Langkau ke kandungan utama

Drama & Masa

Aku sepatutnya sudah ada post baru lebih kurang 3 hari lepas dan juga kelmarin. Akhirnya aku cuma ada yang ini, dua hari sesudah tahun baru 2008. Sudah habis lapuk segala yang hendak diperkatakan beberapa hari yang lepas. Tapi biar aku ceritakan juga.

29hb yang lalu di JPN ada pertandingan dramatari JPN peringkat kebangsaan. Hampir semua negeri mengambil bahagian. Inilah pertama kali ianya diadakan dan bertemakan Merdeka, sempena 50 tahun merdeka. Akhirnya team dari ibu pejabat Putrajaya menang dan aku tumpang gembira sebab aku salah seorang tenaga kerja yang terlibat secara langsung. Tugas aku jadi penata bunyi dan visual. Aku siapkan mixing lagu untuk persembahan dan juga video slide show yang bermain di latar belakang semasa lakonan dijalankan. Seronok mendapat pujian hasil kerja yang bermutu dan hebat. Puas juga walaupun amat sibuk dengan tugas lain.
Ini sebenarnya bukan pertama kali aku terlibat dalam pementasan baik dramatari atau drama. Semasa di MRSM Balik Pulau dahulu, aku sentiasa menjadi pilihan Amron Roni (bekas penerbit program TV9) untuk membuat penataan bunyi. Kalau waktu itu aku cuma guna mini compo dan kaset mixed yang diambil dari beberapa lagu-lagu yang sesuai. Aku akan berada di control room di tepi pentas dan mainkan bunyi-bunyi yang berkaitan (termasuk bunyi suara aku sendiri) dengan babak yang dilakonkan. Tidak hairan team drama Amron Roni menang pertandingan drama di MRSM 2 tahun berturut-turut. Malah disebabkan tiada anugerah untuk penataan bunyi terbaik, kakak angkat aku masa itu, kak Rafizah telah menghadiahkan aku sebuah piala kecil (lebih kurang 2 inci tinggi) dengan tertulis "Best Sound Designer".

Aku juga pernah direbut oleh dua kumpulan untuk menggunakan keupayaan aku menata bunyi dan aku pilih kumpulan perempuan sebab dalamnya ada awek aku. Memang bodoh la sebab cerita mereka tidak best langsung tapi awek punya pasal. Last-last aku tarik diri dari kedua-dua produksi dan akibatnya sound memang jadi tak menarik dalam kedua-dua drama tersebut.

Untungnya apabila membuat penataan bunyi kali ini adalah bila menggunakan program iMovie HD dan GarageBand yang tersedia dalam iMac. Langsung senang kerja dan amat-amat mudah untuk menghasilkan penataan bunyi yang baik.

Malam tahun baru aku ke Putrajaya dan untuk pertama kalinya dalam sejarah aku berada dikalangan orang ramai semasa malam tahun baru berlangsung. Ada pertunjukkan bunga api selama 5 minit. Cuma, disebabkan aku sudah menonton pertandingan bunyi api di Putrajaya sedikit masa lalu, pertunjukan bunga api sempena tahun baru ini nampak begitu biasa bagi aku. Kerana ianya di Putrajaya, maka rempit yang boleh dilihat hanya cuma yang dilakukan oleh budak-budak yang berbasikal sambil membuat wheelie sepanjang Persiaran Perdana. Mungkin mat-mat rempit bermotosikal akan sedikit tercalar imej mereka melihat adegan mat-mat rempit mini ini tanpa sedikit pun diganggu oleh polis.

Bercakap pasal tahun baru dan selepas selesai meeting di opis tadi, aku terfikir tentang apa yang terbincang tadi. Mengenai kalendar. Aku masih ingat suatu masa dahulu semasa aku masih kecil kalendar tahun baru adalah aset penting yang perlu dimiliki oleh setiap isi rumah. Lagi hebat kalendar, lagi tinggi ianya digantung. Maka tidak hairan sekiranya kita lihat ada banyak kalendar dalam sebuah ruang di sesebuah rumah. Kalendar ibarat perhiasan atau gambar-gambar yang diletak di dinding. Aku pernah terlibat dalam suasana sebegini, malah sekiranya aku balik kampung, perkara ini masih berlaku. Masih ada yang meminta kalendar dari pekedai atau kenalan.

Satu kalendar yang pasti ada hampir di setiap rumah adalah kalendar lumba kuda yang biasanya akan ada tarikh-tarikh perlumbaan kuda diadakan di seluruh Malaysia. Penang Race Day, Singapore Race Day, Selangor Race Day. Semuanya tertulis di hujung-hujung minggu setiap bulan dalam kalendar. Sekarang masih ada, cuma ianya tidak sepopular dahulu lagi.

Aku rasa orang zaman sekarang lebih selesa melihat kalendar mereka di telefon bimbit yang jauh lebih canggih dan ada mode membolehkan kita masukkan info penting satu-satu hari.

Aku? Aku guna iCal, sebuah aplikasi kalendar yang menarik dalam iMac. Lebih mudah dan efektif. Sebenarnya inilah kali pertama aku menggunakannya. Esok-esok mungkin manusia tidak melihat lagi kepada masa kerana manusia terlampau sibuk dengan kehidupan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon