Langkau ke kandungan utama

Sekuntum Ros Kuning Memudarkan Perit Seminggu

Isnin lepas, satu mala petaka menimpa. Habis sekelip mata hard disk pc aku ni crash tak tentu pasal. Kalau tak salah aku, hard disk ni baru setahun lebih digunakan. Maknanya masih ada waranti sebab biasanya waranti untuk hard disk ialah 3 tahun keatas. Tengok kalau ada masa nanti, aku nak pergi claim waranti aku. Kalau boleh dapat. Tapi biasalah kalau kedai jual komponen pc ni. Banyak la alasan dia nanti. Balik-balik nanti salah kita juga.

Cuma aku tak kisah semua tu. Paling aku tension ialah di sebabkan hard disk aku ni crash, habis semua kerja aku, data dan apa saja yang aku dah kumpul selama 4 tahun hilang. Nasib ada beberapa data yang lama aku dah simpan dalam cd atau dvd. Tapi yang baru-baru ni masih belum aku backup. Paling parah ialah annual report untuk opis aku. Masalahnya pc opis tak berkuasa secukupnya nak jalan Adobe InDesign dan beberapa perisian publishing lain. Jadi terpaksa guna PC aku sementara menunggu pembelian Apple iMac. Korang tahulah masalah kalau order barang untuk pejabat kerajaan.

Aku sebenarnya dah awal-awal lagi bagitau bos supaya jangan mengharap sangat pc aku. Risiko tinggi. Kebetulan pula aku tak sempat nak backup hasil kerja sebulan lebih aku. Ye lah, takde pulak fikir nak crash tak tentu pasal. Selamanya tak pernah terjadi. Mungkin sebab aku selalu usung kesana kemari pc ni yang menyebabkan vibration banyak sangat kot. Maka tamatlah riwayat hard disk 120 gigabait aku. Buat sementara ni aku ganti dengan Hitachi Deskstar SATA 7200rpm 80 gigabait. Aku nak dapatkan satu unit lagi hard disk, mungkin dalam kapasiti 160 gigabait sebagai ganti hard disk lama yang crash tu. Semua tu nanti akan aku claim daripada opis. Bos yang suruh aku claim. Memang patut pun aku claim. Aku nak claim RAM juga. Satu ram 512MB aku dah rosak. Saja aku tinggalkan atas meja di pejabat supaya bos tahu apa masalah aku hadapi.

Namun walaupun hard disk tu crash, aku masih boleh extract bererapa data penting daripadanya. Memang ambil masa berhari-hari untuk dapatkan semua. Guna tools macam disk recovery dan yang berkaitan. Jenuh nak tunggu sebab pc secara automatik jalan dalam mood yang paling perlahan. Bukan crash tak boleh jalan langsung. Crash mungkin disebabkan ada bad sector. Tapi pelik juga sebab selama ni tak pernah ada bad sector. Tiba-tiba isnin lepas kena. Mungkin aku terbuka virus. Entah. Tapi protection pc ni rasanya dah cukup bagus. Masih pelik tapi biarkanlah.

====

Petang Jumaat tadi aku jumpa Asyikin di Ampang Park. Rupa-rupanya dia tak pernah kesana. Pelik juga sebab dia orang KL. Mungkin tak nampak apa yang menarik di sana kot. Tapi bila dia dah ada di sana, suka je dia. Harini aku jumpa dia berbaju kurung biru dan bertudung putih. Jumaat agaknya. Kalau jumpa malam-malam biasanya free hair. Mungkin dia baru balik dari kerja. Aku suka tengok rambut dia. Tapi aku tak pernah pula suruh dia jumpa aku dalam keadaan free hair. That is her choice.

Pergi makan pizza. Aku dah lama sangat tak makan. Dia pun sama. Jadi ajak la dia pergi makan. Nasib kenal dengan orang yang tak berkisah sangat pasal makan. Gerai tepi jalan pun boleh, restoran mewah pun boleh. Seperti biasa kami akan berbual sepanjang masa dan rasa macam tak sudah. Ada saja yang hendak diperkatakan.

Aku dah bagitau yang aku berikan dia sekuntum ros kuning? Oh ya, aku bagi dia sekuntum bunga ros berwarna kuning. Selepas duduk di meja makan, dia pergi basuh tangan. Aku keluarkan kuntum bunga ros berbalut plastik dan letakkan di atas meja. Dia kembali di meja dan tidak langsung menyedarinya sehinggalah hampir seminit kemudian. Bila ditanya siapa yang bagi, aku katakan ada orang lalu dan terus meletakkan kuntuman bunga tersebut di atas meja. Heh. Tapi kenapa ros kuning?

Yellow roses signify strong feelings of pure joy, gladness, happiness and friendship, but were once used to convey jealousy. Friendship is the main meaning of the yellow rose but it also signifies familiar love and domestic happiness. Yellow roses also symbolize fun and freedom. Today, the yellow rose is used to embrace a new beginning, apologize or express sympathy, and to say, "remember me" , "I am sorry', or "I care." Yellow roses are appropriate for marking the beginning of a new life together or for starting all over again. A Yellow rose with red tip indicates friendship falling in love.bellaonline

Separuh dari makna di atas benar dengan niat aku. Tapi sebenarnya Asyikin sukakan ros kuning. Pada awal perkenalan kami lebih 4 tahun yang lalu, dia pernah beritahu yang dia sukakan ros kuning. Mungkin masa itu kami berbual mengenai bunga, maklumlah, kami berkenalan di malam Valentine's Day. Kalau tak silap aku, tiada sesiapa yang pernah berikan dia ros kuning. Kalau ros merah memang ada. Dia ramai peminat dan ramai yang menaruh harapan. Dia baru saja menerima sejambak ros merah dari seseorang kalau dari apa yang Asyikin perkatakan, begitu benar-benar mengharapkan dia.

Kenapa sekuntum? Aku boleh berikan 100 kuntum tapi apakah ia akan memberi makna yang lebih dari apa yang aku maksudkan? Jadi aku berikan sekuntum. Dan cuma itu; tiada hiasan atau tambahan jambak bunga lain seperti yang selalu dilakukan. Aku fikir ianya lebih ikhlas begitu. Romantik? Well, kalau korang kenal dia, you would do the same. :)

Cuma, bila kenal dengan sikap dan cara pemikiran dia, aku tahu dia akan tegur aku dan katanya membazir walaupun aku beli dengan harga cuma RM3 saja. Tapi bila tengok cara dia menerima sesuatu pemberian orang, sekuntum rasanya tak cukup. Suatu kegembiraan apabila bersama dengan Asyikin adalah apabila melihat dan merasai cara dia menghargai diri kita dan apa yang dia lakukan pada kita. Bukan hanya aku, malah orang lain akan katakan perkara yang sama.

Hakikatnya, itu mungkin kali terakhir yang aku akan dapat berjumpa dengan dia dalam waktu-waktu begitu, damai suasan malam. Kerana selepas ini dia akan kembali berpindah kerumah ibu bapanya di Puchong. Sebenarnya lebih mudah untuk aku bertemu di sana tapi lebih sukar untuk dia nanti. Sebab dia perlu berulang alik kerja dari Puchong dengan Kuala Lumpur. Lebih memenatkan.

Orang bertanya, kenapa aku banyak menceritakan mengenai Asyikin dan kenapa aku begitu rapat dengannya. Kerana dia dekat dengan aku. Kerana aku ada sepanjang waktu dari dia remaja sehingga dia dewasa sekarang. Kerana aku gelarkan dia My Angel; di waktu jiwa menjadi begitu kacau, senyuman dia akan melenyapkan segala kekacauan itu.

Adakah aku akan minta lebih darinya daripada apa yang aku miliki sekarang?

Tidak.

Kerana suatu masa dahulu aku pernah meminta sebegitu sebanyak 2 kali. Aku tak pernah terima apa-apa jawapan darinya, walaupun perkataan

Tidak.

Maka, aku takkan minta apa-apa lagi darinya mengetahui sejauh mana ianya lebih bermakna begini dari yang pernah aku fikirkan lebih bermakna suatu masa dahulu. Aku rasa, begini lebih menyenangkan buat kami berdua, mungkin. Dalam hati ini tidak meronta-ronta mahukan apa lagi. Aku dah perolehi semua yang aku mahukan darinya, iaitu

Senyuman.

Cukuplah. More than that, aku mahu hidup seratus tahun lagi untuk melihat dia gembira dan bahagia sepanjang hidupnya...

Ulasan

  1. secara jujurnya..aku menitiskan airmata ayat2 terakhir post ni..mungkin kerna pengalaman ku atau mungkin kata2 idan begitu ikhlas hingga mampu menyentuh hatiku..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon