Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Destinasi Hujung Minggu

Aku akan ke sini malam ini. Esok tiba. Rumah sahabat baik. Oh, diagram/kad kahwin ini aku yang buat.

Jersey... Baju Denim MRSM BP89ers

Aku paparkan 4 gambar contoh baju denim alumni MRSM Balik Pulau Batch 89 (BP89ers) yang dihasilkan sempena sambutan Jubli Perak MRSM Balik Pulau yang akan diadakan pada penghujung Julai nanti. Cuma aku nak pastikan, adakah perkataan "89ers" tu bermula dari idea aku atau sudah ada orang lain yang memikirkannya dahulu. Apa pun jua, ianya menarik dan amat sesuai digunakan. Tidak perlu lagi nak sebut ex-MRSM BP batch 89. Sekarang cuma BP89ers dan semua orang tahu. Aku mahu komen sikit dari segi baju dan design. Maaf kalau ada yang terasa.

Secara keseluruhan rekabentuk logo adalah baik walaupun ianya lebih bersifat korporat. Kalau itu tujuannya, maka logo ini adalah logo yang baik. Tapi pendapat aku, untuk logo sebuah komuniti alumni, perlu ada citarasa nostalgik. Penggunaan 4 warna rumah sukan mungkin membentuk nostalgik tersebut tetapi tidak signikan. Ianya lebih berbentuk meniru logo Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan MCOBA mereka sendiri secara sedar atau tidak.
Tetapi kita …

Penyatuan Sistem Pendidikan Sebagai Salah Satu Penyelesaian Masalah Integrasi Kaum di Malaysia

Kenapa, dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini perlu ada sekolah pelbagai aliran? Kenapa perlu ada sekolah kebangsaan, sekolah aliran cina dan sekolah aliran tamil serta sekolah aliran agama (berpaksikan Arab)? Apabila kita mempersoalkan kenapa wujud masalah integrasi kaum, kita tidak boleh lepas dari melihat kewujudan pelbagai aliran sekolah sebagai salah satu punca utama.
Pendapat aku, sekolah sepatutnya ada satu aliran sahaja iaitu sekolah kebangsaan yang memberi keutamaan kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa lain diajar sebagai bahasa pilihan, bukan sebagai bahasa pengajian. Pengajian agama pula dilakukan sebagai pengajian elektif atau boleh diwujudkan sekolah agama (baik apa agama sekalipun) sebagai tempat khusus untuk belajar agama mengikut agama masing-masing.
Bukan tujuan aku untuk mengasingkan agama dari pendidikan utama. Ianya kerana agama di Malaysia masih bersifat peribadi dan pilihan masing-masing. Agama Islam adalah agama rasmi tapi…

Star Wars : The Clone Wars

15 Ogos 2008 ini, sebuah lagi filem Star Wars baru akan muncul di pawagam. Star Wars - The Clone Wars adalah cerita antara filem Star Wars II : Attack of The Clones dan Star Wars III : Revenge of The Sith. Berbeza dengan filem-filem Star Wars yang lain, The Clone Wars adalah filem bercorak animasi sepenuhnya dengan sentuhan digital efek yang apabila dilayarkan, ianya menjadi seperti filem-filem anime Jepun. Lari dari tradisi animasi Barat ala Disney.
Kalau ada yang pernah tengok siri animasi Star Wars : Clone Wars, kamu pasti faham konsepnya. Cuma kali ini, animasi filem adalah lebih 'bersih' dan 'hidup'. Star Wars : The Clone Wars seterusnya akan disambung dalam bentuk siri animasi televisyen dengan tajuk yang sama yang akan ditayangkan di Cartoon Network. Maknanya aku kena langgan pakej Fun di Astro untuk menikmatinya...
Adalah dijangkakan sebanyak sekurang-kurangnya 100 episod akan dihasilkan. Banyak tu. Kalau setiap episod sepanjang 22 minit, maknanya ada lebih kuran…

Beli Tiket Bas Secara Online

Semalam beli tiket bas ke Johor Bahru. Member kahwin dan aku pergi sebagai jurugambar. Aku naik bas kerana kos menggunakan kenderaan sendiri adalah tinggi. Tol, minyak dan makan. Selama ini aku tak tahu yang ada syarikat bas ekspres Malaysia menawarkan perkhidmatan membeli tiket secara online. Apabila aku mengunjungi website Mara Liner untuk mendapatkan jadual perjalanan, ada sistem belian tiket secara online.
Menariknya, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit dan debit terus dari akaun bank. Lebih mudah, cepat dan tidak perlu berhadapan dengan ulat-ulat tiket di Puduraya. Tambahan pula, boleh pilih tempat duduk macam pilih tempat duduk panggung wayang. Sekarang. aku takkan beli tiket di kaunter tiket lagi melainkan perjalanan ke destinasi tersebut tidak dikendalikan oleh Mara Liner. Syabas Mara Liner atas usaha yang baik ini. Patutnya syarikat bas lain juga mencontohi usaha Mara Liner, ini termasuk Transnasional yang gah tu. Nama je besar tapi website menyusahkan.
Aku tak hairan k…

Antara Dua Darjat

Malam Ahad tempohari, aku sempat menjenguk Warna-Warna Malaysia yang diadakan di hadapan Palace of Justice. Ramai orang. Ramai pelancong asing. Meriah dengan bunga api dan persembahan-persembahan jalanan.
Tetapi semakin lama aku semakin tidak faham konsepnya. Pertamanya, betul-betul depan pejabat aku, ada kumpulan badut-badut sarkas dan orang Maori yang sebenarnya orang tempatan kita juga. Apa motif memainkan tarian Haka di pesta seni budaya tempatan? Apa motif badut sarkas? Tapi kalau kata hendak memeriahkan majlis, kira ok la. Sebab nak tengok majlis utama, lagi masalah.
Majlis utama diadakan di hadapan Palace of Justice. Ada dua buah tempat duduk bertingkat besar di kiri dan kanan tempat duduk utama. Tapi yang menariknya, tempat duduk utama begitu besar, berbumbung dan hampir sama besar dengan pentas persembahan. VVIP utama adalah Sultan Kedah, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan. VIP lain, ramai. Sejak bila kita membuat persembahan kebudayaan bercirikan motif pelanconga…

Buka Pintu Otak Dan Mula Berfikir

Sejak dari kecil, kebanyakkan dari kita diajar berfikir secara rasional, linear dan berdasarkan faktor-faktor persekitaran yang ada. Kalau disimpulkan, kita diajar untuk berfikir mengikut logik akal.

Apa yang ada di hadapan mata kita adalah itu, apa yang berada di hadapan mata. Lihat gambar atas, apa yang kamu boleh tafsir/bayangkan? Segi tiga, tiang, bulatan, gelung, arca dan seni. Itu pasti perkara yang pertama bermain di kepala.
Merujuk kepada cerita aku sebelum ini dan aku ingin beri pandangan mengenai mentaliti kebanyakkan rakyat Malaysia. Bukan, aku tidak menyalahkan mereka atau mencari salah sesiapa. Aku tidak ada hak untuk berbuat demikian. Cuma kadang-kadang agak frust apabila melihat orang terlalu berfikiran linear. Ianya berlaku di mana-mana, termasuk politik kita.
Selalunya, kita akan diberikan noktah-noktah kenyataan seperti, kita sudah biasa buat begitu, nak ubah apa lagi?cara ini yang selalu kita buat.untuk pergi dari point A ke point C, kita perlu lalui point B.Jadi, apa p…

Ideologi Filem Melayu?

Tadi aku berkira-kira dengan sahabat, filem apa yang mahu ditonton malam ini. Indiana Jones IV atau Narnia. Tapi seingat aku dia mahu menonton filem What Happen In Vegas semasa kali terakhir kami menonton dua minggu lalu. Jadi mungkin atas sifat give and take, aku akan menonton What Happen In Vegas. Narnia dan Indiana Jones IV boleh ditontoni kemudian.
Filem melayu terakhir aku tonton di wayang adalah Congkak atas ajakan kawan-kawan pejabat. Semasa di dalam panggung, sepanjang cerita aku ketawa dan komplen itu ini mengenai cerita tersebut sedang kawan-kawan ada yang terkejut, ketakutan dan menutup muka apabila adegan seram terpapar di layar. Untuk Congkak, aku benci sistem bunyinya. Kalau tidak kerana bunyinya, aku tak fikir orang akan terkejut. Bunyinya juga terlampau kuat dan berulang-ulang hingga menyakitkan telinga dan menjadi amat-amat bosan. Namun apa yang perlu dipuji adalah penggunakan efek visual yang semakin maju dalam filem-filem Melayu.
Ada beberapa pemerhatian lain mengenai…

Wallpaper

Wallpaper iMac opis aku. Terima kasih atas shot yang menarik. Gambar ini diambil di Tanjung Gelora, Kuantan, Pahang. Puisi pendek itu aku hasilkan sendiri. Baju hitam yang dipakai baru sehari dibeli. Badan gemuk itu sudah 2-3 tahun begitu.

Teori Politik?

Politik Malaysia:Bersifat perkauman yang amat nyata, mana pihak sekali pun.Dengki dan dendam adalah sebahagian daripada permainan malah sudah menjadi rutin sehingga ianya menjadi biasa dan tidak dipersoalkan lagi. Malah setiap tindakan dendam dan dengki itu adalah dianggap sebagai sebahagian daripada cara berpolitik.Kronisme, mana pihak sekali pun.Apabila sesuatu parti politik itu berkuasa, maka keuntungan dan kepentingan ahli dalam parti politik yang lebih diutamakan daripada kepentingan semua orang.Lebih bersifat peribadi. Cakap pada aku siapa ahli politik yang benar-benar berjuang dalam politik untuk kepentingan orang lain semata-mata?Tidak telus dan tidak mungkin akan telus.Menjadikan demokrasi, liberalisme, sosialisme dan apa saja isme dalam politik cuma sebagai alat menghalalkan cara, tanpa mempedulikan etika dan maksud isme itu sendiri.Tidak pedulikan suara majoriti yang sebenar.Lebih bersifat memecah belah daripada bersatu padu.Hanya untuk peguam, ahli korporat dan golongan-go…

Akram Shah

Kawan-kawan 89ers MRSM Balik Pulau, aku jumpa satu blog dari salah seorang senior kita yang amat-amat kita kenal. Aku pasti.
Blog Akram Shah Muamar Ubaidah. Mungkin ada daripada korang yang sudah tahu. Aku cuma baru tahu hari ini. Sudah aktif berpolitik rupanya anak Sanusi Junid seorang ni.

Banner & Iklan

Lama sudah aku memikirkan untuk membuat banner sendiri bagi blog ini. Sebentar tadi baru ada ruang masa dan idea untuk buat. Ini hasil kerja 15 minit. Jadi tidaklah sebaik mana. Aku cuma guna smudge tools dan satu jenis brush.
Sekarang ada banner, rasa meriah sikit blog aku. Aku pun dah letak balik iklan. Fikir-fikir balik,  takde guna nak politically correct sangat dengan blog sendiri. Kalau terasa nak buat duit, buat je. Blog aku.
Setakat ni AdSense aku ada $2.10 USD dan beberapa web ads lain setakat lebih kurang RM5.00 hasil orang klik pada iklan yang terpapar. Sikit. Biarlah.
Kalau boleh setiap post aku mahu letak gambar. Jadi tidaklah kosong sangat cacatan atau tidak la bosan sangat untuk dibaca.

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul
Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar.

Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat.
Sebentar tadi aku …

The Beatles On The Rooftop

Rasanya, persembahan terakhir The Beatles, di atas bumbung syarikat rakaman mereka di London. Damn you Yoko Ono!


The Beatles On The Rooftop - 1


The Beatles On The Rooftop - 2


The Beatles On The Rooftop - 3

:-)

Tengah Hari Tadi

Salah satu punca aku tak berapa suka makan di kafe opis terutama bila dengan seorang perempuan, akan tiba di telefon bimbit beberapa sms;
"Tahniah, dia memang sesuai untuk awak."
"Baguslah Dan, dah ada awek. Bila lagi?"
Pelik juga aku. Memang mereka tunggu ke saat bila nampak aku makan berdua dengan seorang perempuan?
Kemudian dengan mata yang memandang... Boleh tembus baju batik aku tadi. Kamu takde kerja lain ke? Makan saja lah.

Lakaran Batik Hidup Aku

Hari ini aku berbaju batik. Sebenarnya aku lebih selesa berbaju batik kerana yang utamanya, aku tidak perlu tug-in baju ke dalam seluar. Aku tidak minat berbuat begitu. Kalau boleh aku mahu berbaju t dan berseluar trek saja. Senang dan selesa.
Banyak duit habis untuk membeli pakaian kerja sebenarnya. Nasib juga aku bukan jenis suka berfesyen dan mengikuti perkembangan fesyen semasa. Aku tidak akan set rambut ala Mohawk (yang amat-amat ketinggalan zaman) dan berkasut kulit fesyen terbaru yang bermuncung panjang. Aku pakai apa yang aku selesa pakai. Ianya berlaku sejak 1991-1992 semasa di sekolah. Sebelum dari itu, kiranya aku ikut juga perkembangan fesyen. Aku pakai seluar ketat mengikut arus rock yang hebat ketika itu. Aku sanggup upah member untuk menjahit mengecilkan seluar semata-mata untuk nampak rock.
Menjelang 91-92, apabila aku sudah perlu membuat pakaian sekolah baru, aku fikir aku mahu pakai pakaian yang senang saja. Tidak perlu berfesyen mengikut arus semasa. Jadi aku pakai se…

Oh, Bodohnya...

Aku harap aku dapat huraikan semua ini dengan lebih 'lembut' atau bertimbang rasa lagi. Tapi aku rasa ianya agak susah untuk aku fikirkan. Ini semua berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling aku, dan terhadap aku juga.

Mulanya aku macam tak percaya bila orang bercinta letak beberapa peraturan untuk mereka bercinta. Pelik tapi tidak mustahil. Ye la, aku tahu ada yang letak peraturan tapi aku tak fikirlah ianya berkaitan dengan masa, keadaan, cara dan segalanya yang aku rasa tak sepatutnya orang bercinta buat. Apa motif bercinta kalau kamu letak peraturan itu ini? Apa yang menarik sangat dengan peraturan?

Lelaki : Saya mahu berehat sehari dalam seminggu di hujung minggu kerana perlu basuh kain, kemas rumah dan mungkin bertemu kawan-kawan.

Basuh kain? Kemas rumah? Okay, basuh kain mungkin aku boleh terima. Tapi kemas rumah setiap minggu? Arrghhh.... Kalau kamu metroseksual mungkin. Tapi kamu BUKAN lelaki metroseksual. Kamu tidak cukup hensem untuk jadi seorang metroseks…

Kenapa PM Boleh Naik Kereta Laju Atas Highway?

Semasa dalam perjalanan balik tadi, aku guna Lebuhraya baru KL-Putrajaya. Jalan lurus, lampu limpah sepanjang jalan dan tiada jem (setakat ini).
Tidak lama aku berada di atas lebuhraya tersebut, ada cavalcade lalu. Perdana Menteri (sebab aku kenal no. 13 pada plat kereta beserta dengan 2 buat motosikal Moto Guzzi sebagai eskot di kiri kanan kereta beliau. Laju. Mungkin lebih dari 150km/j.
Aku pernah tengok Agong punya cavalcade, tapi rasanya tidak semeriah cavalcade PM. Mungkin PM lebih banyak risiko berbanding dengan Agong. Mungkin.

Ulat Puduraya

Kalau kamu ke Puduraya dan mahu beli tiket di kaunter, bukan dengan ulat, apabila dihampiri ulat dan ditanya oleh mereka depan muka kamu sama kamu mahu tiket atau tidak, cakap saja sudah beli. Atau,
"Brader, nak kemana?" "Tak kemana-mana..."
atau
"Brader, nak kemana?" "Saja jalan-jalan..."
atau
"Encik, mau beli tiket?" "Tak, saya cari toilet..."
atau
"Encik, JB, Ipoh, Melaka, Penang, Singapore..." "Saya baru sampai dari sana..."
Aku heran, kata dulu ulat ni tak boleh. apa si polis gemuk buat berdiri tepi kedai Dunkin Donut? Tunggu donut free ke? Sekarang ulat lebih kurang sama banyak dengan orang yang datang beli tiket.

Si Bisu Dengan Nokia N70

Tadi aku hantar Aliah ke Puduraya. Dia balik Johor Bahru dengan bas. Sementara tunggu aku, aku duduk minum di KFC depan Puduraya. Semasa aku beratur menunggu giliran membeli makanan, ada sekumpulan orang bisu beratur di sebelah.
Aku tak peduli sangat mengenai keadaan bisu mereka. Aku cuma agak tertarik dengan penampilan dan gaya mereka. Aku kira mereka dalam usia awal 20an dan mungkin belajar di mana-mana kolej atau institusi khas untuk OKU di KL. Fesyen mereka up-to-date. Malah jauh lebih bergaya dari aku yang cuma berseluar trek dan berbaju t-shirt round next hitam dengan sandal Croc tiruan.
Salah seorang daripada mengeluarkan telefon bimbit dari beg. Nokia N70. Aku yang boleh bersuara ini cuma guna Samsung C130 berharga RM180 ketika aku beli dahulu. Ini seorang bisu menggunakan Nokia N70. Untuk apa? Ya, itu hak mereka. Tapi still, agak pelik. Aku berfikir seorang diri hingga selesai beli makanan dan duduk dengan Aliah tidak jauh dari kumpulan orang bisu tersebut. Aku bicarakan hal ya…

Ilmu Baru

Potfolio aku sudah bertambah lagi satu. Design kad undangan perkahwinan. Setakat ini aku dapat dua dan sudah siap kedua-duanya. Satunya simple dan straight to the point walaupun design agak radikal berbanding dengan norma-norma kad undangan perkahwinan biasa. Mungkin kerana sampulnya nanti lebih hebat maka kad pada aku biarkan saja agak biasa. Neutral konon. Ini adalah atas permintaan Bos Besar sendiri untuk majlis perkahwinan anaknya.
Satu lagi aku design untuk kawan baik aku, Aliah. Dia bakal melangsungkan perkahwinan penghujung Mei ini dan dia mahu aku design kad undangan perkahwinan yang lain daripada yang sedia ada. Untuk kawan-kawan baik katanya. Jadi aku design satu. Dia suka. Tidak ada banyak beza dengan design yang sedia ada di pasaran, cuma lebih personal dan lebih detail.
Ruginya tak dapat aku post ke internet kedua-dua kad tersebut. Ini kerja amatur dan aku masih perlu banyak belajar.
Sekarang agak kurang sibuk walaupun yang mendatang masih besar. Laporan tahunan dalam progre…

Tidur

Aku tidur dari jam 9 malam hingga ke subuh tadi. Letih sangat la agaknya tu. Patut la semalam lembik je aku buat kerja.

Che Det

Oh ya, Tun Dr. Mahathir Mohammad sudah mula BLOG. Bagus juga. Tapi kiranya dah 8 tahun lewat dari aku.
Tunggu Pak Lah pula blog. Berani tak dia?