Langkau ke kandungan utama

Minggu Ini Aku Hanya Bicara Mengenai Reunion MRSM Balik Pulau Sahaja


Kiranya minggu ini tema blog aku adalah Reunion MRSM Balik Pulau. Ikutkan memang ada banyak lagi gambar semasa reunion 2003 tapi letih aku nak mencari. Jadi aku masukkan apa yang ada depan mata.

Bila teliti balik gambar-gambar ni, aku nampak satu zaman yang sudah terlepas dari kita. Semalam aku lihat orang-orang yang berlainan dari yang pernah aku ingat 5 tahun yang lalu. Mungkin pada waktu itu usia masih muda (belum 30an) dan darah masih panas. Tapi sekarang aku lihat kebanyakkan dari mereka sudah cool dan sudah tenang hidupnya (aku tak pasti la yang restless di dalam). Kiranya sudah matang, mungkin.

Kalau 5 tahun dahulu boleh kita lihat beberapa orang yang judgemental terhadap orang lain, tapi semalam tidak lagi. Semalam yang hadir adalah mereka yang begitu senang bertemu sahabat-sahabat lama seperjuangan.

Mungkin sewaktu dinner nanti banyak yang diceritakan adalah mengenai keadaan hidup sekarang. Pastinya ada yang masih mahu mengimbau kenangan lalu (lantaran dengan adanya reunion sebegini).

Mahu saja aku mendesak beberapa orang seperti Hariman dan Azrul Hanidy turut serta. Tapi mungkin komitmen hidup mereka lebih membataskan ruang. Jadi, tak perlulah kita mendesak. Mungkin 5 tahun lagi mereka ada datang dengan senyuman dan menyertai kita.

Sebenarnya aku bangga apabila majalah maktab kita diberi nama Nostalgia. Benar-benar tepat dengan fungsi dan perjalanan hidupnya. Ketika Ema semalam merungut betapa rendahnya kualiti cetakan majalah tersebut. Tapi ketika ketika itu sekitar 1992, mungkin itulah yang terbaik. Mungkin kalau ada sumber asal, boleh kita hasilkan kembali Nostalgia 92 dalam bentuk yang lebih berkualiti, hebat dan berbaloi dengan kreativiti dan kesungguhan sidang redaksi ketika itu.

Mungkin juga, kalau boleh dicadangkan kepada Amron Roni, kita boleh pentaskan semula "The Untold Story From Hell" yang berjaya merangkul Drama Terbaik. Aku pasti Amron tidak keberatan melakukannya. Aku sanggup jadi sound engineer lagi. :-) Aku pasti juga Maktab tidak keberatan nak biarkan kita bermain dengan stroboskop dan langsir hitam penutup cermin makmal serta OHP (kalau masih ada).

Mungkin, kita boleh kembali pada malam 30 Ogos menanti tiba detik 31 Ogos dan kita melakonkan semula turunnya Union Jack serta kita bakar efigi penjajah tanda kemerdekaan negara kita. Baru aku sedar betapa kita semua benar-benar ditanam dengan semangat kemelayuan tahap maksima. Lagu Warisan kita nyanyikan sehingga mengalir air mata. Sekarang aku pasti ramai yang menjadi pengikut parti pembangkang dan juga non-partisan. Mungkin juga ada antara kita mempersoalkan melayu dalam hidup kita. Tapi ketika kita di Maktab, kita benar-benar sungguh patriotik.

Ya, ketika itu kita tertutup dari hal dunia yang sebenar tapi pemikiran kita sentiasa terbuka dengan keadaan. Pagar Maktab yang mengelilingi kita tidak langsung menjadi batu sempadan menghalang pergerakan kita (ada yang secara literal... heh!).

Aku tahu, ada dikalangan kita (termasuk aku suatu ketika dahulu) yang lari jauh dan bersembunyi di sebalik dinding. Lari dari sahabat-sahabat lain yang jauh lebih berjaya kerana kegagalan diri sendiri selepas keluar dari Maktab. Malah mungkin hingga kita masih ada di kalangan kita yang bersembunyi, malu mungkin dengan nasib yang menimpa diri. Hidup tidak seperti gahnya nama MRSM yang sepatutnya melahirkan insan-insan yang maha berjaya.

Semalam aku lihat tidak begitu. Kamu yang bersembunyi, kamu salah. Salah kerana menyangkakan kami akan perlekehkan kamu yang gagal. Kamu tidak gagal. Itu jalan kamu dan itu hidup kamu. Kami... Aku tetap kawan kamu. Kawan yang susah sama susah, senang sama senang sepanjang di Maktab dulu. Tidak guna menilai hidup orang lain. Lebih baik kita berbual sambil minum teh dan menjamah roti canai dan melupakan hal dunia sementara.

Tidak ada salahnya untuk mengimbau kenangan lalu... Kamu pasti akan tersenyum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon