Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

48 Jam Sehari

Sebenarnya aku sedang merancang untuk mengusung kamera SLR digital pejabat untuk merakam suasana pilihanraya. Perlu aku ingatkan, walaupun aku kerja kerajaan, aku nonpartisan. Jadi tidak perlu fikir gambar apa yang aku akan tumpukan. Aku mahu rakamkan sepanduk, poster dan papan iklan parti-parti politik yang aku fikir menarik dan amat-amat membosankan. Kalau terserempak, mungkin aku boleh ambil gambar pemasang poster. Atau ahli-ahli politik sedang berkempen. Itu yang aku mahu lakukan.
Tapi entah bila ada masa untuk aku lakukan semua itu. Banyak masa aku habiskan di pejabat. Selasa depan aku perlu ke Port Dickson untuk menjadi urus setia (sekali lagi, ejaan yang betul) kursus selama 8 hari.
Mungkin aku perlu ada 48 jam sehari...

frossonice.com Versi-3 Circa 1999 Ditemui!

Entah macamana aku tersesat ke Alexa, sebuah penyedia maklumat internet. Apa yang menarik adalah di dalamnya ada sebuah link ke WayBackMachine, di mana kita boleh lihat arkib kandungan internet sehingga 12 tahun yang lalu. Maka bermacam-macam kata kunci laman web laman lama aku telah aku guna untuk mencari mungkin ada laman web lama aku tersimpan dalam arkib.
Aku temui versi ke-3 dan seingat aku versi ini wujud sekitar tahun 1999. Sudah amat lama, hampir mencecah 10 tahun. Walaupun aku cuma dapat capai 4 laman web asal tersebut, ianya sudah cukup membuat aku tersenyum. Itu semasa aku begitu naif dengan internet. Sayangnya versi ke-2 tidak ada dalam koleksi arkib walau aku jumpa snap-shot laman web tersebut. Cuma ianya tidak dapat dipaparkan. Versi-1 sebenarnya tidak pernah ada.
Lihat SINI untuk versi-3. Korang pasti tersenyum.
Aku fikir aku takkan mungkin dapat temui versi-2. Satunya server asal sudah tidak wujud. Keduanya, sudah terlalu lama, 1998 mungkin. Tetapi tidak banyak bezanya de…

Bukan Rahsia Aku

Sudah aku duga sebenarnya manusia ramai yang berhasad dengki. Atau mungkin dalam kes aku, memikirkan bahawa mereka lebih mengetahui mengenai hidup aku dari aku sendiri tahu. Akibatnya mereka menceritakan apa saja yang mereka percaya ianya benar walaupun mereka sendiri mendengarnya dari orang lain sebelum ini dan mungkin orang lain itu juga mendengar dari orang lain sebelum itu. Akhirnya mungkin berita yang benar cuma jadi 10% betul dari kenyataan.

Entahlah, aku rasa kecewa. Aku tidak kecewa kalau ianya tidak menyusahkan orang lain. Tetapi aku kecewa kerana ianya telah menyusahkan orang lain dan juga merugikan aku sedikit sebanyak. Aku yang sekarang perlu pergi dan memperbetulkan keadaan.

Letih...

Kisah Baju Batik Baru, Jumper dan Mengenai Seseorang

Semalam aku beli dua helai baju kemeja batik dengan harga RM120. RM60 sehelai. Murah. Kira aku dapat separuh harga kerana harga asal sehelai adalah RM120. Kualitinya bagus dan harganya berpatutan. Jadi sekarang aku sudah ada 3 helai baju batik yang boleh aku guna setiap hari Khamis nanti. Kalau kamu kakitangan kerajaan dan masih tercari-cari baju batik yang menarik, bermutu dan harga yang berpatutan, pergi ke The Mines dan cari di aras bawah berhampiran pasaraya Giant. Ada jualan murah baju kemeja lelaki di situ.
Kemudian aku menonton Jumper. Cerita yang menarik, cuma jalan cerita yang amat longgar dan perjalanan cerita yang tidak membangun sepenuhnya. Pengakhiran cerita agak tergantung, membayangkan ada sambungan sekiranya filem tersebut berjaya dari segi kutipan.
Oh lupa, aku ada seseorang. :-) Aku perlu senyum dahulu. Tidak, masih tidak ada ada apa-apa lagi. Cuma berutusan msg dan berbual di telefon. Aku pernah bertemu dengannya semasa di Cameron Highlands dua minggu lalu. Perjalanan…

Menjerit!

Baru saja aku hendak capai sesuatu dengan cara paling baik, ada pula halangan yang muncul. Yang aku fikir lebih mengetahui mengenai diri aku dari aku sendiri. Ada saja yang mahu memberi pandangan mengenai aku sedang mereka sendiri tidak pernah mengenali aku dan aku sendiri tidak pernah mengenali mereka.

Kenapa begitu?

Hendak aku tiru ayat yang biasa diucapkan dalam wayang-wayang gambar;

"Apa aku pernah buat salah kepadanya suatu masa dahulu? Atau semasa waktu hidup yang lalu?"

Susah juga hendak aku jelaskan kepada seseorang sekiranya mereka berada jauh dari mata dan hanya mendengar bisikan 'jahat' ketelinga mereka dari orang yang aku sendiri tidak kenali. Mahu saja aku berlari kesana dan mengunci bisu mulut sang durjana agar tidak lagi cereka palsu mengenai aku terluah ketelinga-telinga orang yang tidak bersalah.

Jelas, manusia penuh dengan hasad dengki.

Undi Aku Tidak Rahsia

Sebelah kedai makan depan rumah aku yang selalu aku pergi untuk makan malam sudah bertukar menjadi pusat gerakan pilihanraya PAS. Jangan semasa aku sedang makan orang datang untuk berkempen. Aku pasti akan halau. Bukan bermaksud aku tidak suka PAS. Aku cuma tidak suka diganggu ketika sedang makan.
Aku balik mengundi nanti? Aku sepatutnya mengundi di Kuala Kangsar. Nampaknya Rafidah Aziz akan mempertahankan Parlimen Kuala Kangsar untuk kali ke-7. Aku tidak ada apa-apa yang menentang Rafidah. Cuma sepanjang aku hidup di sana, aku tak pernah nampak dia. Malah aku yakin beliau tidak ada sebuah rumah pun di Kuala Kangsar dan tidak pernah terfikir untuk tinggal di sana. Beliau lebih selesa di Kuala Lumpur, mungkin. Begitu juga dengan ADUNnya yang sekarang, aku tidak kenal dan aku tak nampak apa perubahan yang dia telah lakukan di Kuala Kangsar. Selain dari melonggokkan sejumlah peralatan tentera lama (kereta perisai, APV dan jet pejuang) sebagai barang perhiasan memperindahkan Kuala Kangsar …

Senja Berlabuh

Selalunya setiap kali perjalanan pulang aku dari kerja, aku akan lalui keadaan seperti di atas. Senja sedang berlabuh. Hidup sekarang sepenuhnya dengan kerja. Tiada masa rehat, tiada masa santai. Tiada kehidupan.
Tidak perlu aku terangkan kenapa dan mengapa. Aku tidak perlu ceritakan.
Semoga damai selalu.

Selesai Seminggu

Selesai satu lagi minggu yang meletihkan. Selesai d'Fiesta Kesenian Nasyid & Koir JPN Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. Nyata, aku perlukan seorang pembantu. Seorang yang boleh membuat grafik design yang menarik. Seorang yang tahu menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe InDesign untuk membuat kad jemputan, sijil dan lain-lain kerja grafik. Juga, aku perlukan jurukamera yang mahir dan boleh kerja dengan penuh dedikasi.
Malangnya, aku tak boleh nak cari begitu saja. Bukan kerja aku untuk cari semua itu. Aku tak boleh offer dalam akhbar. Aku kena tunggu. Aku kena cari dari kalangan kakitangan yang ada sekarang. Ada jumpa beberapa tapi hasilnya masih kurang memuaskan.
Akibatnya aku terpaksa buat kerja itu ini dan ianya amat-amat meletihkan. Kalau Lewis Hamilton dan Fernando Alonso hilang 8 kilo berat badan dalam satu-satu perlumbaan, aku rasa aku juga turut kurang berat badan bila tiba hari pertandingan. Cuma tak sebanyak mereka.
Tapi aku puas dengan rakaman video tadi. Semuanya dapat d…

33 Tahun Kemudian

33 tahun kemudian, aku berada di sini. Putrajaya. Kota Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Aku bekerja di sini. Hidup sekarang bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu realitinya. Masih belum stabil walau sudah separuh hidup aku lalui.

Namun kali ini aku tidak mengeluh. Tidak perlu. Ya, aku pasti akan sambut hari lahir aku seorang diri di mana-mana fast food yang berdekatan. Itulah yang biasa aku lakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Duduk di meja dengan set makanan yang telah dibeli dan senaskah surat khabar atau majalah untuk aku baca. Itu treat aku untuk diri sendiri. Aku gembira dengannya. Tidak perlu menyusahkan sesiapa. Kalau kamu baca ini dan kamu berasa sedih dengan keadaan aku, jangan. Tidak perlu. Kerana aku sedikit pun tidak bersedih. Ini rutin aku dan walaupun ianya membosankan bagi kamu, ianya menggembirakan hati aku. Sekurang-kurangnya pada saat itu aku gembira.

Kemana arah perjalanan aku selepas ini, aku tidak peduli. Aku lalui saja tanpa banyak bicara dan per…

Empat Rangkap

Engkau berjalan-jalan, tanpa arah tujuan. Dalam hati dirasakan begitu berat beban hidup yang dipegang. Seperti mahu saja engkau lepaskan dan terus berlalu pergi. Bukan semudah yang difikirkan.

Engkau berjalan-jalan, tanpa arah tujuan. Engkau melihat di sekeliling manusia bahagia, atau sekurang-kurangnya engkau nampak sebegitu. Sedang engkau sudah lupa apa maksud bahagia itu dan engkau mahu mencarinya tetapi tidak pasti dari mana hendak engkau mulai.

Engkau berjalan-jalan, tanpa arah tujuan. Mata dirasakan berat dan engkau ingin pejamkannya supaya engkau tidak perlu hadapi dunia sekurang-kurangnya untuk beberapa jam lagi. Engkau pasti apabila bangun kelak, dunia masih begitu kosong. Masih tidak memberi makna.

Aku berjalan-jalan, tanpa arah tujuan. Aku sedang lalui apa yang engkau sedang lalui.

Terima Kasih Asyikin Untuk 6 Tahun Yang Indah...

Mahu saja aku katakan aku sudah kenali Asyikin seumur hidup aku. Semenjak dari aku membuka mata dan melihatnya. Semenjak lama itu.

Namun ianya cuma 6 tahun yang lalu di hari Valentine's (dalam semua hari yang ada sepanjang tahun), aku bertemu dengannya. Di malam itu 6 tahun lalu, ketika penghujung 14 Febuari hampir tiba, dia hadir dan memberi senyuman.

6 tahun dan hari ini, aku adalah seorang yang amat-amat bahagia. Kenapa tidak kalau kamu temui seorang yang seindah dia. Seperti orang lain juga, inilah Angel aku. Bidadari aku sejak 6 tahun yang lalu dan tiada siapa lagi melainkan dia yang layak aku gelarkan begitu.

Aku tidak memberi apa ucapan istimewa kepadanya hari ini. Tiada hadiah yang menanti diterima olehnya. Tiada sejambak ros kuning atau teddy bear yang aku kirim. Tiada kad ucapan. Cuma ada ini, hati ini. Hati ini yang sering mengenangkan dirinya sepanjang masa.

Oh, betul persoalan kamu. Aku amat menyayangi dia. Lebih dari segalanya. Tapi cuma setakat itu. Selebihnya, tidak pe…

Apple Lagi

Aku join MyMUG. Mac User Group. Oh, untuk yang ada produk Apple kira sesuai la sebab semuanya berkaitan benda itu saja.
Apple user lame? Apple user pemalas? Apple user gay? Apple user berlagak bagus?
Ye la tu. Guna dulu baru tau.

Aku RV, Jadi Aku Perlahan

Raziq, anak saudara aku. Setiap kali nampak aku, dia akan membebel perkara yang aku langsung tak faham.
2.43 pagi, Isnin, 11 Februari. Aku masih belum tidur. Aku menunggu si Aliah, kawan aku yang dalam perjalanan balik dengan bas dari JB tengah malam buta ini. Kalau aku tidur, pasti susah untuk aku dengar bunyi telefon atau bangun sekalipun. Sepanjang siang tadi aku memandu pulang dari kampung menempuh jalan yang sesak dan panas yang terik. Jadi ya, aku letih. Maka kalau aku tidur, aku pasti akan tidur. Memang mata ini sudah terasakan amat berat.
Ada iMac depan mata. Wireless broadband di rumah dalam keadaan baik. Jadi aku ambil kesempatan untuk menulis dan berlayar. Sekurang-kurangnya hilang bosan dan leka menghabiskan masa. Aku mencari siaran Top Gear di YouTube. Tapi loadingnya agak patchy. Sempat aku melihat aksi tiga orang pengacara Top Gear memperbodohkan diri mereka dengan pergi berkaravan dan akhirnya membakar secara tidak sengaja (mungkin sengaja) karavan yang mereka tunda. 
Aku…

Hujung Minggu di Tengah Minggu

Esok Tahun Baru Cina. Sepatutnya aku balik kampung esok dengan bas. Entah. Kerja menimbun dan minggu depan aku cuma ada 3 hari di opis.
Aku tukar design blog ini. Entah kenapa. Aku cuma bosan dengan putih tidak bermaya.
Jadi harini adalah hujung minggu? Okey.

Kultus Sfera Blog Melayu

Kalau si penjaga NERAKA sudi berkunjung dan meninggalkan komen dalam penulisan aku yang sebelum ini, maknanya apa yang aku tulis ada signifikan. Hey, aku signifikan!

Sigh...

Aku tak peduli pun. Apa yang lebih penting, orang faham apa yang aku tulis dan mengapa aku tulis. Tidak perlu berprosa dan berbunga-bunga dalam penulisan hanya cuma untuk menarik perhatian orang membacanya namun langsung tidak faham apa maksudnya. Atau tidak perlu juga kita tiru gaya penulisan orang lain hanya semata-mata kita suka gayanya namun kita tidak pernah faham maksudnya.

Seperti ada kultus (cult) dalam blogging ini. Apabila ditemui seseorang yang menulis begitu menarik dan mengujakan hati dan jiwa, maka bakal tumbuh bagai cendawan penulis-penulis blog 'wannabe' yang cuba meniru gaya penulisan blog pujaan mereka. Awal 2002 dahulu semasa aku masih baru dalam penulisan blog, Rudy "Blue Hikari" adalah 'cult' kepada pembaca-pembaca blog. Semua orang mahu menjadi sepertinya; menceritakan …

Baris-Baris Kata Dengan Seribu Cerita

Nasib baik juga kebanyakkan kawan opis lebih gemar bermain dengan Friendster dan Facebook. Baik kerana aku tidak perlu bersaing untuk blog. Bukan mahu bersaing pun, tetapi kurang tekanan apabila orang lebih taksub dengan Facebook dan Friendster. Aku tidak perlu memikirkan risiko apabila menulis. Aku tidak perlu pertontonkan gaya-gaya potret syok sendiri yang diambil dan ditempel dalam Facebook atau Friendster. Aku cuma perlu letak gambar berkaitan dengan penulisan aku.

Apabila melawat beberapa website kawan lama dari zaman sekolah dahulu, kini timbul trend menulis pengalaman semasa di persekolahan dahulu. Siapa mulakan? Tidak kiralah siapa pun namun ianya mengimbau kenangan lama dan membuat diri tersenyum apabila membacanya. Siapa kata sejarah lama tidak perlu dikenang? Inilah penting sejarah lama. Kerana ianya mengajar kita erti hidup. Kerana ianya tidak akan berulang kembali seperti DVD yang kamu tontoni. Ianya cuma ada dalam kenangan; dalam fikiran, dalam gambar dan dalam tulisan se…

Web Jaringan Sosial

Kalau tengok list posting, post pertama adalah pada tahun 2002 yang lalu. Sudah 6 tahun. Namun aku cuma mula menulis dengan aktif di sini pada tahun 2004. Sebelum daripada itu, aku menggunakan website sendiri untuk menulis blog.

Sepanjang waktu itu, timbul web-web social networking yang menawarkan rangkaian atau jalinan sosial antara kenalan dan orang yang kita tidak kenali. Suatu kelebihan web jaringan sosial seperti Friendster, Facebook, MySpace dan lain-lain lagi ini adalah kebarangkalian untuk bertemu dengan rakan lama adalah cerah. Begitu cerah. Hendak jumpa officemate juga cerah.

Cuma aku tidak berapa berminat untuk terlibat didalamnya walaupun aku ada mempunyai akaun Friendster dan Facebook. Aku tak faham konsep yang sebenarnya. Apa motif hendak kita promote diri kita sendiri dikalangan orang yang langsung kita tidak kenali.? Kemudian dengan gambar yang diupload sebanyak mungkin. Apa semua itu?

Sehari dua ini aku bertemu dengan group-group dalam Friendster atau Facebook. Ini perta…

frossonice.com Kembali

Kalau dua hari selepas kamu berusaha untuk masuk ke blog ini baru kamu berjaya, bermakna aku telah selesai dengan masalah domain name aku. Aku kembali menggunakan www.frossonice.com sebagai address rasmi blog/website aku. Maaf kepada sesiapa yang terpaksa menunggu lama.

Kalau sudah masuk, aku jemput ke sini pula,

http://www.freewebtown.com/frossonice/

Ini salah satu koleksi website aku zaman dulu-dulu. Kalau lihat pada tanda tahun di website tersebut, tahun 2001. Sudah lebih 6 tahun terbiar. Sudah lama. Ada beberapa lagi web address untuk website lama aku. Aku akan letak kemudian.

Kamu juga boleh ke website ini,

http://fross.8m.com/index.htm

untuk melihat website aku circa 2001-2003. Sebelum aku menggunakan sepenuhnya blogspot sebagai alat untuk aku menulis. Aku sudah menulis di sana.

Ya, aku sudah tua di internet ini.