Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Bengkel Lagi

Bukan bengkel kereta, tetapi bengkel penulisan dokumen. Aku bertindak sebagai urus setia dan juru taip (kerja-kerja teknikal) sementara bos-bos memerah otak membina ayat. Ada lebih 30 buah buku yang perlu disiapkan menjelang Februari; kami baru siap 14. Itu pun belum dibukukan atau direalisasikan sebagai buku. Nasib baik tugas aku tidak melibatkan proses reka letak dan reka cipta. Kalau tidak, boleh kering aku...

Sekarang aku di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi. Hotel ini sebenarnya lebih bersifat hotel transit kepada penumpang-penumpang kapal terbang yang terpaksa bermalam sebelum meneruskan penerbangan. Jadi hotel ini sentiasa sibuk dengan orang terutamanya pelancong asing. Malah, kebanyakan transaksi dibuat dalam bentuk Dollar Amerika. Lebih mudah mungkin.

Namun, akibat keadaannya bersifat hotel transit, maka layanan terhadap pengunjung yang berkursus atau berseminar agak kurang mesra. Rasanya mereka fikir melayan pengunjung transit lebih lumayan dari melayan segerombolan keci…

Kering Otak

Kamu fikir, bila aku buka mulut hendak ajak orang berbicara mengenai, contohnya:
1. Super-Collider; atau 2. Paleontologi; atau 3. Hibrid; atau 4. King Bluetooth (cari sendiri),

mereka mahu dengar?
Mereka lebih rela bergossip mengenai artis terkini atau apa yang berlaku kepada sipolan-sipolan dalam pejabat.
Cuba beritahu sekarang, kenapa aku asyik berseorangan?

Menilai Hidup Ini - Babak 10

Mesej semalam; "Kalau awak senyum walau cuma sedikit. saya akan hadiahkan patung beruang untuk redakan hiba awak." 
Awal pagi tadi; Senyum yang amat sangat.
Tengahari tadi; Aku carikan patung beruang paling sesuai. Nyaris aku sendiri terbeli seekor Totoro.
Aku tulis di kad; "Tak mampu hendak hadiahkan ********. Tak tahu hendak cari di mana. Hanya mampu patung beruang ini. Senyum."
Petang tadi; "Abang susah-susah saja bagi. Terasa macam budak-budak pula." Sambil tersenyum amat sangat. "Alah, itu saja yang mampu. Kurang-kurang boleh senang hati sikit." "Terima kasih ye. Buat susah saja." "Sama-sama. Bukan selalu..."
Betul ke cerita ni? Atau dari novel?

Menilai Hidup Ini - Babak 9

"Harini awak jaga sistem ke?""Core business saja." "Hmm..."
Sibuk dengar taklimat dan soal jawab. Aku terpandang tag nama dia.
"Beza ye muka awak sekarang dengan yang di tag."
Dia perhatikan tag.
"Ini gambar yang sudah edit."
Ada MyKad di belakang.
"Gambar MyKad lagi menarik."
Dia tarik keluar MyKad dari sarung.
"Ini gambar lama. Masa masuk dulu." "Cantik. Nampak matured dari sekarang." "Habis tu, sekarang saya tak matured la ye?" "Sekarang cantik... Lebih cantik yang real ni dari yang dalam gambar."
Senyum.
Oh, memang aku sukakan dia sejak dulu lagi. Suka dalam erti kata apa, aku malas hendak fikir. Tapi kalau ada dia di hadapan mata, masam mukanya pun, aku tetap senang melihatnya.
"Tapi awak nampak macam mengantuk je? Penat?" "Ini?" Sambil menunjuk lebam di bawah kelopak mata. Aku sebenarnya tidak perasan. Aku lihat keseluruhan wajahnya saja. "Memang biasa macam ni. Tak mengan…

Inikah Snapshot Novel Aku?

Dalam mimpi itu aku berdiri di puncak bukit, tepian lembah landai penuh rumput hijau.
Aku meninjau jauh di bawah lembah, sebuah sungai mengalir jernih, sepohon pokok rendang di tepian sungai. Aku tersenyum.
Lalu aku depakan sedikit kedua-dua tangan ini.
Aku pejamkan mata ini dan aku dongakkan sedikit kepala keatas dan membiarkannya bermandi cahaya matahari.
Aku menjadi ringan. Aku terapung sekaki dari tanah.
Angin menghembus lembut dari belakang dan membawa aku bersama turun ke lembah.
Aku menjadi sehelai daun yang sedang terbang bersama angin.
Sekali sekala, hujung jari kaki ini tersentuh rumput-rumput hijau.
Damai.
Dalam pejam, aku melihat alam yang tenang.
Sehingga tiba di tepian sungai.
Terbang aku terhenti.
Perlahan, aku kembali berpijak ke bumi.
Damai.
Bersambung...

Menilai Hidup Ini - Babak 8

"Bila lagi ni?""Bila apa?" "Awak nak bagi kad kepada saya." "Kad apa?" "Kad undangan la..."
Kami tersenyum sinis.
Ketawa.
"Apa lah. Calon pun takde lagi." "Takkan la kot?" "Abang carikanlah untuk saya."
Ketawa.
"Carikan?" "Ye lah. Carikanlah untuk saya." "Dari saya cari, baik saya offer diri saya je!" "Hah?"
Ketawa lebih kuat.
"Abang tu takkan la single lagi?" "Memanglah single, and available."
Senyum.
"Yelah kan. Single lagi sebab ada ruang untuk 3 lagi." "Ye, tapi sekarang ni masih kosong dari empat." "Abang yang jual mahal kot?" "Jual mahal? Sudah habis murah ni. Sudah takde harga."
Ketawa kembali.
Kadang-kadang bertemu rakan-rakan lama, perkara begitu mesti timbul. Susah benar hendak mereka percaya aku sebenarnya masih single. Pelik sangat ke? Mungkin sebab uban berserabut di kepala menyebabkan mereka fikir aku sudah berkahwin…

Menilai Hidup Ini - Babak 7

SMS"Masih di pejabat? Saya di Alamanda." "Hampir mahu balik. Sibuk siapkan kerja baru. Masih belum siap." "Kata siang tadi sudah siap?" "Ini kerja baru."
Aku memandu pulang. Senja mendung menanti hujan. Sebelah seorang sahabat sedang sarat mengandung. Aku di benak otak bermain seribu persoalan. Paling utama, mencari arah tujuan aku malam ini. Aku tidak mahu terperap di rumah.
SMS "Esok sudah tidak nampak. Saya sudah balik. " "Maaf siang tadi. Kerja kembali banyak. Tak sempat bersua." "Sudah tahu mesti sibuk. Tak ada la ruang untuk saya ye..."
Aku tidak balas apa-apa selepas itu. Salah aku juga.
Kamu fikir aku sengaja melakukannya? Sebulan ini, cuma tidak lebih seminggu aku di rumah. Beberapa hari saja di pejabat. Selebihnya kesana kemari, termasuk esok nanti dan di penghujung bulan.
Alasan...
Ya, alasan.
Kamu ada perasaan. Kamu sedar ianya ada di hati. Namun satu, kamu sedari juga bahawa kamu tidak pasti samada kamu yakin dengan…

Menilai Hidup Ini - Babak 6

"Kenapa dia?""Entah. Saya tak tahu kenapa." "Mungkin kerana dia merupakan cabaran buat awak. Mungkin kerana awak mahu menakluki dirinya. Jauh di hati, awak mahu mengubah dia menjadi lebih baik." "Adakah begitu sebenarnya?" "Saya tidak tahu. Saya cuma mengandaikannya."
Lama dia berfikir. Renungan matanya begitu jauh melintasi ruang.
"Ada benarnya apa yang awak cakap tu." "Saya rasa saya boleh ubah sikap dan perangai dia..." sambung dia lagi.
Aku renung matanya. Jelas berat sekali apa yang ada di hadapannya. Namun, mengenali dia, aku tahu dia tetap mahu melakukannya.
"Manusia sebenarnya begitu." "Bagaimana?" "Manusia sering ingin cuba menawan sesuatu yang paling sukar dalam hidupnya." "Betul?" "Selama ini saya selalu lihat, perempuan akan sering tertarik dengan lelaki yang penuh kisah hitam dan noda. Kerana dalam hati mereka, mereka fikir mereka boleh ubah sikap lelaki tersebut." &…

Aku Di Kuala Terengganu - Penutup

Tiba di KLIA dari Kuala Terengganu pagi tadi. Terus ke pejabat, menghantar projektor. Pejabat sudah berubah. Pekerja sedang sibuk menyiapkan bilik-bilik baru untuk pengarah dan pegawai. Biasalah. Itu lebih penting dari menyediakan sebuah kubikel kecil untuk seorang kerani baru yang sudah tiba sejak 2 minggu lalu.
Satu perkara apabila kamu kerja kerajaan, kamu kena sedar dan faham bahawa wujudnya sistem kasta. Itu pun kalau kamu mahu melihat ianya begitu. Aku sebenarnya tidak faham kenapa sesebuah organisasi perlu ditadbir oleh pegawai yang berlainan gred daripada anggota bawahannya. Tidakkah ini menimbulkan suasana berat sebelah.
Orang di pejabat mungkin tidak nampak tetapi aku sedarinya sejak beberapa ketika. Ada masanya gred pegawai ini cuba meletakkan autoriti mereka terhadap kakitangan bawahan dengan menunjukkan mereka yang berkuasa. Sudah sememangnya begitu. Mereka di gred pegawai ini sering melihat diri mereka amat berkuasa dan apabila kajian atau analisa (kononnya mereka lakukan)…

Aku Di Kuala Terengganu - 2

Dua saja post? Terlalu padat jadual mesyuarat hingga setiap malam habis lewat malam. Aku terlalu penat kemudiannya hendak berjalan 100 meter ke Kafe Cyber Orange (itulah namanya). Malam ini saja aktiviti bebas. Esok kembali di Putrajaya. Kalau malam di Kuala Terengganu menarik seperti Kuala Lumpur, okay juga. Tapi ini Kuala Terengganu, yang meriah, cuma untuk kaki pancing. Aku bukan seorang darinya.

Sepanjang hujung minggu aku disajikan dengan persembahan dari setiap Bos Besar Bahagian/Negeri dan Bos Besar Jabatan. Mereka menyediakan pelan perancangan strategik jabatan untuk tahun hadapan. Berapa banyak jabatan kamu melakukan perkara yang sama? Aku pasti tidak banyak. Kalau ada pun, mungkin di peringkat paling tinggi. Kalau kamu, seorang yang berpangkat rendah seperti aku dapat berpeluang menghadiri mesyuarat sebegini, walau sekadar sebagai seorang urus setia, tumpukan perhatian. Kerana mesyuarat ini menentukan hala tuju organisasi kamu. Apa yang telah berlaku dan apa yang dirancang ak…

Aku Di Kuala Terengganu - 1

Pagi tadi tiba di Kuala Terengganu. Dari malam nanti hingga Ahad malam ada mesyuarat. Baru semalam tiba dari Kuching, sekarang sudah di Terengganu.

Penat sungguh.

Malang pula di hotel tiada WiFi langsung. Free pun tiada. Nasib dekat dengan hotel ada CC tepi simpang jalan dekat dengan KFC. Bolehlah.

Aku Di Kuching - Penutup

Selesai sudah kunjungan ke Kuching. Siang tadi dari lapangan terbang Kuching, tiba di KLIA menjelang senja.  Sempat juga aku berkunjung ke beberapa tempat yang biasa orang lawati. Aku sebenarnya tidak sukakan cliche, namun biarlah ianya sekali sekala dilalui juga. 

Puas hati juga sepanjang berada di Kuching. Sesi fotografi aku di sekitar Waterfront tidak diganggu. Walaupun sehari, cukup untuk aku ambil berpuluh shot. Aku sedari bahawa aku perlu dapatkan dua benda. 1. Lensa 11 - 22mm. Aku perlu lensa wide-angle kerana aku suka mengambil shot panorama yang luas. 2. Aku perlu beli bateri spare.
Dalam keletihan ini, aku perlu siapkan diri dan peralatan untuk ke Kuala Terengganu awal pagi nanti. Jadi aku perlu tidur awal.
Selamat Malam.

Aku Di Kuching - 6

Selesai konvensyen KMK. Selesai kerja. Jadi pemerhati sepanjang konvensyen. Kesimpulan? JPN sebenarnya sudah jauh di hadapan dalam penganjuran majlis. Sudah melangkaui persepsi umum pengendalian majlis-majlis kerajaan. Sedang di konvensyen ini masih terhad menggunakan dua skrin untuk persembahan, di JPN, tiga buah skrin adalah standard. Mereka guna layar portable yang berkaki tiga, dan projektor dipancar dari hadapan, JPN sudah menggunakan layar perak dengan projektor dipancar dari belakang. Mungkin nanti, JPN akan guna layar lebar sepanjang pentas tanpa sempadan untuk memudahkan lagi tayangan slaid.
Pengendalian majlis juga amat berbeza. Majlis-majlis rasmi JPN penuh dengan protokol dan tersusun rapi. Malah perancangan begitu teliti yang dilakukan untuk memastikan tiada halangan yang timbul dan kalau ada, sentiasa ada pelan kontigensi... Bukan satu, malah kadang-kadang hingga dua tiga pelan kontigensi. Menarik juga adalah mengenai hiasan dewan majlis diadakan. Mulanya dulu aku fikir i…

Aku Di Kuching - 3

Konvensyen KMK memang membosankan. Tambah lagi kalau kamu sekadar pemerhati. Dua tiga kumpulan bolehlah kamu tengok dengan penuh kusyuk. Selebihnya, kamu akan bosan. Melainkan kumpulan yang kamu benar-benar ingin tengok.
Cuma bila tengok kumpulan yang digembar-gembur hebat, tidaklah sehebat mana. Itu kesimpulan mudah. Kalau kami 'up'kan kerja kami 50%, insyaAllah kami lebih hebat. Malah pastinya, hampir semua mereka akan tergamam dengan teknik persembahan kami. Kalau setakat PowerPoint 2007, aku pandang sebelah mata saja.
Sebenarnya begitu. Kita boleh buat lebih baik kalau diberi ruang dan peluang. Mereka yang bertanding ini juga tidak sehebat mana jika hendak dibandingkan dengan kumpulan sendiri. Usaha mereka lebih. Kerja mereka lebih. Tidak mustahil kita boleh lakukan perkara yang sama.
Separuh jalan, aku keluar merayau. Baca buku di kedai buku. Baca peta, lihat jalan di Bandaraya Kuching. Petang aku mahu membuat sesi fotografi.

Sneak Peak - Kucing-kucing Comel
Selesai KMK, aku t…

Aku Di Kuching - 2

6.45 pagi di Kuching.
"Cerahnya, macam sudah 8.00 pagi!" Seorang kawan bersuara.
Dia sepatutnya pergi ke Tawau. Baru tahu 6.00 pagi suasana bagaimana.
Teringat dulu semasa di Miri. Zura kata tunggu jam 6.30 pagi. Hendak ke Bekenu, melihat pasar pagi. Katanya 6.30 pagi sudah agak lewat. Aku terpinga-pinga. 6.30 pagi agak lewat? Itulah pertama kali aku di Borneo.
Siang kemudian baru sedar 6.30 sudah secerah 8.00 pagi. Patutlah.
Sekarang sudah biasa dengan suasana Borneo, aku rasa lebih selesa. Senang melihat cerah lebih awal. :-)
Selamat Pagi Semenanjung.

Sekali Sekala

Senyum.
Kalau sekali sekala membaca tulisan aku di sini, kamu fikir aku bersedih atau kecewa atau putus asa atau apa saja yang negatif.
Ada benar, ada yang tidak. Benar aku rasa semua itu. Tidak benar aku selalu alaminya. Tidak selalu. Sekali sekala. Waktu sunyi. Biasanyalah.
Jangan peduli sangat.

Aku Di Kuching - 1

Tanya receptionist comel di hotel,
"Ada WiFi sini?" "Ada, kena bayar di kaunter RM15 untuk sejam. Kalau sehari, RM34. Encik boleh apply di kaunter." "Okay..."
Gila apa sejam RM15? Apa kes pula sehari cuma RM34? Aku sudah buntu. Sampai di bilik, aku buka laptop. Mencari-cari mana tahu ada WiFi free yang aku boleh jumpa. Belum sempat habis cari, kawan-kawan ajak makan. Tangguh lagi.
Setiba kembali di hotel, aku cuba lagi. Buntu. Tiada yang percuma walaupun ada satu un-secured connection. Hanya dapat local connection. Memang takde yang free agaknya.
Lima minit kemudian aku baru teringat sesuatu. Aku connect juga ke un-secured connection. Sudah connect, terus aku buka browser. Walla! Ada akses percuma yang perlu daftar. Projek di Sarawak oleh sebuah syarikat. Bukan aku baca mana-mana. Aku cuma teringat semasa di Residence Uniten tempohari, cara yang sama aku perlu guna untuk akses internet berbayar. Cuma di sini, percuma. Okaylah tu. Boleh aku menulis baris-baris i…

Masih Dengan Roda

Dulu aku suka filem Notting Hill. Biar apa pun orang nak kata, aku tetap suka.
Sekarang aku suka The Holiday. Biar apa pun orang nak kata, aku tetap suka.
Tidak perlu aku bersinopsis. Kamu tonton sendiri.
Sebenarnya mungkin ada beberapa watak dalam kedua-dua filem itu yang aku boleh 'identify' seperti hampir sama dengan apa yang aku alami atau hampir sama seperti diri aku sendiri. Miles contohnya, mempersoalkan kenapa beliau sering jatuh hati kepada orang yang salah. Orang yang dia sendiri yakin, entah apa yang mereka nampak terhadap dirinya.
Begitu juga aku. Kadang-kadang, terfikir. Apa yang orang lain nampak pada aku, terutamanya orang yang aku suka? Sebab itu selalu saja aku biarkan mereka berlalu. Sedar-sedar, aku seperti terlepas keretapi. Kuat mana pun wisel keretapi memanggil, roda sudah bergerak, dan aku tak mampu hendak mengejar lagi. Aku biarkan kerana aku tidak mahu akhirnya aku sedar, mereka tidak nampak apa-apa pada aku.
Mungkinlah, kerana aku takutkan 'rejection&#…

Roda Yang Berpusing (Termasuk di Kapal Terbang)

Esok ke Kuching, Sarawak. Hadiah menjadi johan KMK kategori teknikal. Dapat pula melihat konvensyen KMK peringkat kebangsaan di Crowne Plaza, Kuching. Rezeki. Penerbangan jam 4 petang dari KLIA dan sampai di Kuching menjelang senja. Ya, senja. Siapa pandai sangat book tiket waktu petang ni.
Malangnya pergi tengah-tengah bulan. Jadi memang duit kurang. Aku hendak saja cakap takde, tapi rasa macam tipu pula. Cuma kena berjimat lebih. Sebab balik nanti dari sana aku akan terus ke Kuala Terengganu. Jadi urus setia mesyuarat pula. Secara total nanti, lapan hari di tempat orang. Kalau ikutkan, aku akan terus berada di Kuala Terengganu hingga penghujung bulan kerana ada bengkel AKPM. Nasib baik bengkel di tunda dan diadakan di Sepang saja. Dekat sikit. Jimat kos.
Memanglah aku tak keluar duit banyak. Semua free termasuk hotel. Tapi, kadang-kadang kalau sudah berada di tempat orang, ada saja yang hendak dibeli.
Aku teringat tahun lepas hingga ke pertengahan tahun ini, aku sering saja 'terdam…

Kuch Kuch Hota Hai

Sebentar tadi sempat aku menonton filem Outsourced. Tidak perlu aku cerita sinopsisnya. Cuma, dalam satu babak, ada adegan di mana watak utama diminta menari tarian ala filem Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai.
Segan pun tak guna, tapi sebenarnya aku memang suka filem itu. Mungkin Kuch Kuch Hota Hai satu-satunya filem hindustan yang aku suka, dan aku salahkan Bob kerananya. 10 tahun lalu semasa aku dan Bob tinggal di Kelana Jaya, Bob telah berkenalan dengan seorang gadis Johor yang sedang belajar di Medan, Indonesia. Dek kerana begitu kasihkan gadis tersebut, Bob sanggup lakukan apa saja demi memenangi hati si gadis. Termasuk menonton filem-filem hindustan kegemaran si gadis. Sedang selama itu aku kenal Bob adalah peminat muzik rap dan alternatif serta meminati filem-filem aksi. Jarang sekali aku lihat beliau menonton filem cinta, apatah lagi filem hindustan. Suatu hari sedang aku berehat di bilik, Bob tiba setelah keluar dengan si gadis. Ada beg plastik berisi VCD (masa itu DVD belum popul…

Mengenai Roti Canai dan Komen-komen

Aku pernah cerita mengenai gerai roti canai di Cameron Highlands yang menjadi kegemaran aku. Aku bukanlah peminat atau suka makan roti canai. Dulu mungkin, sekarang tidak. Malah, amat-amat jarang aku makan roti canai. Kecuali kalau di Cameron Highlands. Gambar atas adalah gerai dan kedai yang menjual roti canai yang aku maksudkan, terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Terletak sebaris dengan stesen teksi dan berhadapan dengan Starbuck, Cameron Highlands. Ya pelik, di Cameron Highlands pun ada Starbuck.
Roti canai tersebut tidaklah sesedap mana. Biasa saja. Namun, bila petang setelah seharian menjalankan tugas, roti canai dan teh/kopi/nescafe pasti menjadi sedap. Makan dan minum sambil duduk di meja dan kerusi batu semeter dari tepi jalan dalam suasana Tanah Rata yang semakin sejuk menjelang senja, ecstasy.
Cuma kamu tidak perlu cuba laksa Penang di situ. Aku boleh sahkan ianya tidak sedap. Kuahnya agak cair dan kurang isi. Masa mula-mula aku makan dulu aku sudah kata tidak sedap. N…

Menulis Novel

Biasa sebelum aku menulis seperti post sebelum ini, aku akan pastikan aku temui sebuah lagu yang sesuai dalam iTunes, kemudian aku akan ulang lagu tersebut berkali-kali hinggalah selesai aku menulis. Lagu memberi aku mood untuk menulis. Serta insan seperti beliau yang memberi aku inspirasi untuk menulis sebegitu.
Hari ini aku cuba perolehi sumber inspirasi dari jalan yang lain. Tidak temui. Agak buntu sekarang walaupun lagu Like Only A Woman Can nyanyian Brian McFadden sudah beberapa kali diulang. Maksudnya lagu tersebut bukanlah lagu yang boleh menimbulkan mood aku. Juga, mereka yang aku telefon siang tadi tidak dapat menimbulkan inspirasi untuk aku menulis.
"Seperti membaca novel..."
Antara komen yang aku terima dalam post sebelum ini. Pernah terdetik untuk aku menulis novel. Cuma masalahnya, novel Melayu paling aku suka baca dan entah di mana kini untuk aku cari kembali novel tersebut bertajuk "Rahsia Diari Ayah". Novel kanak-kanak yang aku pertama kali baca sekita…

Menilai Hidup Ini - Babak 5

Aku berbual-bual dengan seorang kenalan lama di kafetaria tengahari tadi. Lebih dua jam kami duduk dan berceritakan mengenai kehidupan. Asalnya beliau dahulu seorang pembekal yang ingin membekalkan peralatan pejabat di tempat aku. Namun akibat mesra, akhirnya kami kawan yang baik.
Selalu kalau bertemu dengan beliau, pasti lihat riak wajahnya yang riang dan senyuman yang pasti akan menggoda ramai lelaki. Namun tengahari tadi ketika terlihat wajahnya, tiada senyuman dan wajahnya muram. Aku syaki sesuatu yang telah berlaku.
Biasanya juga antara aku dan dia, takkan ada sesaat masa berlalu tanpa berkata-kata. Pasti akan dipenuhi dengan cerita-cerita menarik yang seperti tidak sabar masing-masing hendak beritahu. Tapi tadi beliau diam, banyak diam di awal bicara. Fikirannya seperti melayang memikirkan hal yang lain. Soalan pertama yang keluar bila aku memulakan bicara,
"Awak sihat? Sudah okay ke?"

Aku bertanya kerana tidak berapa lama dulu beliau baru keluar dari hospital. Jadi logikn…

Fotografi Di Cameron Highlands - Set 1

Sepanjang kursus tempohari, aku mempelajari dan mencuba beberapa teknik fotografi. Maklumnya aku masih kurang mahir dan akibat daripada rabun warna, kualiti gambar yang pada aku adalah baik, dilihat oleh orang lain lebih pakar sebagai kurang sempurna. Tidak mengapalah. Aku terus akan cuba perbaiki teknik aku.
Aku masih tercari-cari modal untuk membeli lensa yang lebih baik. Ada dua buah lensa yang menjadi sasaran aku; Lensa 50mm yang berharga kira-kira RM350 dan lensa 28-105mm yang berharga kira-kira RM1000. Buat masa ini, aku cuma menggunakan lensa asas 18-55mm yang disertakan bersama semasa membeli Canon 400D.
Shot sebenar gambar di atas adalah sekumpulan peserta kursus yang sedang membuat senaman pagi. Aku tidak meniarap atas rumput, sebaliknya meletakkan kamera dan set kepada fokus automatik di atas rumput (berlapik sebab basah). Hasilnya, aku dapat mengambil shot rumput yang masih ada titisan air berlatar belakang sekumpulan peserta kursus yang sedang senaman.
Aku sentiasa suka meng…

Petang Hujan Di Cameron Highlands

Dua per tiga perjalanan kursus selesai. Esok hari terakhir. Kurang penat tapi hujan menganggu kursus. Pun begitu, tadi petang kami bermain hujan. Hujan di Cameron; sejuk. Susah menaip di telefon bimbit. Hotel tiada wifi. Nasib Marrybrown berhampiran ada. Kalau hujan reda, aku akan kesana untuk guna wifi.

Mengenai Pencarian Dalam Hidup

Maaf, aku terpaksa ulas komen ini di dalam post bertajuk "Destinasi".

tanpa nama berkata...
"Bro..apa kata kamu gi umrah...temankan mak ayah ke...sekadar cadangan....."

Pertama, aku ulang balik apa yang aku tulis di permulaan post,
Beberapa hari lepas aku terpandang iklan tambang murah MAS di internet. Cuma RM63 untuk ke Pulau Langkawi. Pergi balik, RM126 tunai. Murah sangat...

Setakat ini, itu kemampuan aku. Destinasi yang dekat dan mudah dikunjungi saja. Kalau boleh aku ingin berkereta ke destinasi yang aku senaraikan. Umrah memakan kos yang agak banyak, dan ianya masih di luar kemampuan aku buat masa sekarang.
Tetapi, terima kasih atas cadangan yang menarik itu. Bakal aku fikirkan caranya nanti.
Cuma tidak lepas dari aku memikirkan sesuatu yang sering aku fikir tetapi sukar hendak aku huraikan kenapa. Pertama, bila kamu membaca apa yang aku tulis ini, baca dengan fikiran yang terbuka. Kedua, ianya tidak bermaksud aku membelakangi Islam.
Orang Melayu terutamanya, selalu …

Destinasi

Beberapa hari lepas aku terpandang iklan tambang murah MAS di internet. Cuma RM63 untuk ke Pulau Langkawi. Pergi balik, RM126 tunai. Murah sangat. Aku sudah berkira-kira hendak menempah dan pergi di pertengahan Disember nanti. Atau selewat-lewatnya, Januari tahun depan.
Kemudian terdetik di hati ini, Langkawi sudah tiga kali aku kesana. Takkan dalam masa setahun dua ini akan berubah apa-apa.
Ada beberapa tempat di Semenanjung Malaysia ini yang langsung aku tidak pernah jejak, atau aku pernah pergi suatu masa dulu sewaktu aku masih kecil dan sehingga kini aku tidak pernah kembali. Aku mahu senaraikan di sini:

Rantau Abang - Pertama kali dan terakhir aku kesana seingat aku pada tahun 1983, sewaktu berusia 8 tahun. Aku ikut rombongan keluarga dan arwah Tok Wan ke Kuala Terengganu menjenguk Pak Ngah yang masa itu bekerja sebagai pegawai polis di Kuala Terengganu. Kami sempat mandi di Rantau Abang dan seingat aku, itulah antara pertama kali aku mandi laut. Aku langsung tak takut air dan tanpa…

Baju Melayu Oren

Empat tahun aku tidak beli/buat baju melayu baru untuk Hari Raya, minggu lepas aku beli sepasang warna oren. Puncanya, tema program adalah warna oren. Aku ke Jusco mencari-cari pakaian yang sesuai. Mulanya berhajat untuk membeli sehelai baju batik berwarna oren saja. Lebih mudah. Sedang asyik berjalan-jalan mencari, aku terpandang deretan baju melayu yang sedang dijual murah dengan diskaun 50%.
Aku panggil pekerja di situ dan bertanyakan soalan yang biasa aku tanya; warna apa baju tersebut. Warna yang aku pegang itu rupanya warna kuning, agak gelap. Aku ingatkan warna oren. Ketika hendak aku beredar dari situ, dia kata yang sebelah warnanya oren. Terdiam aku. Mati-mati aku ingat warna merah.
"Sure warna oren?" "Pasti." "Terima kasih. Saya rabun warna."
Dia cuma mampu tersenyum. Aku lebih tersenyum kerana aku jumpa set baju melayu warna oren dengan harga RM49.90, selepas diskaun 50%. Tambahan pula aku ada kupon diskaun Jusco sebanyak RM20 (walau sebenarnya aku …

Tukar Template

Aku sedang dalam proses mengubah template blog ini. Maaf atas kekeliruan kamu.

Beberapa Jam Kemudian

Selesai proses awal mengubah template blog ini. Apa yang berubah? Tidak banyak sangat. Tetapi sebenarnya aku sudah tukar kod-kod html kepada xml menggunakan template yang diperolehi dari internet. Aku ubah sedikit penampilan agar sesuai dengan web aku. Banner itu masih dalam proses 'designing' - (apa ye perkataan sesuai dalam Bahasa Malaysia?), jadi aku letakkan gambar sementara waktu.
Paling jelas adalah penggunaan font. Aku menggunakan font "Candara" yang ada tersedia dalam Microsoft Windows Vista sebagai font asas. Akan timbul masalah kalau ada komputer yang tidak mempunyai font tersebut, tapi aku sudah sediakan list font lain yang sesuai. Cuma bagi aku, font "Candara" ini lebih lembut dan cantik.
Akan ada beberapa proses lagi sebelum aku anggap template blog ini stabil. Aku mungkin akan tukar semuanya jika aku dapati ianya tidak menarik dua tiga hari kemudia…