Langkau ke kandungan utama

PC Fairest of Them All...

PC Fair datang lagi.

Secara tiba-tiba semua orang yang kita kenal jadi terer mengenai hal komputer.

"Beli RAM Kingston, bagus. Tahan lama!"
"Jangan beli CD-ROM Sony, cepat rosak."
"Beli Apple baru cool!"
"Ala, aku pasang lagi murah dari ni..."

Kalau dalam dewan PC Fair tu, boleh dengar orang tunjuk kemahiran memilih komponen PC. Tapi realitinya jelas. Group bebudak perempuan ditemani orang sorang dua budak lelaki yang kononnya tok guru hal-hal komputer. Itu ini diterangkan kepada bebudak perempuan yang berkira-kira nak beli atau memang nak beli PC untuk buat assignment.

"Nak murah je, takat nak menaip buat assignment."
"Takde hal, bawah RM1000 boleh dapat!"

Suka budak perempuan tu...

Lepas siap nanti, tak sampai setahun terasa PC tu macam kura-kura tua. Nak marah member yang diajak beli, member. Nak marah diri sendiri, bodoh pulak rasanya. Jadi marahlah pada tuan kedai yang kononnya menipu barang semua baik.

Memang la tokey kedai jual semua barang baik-baik je. Larat ke dia nak tanggung kos ganti barang yang asyik rosak? Patutnya cari barang yang berkualiti dan elok. Kalau perhatikan betul-betul, apa yang dibeli oleh golongan ini dipenghujung hari?

Prosesor Intel Pentium IV/Celeron D
Motherboard MSI
256MB DDR400 Kingston Value RAM
Sound card & grafik built-in (nak jimat la ni)
52x CDROM / 52x48x52x CDRW
Floppy Disk Drive
15" / 17" CRT monitor (Samsung, Philips, LG, Likom dll)
Casing 300W
Mouse & Keyboard (RM25)
Printer Canon paling murah.

Tipikal spesifikasi untuk komputer guna setahun, buang dalam sungai kemudiannya. Tak pun bagi adik. Tapi handset sanggup habiskan RM1500 untuk dapatkan yang latest. Cuba bagitau aku, handset mana yang boleh korang guna untuk menaip assignment sesedap rasa? Ada, tapi yang RM1500 memang takde!

Kalau nak beli PC, fikirkan ini.

1. RAM macam kotak pos di rumah pangsa. Kalau rumah pangsa tu ada 100 rumah, kotak pos ada 50, jadi satu dua rumah kena kongsi satu kotak pos. Atau pun ikut queue. Mula masuk surat untuk rumah A, orang rumah A ambil. Baru masuk surat untuk rumah B. Tapi kalau rumah pangsa tu ada 100 kotak pos, semua boleh dapat sekali gus. Cepat bukan? Tapi kalau rumah pangsa tu dalam 100 rumah tu ada 500 penghuni, berat juga nak sumbat 5 surat dalam 1 kotak pos sebanyak 100 kotak tersebut. Jadi ada baiknya pemaju rumah buat 500 kotak pos untuk semua orang dalam rumah pangsa tersebut. Metaforanya begitu. Lagi besar saiz RAM, lagi banyak data dapat dialirkan dalam satu masa. Fikirkan kalau pakai Windows XP, RAM optimum untuk jalankan Windows XP sahaja dianggarkan sebanyak 256MB. Jadi kalau beli RAM 256MB, maknanya habis untuk Windows XP je. Program lain macamana nak jalan? Terpaksalah guna Virtual Memory atau nak senang faham, dekat atas lantai depan kotak-kotak surat rumah tu dilukis kotak-kotak yang kemudian diletak surat sementara waktu. Ambil tempat lain la ni. Dimana? Didalam Harddisk. Sebab itu harddisk jadi slow, sebab sistem asyik nak pergi cari data dalam harddisk. Mengganggu fungsi sebenar harddisk, menyimpan data. Beli RAM besar sikit. Minima 512MB dan tak semestinya Kingston. Apacer ada, Corsair ada, Gael ada, Kingsmax ada. Masa pasang tu, test satu persatu. Ye la, buat cara orang bodoh buat kerja. Janji kita tahu RAM tu okay.

2. HardDisk, kira kalau beli sekarang, 80GB kira standard. Ala, bukan nak simpan banyak data pun kan. Salah! Kadang-kadang sedar tak sedar, koleksi MP3 cetak rompak korang pun dah boleh cecah 5GB. Cuba buat PowerPoint hebat siap grafik, gambar dan effect. Tengok saiz berapa? Korang akan terkejut. Lepas tu mungkin nak install program itu ini. Program sekarang setiap yang baru semakin besar saiznya, bukan semakin kecil. Dulu Windows 98SE tak sampai 250MB untuk instal. Sekarang Windows XP Pro lebih 1GB. Sedar tak sedar, 80GB dirasakan kecil. Makin berat sebab makin banyak data. Beli yang bersaiz besar kalau mampu. Tapi yang penting, beli yang menggunakan SATA, bukan PATA. Lebih laju. Harga tak jauh beza. Bila nak setup komputer, buat sekurang-kurangnya 2 partition. Kalau tak faham, tanya member korang yang korang ajak beli PC tu. Diorang terer kan? Kenapa 2? Sebab satu untuk instal segala mak nenek program (drive C) dan satu lagi untuk simpan segala mak nenenk data (drive D), MP3, hasil kerja, gambar pakwe/makwe korang dan apa saja. Kenapa asingkan? Sebab kalau program rosak, sekurang-kurangnya data masih okay. Kalau hantar kedai suruh baiki, diorang takkan kacau drive D (kalau diorang terer buat la)... Zura baru saja rosak PC dia. Hantar kedai dan mereka jenguk ke drive C saja. Drive D yang penuh dengan data dan lain-lain, selamat tak terusik.

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon