Langkau ke kandungan utama

Barebone dan Backlog

Dah siap pasang mini PC (xpc) untuk Zura. Mulanya nak beli laptop tapi budget dia bawah RM2000. Tak berbaloi nak beli laptop recond atau second-hand. Rugi banyak dari untuk tambah-tambah orang yang tak mahir komputer menggunakannya. Jadi aku cadang guna XPC je. Kecil dan portable lebih kurang macam laptop juga. Kos tak mahal sangat. Lebih kurang RM1500 kalau pandai cari barang. Barebone (casing + motherboard) Biostar Ideq minipc cuma RM560, AMD Sempron 2200+ RM200, HDD Western Digital Caviar SE SATA 80GB RM230, CDRW RM100, 512MB DDR400 RM250, Floppy RM25, Modem RM25, Monitor RM230. Lebih kurang la. Saiz casing lebih kurang saiz kertas A4 dengan tinggi 8". Kecil je kalau tengok sendiri. Tapi kalau orang yang jenis nak performance tinggi + dengan barang-barang yang tak intergrated, tak payah la beli. Takde space nak letak add-on cards korang. XPC untuk mereka yang nak jimat ruang dan portable. Ada yang performance tapi kos tinggi. Lebih baik beli full-spec PC. Aku puas hati dan aku sedikit jeles. Apa taknya, PC senyap betul macam takde bunyi yang keluar kecuali sekali sekala dengar spin CDRW. Lepas tu active light kaler biru berkelip-kelip mengasyikkan.

http://www.biostar.com.tw/products/barebone/features.php3

Orang tak ramai tahu pasal xpc dan tak banyak kedai yang jual. Kalau korang tawaf Low Yat Plaza tu korang boleh kira dengan jari berapa kedai yang jual.

Esok buat overtime lagi. Macam biasa. Bulan lepas sepanjang masa buat OT. Backlog yang nak kena settle sekarang ialah sebanyak lebih kurang 750,000 MyKad. Jadi kalau korang yang diluar KL apply bulan Jan, Feb atau baru apply, tunggu la. Sebulan dua lagi pun belum tentu siap. Kalau yang apply di KL, tunggu sebulan lagi kot. Application melampau banyak sedangkan kapasiti pengeluaran cuma lebih kurang 20,000 sehari, kalau semua mesin okay. Jangan tanya kenapa tak tambah mesin lagi. Dah tambah dan kosnya berjuta ringgit. Nak train orang lagi. Tapi jangan pula fikir sekarang tengah backlog, tak payah apply MyKad. Apply juga, cuma dapatnya lambat. Jangan risau pasal kena denda lambat ambil MyKad tu. Kalau esok MyKad siap sedang korang dah apply 3 bulan lepas, denda tak kena. Sebabnya 3 bulan tu bermula dari MyKad siap diproses, bukan lepas korang apply. Lagi baik kalau lepas lepas dua bulan korang apply tapi belum juga dapat, cuba call JPN atau lagi bagus datang ke cawangan yang terdekat dan tanya status permohonan korang. Ada kalanya permohonan korang tu tertangguh sebab masalah seperti cap jari tak sama (entah kenapa sedangkan jari tetap sama), gambar baru tak berapa sama dengan gambar lama (ini kes first apply masa umur 12 tahun kemudian tukar time umur 30 tahun - gambar budak dan gambar orang tua mana sama!) dan sebab-sebab lain seperti data salah dan informasi tak betul.

Kalau masa apply MyKad tu, lepas dapat resit jangan blah macam tu je. Tengok betul-betul resit tu sebab kadang-kadang ada tersalah nama, alamat atau contohnya nak letak nama Ali jadi Al1. Periksa betul-betul. Kalau salah, minta orang kaunter perbetulkan. Kalau masa ambil gambar, minta tengok gambar yang diambil. Pastikan ianya okay. Kalau dia marah tak bagi tengok, report je atau tegur dia. Sebab itu hak korang. Nanti dapat MyKad mata tengah pejam, apa kes?

Ini satu lagi hal. Kalau korang tengok nombor IC korang tu, contohnya

750222-08-6333 <- empat nombor belakang tu adalah nombor unik korang. Kalau hujungnya nombor ganjil (1,3,5,7,9), itu untuk orang lelaki. Kalau nombor genap (0,2,4,6,8) untuk orang perempuan. Jadi perhatikan betul-betul nombor tu. Kalau korang lelaki dapat nombor perempuan, minta orang kaunter periksa jantina yang terkandung dalam MyKad, takut ianya kekal perempuan. Minta dia tukar jantina tu. Tak payah tukar nombor.

Kalau nak pindah tempat lain dan nak tukar alamat pada MyKad, tak payah buat baru. Pergi kaunter dan minta tukar alamat dalam cip. Kena bayar la.

Paling penting kena ingat, kalau yang belum ada MyKad dan ingin buat baru, boleh buat secara percuma sehingga 31/12/2005 ni. Lepas tu tetap boleh buat tapi kena bayar RM20 agaknya. Kalau ikut berita, semua orang wajib tukar kepada MyKad menjelang Jun 2006. Kalau yang dah ada MyKad tapi yang jenis lama (belakang takde tulis 64K), korang tetap boleh tukar secara percuma. Tapi rasanya susah nak dilayan kes macam tu. Tak penting pun.

Tapi realitinya sekarang tengah masalah backlog. Jadi lambat la dapat MyKad.

Itu yang penat buat OT sepanjang masa nak siapkan semua tu. Penat.

Esok OT dan bertambah penat. Bilalah agaknya aku nak tengok dunia...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon