Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Aku Serius Dengan Fotografi

Aku sudah beli sebuah kamera digital SLR (akhirnya!). Walaupun setakat kamera entry-level, ianya sudah cukup baik untuk aku buat masa sekarang. Tidak perlu ucap selamat datang untuk aku ke dunia SLR. Aku sudah guna SLR sejak 1991. Kemudian hiatus 10 tahun dan sekarang sambung balik.
Aku beli sebuah kamera SLR digital jenama Canon, model 400D. Sebenarnya tidak lama lagi akan keluar model 450D dengan enjin Digic 3 yang jauh lebih bagus. Tetapi aku fikir ianya takkan mampu untuk aku beli, jadi baik aku settle dengan entry-level canon ini. Pejabat aku sendiri menggunakan 350D jadi menggunakan 400D, tidak ada masalah. Cuma tiada lagi skrin monochrome tambahan di atas skrin LCD. Resolusi piksel juga sudah bertambah ke 10.2. AF point juga sudah bertambah dari 7 ke 9 point. Kemudian ada Custom WB shift yang aku ingat 350D memang takde. Ini lebih senang untuk aku guna.
Sebenarnya aku hendak dapatkan lensa ini, Canon Zoom Lens EF24-105 IS USM.


Tapi, harganya cukup mahal untuk aku batalkan saja nia…

Mengejar 10 Tahun Yang Hilang

Perlukah aku ceritakan di sini mengenai hidup ini yang semakin bahagia sedang engkau tidak pernah lihat bagaimana bahagia aku? Atau masa sedih aku? Cukup sekadar menceritakan yang aku amat bahagia sekarang kerana pencarian aku selama hampir 10 tahun sudah tiba di penghujungnya, mungkin. Aku sebutkan mungkin kerana ianya masih liku terakhir dan aku masih sedang berlari pantas untuk menggapainya.
Kalau pun aku gagal di penghujungnnya nanti, aku tidak kecewa dan tidak akan bersedih kerana aku tahu keadaannya dan aku terima segalanya. Cuma bukan masa aku dan benar, aku agak terlewat untuk memulakannya.
Sekarang aku sentiasa tersenyum membaca SMS yang tiba di kotak mel handphone aku. Itu yang pasti. Kerana kata-kata dan jawapan yang diterima begitu indah untuk cuma dibiarkan begitu saja. Engkau mungkin tidak merasakannya, tetapi 10 tahun itu adalah begitu lama untuk mencari. Bila di pertengahan perjalanan itu aku disuakan dengan manisan dan bahagia seketika. Tetapi yang ini aku rasakan sesua…

Mencari Kamera Digital SLR

Sudah lama tidak menulis. Seminggu masanya aku tidak menaip baris-baris ayat untuk dibaca oleh pembaca (kalau ada).
Isnin lepas aku pulang dari Cameron Highlands setelah menjadi urus setia kursus di sana. Kalau ke-3 aku di Cameron Highlands dalam 3 bulan. Setiap bulan pasti akan ada sekali aku ke sana kerana kursus yang dijalankan ini hanya sesuai diadakan di Cameron Highlands. Tugas spesifik aku adalah sebagai jurukamera dan jururakam video. Kerja menarik tetapi amat memenatkan.
Kemudian dari Kelmarin hingga ke saat tadi aku tidak mampu hendak meluahkan apa yang terbuku di hati kedalam ruangan ini. Seperti yang aku perkatakan sebelum ini, aku tidak mahu selalu menceritakan hal-hal yang sudah berlaku. Bukan tidak ada yang hendak ditulis tetapi tidak ada yang perlu ditulis lagi.
Aku sudah dapat 2 projek fotografi untuk majlis perkahwinan. Bayaran agak lumayan. Semuanya akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Jadi aku perlu dapatkan set kamera digital SLR sekarang untuk biasakan diri. Harit…

Aku Cuma Terasa Ingin Menulis

Sehingga Mac, aku sudah hasilkan 66 post, tidak termasuk yang ini. Banyak. Kalau tahun selepas, aku dapat hasilkan sebanyak 140 post untuk sepanjang tahun. Sebenarnya, kalau hendak diikutkan aku boleh menghasilkan lebih banyak post sehingga ke hari ini. Namun begitu aku sebenarnya sedang meletakkan halangan dan batasan dari menulis tentang beberapa perkara. Mengenai kehidupan personal misalnya, seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak lagi mahu menceritakannya. Aku mahu terus melupakan apa yang telah berlaku.
Ini kerana ada kalanya aku akan baca balik apa yang pernah aku post dan realitinya aku kurang senang dengan apa yang aku tulis sebelum ini. Tidak semua, tetapi ada beberapa daripadanya. Kamu juga perlu tahu, setiap penulisan aku adalah secara spontan dan tidak langsung di edit balik. Maka tidak hairan kalau kamu selalu terjumpa salah ejaan. Bukan disengajakan. Aku tak suka rehearse dalam penulisan kerana kalau aku berbuat demikian, hasilnya nanti jadi seperti plastik. Begit…

Muzik Dalam Hidup

Alang-alang bercerita mengenai muzik, biar aku ceritakan sikit (mungkin sekadar 2 perenggan) muzik-muzik yang mempengaruhi hidup aku hingga kini.
Aku agak lewat dalam mula meminati muzik. Sehinggalah aku ke MRSM Balik Pulau pada tahun 1989, muzik tidak lebih dari sekadar yang didengar dan yang ditahui wujud. Sudah semestinya ada Sudirman dan Khatijah Ibrahim. Francisca Peters dan Kenny Remy Martin (Ku Petik Bintang-Bintang). Ini yang aku ingat saja tau. Lagu inggeris yang aku fikir begitu signikan dengan hidup aku ketika itu adalah Beat It, Thriller, Billy Jean, Uptown Girl dan Every Breath You Take. Ah, aku sebenarnya tidak pasti apa yang aku dengar sebelum 1989. Yang pasti di dalamnya ada Anuar dan Elina kerana semasa aku form 1, Elina form 6 di SMK Clifford Kuala Kangsar dan dia pernah minta aku tolong ambilkan air minuman untuknya selepas menyanyi di sekolah. Serta Ruhil Amani kerana aku pernah pergi menonton konsertnya di padang SMK Clifford dan sempat berbual dengannya di belakan…

Iron Maiden Di Pagi Buta

5.30 pagi dan aku sedang mendengar Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son. Lagu lama dari album lama sebuah kumpulan lama. Aku mula mendengar lagu-lagu Iron Maiden semasa di MRSM Balik Pulau sekitar tahun 1989. Semasa form 2. Aku sukakan melodi dan gaya nyanyian Bruce Dickinson yang memang hebat.
Bermula dengan album Seventh Son of a Seventh Son, aku terus mencari album-album lain (beli kaset je la) seperti Powerslave dan Somewhere In Time. Album terakhir yang aku beli adalah Fear of The Dark, sekitar tahun 1992. Lepas tu aku terus minat dangdut... Hahaha. Tak, selepas daripada itu, Bruce Dickinson keluar dari Iron Maiden dan diganti oleh Blaze Bayley yang nyata tidak dapat menandingi kehebatan vokal Bruce Dickinson. Apa saja album yang dikeluarkan selepas itu  tidak aku beli.
Kira-kira 2 tahun lepas aku berjalan-jalan di Pertama Complex. Terfikir untuk mencari semua CD atau kaset Seventh Son of A Seventh Son. Teringin nak dengar kembali lagu-lagu lama sewaktu aku membesar di MRSM B…

Meninggalkan Semalam

Sampai suatu masa, tidak terasa langsung hendak menulis mengenai apa-apa walaupun ada sesuatu yang berlaku. Kerana niat di hati ini hanya untuk melupakan saja apa yang telah berlaku dan tidak perlu lagi dipersoal dan dibicara. Tidak mahu ianya menjadi sejarah dan tidak mahu ianya menjadi kenangan. Lupa itu sudah cukup untuk mengubat duka.
Seperti semalam. Hendak saja aku lupakan semalam untuk selama-lamanya. Maka aku tidak mahu menulis apa-apa mengenainya di sini. Cukup sekadar aku katakan aku mahu lupakan semalam.
Cukup.

Menunggumu

Chrisye feat. Peter Pan - Menunggumu

Didalam sebuah cinta…terdapat bahasa
Yang mengalun indah…mengisi jiwa
Merindukan kisah…kita berdua
Yang tak pernah bisa…akan terlupa

Bila Rindu ini..masih milikmu
Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu
Harus berapa lama..aku menunggumu..
Aku menunggumu…

Didalam masa indah…saat bersamamu
Yang tak pernah bisa…akan terlupa
Kenangan masa yang…menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta…aku bertanya

Bila Rindu ini..masih milikmu
Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu
Harus berapa lama..aku menunggumu..

Dalam hati kumenunggu..
Dalam hati kumenunggu..aku…
Dalam benak kumenunggu..
Dalam hati kumenunggu..aku…
Masih menunggu….

Bila Rindu ini..masih milikmu…
Kuhadirkan sebuah..
Harus berapa lama…Harus berapa lama…
Aku menunggumu..aku menunggumu..

Mereka Tidak Nampak

Kadang-kadang apabila aku melihat rakan-rakan sepejabat, aku terkedu. Aku fikirkan betapa senang kerja mereka setiap hari (aku tahu pasti mereka akan menempelak kenyataan ini) yang cuma perlu datang dan pulang serta menyiapkan kerja-kerja generik. Maksud aku mereka bekerja berlandaskan struktuk kerja yang telah disusun dan tidak perlu berubah sekerapnya. Kiraan kos, surat menyurat, pengurusan dan semua itu adalah kerja-kerja generik yang sebenarnya memerlukan kerajinan dan kesungguhan sahaja. 
Sedang aku berhempas pulas untuk memikirkan corak, warna, design, bentuk dan apa saja yang berkaitan dengan kerja-kerja aku sebagai seorang yang ditugaskan khusus untuk menghasilkan majalah, buku dan apa saja kerja-kerja percetakan jabatan. Nampak selalu aku diam tidak melakukan apa-apa. Sedang dalam kepala mencari-cari idea yang sudah lama hilang. Aku pulang kerumah dengan kepala ini setiap hari dilanda migrain dan tidak ada sesiapa yang tahu. Tidak perlu aku tunjukkan di pejabat kerana nanti ak…

Hah, Aku Dah Agak!

Aku dah cakap, takkan mungkin. Semua itu hanya mimpi. Pandai-pandai je nak mengelamun lebih-lebih.
Aku rasa baik aku diam saja selepas ini.

Mencari Yang Lain

Oh ya, aku sudah lupa bagaimana hendak kecewa. Atau apa itu kecewa. Mungkin hidup aku kini tidak lebih dari melalui hari-hari yang sinikal. Maka kecewa itu kelihatan seperti sketsa lucu dalam hidup ini. Entahlah. Mungkin begitu. Tetapi aku biarkan saja ianya menjadi begitu. Apa perlu untuk benar-benar berasa kecewa, bukan?

Aku suka angin yang bertiup damai di tepi pantai di Port Dickson ini. Aku sebenarnya tidak pernah suka Port Dickson. Mungkin selama ini ianya terlebih-lebih digambarkan atau mungkin juga tempat yang aku kunjungi sebelum ini tidak menarik minat baik dari segi pantainya atau keadaannya.

Namun di sini berbeza. Pantainya bersih (lebih bersih dari biasa di Port Dickson) dan cuacanya juga indah. Menyenangkan hati sepanjang amsa aku berada di sini. Walaupun hingga isnin minggu depan, tetapi sudah cukup. Aku datang dengan suatu tujuan rahsia (akhirnya tidak tercapai tujuan itu) dan suatu tujuan yang aku war-warkan sepenuh hati agar orang tahu. Aku mencari idea. Itu yang aku b…

Port Dickson

Port Dickson. Aku yang memohon dari Bos untuk kesini dengan alasan untuk mencari ketenangan dan mencari idea-idea yang tidak terungkap di sebalik kubikel biru pejabat. Aku perlu ilham. Aku perlu kedamaian untuk meluahkan kreativiti yang terpendam di benak otak ini.
Malam semalam aku temui beberapa cebis idea-idea tersebut semasa leka melihat anak-anak ketam berlari menjauhkan diri dari aku. Aku lihat gurisan pasir hasilan alunan ombak yang cantik dan ianya memberi inspirasi untuk aku berkarya. Aku berbual-bual tanpa batasan mengenai senario politik Malaysia bersama seorang yang mempunyai pendapat dan keluhan yang sama dengan aku.
Aku mengenali beberapa orang yang baru. Mereka semuanya mesra dan ceria.
Aku menemui ketenangan. Walaupun untuk sementara ini, tetapi mungkin cukup untuk aku berkarya dan mencari idea untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu dan dihargai.
Syukur aku memilih untuk menghabiskan masa aku di sini walaupun dalam kesempitan waktu menjadi urus setia kursus. Cuk…

Idea Kreatif Automatik Dibeli Melalui Mesin Tiket KTM Komuter

Sekali sekala apabila kita melakukan kebaikan kepada orang lain walaupun ianya cuma sekecil zarah, kita dihargai biarpun hanya dengan ucapan terima kasih. Selalunya manusia tidak mencari lebih dari itu, tidak lebih dari ucapan terima kasih. Ianya sudah cukup untuk membuat kita tersenyum puas dengan apa yang telah kita lakukan. Mungkin aku begitu. Aku tidak mahu apa-apa penghargaan yang hebat-hebat. Cukup sekadar terima kasih.
Namun ada juga manusia yang tidak tahu untuk menilai hasil kerja orang lain, apatah lagi mahu memberi sedikit penghargaan atas usaha dan kerja yang telah dilakukan. Selagi boleh, mahu saja mereka mempergunakan kita untuk apa saja dan setiap arahan yang diberikan, diletakkan juga dari mana punca datangnya. Biasanya mereka akan mengatakan bahawa ianya arahan bos. Secara automatik semua kerja wajib disiapkan mengikut tempoh masa yang 'ditetapkan oleh bos'. Aku yakin selalunya bos yang mereka rujuk itu adalah diri mereka sendiri.
Hari ini aku berada dalam keada…

Politik Untuk Semua

I have found new respect for The Sun. Itu yang aku mahu sebut tetapi tiada istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia. Aku temui rasa hormat kepada The Sun? Mungkin.
Kerana apabila aku membelek setiap mukasurat akhbar tersebut hari ini, aku rasa aku dapat membaca buat pertama kalinya sebuah akhbar yang neutral dari segi pandangan dan penulisan. Malah tidak keberatan untuk aku katakan walaupun ianya percuma, harga (value) akhbar The Sun adalah 10 kali lebih tinggi dari semua akhbar/media arus perdana lain.
Berita mengenai Pilihanraya Umum ke-12 disiarkan dalam keadaan neutral di mana berita mengenai parti Barisan Nasional dan parti-parti pembangkang adalah sekata dan tidak terlalu memihak kepada mana-mana kem. Itu yang sebaik-baiknya untuk semua media dalam memberi maklumat yang jelas dan adil kepada pembaca. Perlu diingatkan bahawa pembaca masa sekarang sudah bijak terutamanya golongan muda dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan hasutan halus dalam penulisan-penulisan berita. Ini tahun …

Mengundi Hari Ini Untuk Hari Esok

Aku tidak mahu membicarakan hal-hal politik. Politik di Malaysia ini terlalu kotor sifat dan keadaannya. Satu undi aku tidak cukup untuk membersihkannya. Jadi aku tidak mahu membicarakan hal-hal politik.
Setelah aku menghantar seorang rakan ke LCCT pagi tadi, aku lalui jalan dalam (bukan lebuhraya) untuk ke Putrajaya. Tiba di Dengkil dan waktu itu masih hujan walaupun renyai. Aku lihat seorang budak lelaki sedang mengayuh basikal dengan tangan satu memegang handle basikal dan yang satu lagi memegang payung. Tidak ada apa yang menarik kalau ianya dilihat begitu saja. Cuma aku terpandang memek mukanya. Terpandang keringat yang keluar untuk mengayuh basikal sambil memegang payung. Aku tahu susah keadaannya.
Itulah salah satu kelemahan aku. Aku tidak suka melihat budak-budak dengan keadaan muka yang susah atau bermasalah atau bersedih. Aku tidak boleh melihat seorang budak kecil membayar cuma 20sen untuk membeli gula-gula bernilai 30sen. Kemudian pekedai menegur dan meminta baki 10sen yang …