Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2007

Bahagia

Apa yang dicari dalam hidup ini?

Empat hari lagi bakal menjelma tahun 2008. Semakin dewasa hidup ini, semakin pantas masa berlalu. Hingga tidak terasa musim yang dilalui, kini menjelma pula musim yang baru.

Sebenarnya aku sudah penat. Penat mengejar bayang-bayang hidup dan penat bermain-main di gigi air sedang yang indah hanya wujud nun di tengah sana, yang langsung tidak akan dapat aku capai. Aku penat berusaha secara jujur untuk memperolehi sesuatu kerana kejujuran aku itu akhirnya dilihat sebagai gangguan oleh orang lain. Aku penat berjalan dan mendengar kata-kata mereka sepanjang jalan itu yang bila tiba di penghujung simpang, mereka berlalu saja meninggalkan aku terus berada di situ. Aku penat memberi sesuatu kerana pemberian itu tidak pernah dilihat lebih dari sebuah penghargaan semata-mata, bukan suatu pengharapan.

Kecewa? Tidak. Aku tidak kecewa. Tidak sama sekali. Aku cuma penat. Itu saja. Sudah tidak ada istilah kecewa dalam hidup ini sejak lama dahulu. Sudah pudar dengan secar…

Membuang Melayu Yang Tidak Diperlukan

Aku rasa aku faham sedikit kenapa kaum bukan melayu berasa tersinggung dengan apa yang berlaku di Malaysia masa kini. Tapi aku tidak mahu bicarakan perkara-perkara yang semua orang sudah tahu dan semua orang sedar. Ini aku lihat perkara-perkara kecil yang sedikit sebanyak telah melonggarkan ikatan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Semasa aku sedang berjalan kaki untuk ke Maybank Putrajaya yang terletak di bangunan Putrajaya Corporation (PjC) berhadapan dengan Palace of Justice (Istana Kehakiman - seperti yang tertulis di gerbangnya), aku melintas sebuah auditorium di PjC. Aku cuma mengenalinya sebagai sebuah auditorium sebelum ini, tidak lebih dari itu. Namun tadi aku lihat ianya sudah diberi nama. Auditorium Cempaka Sari. Cantik namanya, walaupun binaannya cukup futuristik dan moden. Kemudian aku berfikir, kenapa beri nama Cempaka Sari? Adakah kerana nama itu sedap dibaca dan didengar atau kerana nama itu ada sifat kemelayuan dan sebagaimana yang diketahui, kebanyakkan kakitangan awa…

Ya, Aku Kaki Wayang

Cuti lagi. Aku lebih prefer di pejabat sebenarnya. Bukan aku jenis workaholic. Cuma di pejabat ada air-con dan kerusi yang selesa untuk aku duduk sambil menaip atau buat kerja. Rumah aku takde kerusi yang sesuai untuk di buat tempat bekerja atau menaip. Jadi aku terpaksa meniarap. Ada meja tulis tetapi aku tak lagi sempat-sempat (takde duit sebenarnya) untuk membeli kerusi baru.

Takpe, sekurang-kurangnya ada Star Movie yang sedang menayangkan The Chronicle of Narnia depan mata. Oh, aku suka adegan pertemuan dengan beaver. Kelakar. Bayangkan kalau tetiba sedang korang asyik menghulurkan kacang goreng ke monyet, monyet itu berkata,

"Kacang je? Pizza takde ke?"

Satu sebab kenapa industri perfileman sekarang semakin berkembang dan mendapat sambutan adalah kerana teknologi animasi dan kemampuan untuk ianya blend dengan realiti akan sentiasa mengagumkan para penonton. Filem pertama yang berjaya menggunakan CGI untuk mempengaruhi minat aku adalah The Lost World. Bagaimana Steven Spiel…

Semua orang ada kisah cinta pertama yang hendak diceritakan - Part 2

Kira-kira 8 bulan lalu, aku telah menulis mengenai kisah-kisah cinta pertama yang pernah aku lalui 12 tahun pertama dalam hidup aku. Lama aku ambil masa untuk menyambungnya seperti yang dijanjikan. Mungkin kerana jauh di sudut hati ini aku sebenarnya tidak mahu memperkatakan mengenai. Ianya mengimbau kenangan-kenangan lalu yang selalunya amat perit untuk aku aku lalui lagi.

Namun setelah melihat potret-potret bahagia majlis perkahwinan Lily, terdetik untuk aku beranikan diri untuk teruskan jua...

Semasa tingkatan 2, pada usia 14 tahun aku telah dimasukkan ke MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Batch aku cuma seramai 121 orang dengan 26 daripadanya adalah perempuan. Jadi pilihan ketika itu adalah amat-amat kecil. Namun dapat juga aku tertarik dengan seseorang. Namanya Arliza Jordana. Aku pasti rakan-rakan MRSM yang membaca blog ini mengenalinya dan akan tersenyum. Ya betul, dia orang yang pertama semasa di MRSM yang aku minati. Entah, aku sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana. Tapi aku pe…

My Angel, My Muse

Inilah 'Muse' aku, Asyikin.
Ada kalanya di waktu aku dalam kebingungan, tepu fikiran atau suram, cuma dengan senyuman potretnya cukup untuk mendamaikan hati ini. Suaranya cukup untuk membuat aku tersenyum bahagia dan berada dihadapannya boleh membuat segala yang terbeban dijiwa menjadi pudar.
Sudah lebih 5 tahun aku mengenali Asyikin. Sejak dahulu aku sebenarnya mempunyai perasaan terhadap dirinya. Namun mungkin hanya setakat itu. Aku faham keadaannya dan kini aku lebih menghargainya begini. Segala sesuatu ada maksudnya. Jadi, biarkanlah ianya begini. Aku lebih selesa dari jauh tidak merasa apa-apa.
Inilah 'Angel' dalam setiap tulisan dan puisi yang aku tulis.

Raziq

Ini Raziq, anak saudara aku. Satu-satunya anak saudara aku setakat ini.  Dalam ramai-ramai adik beradik aku, cuma adik aku yang ke 2 saja yang sudah berkahwin dan ini anak dia. Kalau aku balik ke kampung dan budak kecil ini ada, dia akan ikut aku kemana saja. Mungkin aku senang dengan budak kecil. Mungkin aku suka melayan.
Aku belikan si Raziq sepasang baju T dengan gambar penyu semasa di Langkawi. Mesti comel kalau dia pakai nanti.

Langkawi Part 1

Sesungguhnya Langkawi itu amat indah. Begitu senang sepanjang masa berada di sana hingga terdetik di hati ini ingin saja terus berada di sana sepanjang masa hingga keakhir hayat. Mungkin, kalau terdetik jua keberanian dalam diri ini, mungkin di sana nanti akhirnya aku berada. Mahu saja aku bermain-main di tepian pantai sepanjang petang dan menanti senja berlabuh. Atau mungkin duduk di wakaf tepian sawah padi memerhati burung terbang dan melupakan masa yang berlalu.

Sebenarnya sedetik di sana dirasakan seperti setahun bermimpi. Ia terasa begitu lama kerana masa tidak mengejar sesiapa. Masa berlalu dengan lewa dan ianya tidak mendesak. Mungkin kerana itu pak tua yang berbasikal ke masjid tidak memperdulikan Vios yang aku pandu laju ditepinya.

"Tidak ada apa yang perlu aku kejar di sini" Mungkin itu yang bermain di fikiran pak tua.

Manakala aku dan rakan-rakan kesana kemari mencari sesuatu yang indah, sesuatu yang menarik, sesuatu yang sedap untuk dimakan atau sesuatu yang cantik …

Huh?

Baru aku sedar rupanya ramai penulis blog sebenarnya pantang ditegur berkaitan hidup dan penulisan mereka. Mungkin kerana apa yang mereka tulis adalah....

Ahh... Aku takde masa nak tulis semua ini. Aku nak bercuti!

Hening Hujung Minggu

Ahad, di pejabat.

Aku sedang memikirkan design sesuai untuk buku atur cara program Annual Dinner JPN. Apa sebenarnya kerja aku di sini? Mungkin kalau aku jadi graphics designer di luar, gaji aku akan cecah ribuan ringgit sebulan. Aku tidak akan bersusah payah bekerja di hujung minggu hanya kerana untuk cari duit lebih. Cuma aku ada kekurangan, color-blind. Jadi hasil kerja aku tidak sebaik orang lain yang aku fikir 'tahun cahaya' (light-years) kehadapan dari aku. Aku perlu merujuk kepada kod warna untuk memastikan warna apa sebenarnya aku sedang guna dan selalunya hasil kerja aku tidak akan lebih dari dua warna. Aku tidak berani hendak mencampur warna lain kerana walaupun sesuai di mata aku, mata orang lain yang tidak rabun warna mungkin melihat ianya pelik. Ya, sepatutnya aku fikir persetankan saja apa yang mereka rasakan. Namun itu tidak semudah yang difikirkan. Maka seterusnyalah aku akan berada di sini membuat kerja-kerja grafik yang aku sendiri tidak faham kenapa.

Oh, aku s…

30 Minit Lagi

26 minit untuk menulis sebelum lampu pejabat ditutup secara automatik. 26 minit untuk aku mencari idea dan terus menulisnya di sini. Apa yang perlu aku tulis?

25 minit...

24 minit...

Sebenarnya aku sedang berkira-kira. Apa yang hendak aku lakukan malam ini? Boleh saja aku ke Mines untuk menonton The Golden Compass. Atau aku terperap di rumah di depan TV. Atau mungkin, aku boleh mencari kedai buku dan duduk di suatu sudut sambil membaca buku-buku yang selalu disebut-sebutkan oleh si Neraka. Mungkin esok aku boleh lakukan perkara yang terakhir dengan lebih senang dan damai. Buat masa ini, aku memikirkan datangnya malam ini.

Makan? Perut masih kekenyangan makan french fries bersama sos cili dan mayonais dari kedai mamak di kafetaria. Ya, makanan tidak berguna. Tapi itulah kelemahan aku, kentang. Datang dalam apa bentuk pun aku akan makan.

Hendak aku bicarakan mengenai HINDRAF? Rasanya tidak perlu kerana polis telah pun menaik taraf kumpulan ini sebagai sebuah kumpulan yang bersifat militan. E…

Idea

Aku mahu tumpukan penulisan mengenai hal ehwal semasa (menarik juga guna ayat ini balik) dan kenderaan (kereta, motosikal, basikal, bas, lori dll.). What say you?

Engkau Dan Aku Sama Sahaja

Aku bukan pakar bahasa. Tidak sama sekali. Aku juga bukan pakar budaya, pakar antropologi, pakar sejarah, pakar arkeologi. Aku cuma penulis blog yang menulis mengenai apa yang difikir dan mengulas apa yang difahami. Pandangan aku semata-mata. Bukan untuk dijadikan sumber rujukan Buletin Utama TV3 ketika mengulas sesuatu perkara yang menyebabkan orang lain nampak salah dan aku seorang saja yang betul.

Maka dengan itu aku ingin mengulas mengenai perbalahan Indonesia dan Malaysia mengenai lagu Rasa Sayang (aku orang Malaysia jadi aku tidak perlu perbetulkan ejaan aku) dan Barongan serta asal usul orang Melayu dan bahasa Melayu dan penggunaan perkataan Indon sebagai merujuk kepada rakyat Indonesia. Aku BUKAN anti-Indonesia. Malah aku sentiasa kagumi kekayaan budaya dan seninya serta lagu-lagu modennya yang jauh lebih sedap dari lagu Melayu.

Pendapat aku, semua manusia yang berasal usul dari nusantara ini adalah asalnya serumpun. Atau satu golongan kaum yang sama yang biasanya orang sebut ru…

Top Gear's Cool Wall

Aku beli majalah Top Gear. Bukan versi England, cuma versi Malaysia yang berharga RM10 sahaja. Untuk edisi Disember ini, ada dapat hadiah yang berupa fridge magnets Top Gear Cool Wall. Huh! Menarik. Ada 51 keping gambar kenderaan pelbagai jenis yang disertakan untuk kita pilih dan letak di bawah empat kategori; Sub-Zero, Cool, Un Cool dan Seriously Un Cool. Kalau dalam siaran Top Gear, kereta yang kita fikir cool pun boleh jadi un cool dan sebaliknya. Ianya bukan berfaktorkan kehebatan, kecantikan dan keunggulan kereta tersebut. Ia lebih bersifat personal dan realiti. Seperti contoh, Proton Savvy dianggap oleh Hammond sebagai COOL tapi cuma disebabkan oleh Jeremy Clarkson kata ianya keluaran Proton, maka secara automatik kereta tersebut jadi UN COOL. Atau Fiat Panda yang kecil dan berkotak; disebabkan semua pengacara Top Gear suka dan memilikinya, maka ianya dianggap COOL.

Maka TOP GEAR COOL WALL ini lebih bersifat pilihan peribadi.

Aku bawanya ke pejabat untuk menduga taste rakan seker…