Langkau ke kandungan utama

Friends

Petang sabtu dan masih di pejabat. Tak penat cuma mengantuk. Semalam aku menonton episod 8 - 12 Season 4, siri Friends. Dah berapa kali ulang tapi aku tak jemu-jemu terutama bila lihat telatah Joey dan Chandler. Ye, aku peminat Friends. Satu KL aku jelajah sedang mencari Friends Season 8 yang tak original. Erm, aku beli original tapi tak mampu nak beli semuanya. Season 1,2 dan 5 aku beli original VCD. Season 3,4,6 dan 7 aku beli DVD cetak rompak. Mana larat nak beli yang original oii. Watak paling aku suka dalam Friends? Kalau boleh aku nak kata Chandler tapi aku tak sekelakar dan sesinis dia. Kalau boleh aku nak kata Joey tapi aku tak sehensem dan seromeo dia. Mungkin aku nak cakap Ross sebab perangai Ross lebih kurang macam aku tapi lainnya ialah aku tak suka konfrontasi dan aku takkan nak mempertahankan sesuatu mati-matian. Jadi kiranya aku suka Chandler, Joey dan Ross. Watak perempuan aku suka Pheobe sebab wataknya amat jujur, naif dan selamba. Monica, aku takkan boleh hidup dengan dia sebab dia control-freak. Rachel takkan nak pada aku sebab erm, aku tak hensem. Heh.



Apa yang best mengenai Friends? Cerita ada sinambungan tapi sub-plot lebih banyak membantu mengurangkan kebergantungan kepada plot utama. Jadi cerita tak jadi meleret tak tentu pasal. Banyak komedi aku lihat ceritanya tak tentu arah dan kadang-kadang tiada arah. Kalau tengok Everybody loves Ray, ceritanya balik-balik konflik dengan isteri dan seolah-olah tak reti-reti nak perbaiki diri dia sendiri. Kenapalah isteri dia setia sungguh? Tapi kalau tengok Friends, kalau bergaduh akan tetap bergaduh dan kadang-kadang sampai melangkau musim tayangan. Maksudnya macam manusia biasa, ada keadaan kita akan bergaduh seminit dua kemudian kembali baik, tapi ada keadaan kita ambil masa yang lama untuk pulihkan hubungan. Kadang-kadang walau sudah pulih, ia masih boleh diungkit bila wujud tak puas hati. Friends begitu ikhlas dalam memperlihatkan suasana ini terutama kisah antara Ross dan Rachel.



Persahabatan pula ada pasang surut seperti Joey dan Chandler. Sudah berapa kali mereka bertelagah dan bergaduh? Banyak. Kalau tak bergaduh maknanya tak normal. Kalau tengok Sienfield, berapa kemungkinan mereka akan bergaduh? Cakap dah macam nak bergaduh tapi masih baik. Itu peliknya Sienfield walaupun bagi aku ianya tetap menarik. Friends juga tak lepas dari memperlihatkan sifat-sifat jujur. Ye la, engkau suka awek kawan engkau. Engkau ambil kesempatan dibelakang dia. Apa rasa? Dalam Friends, agak peliknya kita terpaksa mengaku. Kita takkan dapat membisu dan menafikan. Walaupun agak tak logik tapi hakikatnya ialah jujur dan terus terang. Kalau tak cakap orang tak tahu. Kalau cakap mungkin kawan kita boleh consider sesuatu.



Yang buruk dalam Friends tu memang banyak. Seks bebas, tukar-tukar pasangan, hipokrasi, racist dan lain-lain lagi. Tapi aku bukan hard disk save semuanya dalam otak ni. Mana yang aku rasa elok dan boleh disimpan, aku simpan. Mana yang buruk dan tak elok, tak perlu simpan. Tak payah la ditapis oleh orang lain. Kita sendiri yang tapis, lebih elok dan lebih berkesan.



Pagi tadi aku berdiskusi dengan Zura tentang hal persahabatan. Masing-masih ada pendapat dan sebab-sebab sendiri. Tapi yang pasti bagi kami, persahabatan ada sesuatu yang patut kekal lama dan berterusan dalam apa jua keadaan. Ya, suatu masa nanti aku dan Zura pasti akan terpisah tapi persahabatan tetap akan terus terjalin.



Nak balik rehat dan basuh kain (washing machine). Nak balik tidur dan erm... bersedia untuk pendaftaran esok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon