Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

Bunga Berapi

Tiga kali aku menonton pertunjukan bunga api di Putrajaya. 3 Kali terperangkap dalam jam. Tapi tidak mengapa. Puas hati dapat menonton sesuatu yang amat menarik. Malam semalam paling menarik hasil persembahan negara Jepun. Memang hebat. Semuanya bergegar dan meletup di atas, tidak ada yang bermain-main di gigi air yang menyusahkan orang yang tidak bertiket untuk menonton. Semalam pertunjukan bunga api Jepun adalah gaya klasik. Semuanya ditembak ke jauh di udara dan meletup dengan gegaran yang amat kuat dan percikan bunga api yang begitu cantik. Tradisional, klasik, simple tetapi menarik.

Mungkin sukar untuk menewaskan pasukan Australia dengan kehebatan teknikal mereka. Namun cukup puas hati melihat bunga api berdentuman di udara. Aku anggar lebih 100,000 umat yang datang menonton malam semalam dalam pertunjukkan selama 25 minit. Ada di antara mereka yang terpaksa tunggu lebih 4 jam kerana tidak sedar yang waktu persembahan telah dilewatkan ke jam 12 malam. Nak pusing balik, jalan dah j…

Seterusnya Bermula Dari Sini...

Seterusnya bermula dari sini aku akan ceritakan perkara yang lebih cerah dari semalam. Tidak lagi aku mahu bicarakan perihal kecewa dan seumpamanya. Ianya tidak membawa apa-apa erti.

Seterusnya bermula dari sini aku akan tuliskan perihal bahagia dalam hidup yang tidak derita. Tidak lagi aku mahu perkatakan apa jua mengenai perasaan yang gelap dan seumpamanya. Ianya hanya merugikan saja hidup ini.

Seterusnya bermula dari sini aku akan penuhi ruang ini dengan gambaran indah dari sudut pandanganku sendiri. Tidak lagi aku selitkan wajah suram aku dan seumpamanya. Ianya akan menjadi lebih bermakna dan istimewa.


Floria Putrajaya
Canon EOS350D

Meninggalkan Sebentar Tadi

James Blunt - Cry Lyrics

I have seen peace. I have seen pain,
Resting on the shoulders of your name.
Do you see the truth through all their lies?
Do you see the world through troubled eyes?
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

I have seen birth. I have seen death.
Lived to see a lover's final breath.
Do you see my guilt? Should I feel fright?
Is the fire of hesitation burning bright?
And if you want to talk about it once again,
On you I depend. I'll cry on your shoulder.
You're a friend.

You and I have been through many things.
I'll hold on to your heart.
I wouldn't cry for anything,
But don't go tearing your life apart.

I have seen fear. I have seen faith.
Seen the look of anger on your face.
And if you want to talk about what will be,
Come and sit with me, and cry on my shoulder,
I'm a friend.
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

====

Mood kurang …

Rumah - Pejabat - Rumah - Pejabat - Rumah - Wayang?

Hari ini hari Ahad. Aku masih bekerja di pejabat. Semalam pun kerja. Esok hingga penghujung minggu depan pun akan masih bekerja. Isnin kemudiannya aku akan terus sambung bekerja. Entah sampai bila tapi selagi belum ada yang mampu buat kerja yang aku buat, aku tak fikir aku boleh rehat dihujung minggu.

Apabila tiba dirumah, badan sudah letih. Minum la berapa tin Ali Cafe Tongkat Ali, Livita atau Red Bull, badan akan tetap letih. Ia sudah banyak kali protes. Semalam kaki aku protes habis-habisan. Hingga hari ini masih terasa sakit di tumit kaki akibat berjalan di MidValley tanpa arah tujuan.

Hidup sudah jadi monotone. Makan pun benda yang sama setiap hari. Balik rumah, tidur. Mungkin disebabkan aku telah pinjamkan PC aku kepada seseorang, maka malam aku tidur lebih awal. Kalau tidak mungkin aku akan terus berjaga hingga lewat malam. Aku habiskan masa sebelum tidur dengan games SimCity atau membaca. Itu yang lebih kurang aku lakukan. Sekarang ini lebih banyak membaca. Maka timbunan Nationa…

Persona Atau Pesona?

Proton dah keluarkan model baru. Model baru ke? Tak juga. Mungkin sepatutnya Proton keluarkan Persona dulu, baru keluarkan Gen.2. Baru nampak sesuai. Tapi kalau Proton Persona keluar dahulu, kemudian baru Gen.2 keluar, aku rasa Proton akan bertambah teruk. Proton Persona ni jauh lebih bagus dan menarik dari Gen.2. Malah jauh lebih baik daripada Waja, mungkin. Aku terfikir nak beli. Tapi banyak perkara yang menyebabkan aku berfikir dua kali.

Kalau nak beli yang base-line, serupa macam beli tong sampah beroda. Tak ada apa yang menarik. Kalau nak beli medium-line, kena pula beli wing kecil belakang yang kosnya RM950. RM950 untuk sekeping plastik yang dilekatkan pada bonet belakang. Aku tanya salesman, takde option ke kalau tak nak? Dia cakap takde dan menambah plastik yang ditampal pada bonet belakang Proton Persona ini membantu kereta ini melekap pada permukaan jalan dengan lebih baik. Berapa laju yang aku nak bawa sehingga Proton Persona boleh terbang kalau tak guna sayap belakang tu?

K…

Merepek Di Hujung Minggu

Aku lihat kaum india berpiket dihadapan Putra Perdana harini. Menuntut pembelaan diatas kemiskinan dan kemunduran hidup mereka. Patutlah jalan masuk ke Putrajaya dipenuhi dengan roadblock dan yang peliknya menahan bas yang membawa penumpang kaum india. Aku ingatkan mereka pendatang dari negara India tau pekerja estate yang buat rombongan tiada permit bas, rupanya ada piket.

Cuma sekarang ni aku lihat ramai orang india yang berjaya. Agak pelik juga ramai kaum india yang suka beli kereta berjenama Nissan. Kenapa ye? Tapi aku perhatikan ada satu masalah dengan anak-anak muda kaum india. Mereka lebih kurang sama dengan orang melayu, suka melepak dan buat bising tak tentu pasal. Tapi yang hebatnya anak-anak muda india ni, mereka mungkin rasa agak kebal. Mereka boleh berdiri di tengah jalan tanpa rasa apa-apa ketakutan. Kalau kereta nak lalu, kereta kena mencelah. Mereka boleh berkumpul depan pintu lift sambil berbual dengan nada yang tinggi dan kalau orang nak guna lift, pandai-pandai la me…

Cerita Mengenai Gambar

Tiga koleksi catatan bergambar sebelum ini adalah ayah dan emak bersama cucu pertama mereka. Anak adik aku yang ketiga. Obviously aku takde anak lagi dan belum berkahwin. Menariknya ayah dan emak adalah tarikan mereka terhadap budak kecil. Walau sesiapa saja pun pasti akan sukakan mereka berdua dan mereka akan layan budak kecil sama seperti mereka layan anak mereka sendiri.

Anak saudara aku yang baru bangun tidur terus mendapatkan ayah aku untuk baring dan merasa senang dalam dakapan datuknya, sementara melihat kelibat aku yang tidak pernah dia lihat sejak beberapa hari dia dilahirkan dulu. Itu kali terakhir dia melihat aku (mungkin dia tidak melihat pun) hingga hujung minggu lepas. Aku balik dengan Canon Digital SLR D350 dengan niat hanya satu, aku merakamkan telatah anak saudara aku yang seorang ini. Aku dapat banyak dan hasilnya adalah seperti yang korang lihat dibawah. Menarik bukan?

How Cute Is Cute - 3

Datuk, Nenek dan Cucunya...





How Cute Is Cute - 2

Datuk dan cucunya...





How Cute Is Cute - 1

Datuk dan cucunya...





Lagu Jahat!

Bahasa Cinta

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak kutunjuk perasaan

O dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hemm... Hemm
Dinda puspa gemala
Mestika kanda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk kupuji adinda

P.Ramlee - Anakku Sazali

====

Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi.

====

Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

P.Ramlee - Hang Tuah

====

Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah penghargaan dalam bahasa yang jelas. Tidak pe…