Langkau ke kandungan utama

Fernando Torres, Sepanyol Dan Liverpool F.C.

Sepanyol menjuarai Kejohanan Bolasepak Negara Eropah (Euro 2008) di Vienna kelmarin hasil jaringan pemain Liverpool, Fernando Torres. Aku anggap pasukan yang sepatutnya menang telah menang dan aku puas hati. Sepanjang kejohanan berlangsung, hanya Sepanyol yang aku nampak bermain dengan begitu cantik dan berseni. Seperti melihat Brazil bermain bolasepak. Maka, wajar Sepanyol dianggap sebagai Brazil Eropah, bukannya Crotia atau Portugal.

Malah buat masa sekarang, Sepanyol adalah lebih baik daripada Brazil dari segi seni permainan bolasepak mereka. Jauh lebih cantik dan lebih hebat. Aku tengok pertandingan kelayakan Piala Dunia 2010 Zon Amerika Selatan dimana Brazil telah ditewaskan oleh Paraguay. Aku agak hairan ketika itu, adakah betul pasukan Brazil yang sedang bermain atau kelab divisyen 2 mereka.

Sekarang dengar pula khabar angin mengatakan beberapa pemain utama Sepanyol berminat untuk mewakili Liverpool. David Villa berminat katanya tapi harga beliau adalah terlalu tinggi untuk Liverpool. David Silva pun berminat. David Silva mungkin sesuai. Kalau digandingkan dengan Ryan Babel dan bermain sebagai sayap, harus kucar kacir pasukan lawan. Kalau ada David Villa yang merupakan kawan baik Fernando Torres, aku rasa pasukan lain bakal hadapi banyak masalah. Tapi aku lebih berminat untuk melihat Marcos Senna bermain dengan Liverpool. Kalau tidak dia pun, Xavi adalah salah seorang pemain yang hebat dan amat sesuai dengan Liverpool. Ia boleh membantu Gerrard bergerak dengan lebih bebas dan berkesan.

Apa-apa pun, aku masih tak fikir Liverpool mampu menjadi juara liga untuk musim hadapan melainkan Gillet dan Hick menjual saham mereka kepada Pak-Pak Arab Dubai dan mereka sanggup belanja jutaan Euro untuk membeli pemain-pemain yang hebat. Semua peminat Liverpool bencikan Gillet dan Hick, itu pasti. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon