Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal 2006, Selamat Datang 2007

 
Aku beberapa hari sebelum Tahun 2007.

Selamat Tahun Baru 2007. Semoga apa yang di azamkan tahun lalu dapat dicapai. Semoga hari-hari yang mendatang lebih menceriakan dan lebih membahagiakan buat kalian semua.

Aku?

Aku sepatutnya berkahwin tahun ini. Aku dah hampir 32 tahun pun. Muda lagi ke? Dengan siapa? Rahsia. Haha. Kita merancang, hanya Tuhan yang menentukan.

Aku nak tambahkan lagi pendapatan aku. Sekarang ni takat cukup makan saja. Dengan sedikit kemahiran yang ada aku harap dapat sekurang-kurangnya aku guna untuk tambah pendapatan.

Aku cuba untuk jadi orang yang lebih baik dan berguna. Nak kata aku jahat, tak juga. Tapi orang tak nampak. Jadi aku tetap kata aku jahat. :P

Aku nak kerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Sekarang aku dah dapat kerja yang aku cukup suka. Bermain-main dengan komputer dan segala yang berkaitan dengannya. Dari seorang pekerja biasa, sekarang aku dah jadi designer untuk majalah JPN. Best apa dapat mahirkan diri dengan Adobe InDesign yang selama ni aku ingat susah sangat.

Aku nak balik kampung selalu. Aku rasa tahun ini aku cuma pulang ke kampung tak lebih daripada 10 kali. Kesian mak dan ayah. Mungkin mereka tak cakap direct dengan aku tapi aku rasa mungkin mereka kecewa sebab aku jarang balik. Adik aku duduk KL ni pun yang takde transport hampir setiap bulan balik. Anak apa la aku ni.

====

Aku nak hargai beberapa orang yang begitu bermakna dalam hidup aku tapi biarkanlah aku tak tulis siapa mereka disini. Susah, nanti ada yang tidak puas hati. Tapi mereka tahu siapa mereka. :)

Terima kasih atas segala yang telah kalian berikan. Tak terbalas segalanya itu walau seribu tahun hidup aku lalui.

====

Gambar di atas adalah kenangan tahun yang lalu. Aku dah gemuk, makin gemuk agaknya. Aku dah semakin tua. Hehe. Aku dah semakin letih, mungkin sebab aku jarang senaman. Tapi masa gambar itu diambil, sebenarnya aku sedang gembira. Gembirakan sesuatu. Biarlah aku saja yang tahu.

====

Semoga tahun ini akan membahagiakan kita semua, InsyaAllah. Posted by Picasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon