanya. Lima hari dia menyepi tanpa berita. Sejauh mana semua ini sedang berlangsung, tidak sejauh hingga aku mengetahui segalanya.
Baru setakat itu; mengenali diri dan menghargai antara satu sama lain. Aku seperti berputus asa. Maka, sehari-hari sepanjang masa itu, aku tidur lama semahu aku dan aku tidak tidur langsung, semahu aku juga. Akibatnya masa menjadi keliru dan sekurang-kurangnya dia dapat aku ketepikan sementara.
Kemudian, telefon berbunyi.
"Awak, apa khabar?" "Baik saja. Sihat?" "Tak sangat. Awak, saya minta maaf tak balas mesej awak." "Tak mengapa."
"Saya kurang sihat la, wak. Kepala asyik rasa pening bila berbaring." "Tekanan darah, mungkin. Baik awak pergi jumpa doktor." "Tekanan darah? Darah saya okay je awak." "Mana la nak tau. Mungkin bukan darah tinggi. Mungkin low blood." "Ye ke awak? Kalau macam tu saya pergi la nanti." "Ye, pergi. Janji awak…

Baris-Baris Kata - Prolog

Aku tamatkan siri Menilai Hidup Ini. Rasanya sudah cukup panjang. Seterusnya aku mulakan dengan siri ini pula, Baris-Baris Kata.
Bukan bertujuan sebagai tanda bermulanya sesuatu. Cuma sejak dulu lagi aku fikirkan, kalau aku hendak menulis cerita-cerita yang bersambung, sekurang-kurangnya perlu ada tajuk yang sesuai dan menarik.
Sebenarnya, tajuk Baris-Baris Kata ini bukanlah tajuk baru. Aku pernah guna ayat tersebut sebelum ini dalam post aku bertajuk Baris-Baris Kata Dengan Seribu Cerita. Cuma kali ini aku ringkaskan sedikit dan aku tumpukan penulisan dalam siri ini kepada bicara antara aku dan dia serta mungkin watak-watak lain sekiranya aku fikir sesuai.
InsyaAllah aku akan sambung dan mulakan secepat mungkin. Tunggu saja, Baris-Baris Kata.

Low Man's Lyric

Low Man's Lyric - Metallica
My eyes seek reality
My fingers seek my veins
There's a dog at your back step
He must come in from the rain
I fall 'cause I let go
The net below has right away
So my eyes seek reality
And my fingers seek my veins
The trash fire is warm
No one's safe from the storm
And I can't bare to see
What I've let me be
So wicked and worn

So as I write to you
What is dawning to do
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me

My eyes seek reality
My fingers feel for flame
Touch clean with a dirty hand
I touched the clean to the waste

The trash fire is warm
No one's safe from the storm
I can't bare to see
What I've let me be
So wicked and worn

So as I write to you, yeah
What is dawning to do, yeah?
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'cause low man is due
Please forgive me
Please forgive me
Please forgive me

So low the sky is all I see
All I want from you is forget me
So you bring this poor …

20 Tahun Dulu, Hari Ini

20 tahun dulu pada hari ini, aku mendaftar masuk sebagai pelajar di MRSM Balik Pulau. Sebentar tadi baru sedar setelah membaca emel dari rakan-rakan lama.
20 tahun. Sungguh lama. Dua per tiga daripada usia.
Ayah, emak, adik, arwah nenek dan saudara yang menghantar aku. Pesan arwah nenek masih aku ingat;
"Hang belajar rajin-rajin. Kita ni dari keluarga susah. Dulu ayah hang jual kuih sebelum pegi sekolah. Naik perahu nak pergi sekolah."
Malangnya aku tidak patuh dengan pesanan arwah nenek. Tetapi aku tetap bersyukur diberi peluang untuk belajar di situ. Banyak tempat aku pergi sebelum dan selepas itu, tidak ada lagi yang boleh dibandingkan pengalamannya ketika berada di maktab.
Nombor maktab, 89031 masih aku ingat. Orang yang ke-31 mendaftar. Kiranya awal juga.
20 tahun sudah berlalu. Kenangan di sana masih segar dalam ingatan.

Seharian

China Doll
Aku gelarkan seorang PA di pejabat, China Doll. Dia potong rambut pendek di hadapan dan biarkan panjang di belakang. Cute, memang macam anak patung. Minggu lepas bila jumpa dia setelah lama bercuti, dia tunjukkan sebiji jerawat di pipi.
"Tengok ni, jerawat! Teruknya." "Alah, comel lagi."
Itu je aku mampu jawab. Dia sudah hampir setahun diet tidak makan nasi. Beratnya dari 60 kilo lebih turun menjadi 40 kilo lebih. Kira, sumber inspirasi aku untuk turunkan berat badan juga. Tapi buat masa sekarang, aku semakin banyak makan.
Mungkin kerana aku tidak cukup tidur.
Alasan.
Esok aku mahu cakap kepada PA supaya pakai cheong-sam. Baru jadi China Doll betul. Hah!
Telefon
"Awak, sejak ada dia, call saya pun tak nak." "Ye ke? Awak tu yang selalu takde."
Kemudian aku periksa telefon bimbit. Kali terakhir aku terima call, kelmarin. Pakcik yang telefon. Kali terakhir terima sms, petang tadi dari kampung. Memang aku tidak ramai kawan rupanya. Atau kawan-kawan …

Serangkai Tiga

Serangkai tiga gambar suasana bekerja. Ada lebih kurang 30 buah design buku yang perlu disiapkan dalam masa terdekat.
Entah kenapa, aku suka pula guna effecti ni dalam PhotoBooth iMac ni. Nampak macho. Hahaha. Tidaklah. Nampak lebih cool rasanya.

Antara Dua Dunia

Ada seorang perempuan india tua yang selalu duduk di sebuah kerusi depan rumahnya.
Setiap petang bila balik dari kerja, pasti aku akan menyapa dia;
"Hello Auntie."
Selalunya dia akan tersenyum sambil melambai tangan. Ada kalanya dia akan bersuara dan bertanyakan sesuatu kepada aku. Entah apa yang dia tanya, 90% daripadanya aku tidak faham. Aku tahu dia berbahasa Malaysia, tetapi kerana suaranya agak halus, susah hendak aku agak apa yang diperkatakan. Biasanya aku akan senyum saja.
Aku terkenangkan arwah atuk aku yang selalu duduk di beranda belakang rumah menghadap jalan raya utama di Kuala Kangsar, sekitar awal 80an. Bukanlah ada kerusi pun, atuk cuma duduk di atas pangkin kecil dan sentiasa merenung ke arah jalan. Mungkin dia terkenangkan masa lalu. Sebelah pangkin tersorok sebilah pedang. Ketika itu aku fikir ianya pedang Jepun. Lama kemudian baru aku sedar bahawa itu adalah pedang sewaktu atuk berkhidmat sebagai ahli bomba.

Gambar atuk dan ayah sekitar awal 80an. Dua budak ke…

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau Lagi

Post aku sebelum ini mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau mendapat dua respon. Kedua-duanya memberi cadangan agar Ansara atau bekas pelajar saja yang membina laman web yang ada kandungan mengenai peristiwa lama atau aktiviti yang lepas.
Pertamanya, aku harap kamu faham tujuan kenapa aku tulis post tersebut. Aku harap laman web tersebut boleh jadi one-stop-centre atau portal ulung daripada mengharapkan beberapa laman web lain melakukan perkara yang sama. Lebih mudah untuk sesiapa saja akses, termasuk bekas pelajar dan juga bekas guru. Kalau kita mahu wujudkan komuniti berasingan antara maktab sekarang dan bekas pelajar/guru, boleh. Tapi ianya kurang menarik dan seperti tiada sinambungan. Seperti,
"Kamu sudah keluar dari institusi ini, jadi buatlah hal sendiri."
Adalah lebih menarik kalau laman web rasmi maktab boleh dijadikan penghubung antara perkara yang lepas, sekarang dan masa akan datang. Ada juga sebab orang mahu datang berkunjung ke web tersebut selain dari memeriksa keput…

7 Perkara

Aku kena Tag oleh Bayah. Ikutkan, aku memang tidak pernah kena sebelum ini. Kira ini yang pertama kali dan nampaknya amat susah juga untuk aku jawab; Tag 7.
7 ciri pasangan idaman anda: "Sempurna" di mata dan hati ini.Cukup.
7 jenis pasangan yang tidak pernah anda minati sepanjang hidup: Merajuk tak sudah. Aku tak reti pujuk, tau tak.Awek orang. Heh.Ntah...Aku jarang tengok buruk orang. Itu masalahnya. Tapi orang masih kata aku memilih.
7 perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati: Seram sejukSuka gilaPanikBahagiaMarah (heh...)DamaiSeperti diri ini terapung dalam hembusan bayu. Begitu. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda: Bora-Bora, Kepulauan French PolynesiaMilford Sound dan Mitre Peak, New ZealandFlorence, ItaliCrete, GreekKarambunai, SabahMelihat matahari berlabuh di mana-mana pantaiGerik, Perak. :-) Kampung aku sendiri. hahaha... 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia: Bunga ros (seorang gentleman patut melakukanny…

Kalendar

Dek terlampau rajin dan kurang kerja, aku buat kalendar sendiri. Hasilnya seperti di bawah. Tiru/ambil boleh, takde hal. :-) Tapi itu semua muka aku.