Langkau ke kandungan utama

Friends Revisited.

Tengok Friends season 8
Tengok Friends season 2
Tengok Friends season 6
Tengok Friends season 9
Tengok Friends season 2
Tengok Friends season 10
Tengok Friends season 7
Cari disc 3 Friends season 7 entah kemana aku letak.
Sambung tengok Friends season 7
Tengok Friends season 8
Tengok Friends season 1 (beli original tapi Pilot & episod 2 takde. Lepas season 2 aku beli DVD pirate je. Apa guna beli VCD original kalau mutu macam orang ambil gambar curi dari dalam panggung wayang? Oit, original beli di Speedy! RM119.00. Beli DVD pirated RM40.00 complete season, lagi puas hati.
Sambung balik tengok Friends season 1
Habis tengok Friends season 1... Season apa lagi tak tengok? 3,4 dan 5. Ada tapi tunggulah dulu. Tengok Futurama season 1.
Nak beli Futurama season 2 - season 5 (atau sampai 4 je?)
Nak beli Smallville season 1 - season 3.
Nak beli...

Godfather
You've Got Mail
The Grinch
Good Will Hunting (CD yang ada dah hampir rosak)
Patch Adam
Mambo King
Semua Filem P.Ramlee (tak kira la yang sedih nak mampos sampai yang tak masuk akal 'Laxmana DO RE MI')
Italian Job (original)
Spartacus
Sound of Music
dan banyak lagi...

Tapi nak sambung balik tengok Friends season 3.

Kenapa suka sangat? Entah, dulu masa ditayang di TV2 (ingat tak?), aku tak tengok langsung. Agaknya masih di UiTM masa tu. Tapi sejak mula tengok VCD season 2, aku dah tertarik nak kumpul semuanya.

Watak paling aku suka : Chandler Muriel Bing

Paling aku rimas dengan Ross, memang aku takkan boleh duduk dekat kalau jumpa orang macamtu. Tapi aku rasa aku sendiri lebih kurang macam Ross. Perangai hampir sama. Paling bangang, Joey. Tapi kalau tengok dari season 1 sampai season 10, Joey ni la orang yang boleh kata bond untuk geng ni. Takde Joey, semua takde. Monica tu host yang baik. Melampau baik. Agaknya kalau rumah aku sebelah rumah dia, mau gemuk gila aku. Rachel takkan pandang aku, heh. Pheobe sure boleh geng dengan aku sebab dia boleh geng dengan sesiapa saja. Mr. Hackles akan jadi jiran yang paling aku rimas. Ugly Naked Guy, hmmm... kalau ada kat sini, dah lama kena tangkap. Ye, aku memang minat Friends. Dah..

Sambung tengok Friends season 3...

p/s : kepada peminat Friends yang lain, tahun depan bakal ada satu episod sejam Friends sempena menyambut Thanksgiving. Kira macam reunion. Semua pelakon asal akan berlakon. Tunggu la.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon