Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Kurang Sihat

Aku mahu menulis tetapi malam ini selesema datang tak diundang menyebabkan kepala otak jadi berat dan susah untuk berfikir. Hidung tersumbat dan asyik bersin. Sukar hendak bernafas dengan selesa. Begitu keadaannya. Batuk pula semakin datang menjelma. Aku mahu menulis perihal staf yang memberi seribu alasan apabila ditawarkan untuk berkursus selama dua tiga hari. Bait-bait perbualan antara beliau dan pegawai aku masih terdengar di ruang otak dan ianya melucukan. Tunggulah selesema ini reda. Aku mahu tidur, rehatkan diri.

Aku Ada Depan Mata Kamu!

Realitinya, aku tak minat dengan Facebook, atau Friendster, atau MySpace, atau Tagged atau segala macam mak nenek community website yang tumbuh sekarang. Ya, aku ada akaun Facebook  dan Friendster , tapi maaf, aku tak rajin dan takkan rajin untuk update ruangan tersebut. Bukan aku tak nampak apa motif dan kebaikannya. Malah kalau lihat dari Facebook, sahabat-sahabat lama yang berbelas tahun tidak ditemui boleh aku nampak di situ sekelip mata. Manakala di Friendster pula, member-member opis sudah ramai yang join komuniti Friendster opis sedang aku hanya melihat. Tak minat. Aku tak minat nak upload segala gambar peribadi ke ruangan tersebut walaupun aku pasti ramai yang hendak melihat kadar gemuk aku sekarang. Aku rasa blog ini sudah cukup. Hampir setiap hari aku post di blog ini dan kebanyakkan berkisarkan dengan hidup aku. Aku tidak suka Facebook dengan ratusan atau ribuan add-ons, tools dan sebagainya yang dijemput orang kawan-kawan kamu agar kamu menyertainya. Aku tak suka friendster

Kerja Ini

Sepatutnya warna biru. Entah kenapa bila convert jadi warna lain. Pelik. Ini latar belakang untuk sebuah buku program. Masih dalam pembikinan. Harapnya dapat aku siapkan dalam hujung minggu ni.

Selepas Ribut

Setelah selesai lawatan Dato' Seri Syed Hamid Albar ke JPN tadi. Penat dan aku rasa tenaga aku cuma tinggal suku saja.

10 Tahun Yang Hilang

Saat ini terasa ingin memberi tribute kepada sesiapa yang pernah aku kenali. Mereka sejak 10 tahun lalu aku kenali mengenai cara ini, internet. Namun aku tidak berupaya untuk melakukannya. Benak ini bisu untuk berkata-kata kepada jari jemari aku agar diterjemah dalam baris-baris ini. Aku membuka kembali kotak email lama. Email aku, idan_alias@yahoo.com adalah email pertama yang aku miliki. Mungkin aku pernah miliki email Hotmail namun ianya sudah lama berkubur. Namun dia idan_alias@yahoo.com, aku masih dapat membaca email-email lama kiriman sahabat-sahabat yang pernah aku kenali suatu masa dahulu. Email paling lama dalam peti email adalah bertarikh awal tahun 1999. Hampir sepuluh tahun yang lalu. Begitu pantas masa berlalu. Email-email kepada Lily dan Ida Izwani (kawan baik dalam internet) masih terpelihara baik dalam kotak email Yahoo!. Tapi entah untuk berapa lama lagi. Aku perlu backup semua email tersebut. Itu kenangan yang amat sukar untuk dilupakan. Mereka melayan bual bicara aku

Detik

Post 448. Aku tunduk menghadap keyboard iMac. Aku sepatutnya menulis, "Mampukah aku lari dari semua ini. Aku tidak mahu bersembunyi. Aku cuma mahu berdiam diri dan tidak lagi berkata-kata kepada sesiapa pun lagi." Meja komputer rumah ini sudah berdebu. Sudah lama kosong daripada sebuah komputer. Aku menyapu debu dengan tangan. Tidak selesa. Aku sepatutnya juga sudah menulis sesuatu lama dahulu. Sekurang-kurangnya sebuah cerita pendek. Lagu yang berkumandang di iTunes sengaja aku ulangkan sementara aku habiskan entry ini. Kerana mood, mungkin. Sudahlah Idan, jangan pedulikan lagi dunia...  

Rosmawati

Aku pernah bercerita mengenai Rosmawati suatu masa dulu. Mungkin sekitar penghujung 2006. Kami berpacaran seketika walau tidak pernah bertemu muka. Kemudian aku mendiamkan diri. Aku lakukan kerana aku tidak mampu menahan desakan dia untuk bertemu dan mungkin lebih dari itu, settle down. Jawapan mudah dari mulut aku; aku belum bersedia. Maka aku dan dia terputus hubungan buat beberapa ketika. Lama selepas itu aku kembali menghubungi dia tak kala hidup aku sunyi tanpa sesiapa di sekeliling. Lalu Rosmawati berkata agar tidak lagi mengharapkan dia dalam hidup aku. Sebulan yang lalu dia beritahu aku yang dia sudah bertunang dan sebentar tadi dia beritahu aku dia akan berkahwin penghujung Mei nanti. Kadangkala aku seperti sengaja melepaskan peluang yang amat terbuka di depan mata. Mungkin itu satu-satunya peluang yang aku ada. Mungkin. Apabila dalam keadaan begini, mahu saja aku menyesali tindakan aku. Namun sesal itu sudah tiada makna dalam kamus hidup aku.  Aku pasti Rosmawati adalah seora

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Julai nanti MRSM Balik Pulau akan mengadakan majlis reunion beserta sambutan ulang tahun ke 25 penubuhan Maktab. Aku pasti akan pergi, insyaAllah. Bila lagi mahu pergi dan bertemu sahabat-sahabat lama? Apa yang sering membuat aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan mengenai saat-saat semasa di MRSM Balik Pulau dahulu. 1. Medan Kasa - inilah port untuk sesiapa saja datang duduk dan berehat, dating, sambut keluarga yang datang dari jauh, study (konon), bergaduh, berhimpun, beratur beli nasi lemak Pak Ya dan banyak lagi perkara. Kalau dulu masa zaman aku sekitar 1989 - 1992, sebahagian dari Medan Kasa adalah open air dengan meja dan kerusi batu menjadi tempat lepak utama. Aku masih ingat kata-kata lucu Cikgu ekspetriat (betul ke ejaan ni?) dari England, Mr. Chris yang hairan melihat seorang student yang tidak lekang walkman di telinga sehingga dia bertanya, "Adakah dia dilahirkan dengan walkman di telinga?" Aku ingat, selalunya bebudak lelaki yang duduk di situ tidak kira b